Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 October, 2009

Skrip Untuk Emcee


Salam dan hai

Skrip untuk emcee telah siap.

Saya tak sangka payah rupanya menyediakan skrip ni, walaupun dengan bantuan google. Pada waktu nak tulis skrip tu, membayangkan sekali perjalanan majlis.

Saya bukan pandai berkata-kata, jadi susah untuk saya cipta skrip emcee. Oleh itu, saya gunakan banyak pantun bagi menyampaikan maksud majlis. Terima kasih pada sahabat baik di opis saya yang telah susah payah menggodeh segala file dia, demi mencari salinan skrip yang pernah dia baca ketika menjadi emcee. Berpandukan salinan dia, saya bina sikit demi sikit skrip untuk majlis ini.

Sudah pasti, saya bagi kebebasan untuk emcee mengatur majlis, tapi pada saat ketibaan pengantin,dia harus ikut skrip yang telah diberi.

Nak tau hasil skrip untuk majlis ini?

Tada-----

p/s memandangkan saya amik skrip ni pun cebisan dari google dan blog orang lain, jadi saya tak kisah kalau ada yang mahu copy bulat-bulat skrip ini. Sharing is caring kan?
____________________________

Masa: 11.00 pagi ; Ketibaan tetamu

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]

Masa: 12.30 petang; Mengalukan kehadiran tetamu

Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang ke majlis perkahwinan Encik Muhamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti A.Ghani.

Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis menyambut menantu oleh Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah.

Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]

Masa: 1 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan

[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[MUZIK GAMELAN DIPASANG]

Para hadirin, kini tibalah masanya untuk kita untuk meraikan pasangan mempelai ini.

[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]

Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja sehari kita, Encik Mohamad Hambali Saaman dan Puan Maziana A.Ghani, dengan diiringi paluan kompang dari Persatuan Kompang Ummatul Falah dari Taman Seri Andalas, Serdang.

[MUZIK GAMELAN DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN PEREMPUAN DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE. KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]

[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
Tanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari

[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN PEREMPUAN]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Yang dihormati Tuan Haji Saaman bin Haji Mohamed dan Puan Hajjah Sabariah Binti Mt. Thani, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini

Yang diraikan pasangan mempelai; Encik Mohamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti A.Ghani.

Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin perempuan dari Kuala Terengganu, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua.

Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.

Masa: 1.15 petang; Bacaan Doa
[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan Muhamad Shahrul Hanif Bin Mohamad Rasedi untuk bacaan doa. Dipersilakan.

[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]

Terima kasih Hanif di atas bacaan doa sebentar tadi.

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Masa: 1.30 petang; Makan Beradab

[PASANG SEMULA MUZIK GAMELAN SEBAGAI LATAR]

Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga

Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit, untuk turun dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]

Rendang kambing memanglah sedap
Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan

Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput Yang Berbahagia, Datuk Abdullah Thalith dan Datin Kamisah, ayahanda dan bonda saudara kepada pengantin lelaki ke meja beradap.

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Seterusnya, dipersilakan, Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan.

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Dipersilakan Encik Hanapi dan Puan Rahimah, besan kepada keluarga pengantin perempuan untuk ke meja beradab.

[EMCEE BACAKAN BIODATA PASANGAN]

Adinda Hambali dan Adinda Maziana, majlis mengucapkan selamat pengantin baru kepada adinda berdua.

Sambil tetamu-tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang disediakan, majlis ingin menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini.

Mohamad Hambali Bin Saaman, berasal dari Serdang, merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Beliau kini bertugas di Multimedia Universiti.

Pasangan beliau, Puan Maziana A.Ghani, berasal dari Kuala Terengganu merupakan bekas pelajar Universiti Melaya dalam bidang bahasa dan lingustik. Beliau kini bekerja di Bandar Sunway.

Mereka mula berkenalan pada Ogos 2007. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada 24 Oktober 2009 di Kuala Terengganu.

Buat Hambali dan juga Maziana,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.

[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]
[TAMAT LAGU GAMELAN]

Masa: 2.00 petang; Memotong kek
Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri bersebelahan dengan meja beradab untuk upacara memotong kek. Atas permintaan pengantin, upacara ini akan diiringi oleh lagu “Sketsa Sebuah Cinta”.

[EMCEE PASANG "LAGU SKETSA SEBUAH CINTA" DARI KUMPULAN MAY]
[PENGANTIN MEMOTONG KEK]

Masa:2.15 petang; Sesi Bergambar
Majlis mempersilakan pasangan mempelai, sambil diiringi pengapit, sekali lagi untuk duduk di pelamin bagi sesi bergambar bersama keluarga.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN DENGAN SELESA]

Dengan hormatnya, majlis menjemput Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah, ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki untuk ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai.

[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH]

Seterusnya, majlis menjemput Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan bonda pengantin perempuan, untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai dan keluarga besan yang baharu.

[TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH KEKAL DI ATAS PENTAS PENTAS]
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA KEDUA-DUA IBUBAPA]
[TUAN HAJI SAAMAN DAN PUAN HAJAH SABARIAH TURUN DARI PENTAS]
[SESI BERGAMBAR DENGAN ENCIK A.GHANI DAN PUAN AMINAH]

Masa: 2.30 petang; Bersurai

Dengan berakhirnya sesi bergambar bersama kedua-dua ayahanda dan bonda pengantin, selesai la sudah majlis yang berbahagia ini. Majlis seterusnya menjemput pasangan mempelai untuk bertemu sua dengan para jemputan. Para hadirin yang berhajat mengabadikan gambar bersama pasangan mempelai, jangan malu jangan segan. Sila tampil kehadapan.

Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung

Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa

Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak ampun dan maaf.

Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah

Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.

Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.

Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
[SELEKSI LAGU]


30 Oktober 2009

24 comments:

ctfza on October 30, 2009 at 11:58 AM said...

wah.. sy bc skrip awk, sy rs mcm dah duduk dalam majlis.. hehe

xora said...

fza, saya pun rasa cam tu.. hahahha. takut ni, pasal takut jadi tunggang terbalik :) jauhkan lah..! insyaAllah semua ok

hidden.wing on October 31, 2009 at 6:55 AM said...

saya sangat perlukan ini....kebetulan timing my event pun sama hehe :D

p/s : your blog among my fave & my must read cos ur content always stuffs that myself selalu lupa to consider...keep on writing!

xora said...

hidden.wing, thanks! saya akan cuba yang terbaik!! ;) ni wedding abg saya, boleh la saya ingat. kalau wedding saya, mahu semua benda saya lupa hahahah

Unknown on November 2, 2009 at 8:39 AM said...

hai xora..bgs penulisan awak.tu sebabnya saya suka bace sesuatu hasil dari penulisan awak.jika dlu dlm majalah sekolah,skrang dlm blog..pergh hebat hasil awak ni sya suka..

^eazy^ on December 29, 2009 at 3:25 PM said...

your script mmg helpful..
i copy ek.. thanx..

whut a coincidence, i pon amek kat azue bridal for d catering.. and also for pelamin.. n baju.. byk amek kat die la senang cite..

wondering how d service? DJ die okey x??

xora said...

Glad the script come in handy :D

service Azue ok, family puas ati. Makanan sedap, pagi2 dalam 10 pagi, semua dah siap. meja kerusi, lapik kerusi meja dan pelamin, semua siap the nite b4. so pagi majlis cuma sediakan makanan aje dan peralatan pinggan mangkul. makanan mmg sedap alhamdulillah. Oh if dapat kek, kek dia pun sedap! :)

cuma masa majlis saya, bubur kacang terlalu manis dan air sirap takde ais. so make sure ada runner dari ur side yg boleh check semo makanan ok. Pelayan semua mmg buat kerja dan pantas. Dengar cakap if kita minta itu ini. Dan abang Ariff dari Azue memang tak berkira if kita nak tambah apa2 last minit.

DJ ok, tapi kena ada org briefing dia bagitau perjalanan majlis if ada skrip, bagi dia copy skrip 2-3 days b4 event so dia boleh baca. If majlis kamu kat dewan, bawa dia gi dewan dlu so dia boleh fikir kat mana nak setup speakers. DJ pakai laptop jadi if nak buat arrangement muzik mmg mudah, sediakan aje pendrive.

Kesalahan yg saya buat, skrip terlalu panjang. coz DJ amik masa bercakap, so memang agak lari masa tapi bukan salah dia. salah skrip pasla panjang sgt :P so cut it short, buang pantun2 skit :P

One more thing, kena ada runner utk update kat DJ ttg ketibaan pengantin coz DJ maybe tak perasan.

dan bagi kebebasan kat DJ untuk olah majlis. Sebab DJ ni kadang2 takut gak nk main bantai cakap aje if tak dapat kebenaran dari tuan rumah. If takmo ada karoeke bgtau DJ awal2 coz dia akan ikut permintaan kita.

So far, Azue nye service memang bagus dan takde kami sakit hati. InsyaAllah saya harapkan majlis kamu pun sama berjalan dgn lancar.

Anonymous said...

XORA hi...thank for the speach... i copy...very helpfull...

www.faszcreative.com

ida on March 4, 2010 at 1:24 PM said...

hi xora!

i nak copy ye ur emcee skrip ni..

i suka baca blog u..u ada banyak idea utk di - diy, contosnya bunga utk kereta pengantin. i like it.

u rasa kalau makan hidang, sesuai x kita letak centerpiece? macam x kacau orang nak ambil lauk ke?

i suka idea untuk letak lilin dalam gelas / vase, tapi i rasa itu mcm sesuai utk night reception. baru la cahaya lilin tu boleh glow.

my reception buat waktu siang, kat dewan.

btw, i enjoy ur writting, keep it up, babe!!!

Xora said...

D: eleh!!!
Eazy: DJ ok! Takde masalah
Anony: sure thing. sharing is caring! :D
Ida: takde hal. copy aje. saya rasa, if nak cut kos, maybe lilin yang berukir tu pun cantik letak waktu siang. me too! majlis kat dewan :D

oshinz on March 25, 2010 at 11:40 PM said...

xora, i copy eh skrip u ni..

Xora said...

Osh: silakan. takde masalah :D

shikuzika on April 13, 2010 at 9:20 AM said...

salam, can i use this text for my majlis? :D :D :D

Xora said...

Shizuka, tak perlu minta kebenaran. amik aje. memang untuk dikongsi bersama. tapi so sweet of you, siap request kebenaran lagi (dan ada 3 emoticon smiley :P)

my5xurra on April 27, 2010 at 12:20 AM said...

salam. hye u. interesting. mau pki skrip ini mcm jgk yer? hehehe. mohon kebenaran. :)

Xora said...

my5zurra: sila sila.. :D

chekgu Bani Hassim on April 30, 2010 at 3:52 PM said...

salam puan belog..
billion of thanx for conveniencing my very 1st time emceeing majlis kawen...

semoga allah bagi laaaagii byk idea yg besh mcm ni... :)

Sya Sakura on July 14, 2010 at 9:23 AM said...

Awk, kalau sy copy skrip boleh tak? Nak gune utk majlis sy nanti.. Igt nk tulis sdiri, tp susaahhh sgt takde idea lgsg.. br tulis 2-3 ayat, dh blur.. huhu..
bolehkan? :)

nani said...

xora, hepinya saya baca entri ni, nak minta kebenaran copy skrip ni utk majlis saya next year boleh kan?
tq banyak2 sbb share skrip ni yer..
God bless you..
tq tq tq..

Sha on October 9, 2010 at 11:07 PM said...

wow!

LisaLisut on November 3, 2010 at 11:13 AM said...

Hi Xora,
i know i know i'm a bit late n tertinggal mengomen.But i was browsing any tips from your blog and jmpa link skrip emcee ni.huhu. very helpful.thanks.

anyway, bole i tye, azue bridal tu seremban punye ek?sebab i cm penah dgr nama azue bridal,seremban.sorry kalau i slh.takut ni azue lain ke ape.hehe.majlis i nnt kat seremban so tgh cr2 vendor seremban.. :)

thanks!
Lisa

Anonymous said...

ite copy..Thanks!
It helps alot :)

Yatz on June 7, 2012 at 2:26 AM said...

thanks for sharing the emcee script.
it's so useful.

Yaya Ayarus on April 4, 2013 at 4:21 PM said...

mohon share yea :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates