Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 December, 2010

Donut Ganti Macaroon



Salam dan hai

Ini macaroon -- *Duh~~!!


Sekarang ini, orang dah gunakan macaroon untuk hantaran, tambahan di meja potong kek dan dessert table.

Kemudian, saya terjumpa gambar dibawah.



Buat donat kecik-kecik, mungkin pada saiz kuih keria, dan letakkan aising atau deko bewarna cerah dipermukaannya, macam kat J.Co dan Dunki' Donuts-- Akan tetap comel macam macaroon kan? Murah pun ya, boleh minta Makcik Lemah (bukan nama sebenar) makcik yang jual nasi lemak kat lorong tu, buatkan. Aisingnya nanti boleh buat sendiri. Boleh jadikan juadah pemanis mulut yang murah dan praktikal bagi majlis tunang atau apa sahaja.

Mungkin kalau ada pasangan yang sukakan donat, boleh jadikannya hantaran? Tiada yang mustahil. Saya pernah dengar perbualan pagi di ERA fm, topik hantaran pelik. Ada yang bagi peti ais kecil, dan didalamnya diletakkan ais krim kerana keluarga bakal suaminya amat suka makan aiskrim.

Pelik?

Tak sepelik hantaran diletakkan binatang iguana ni, semata-mata pasangannya sukakan haiwan eksotik.



*Membayangkan iguana atas hantaran yang berenda-renda bagai.

Tak kisah apa sekali hantaran diberi, tapi jangan sampai menjatuhkan air muka pasangan dan keluarganya. Macam seorang pemanggil tu telefon, kawan dia beri hantaran lesung batu dan dalamnya diletakkan rempah ratus, katanya simbolik tanda memasak pasal bakal orang rumah dia memang tak tahu memasak langsung. Sampai ada seorang bersuara "Kalau kot ye pun tak pandai masak, kan boleh sahaja diberikan buku resepi ke sebagai hantaran.".

Apa hantaran paling pelik korang pernah nampak, dengar atau korang sendiri yang beri?


Nota: Malam tadi tengok Astro, ada telefilem berjudul 'Donut' Sangat kelakar. Rupanya 'Donut' tu codename untuk lelaki yang lembut dan 'Keria' untuk lelaki sejati. Ada-ada sahaja...!


10 Disember 2010

10 comments:

Melin Fork on December 10, 2010 at 12:14 PM said...

hihi.i teringin nak buat homemade macaroon! *berjaya kah??*
hehe.hmmmm ada ke bagi iguana?
ok.memang pelik. =)

Elya Roza on December 10, 2010 at 2:31 PM said...

elya pun tgh usha2 klo ade vendor yg boleh buat macaroons...terpikir nk letak sebagai hantaran jugak

Puan T on December 10, 2010 at 2:48 PM said...

mask utk encek T!~

Ibu Najla on December 10, 2010 at 3:09 PM said...

donut sebagai hantaran. cute jugak! dulu ms sek2,pernah terfikir kalau dpt husband yg kaki bola, nak bg dia hantaran bola sepak sebijik. tp rupanya my husband tak minat main bola. haha

Putri Qaseh on December 10, 2010 at 4:02 PM said...

Yeay Xora.. Saya pun bercadang nk wat Buffet Table (Table kecik je..xleh panggil buffet kot) susun donat kat 3 Tier plate cmtu.. boleh selang selikan dgn cupcake utk bertambah chumel..

iedayah on December 10, 2010 at 4:07 PM said...

xterbayang iguana ngan renda2...hahahha

.: an :. on December 10, 2010 at 4:58 PM said...

a'ah kan? kreatif gak kalu bg donut! xla dok pikir nak bg kek @ cupcake ja... hurmm... makcik mane yg bkal jd sasaran ni ea? huhu...

dell @ Marryme on December 10, 2010 at 6:31 PM said...

macarons best tp agak mahal. besar 50c dalam RM2/pc. kalau yg besar lg sebijik up to RM5.50. try search bigboysoeven.. diorg buat kemas :)

Syima Syaz on December 10, 2010 at 9:42 PM said...

hari tu hantaran bagi buku doa-doa harian dgn tasbih....=P

ok lah kan...

PurPLe LaDy AiFA on December 14, 2010 at 10:59 AM said...

sy bg RC helicopter.. huhu

ade aritu baca kat mne ntah, org tu bg durian as hantaran! saboo je laaaa.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates