Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

25 August, 2010

Kerana Allah Maha Mengetahui


Salam dan hai

Kadang-kadang, orang selalu salah faham.

Bila kita tulis sesuatu yang menggembirakan, disangka hidup kita tak pernah ada masalah. Disangka persiapan kita semuanya lancar dan berjaya.

Indahnya tentang penulisan, kita boleh memilih untuk menceritakan semuanya atau menyimpan sebahagiannya. Atau olah cerita dan penyampaian kita.

Begitu juga dengan kes saya. Tetap ada perkara kurang best berlaku sepanjang persiapan saya cuma saya menunggu waktu yang sesuai untuk saya kongsi.

Tapi bila saya terima beberapa emel yang bercerita tentang bagaimana mereka mengharapkan persiapan mereka selancar saya, rasanya mungkin saya telah bagi gambaran yang salah dalam penulisan saya.

Sayang, rancangan saya tetap ada tersadung sana sini. Tetap ada yang melencong daripada apa yang dirancang. Saya tetap ada moment bridezilla saya. Mereka yang rapat dengan saya, tahu macam mana saya meracau.

Sebenarnya, saya simpan post ini untuk dimasukkan seminggu sebelum saya post kan kad jemputan saya. Tapi rasanya, sekarang waktu yang sesuai untuk saya masukkan dahulu. Supaya tiada lagi salah faham, yang beranggapan persiapan majlis saya amat sempurna.

Kesilapan 1: Koordinat GPS pada kad jemputan.

Sebenarnya, koordinat patut ditulis N 2' ..., tapi entah macam mana boleh pulak otak dan mata manipulasi saya, tersilap tulis N 25' ... pulak!

Tak terfikir nak periksa dua kali pun nombor GPS tu. Dah nak dijadikan cerita kan? Memang bukan salah LH Creative. Saya yang tersalah kasi digit.

Penyelesaian?
Meracau dalam 5 minit di Starbuck dengan disaksikan oleh D.

Kemudian, hidup tetap diteruskan.

Kalau saya nak meracau, marah-marah, stress pasal kad kahwin ni, memang saya boleh sangat. Tapi untuk tujuan apa kan? Sekadar nak lepaskan perasaan marah? Atau sekadar nak kurangkan rasa bersalah?

Walau apa pun terjadi, yang penting, selesaikan masalah yang terjadi.

LIQUID SAHAJA

Buruk? Memang buruk. Tetamu perasan tak? Erm, ada yang tak perasan bila tengok sepintas lalu. Tapi adakah itu menjadikan niat menjemput orang kurang ikhlas?

Tidak. Niat saya masih sama, menjemput tetamu ke majlis kami. Kesilapan manusia tetap berlaku.

Allah memang Maha adil. Kurangnya pada kesilapan digit tu, tapi dilebihkanNya, pada jumlah kad yang saya terima. Bertambah syukur lagi, saya hanya perlu padamkan digit tu, daripada buat tambahan digit baru ditengah-tengah tu. Kan?

Saya tak mahu mengkufuri nikmat yang diberi.

Setiap apa pun perkara yang kita usahakan, ada lebih dalam kurangnya.

Kalau kita dapat semuanya dengan sempurna, boleh jadi kita berubah jadi angkuh dan bongkak dengan kesempurnaan itu. Orang mengkagumi majlis kita diatas kesempurnaannya, atas dasar kita yang merancangnya. Sampai kita semua lupa, semuanya berbalik kepada keizinan daripadaNya.

Berapa ramai antara kita, bila kita tengok majlis seseorang itu cantik dan sempurna pada mata kita, kita akan memanjatkan kesyukuran dan puji kepada Yang Esa?

Jarang sekali. Kebanyakkannya akan memuji tuan rumah, mengkagumi kesempurnaan yang terbentang. Sedangkan titik bermulanya, atas izin Ilahi. Saya juga tak terkecuali. Kalau pun tidak saya komen, mulut dan hati tetap akan berbisik "Wah, hebatnya dia rancang majlis sendiri!". Sedangkan saya alpa, Dia yang mengizinkan.

Niat saya menulis post ini untuk membetulkan tanggapan sesetengah pihak-- persiapan saya tidak sempurna. Tetap ada kurangnya. Jangan terlalu mengkagumi saya. Saya, seperti kawan-kawan juga, banyak silap daripada betul, banyak kurang daripada lebih. Tiada rancangan yang sempurna tanpa cela. Tapi kita sama-sama belajar kan?

Cuma mungkin, saya memilih untuk melihat yang lebih positif daripada meratapi apa yang saya tak mampu lagi untuk dibetulkan.

Moto: Redha dan Redah!

Lagi post tentang kesilapan saya yang lain, akan saya kongsi dalam post akan datang InsyaAllah. Ada lagi, serius tak tipu. Tunggu ya?

Kita semua manusia biasa yang bukan kalis daripada kesilapan. Jadi biasakan diri dengan keadaan itu *senyum



25 Ogos 2010

13 comments:

Mysarah Rahman on August 25, 2010 at 9:24 AM said...

biasa la.. tak semua yg kita rancang akan berakhir dengan kejayaan. yg penting, tekad!

Byzura Mj (By) on August 25, 2010 at 9:38 AM said...

betul tu... sebab tu by mcm nak taknak tulis. hiks! perasaan mahu. tp hati tidak. owh... kalau lama2 pendam agak beku gak hati tu. hahaha.


ye la kita merancang, tp tak semuanya ikut apa yang dirancang. tp bila orang baca penulisan kita, orang dah fikir lain.

Anonymous said...

kita hanya merancang, Allah yang menetukan segalanya..setiap perancangan kita pasti ada cacat cela nya..tiada yang sempurna..apa yang penting, bersabar!

ZE on August 25, 2010 at 10:19 AM said...

Sabar jela xora...
geram memang geram...
tapi nak buat macammane
ade hikmah di sebalik itu...
misi kamu harus diteruskan..
chayokk!!!
**senyumlah**

♥♥ eija ♥♥ on August 25, 2010 at 11:17 AM said...

xora...
jangan laa pikir yang bukan-bukan k..
sebenarnya xora banyak banyak ja dengan B2B yang lain...
mungkin B2B yang email tuu tulis macam tu untuk ambil hati xora sebab xora banyak bantu mereka...
betul kita hamba ALLAH, tak semua yang kita rancang berjalan dengan lancar kan??
jangan sedih2 k...

nuraitul on August 25, 2010 at 11:20 AM said...

besela tu xora..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..tak de manusia yang tak wat kesilapan..yang penting macam mana cara kte handle benda tue..

moga lancar segala preparation wedding xora dan juga hari bahagia tue nanti ye..

Xora on August 25, 2010 at 11:20 AM said...

balas secara pukal ;p hihi. tak, saya OK. tak rasa sedih pun. dah lepasi frasa itu. cuma nak kongsi, apa pun masalah kita kena, yg penting kena hadap dan selesaikan. itu sebaik2nya :)

cik fiza on August 25, 2010 at 12:49 PM said...

cik Xora,

hanya Tuhan jek yang boleh lakukan semua perkara dengan sempurna...

kita manusia buat apa yang termampu sahaja...

cheers.. i know u can handle the situation :)

farahfatihah on August 25, 2010 at 1:12 PM said...

betul tu kalau nak di ikutkan sepanjang buat persiapan mmg ada 'gila' sekejap..meroyan sekejap kalau apa yg dirancang menjadi lain..tp sejauh mana kta nak meracau? bukan boleh ubah apa2..jd tanpa memanjangkan kesakitan pd otak, sebaiknya ialah redha...

harzharun on August 25, 2010 at 2:39 PM said...

Ya..senyum....Tp kita manusia biasa...Sebelum senyum itu pasti nak jugak meroyan sekejap...Itu perlu tau..Sebagai pelepas stress..Sbb stress xle disimpan dijeruk..Nanti diri sendri jugak yg gila..Tp berpada2 la...Insafi diri...Renung kembali mana silapnya...Dan bsyikur lah atas apa yg ada...Pasti senyum itu akan lebih manis...

Nur Rawaidah Rahmat on August 25, 2010 at 3:36 PM said...

entry yang baik untuk peringatan diri saya juga =) Apapun perancangan Allah yang terbaik untuk kita =)

fie on August 25, 2010 at 4:34 PM said...

xora, hi..

jangan sedih sangat, dh jadi pun. so preparation lain musti diteruskan..

dulu silent reader, right now i'm follow u ^_^

fie on August 25, 2010 at 4:37 PM said...

xora, hi..

jangan sedih sangat, dh jadi pun. so preparation lain musti diteruskan..

dulu silent reader, right now i'm follow u ^_^

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates