Salam dan hai
Terlebih dahulu, saya ucapkan salam awal muharram kepada semua umat Islam..!
Fiuuh.. berderet tuliskan ulasan majlis orang. Majlis sendiri belum habis diulas ;p hehehe..* cubaan mengelat :p
Kali ni mengulas majlis bertandang Reen di Shah Alam.
Pada mulanya, saya tak rasa kami sempat tiba sebelum pengantin tiba pasal kami bertolak daripada rumah pun dah lewat. Seperti biasa, saya tak pandai tengok map. Tapi tak kisah pasal yang penting, kami sampai ke tempat yang dituju! Ke Dewan Raja Lumu. Ini pun kali pertama ke dewan ni.
Nasib Laling yang dah sampai, sudah bagitau yang kedudukan dewan ni bukan menghala ke muzium. Tapi tetap kami berdua masih teragak-agak hala tuju.
Kemudian, baru perasan yang pengantin pun baru tiba dan menunggu di dalam kereta.
Kami tak jadi masuk dewan, terus tunggu sahaja di tangga. Sambil lambai-lambai Reen. Reen memang amat sempoi, asyik dok pakai signal "Cantik tak aku?". Sebenarnya, pagi-pagi majlis lagi, Reen SMS saya ngadu mekap tak cantik. Tapi saya kata, kadang-kadang mekap tu kat mata kasar tak cantik, tapi kalau dalam kamera OP, nampak cantik. Lagipun, K.Nurin masa mekapkan saya pun pernah bagitau, tunggu mekap tu blend pada muka, baru akan nampak cantik.
Kami tekun tunggu diatas tangga merakam video.
Elok lepas Azan Zuhur tamat, pengantin pun keluar daripada kereta.
Perarakan pengantin bermula bagai menyambut artis. Seperti biasa, camera cap ayam harus ke tepi memberi laluan kepada kamera dslr hehe..
Gambar yang dapat dirakam oleh kamera cap ayam kami.
Masa pengantin menaiki tangga, Reen turut mengalamai insiden kain tersangkut pada kasut, seperti saya {Post}, tapi tahniah Reen, ko juga amat tenang dan tak menggelabah bagai ayam nak kena sembelih.
Suka kombinasi warna kuning pada bunga manggar dan pada payung pengantin. Walaupun Reen ada merungut pasal ni, tapi bila dalam gambar dan bila kedua-duanya sepadan, jadi cantik pula.
Suka details pada baju Reen!
Detail comel pada penunjuk arah.
Tiba di dewan yang dituju
Betul-betul berdekatan dengan pintu masuk, diletakkan meja buku tetamu.
Saya ambil gambar dalam kedudukan ini pasal saya tersepit diantara ruang masuk dewan dengan rombongan pengantin. D pula dah tertinggal dibelakang. Jadi saya keras tak tahu nak pergi mana. Berdiri diam-diam kat pintu masuk.
Keadaan dalam dewan sudah penuh dengan tetamu. Saya agak terpinga-pinga tak tahu nak tuju ke mana. Tunggu samapi D kutip saya di pintu. Hehe. Kemudian baru pergi cari tempat duduk.
Pengantin diiringi selawat ketika menuju ke pelamin. Ramai orang nak ambil gambar jadi saya dan D pun ketepi.
Dah surut sikit, baru minta D ambilkan gambar pengantin.
Kemudian, ke meja buffet untuk hidangan. Ayam goreng ini amat sedap!!!!
Majlis dimulakan dengan upacara merenjis. Kemudian baru pengantin ke meja beradap.
Deko DIY Reen untuk meja beradap!. Simple sahaja memadai, cukup mainan warna,dah naik seri. Scallop tu berjaya pekerja tu jadikannya seperti bunga ros kan?
Seperkara menarik tentang majlis Reen, seperti majlis di Temerloh tempoh hari {Post}, memang ada sesi karaoke. Tapi masa tu saya tak sedar yang sesi karaoke dah bermula masa lagu 'Azura' berkumandang pasalnya penyanyinya suara serius sebiji macam Jamal Abdillah. Tapi serius, masa saya sedar itu bukan MP3, saya dah terfikir "Kurang ajar Reen tak bagitau Jamal Abdillah datang nyanyi live", tapi bila toleh-- tada mungkin nama dia Jamil Abdullah kot :P Suara sama, tapi orangnya bukan. Kemudian "Pejal Tahir" (yang rambut memang macam Faisal Tahir) mengalunkan lagu Mahakarya Cinta, memang sedap!
Walau saya tak suka karaoke dalam majlis perkahwinan, tapi kalau yang menyanyi tu suara sedap macam artis, tu saya suka!
Ada sesi potong pulut kuning, tapi saya takde kat situ pasal saya makan ayam goreng. Jadi saya minta D ambilkan video Reen. Mungkin Reen akan ulas tentang pulut kuning tu di blog dia.
Ramai sangat orang nak bergambar dengan pengantin. Jadi kami tunggu giliran sampai 3 petang. *Terima kasih A.Acai yang tolong ambilkan gambar. A.Acai ni merupakan OP untuk majlis bertandang ni.
Tapi sampai sahaja giliran kami, boleh pula nak bergosip kat atas pelamin. Haha
Lepas cium bagai pengantin *Reen aje. Reem tak boleh kang kena slap dengan Reen. Heheh.* kami terus pulang. Tapi sempat kami conteng lagi sekali buku tetamu Reen. Sebenarnya, masa dah tiba, saya dan conteng sikit, saya tulis "Kitorang lagi!!Heheh". (ke apa ye saya tulis pasal tak ingat orang ramai), tapi kali ni, kami tulis ucapan yang panjang dan lebih bermakna.
SATU MUKA SURAT aku ambil. Reen ko tak marah kan?
Ok, mari lah kita pulang yayang.
Minggu depan InsyaAllah ditemankan B lagi sekali ya gi kenduri kahwin.
7 Disember 2010
4 comments:
lawa2..
wahhh!! detail! wedding Hana pergi tak? InsyaAllah boleh ketemu! :D
lawa nye reen..baju dy sweet giler..kaler kelabu eyh??cantek!!
Xora, time kasih kerana review! korang terbaekkkkkkkkkkkkk!
Post a Comment