Salam dan hai
Macam mana persiapan B2B? Yang sempat saya baca, rata-rata ramai yang giat buat projek DIY masing-masing, ada yang debar tunggu hasil baju nikah/ sanding, dan ada juga yang baru dapat book MUA dan OP.
Bagus-bagus!
Post kali ni, takde kena mengena dengan persiapan saya. Sekarang, saya cuma sibuk nak ikat riben kad sahaja. Lain-lain semuanya, masih dalam kawalan InsyaAllah. Jadi tiada apa nak dikongsi lagi.
Kali ni saya nak kongsi idea DIY yang baru. Siapa suka tengok bunga terapung di udara? (ok, takde la terapung sangat tapi lebih kepada seolah-olah terapung) macam gambar kat bawah ni
Sumber: casasugar.com
Saya pernah cari bekas kaca macam dalam gambar di atas ni, di SSF. Harga memang la mahal. Kalau setakat beli 2-3 biji, masih boleh lagi. Tapi kalau sudah banyak, erm! memang dompet yang tebal pun jadi kurus.
Kemudian saya terjumpa gambar kat bawah ni semalam. Tidak menggunakan bekas kaca sedia ada, tapi gantikan dengan mentol lampu.
Sumber: espritcabane
Tapi alamak.. dalam laman ni, bahasa pengantara bukan bahasa Inggeris. Bahasa Jawa, lagi la bukan.
Cari punya cari, akhirnya jumpa blog ini yang tolong alihbahasakan . Kalau B2B nak tengok langkah demi langkah, boleh pergi ke blog diatas ni.
Kalau nak dibandingkan dengan bekas kaca di SSF tu, memang la bekas di SSF lagi cantik daripada yang ini. Tapi kalau nak cukup syarat merasa deko ni pada harga paling minimum, pakai mentol ni pun boleh. Cuma rasanya, lagi cantik kot, kalau bahagian screw cap tu dililit dengan manik atau diikat dengan riben. Takde la nampak sangat 'kementolannya' sangat.
Tapi apa-apa pun, memang idea yang murah dan boleh direalisasikan dengan usaha dan ketekunan!
3 Ogos 2010
5 comments:
xora, kamu ikat reben kat kad? reben kecik2 tu DIY or beli siap?
haah ikat kad kat riben. DIY aje, beli sekali byk kat Minlon. Jenuh Farah, semalam baru siap 10 kad, ada lagi.. erm.. 990 kad lagi.. ehehe..Nak taknak mmg kena ikat kad tu, if tak bercerai kad.
wah yg ada mentol n bunga tu sangat menariks.. agak praktikal.. sbb nya, towards end of the day, bleh bagi mentol2 tu pada sanak saudara sbg additional buat tangan.. plus mentol tu bleh guna berbulan2, or in fact bertahun2... bagus sungguh..!!
cantiknya yg colourful cm dlm gambar 1st tu.. tp klu nk DIY byk2, mesti kering poket pastu penat eh? Tp seriously cantik!! :)
cantiknye~~
Post a Comment