Salam dan hai
Hari ni saya tak sentuh pun DIY kad kahwin saya. Saya mahu rehat dulu daripada hanya tengok riben-gam-kad.
Lagipun 'pasukan bantuan' yang tiba Jumaat lepas, dah sangat-sangat banyak membantu!
Yang penting--Memang kerjasama! Dah booking khidmat mereka lagi untuk minggu depan. Suka suka!
Pagi tadi sempat jumpa D. Temankan dia untuk urusan Tabung Haji (Tipu aje, sebenarnya saya yang ngedik nak temankan dia. Dia tak kisah pun). Kemudian, kami ke kedai kahwin -- dan terus dapat idea baru untuk Misi Sulit seterusnya!
Juadah berbuka cuba resepi ayam goreng berempah.Kombinasi lauk yang serba tak kena, tapi kena pada perut.
Saya paling suka hujung minggu, mesti akan makan kat lantai pasal ahli keluarga dah ramai. Macam makan ramai-ramai kat kampung!
Abang-abang saya kata, tahun depan puasa dah tambah lagi satu pinggan ;D -- Untuk D.
InsyaAllah (yeay!)
14 Ogos 2010
3 comments:
xora sungguh gigihhhhhhh:D
rajin sungguh dengan misi sulit xora ni gud2 hehehe Insya Allah tahun depan tambah pinggan dan jangan lupa tambah lauk juga juge :p =)
peningkatan tuh. atleast keje berjalan. best!
xora, tabah okeh. HEHE =p
Post a Comment