Salam dan hai
Selamat berpuasa-- sudah seminggu kita berpuasa Alhamdulillah :)
Kali ni, saya menulis tentang prosedur pernikahan. Sebenarnya, setiap bakal pengantin akan melalui proses prosedur yang berlainan daripada segi pengalaman dan cabaran. Ada yang jalan mereka dipermudah, ada pula yang mengalami saat benar-benar mencabar pemikiran secara rasional (Bridezilla: Gear 1).
Tapi apa-apa pun, bagi mereka yang mudah jalannya, anggap itu rezeki. Yang menerima dugaan, anggap itu pembakar semangat ya?!
Kali ni, post saya berkenaan prosedur majlis nikah kami
1. Kursus kahwin
Kami dah amik kursus kahwin tahun lepas lagi, Julai 2009.
Kami amik di Putrajaya. Ini saya kurang dapat bagi komen pasal D yang uruskan semuanya. Ingat-ingat lupa saya, D sms orang yang bertanggunjawab untuk masukkan nama kami dalam senarai peserta untuk khusus. D rujuk pada laman sesawang ini.
Tapi rasanya, kalau tidak mendaftar dulu pun tak apa pasal kebanyakkan peserta, datang terus pada hari tu. Cuma jangan lupa bawa salinan kad pengenalan siap-siap ya. Tempoh pendaftaran dibuka seawal 12 tengah hari. Lepas daftar dan bayar RM80, kami pun makan tengah hari di Taman Warisan (pasal makan tengah hari untuk hari pertama tidak disediakan. Sila tanya atau dapatkan tentatif kursus daripada pihak pengurusan dahulu tentang aturcara majlis pasal setiap penganjur, mungkin berbeza aturacara kursusnya)
Saya pernah tulis tentang kursus kahwin saya dalam post yang ini.
Ingat ya, selepas selesai kursus kahwin, jangan lupa amik tahu bila dan dimana boleh ambil sijil kursus kahwin. Ada yang boleh terus dapat selepas tamat kursus dan ada yang kena tunggu seminggu kemudiannya. Dah amik nanti, jangan lupa hantar kedai untuk plastic laminate @ lapisan plastik kat sijil tu. Baru cantik dan terjaga sijil tu. Kenangan tu tau!
Seperkara yang lain, pastikan berapa tempoh sah sijil tu. Yang saya tahu (maaf kalau saya tersilap), tak semua kursus kahwin ni, tarikh sah seumur hidup. Ada yang tiga tahun. Jadi sila dapatkan maklumat betul daripada pihak pengajur. Pastikan sijil itu juga mendapat pengikhtirafan daripada Jabatan Agama Islam negeri.
2. Lokasi majlis nikah
Sebenarnya, ada sedikit isu tentang lokasi majlis. Ayah nak buat di rumah. Saya nak buat di masjid. Nasib ibu nye ayat kepada ayah "Biar la. Majlis dia, biar dia tetapkan kat mana nak buat" *hugs ibu! Jadi, masjid la lokasi kami InsyaAllah.
Lepas dapat persetujuan lokasi, baru pergi ke langkah seterusnya --kebenaran menggunakan ruang masjid. Proses nak menggunakan ruang masjid ni, tertakhluk kepada pihak pengurusan majid. Ada yang tak perlukan sebarang dokumentasi cukup sekadar janji mulut, tapi ada juga yang perlu melalui proses yang betul.
Hal surat menyurat untuk kebenaran menggunakan ruang masjid, saya serah kat ayah saya untuk uruskan. Dia kariah masjid tu, jadi dia lebih tahu selok belok pentadbiran macam mana. Katerer untuk majlis nikah pun ayah yang uruskan. Saya cuma bagitau ayah saya, majlis nak berlangsung pukul berapa dan hari apa. Itu sahaja. Saya mahu majlis diselesaikan di masjid, baik daripada akad nikah, tukar barang hantaran sampai ke jamuan. Mula di masjid, selesaikan di masjid.
Saya percayakan aje ayah uruskan dan bila dah tengok surat kebenaran, OK lega alhamdulillah.Senang hati.
Nota: Perkara diatas berkaitan majlis nikah yang tidak dilangsungkan di kawasan kediaman. Tapi bagi yang melangsungkan di rumah, antara perkara yang perlu kamu sensitif, antaranya tentang kebenaran untuk menutup jalan daripada pihak berkuasa tempatan (jika perlu) dan penggunaan khemah yang akan menggendalakan aktiviti jiran tetangga. Jangan lupa tanganinya dengan berhemah. Terpenting, sama ada buat di rumah atau sebaliknya, kena dapatkan persetujuan bersama tentang lokasi pasal nanti kena isi info pasal lokasi nikah dalam borang kahwin tu.
3. Ujian saringan HIV
Saya amik awal bulan 8, supaya tak lari sangat daripada tempoh 3 bulan sah sebelum majlis kami nanti. Saya dah pernah tulis ulasannya dalam post ini.
Sangat mudah dan cepat prosesnya kalau kita ikut prosedur yang betul.
4. Surat kebenaran nikah (pihak lelaki)
Prosedur ni kena ke garisan-sedia-mula oleh pihak lelaki dulu. Mereka kena isi borang yang berkaitan, lampirkan dokumen-dokumen yang dikehendaki macam salinan sijil kursus kahwin dan IC saksi-saksi. Lepas tu pihak lelaki dapatkan tanda tangan penolong pendaftar nikah kariah dia. Kemudian, baru hantar borang ke Shah Alam (dalam kes kami)
Lepas pihak berkenaan proses borang, kemudian baru dapat surat Kebenaran Berkahwin Lelaki. Dalam surat tu, tertulis la nama korang dan pasangan, serta tempat di mana majlis pernikahan akan berlangsung.
Bayaran RM10 dan ingat, borang sah selama 3 bulan sahaja
Segala cop-cop yang diperlukan.
Dah dapat Surat Kebenaran Nikah lelaki, baru pihak perempuan boleh mulakan operasi yang sama.

Maka, baki 20% tunggu daripada pihak saya sahaja. Tak sempat lagi nak jumpa tok kadi kawasan saya. InsyaAllah, mungkin minggu ini cuba selesaikan.
Suka betul D bila saya bagitau, dia dah dapat surat kebenaran bernikah ;p
Nota: Saya kurang pasti, di mana nak dapatkan borang berkaitan pasal dalam kes saya, ayah saya yang pergi ambil untuk pihak saya dan D pergi amik sendiri untuk pihak dia. Mungkin ada B2B lain dapat tolong bagitau sumber, boleh kongsi di ruang komen. Kalau tak silap saya, borang juga boleh diperoleh daripada Penolong Pendaftar Nikah kawasan qariah masing-masing.
17 Ogos 2010
10 comments:
waahh..step prosedur yg clear..boleh lah hana jadikan panduan..=)
yeah.. i pon percaye.. dipermudahkan atau kesukaran...tu semua bahagian masing2... :) yang penting... kire berusaha dan redha..
eerr...tapi.. kenape u nyer khursus kawen stat lepas kol 12...?? besh ar..!!! huhu.. i pergi kusus kawen aritu.. dari pukul 8 pagi samapi kol 5.30petang dua hari berturut2.. okeh2.. i tak kisah...~ngeeee ;p
Hana, tapi ada gak kurang clear, esp part kat mana nak amik borang tu semua pasal saya tak melaluinya, jadi tak dapat nak menulis ;p
@ty: Itu la, saya rasa semuanya ikut kepada pihak penganjur kot.
bagus xora..at lease b2b yang belum start semua ni dapat panduan dari sini! :)
kesenangan @ kesukaran yang dilalui tu sebenarnya menguji kesabaran kita. itu masing-masing punya bahagian..yang penting kita jangan cepat melatah..
xora borang kebenaran berkahwin pihak laki tu sbb D kamu bukan senegeri yer?
Zaa yg susah dan yg senang tu la jadi ingatan kan?
Farah: en tak, D satu negeri. Tapi memang hantar kat S.Alam, pihak sana kasi borang tu gak.
dah lama sy tunggu entry camni..mia pn blur nie...aduih
thanx xora..atleast ada nmpk sket jalan crita nak buat apa..hahaha..*blur*
thanks for sharing info, take noted !! =)
terima kasih atas perkongsian,saya jadikan blog awak ni sebgai dictionary kalau2 miss ape2..:)
boleh kan;p
Post a Comment