11 December, 2010

Pantun yang Diminta


Salam dan hai

Menunaikan janji pertama dengan pembaca blog ini: saya letakkan pantun yang saya gunakan untuk pasu bunga telur dan meja buku tetamu.






Pantun dalam gambar diatas, kami letak di pasu bunga telur {
Post} dan pantun dalam gambar kedua, diletakkan di meja tetamu. Rasanya janggal pula kalau nak tulis dalam bahasa inggeris sedangkan kandungan buku itu sendiri dalam bahasa melayu. Biarkan sedondon semuanya. Lagipun, memang diatas meja buku tetamu tu ada botol bunga rampai {Post} jadi sepadan dengan pantun yang disediakan.

Untuk bahagian dalam buku tetamu pula, saya tak sempat nak ambil gambar. Tapi macam yang saya pernah ceritakan dalam {Post} terdahulu, buku tetamu ini didalamnya, saya bahagikan kepada 5 bahagian dan setiap bahagian saya letakkan dengan gambar kami mengikut tema waktu.

Bahagian 1: Zaman kanak-kanak.

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Bahagian 2: Zaman Persekolahan {Post}
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan pernama datang menerpa
Ajaran guru hendaklah dicari
Mana yang dapat jangan dilupa

Bahagian 3: Zaman universiti {Post} dan gambar majlis konvo kami
Buah pauh diatas batu
Ada berdaun, berbunga tidak
Biarpun jauh ni negeri Satu
Hilang di mata, di hati tidak


Bahagian 4: Zaman kerja dan seterusnya melamar {Post}
Anak Cina memasang pukat
Pukat di pasang di Tanjung Jati
Didalam hati tetapkan ingat
Bagaikan rambut disimpul mati

Bahagian Terakhir: Tiada gambar
Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta bersatu dijinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai


Kesemua pantun ini saya perolehi ehsan google dan daripada Dewan Bahasa Pustaka.



11 Disember 2010

2 comments:

Cik Belle on December 11, 2010 at 12:47 PM said...

thanks xora! hihi. saya amat memerlukan ini!

nur easy on December 12, 2010 at 9:24 PM said...

bestnya.. suka pantun2 ni

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates