Salam dan hai
Sambung semula post tentang majlis persandingan kami. Kena habiskan semua cerita ini! Dah dekat sebulan majlis, kalau tak sempat nak khatam cerita, entah bila lagi akan rajin nak menulis. Post terakhir dulu {Post}, saya ada tulis nak kongsikan tentang makan berdamai yang tak berapa memegang pada perkataan 'damai' itu sendiri. Hihi. Jangan salah faham. Kami gembira dapat berjumpa dengan tetamu ketika dimeja beradap. Cuma melihat kembali video-video kami ini, memang saya dan D asyik tergelak-gelak tengok reaksi kami. Belum sempat suap sesudu nasi, dah ada orang tepuk daripada belakang. Tetamu datang, biadap kalau tak dilayan. Jadi soal makan ditolak tepi. Kena jumpa dan salam tetamu.
Nity ada tanya pada saya, samaada nak dia minta tetamu tunggu sehingga kami habis makan sebelum berjumpa, mungkin dia pun kasihan tengok kami kot. Tapi saya faham, saya pun pernah jadi tetamu. Ada masa, kita ada 2-3 jemputan dalam sehari, jadi sekurangnya, kita sebagai tetamu datang berjumpa dengan pengantin sebelum beredar. Jadi disebabkan itu, saya dan D tetap layan tetamu.
Saya ada beberapa video yang menunjukkan situasi di meja berdamai dulu, tapi setelah difikir, saya tak jadi masuk video tu pasal takut nanti ada tetamu yang terasa hati atau memasukkan video tu secara tak sengaja menjatuhkan air muka tetamu ke. Walaupun sebenarnya, saya dan D suka tengok video-video tu pasal situasi di meja berdamai adalah antara moment kegemaran kami.
Jadi untuk meneruskan post ini, saya rasa saya nak kongsikan dengan bakal pengantin semua, antara perkara yang kamu perlu tahu dan peka ketika di meja berdamai:
1. Tahu kedudukan tempat duduk kamu di mana. Maksud saya, setuju daripada awal, samada kamu duduk di sebelah kanan atau disebelah kiri pasangan kamu.
2. Ada sesetengah katerer tidak menyediakan pakej pelayan dimeja beradap. Maksud saya, pelayan hanya menyediakan makanan dimeja beradap tapi tidak melayan pengantin (mengambilkan lauk untuk pengantin, menuangkan air semula). Jika itu berlaku, pastikan kamu minta pengapit yang ambilkan makanan kamu. Jangan kamu yang ambil lauk. Tiada peraturan tentang ini, tapi lebih manis jika kamu dilayan. Raja sehari kan?
3. Pastikan berapa orang tetamu dimeja berdamai/ beradap. Macam majlis kami, kami hanya mahukan 8 orang (Termasuk pengapit dan pengantin) di meja berdamai pasal keluarga kami rasakan, 12 orang di meja berdamai terlalu padat.
4. Sila ingatkan tetamu dimeja berdamai untuk jangan lupa bawa balik buah tangan mereka. Letak kedudukan buah tangan tu rapat dengan mereka. Jika mereka terlupa juga (biasanya mereka akan terlupa juga walau sudah diingatkan), pastikan ada pihak yang akan simpankan buah tangan tu (dalam kes buah tangan bukan makanan) dan serahkan pada tetamu itu selepas majlis.
5. Pastikan tetamu dimeja berdamai tu rela untuk duduk disitu. Setengah orang segan nak duduk dimeja berdamai pasal perlu mengadap tetamu lain. Jangan lupa maklumkan pada mereka terlebih dahulu pukul berapa mereka perlu sudah berada di dewan.
6. Kamu boleh aturkan samada tetamu itu datang sendiri ke meja berdamai tanpa diiringi atau diiringi. Jika tanpa diiringi, pastikan mereka peka dan tahu waktu bila mereka perlu bergerak untuk duduk dimeja berdamai tanpa perlu diumumkan. Jika diumumkan dan perlu diiringi, pastikan pengiring kenal dan cam tetamu yang akan mereka iringi. Pada pendapat saya, lebih mudah mengaturkan majlis tanpa perlu nama mereka diumumkan, kecuali untuk majlis yang seated.
7. Jangan jadi macam majlis saya. Bila tetamu datang berjumpa kami, saya lalai untuk bagitau pada pengapit untuk menjemput tetamu dimeja berdamai itu untuk makan tanpa perlu menunggu kami. Sepatutnya, selepas abang saya berucap, tetamu dimeja beradap boleh terus menjamah, tapi saya terleka dan terlepas nak maklumkan pada Nity. Sampai Nity sendiri yang kena tanya pada saya. Kasihani la tetamu dimeja berdamai itu :P
8. Ada setengah majlis, pengapit tidak duduk makan bersama pengantin. Jadi bincang dan maklumkan pada pengapit terlebih dahulu samaada mereka perlu duduk disebelah kamu atau tidak. Ada sesetengah majlis, ibu bapa keluarga rombongan yang akan duduk disebelah pengantin dan pengapit dihujung sekali. Jadi apa-apa sekalipun susunan kamu, pastikan bincang dengan pengapit dan keluarga masing-masing
9. Pastikan kamu sudah alas perut dulu sebelum datang ke majlis. Amat penting! Lagi sekali, jangan jadi macam saya. Haha. Tak sempat dan terlupa nak makan. Tapi bila Nity tanya saya dah makan ke belum masa saya tengah bersiap, saya kata dah pasal takut kalau dia tahu saya tak makan lagi, mesti dia marah dan bebel, kang dia masak nasi goreng juga masa tu, pengsan saya nak makan! . Hehe. Ok Nity, sekarang kau dah tahu aku tak makan lagi masa tu . Hahahahahah
10. Jika kamu menghias sendiri meja berdamai/ beradap kamu, pastikan ada seorang penanggah yang akan mengemas barang-barang kamu di meja itu. Pastikan kamu dah berikan arahan dan penerangan jelas tentang bila barang-barang itu hendak dikemaskan dan yang mana satu barangnya. Jangan terambil hak katerer pula. Penanggah yang sama juga boleh menjalankan tugasan tapau lauk pengantin (untuk kamu merasa jika kamu tak sempat menjamahnya) atau bahagikan kepada tetamu yang ada.
11. Peka dengan permintaan OP. Biasanya OP akan ada beberapa shoot di meja berdamai. Jadi sila peka (atau dalam kes saya, Nity yang peka dan ingatkan saya kedudukan A.Rashdi) dan sentiasa beri kerjasama untuk pose yang diminta. Kamu bayar mahal kan, jadi sila beri kerjasama. Mungkin waktu OP bagi arahan, ada tetamu yang datang. Itu bukan diluar kawalan kamu. Biar OP yang uruskan, samada ada dia nak tunggu tetamu jumpa kamu dulu atau dia akan amik shoot dulu.
12. Jangan lupa melayan tetamu yang datang berjumpa kamu dimeja berdamai, walaupun dengan soalan ringkas. Bertanyalah soalan mudah seperti "Dah makan?", "Dah lama sampai?", "Jangan lupa tandatangan guestbook tau!" atau "Dah nak balik ke?". Tetamu sendiri faham yang kamu sedikit sibuk, tapi bertanyakan soalan ringkas begini, pun memadai.
13. Senyum.. Senyumm dan senyum!!!!! Jangan lupa. Tak kira tulang pipi kamu dah kejang ke, jangan lupa senyum!! Jangan jadi cam D, senyum kelat *D yang kata kan, B tak kata. Heheh
Ok, sekian 13 tips yang saya boleh berikan. Kalau saya ingat, nanti saya tambah lagi ya?? Kalau ada pembaca yang ada pendapat lain, boleh selitkan diruang komen ya?
Nota: Suka post terbaru Lala. Idea bagus untuk balutan hadiah yang lebih personal, menjimatkan dan kreatif!
2 Disember 2010
2 comments:
hehe, thanks xora suka post lala! patot balut macam masa wed xora!
yg penting momen-momen indah di mkn beradab akan di kenang sepanjang hayat.. momen yg ada patut di manfaatkan sebaik2nya...hehehe..
Post a Comment