Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

02 August, 2010

Pameran Kraftangan & Promosi Kerja Kahwin


Salam dan hai

Kali pertama dapat ke pameran kraftangan ni. Pergi dengan ibu ayah pasal D ada kenduri kahwin.

Tak tau macam mana nak ulas pameran ni dalam perkataan, jadi saya letakkan gambar sahaja ye?

Idea untuk pelamin




Arch yang tinggi




Idea untuk meja beradap.





Idea door gift










Idea bunga manggar





Dalam sibuk-sibuk saya ke sana, sempat juga singgah muzium kraftangan. Saya suka tengok bahan-bahan pameran macam ni. Leka sangat-sangat.


Saya sempat ke booth
Mrs.Carft Collection, milik bonda Hana. Tapi masa saya sampai, Hana tiada jadi bonda dia (rasanya kot) yang layan saya. Nak tengok buku guestbook tu, tapi rupanya dah diletakkan kat dalam ruang pameran. Tapi sempat la amik pamplet dan business card *senyum

Walau hampir 3 jam berlegar-legar kat sana, kami cuma beli 1 barang sahaja tapi barang itu memang saya nanti-nantikan sangat ---Bekas tembaga untuk meja beradap yang dicari-cari selama ini[post penuh]

Alhamdulillah *senyum lebar. Harga rasanya boleh dapat lagi murah kalau terus ke Kelantan atau Terengganu. Tapi tak apa, pasal ayah pun dah menawar, jadi suka juga! Kami beli 8 bekas tembaga sahaja, pasal ayah kata, untuk meja beradap ayah cadangkan cuma 8 orang sahaja yang duduk pasal kalau 10 orang, nak makan pun susah, berlaga-laga siku. Lega sangat bila famili D pun setuju dengan cadangan ni.



Gambar penuh tunggu majlis nanti ya? Sekarang ni, tengah google image kerap-kerap pasal nak cari idea untuk deko bekas tembaga ni. Nity, kita kena deko nanti ok, masukkan dalam task! *tambah lagi kerja kau. benci tak kat aku sekarang??? ;p

Walaupun cadangan asal nak isi coklat, tapi ayah secara halus memang nak kasi telur pindang. Pasal tu daripada awal, dia asyik cadangkan bekas tembaga yang muat untuk isi telur. Jadi tak apalah, ikut sahaja la kehendak ayah.

Yang penting, saya puas hati sangat dapat pilih sendiri bekas tembaga tu!

Kami balik dan terus ke Kamdar Prima Saujana. Kain di Kamdar murah dan puas hati membeli, nak nya pada waktu tengah jualan murah macam ni. Dapat kain harga semurah RM2/ meter. Reaksi= Suka!

Rembat kain untuk langsir bilik, projek DIY ni [
post penuh] dan deko bilik pengantin.


Fuuh.

Ok, tiba masa untuk kemas kini belanjawan saya!



2 Ogos 2010

11 comments:

hana yoriee on August 2, 2010 at 9:02 AM said...

huhu..tak sempat jmp xora..xora dtg betul2 lepas hana dah odw ke kenduri huda kan? hehe..tak de rezeki nak jmp xora..=(

Xora on August 2, 2010 at 9:45 AM said...

Hana.. tu la, takde rezeki. ikutkan saya sampai sana dalam 10am tau, tapi round punya round cari booth hana, tak jumpa2. last2 tanya kaunter pertanyaan, alahai dekat betul, saya dok round tak perasan2.. tapi jmp mama Hana, dia cam terkejut bila saya sebut nama Hana ;p

Anonymous said...

pink + purple perfect combination!!!...;)

khairulhaya on August 2, 2010 at 12:20 PM said...

mak datok..cantiknye pelamin tu..Ya Allah,ruginye x pergi pameran tu..time kasih sudi bkongsi info..

Nadia Hamdan on August 2, 2010 at 12:24 PM said...

everything is beautiful

farahfatihah on August 2, 2010 at 1:46 PM said...

semua yg ada kat pameran tu cantik2 belaka!!! terutama bila ianya berkonsepkan purple pink

fash on August 2, 2010 at 8:14 PM said...

sy pon pergi juga! ((:
mmg sgt suke ngan idea pelamin, meja b'adab also arch tnggi itu
tp memandangkn bajet sy yg ciput
t'pkse lupekan jerr hee

fash on August 2, 2010 at 8:14 PM said...

sy pon pergi juga! ((:
mmg sgt suke ngan idea pelamin, meja b'adab also arch tnggi itu
tp memandangkn bajet sy yg ciput
t'pkse lupekan jerr hee

Nur Rawaidah Rahmat on August 2, 2010 at 11:24 PM said...

wow..everything purple wink2 !!

Mrs.Qarlista on August 3, 2010 at 10:28 AM said...

xora..88 hari lagi..:P

Xora on August 3, 2010 at 10:30 AM said...

Dear all, reply secara pukal ya. Haah, tema memang pink-purple, dan sedkit putih. Memang gah pelamin dan archnya :D Nad, sila jangan ingatkan saya Hihi *panik

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates