Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

24 August, 2010

67 Hari Lagi



Salam dan hai

67 Hari lagi menjelang majlis kami InsyaAllah.

Status saya (tiada idea nak karang panjang-panjang, cuma letak gambar sahaja)

1. Corsage atau Rozek atau Boutonniere (atau apa sahaja nama ia)

Siap buat 20 set. Tinggal lagi 4 set belum bersentuh, ni khas untuk ibu ayah pengantin. Masih belum ada idea jadi tunggu dahulu. Buat masa sekarang, teruskan dulu operasi nak lilit dengan riben dan gamkan pin dibelakang rozek ni (pin belum beli. Macam mana boleh terlupa!)

Pandai kan D pilihkan bunga :D

2. Kad kahwin
Kad untuk belah D yang siap lengkap, sudah 60%. Lagi 40% harap dapat diselesaikan minggu ini juga pasal cuma tinggal nak gamkan dan bakar hujung riben sahaja lagi. Kad belah saya, 50 keping yang urgent untuk diberi masa balik kampung beraya, sudah siap. Baki boleh disiapkan dengan tenang.



3. Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI
Siap! Hasil gagal =10 keping. Hasil lulus=10 keping.
Cemerlang (iye la tu)



4. Buah tangan meja beradap
Bekas tembaga dah beli dulu. Idea pun memang dah ada, cuma nak jalankan operasi sahaja. Saya dah potong siap-siap ukuran kain organza dan panjang riben yang diperlukan. Jadi insyaAllah, sehari sebelum majlis sanding, kakak ipar saya cuma teruskan lagi 50% kerja.


Telur tu telur hidup. Haha. Pegang dengan penuh berhati-hati saya! Hari majlis nanti InsyaAllah akan pakai telur pindang *jeling ayah.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran semua sudah selesai alhamdulillah.. kecuali manisan dan sirih junjung. Ok. Lega. (tapi tak ingat simpan kat mana.. mana ye barang-barang tu saya letak~)

Misi jangka panjang: Mahu siapkan projek DIY sebelum raya. Agar raya saya akan lebih menyeronokkan tanpa perlu fikir hal persiapan kahwin langsung! Kena bekerja dengan tekun untuk tempoh dua minggu ni!


Nota:Buat yang bertanya, Misi Sulit saya hanya cukup sampai 10 misi sahaja. 6 sudah dicoretkan, lagi 4 misi. Tak banyak mana pun :D


Selamat berpuasa ya!



24 Ogos 2010



11 comments:

farahfatihah on August 24, 2010 at 8:50 AM said...

xora, tertarik la ngan penyepit baju tu..yg love tu..kamu buat ek? ke beli then tinggal tampal je ek?

Xora on August 24, 2010 at 8:53 AM said...

Farah, ish! mana mampu buat sendiri. saya beli ke atau dapat pun tak igt, tapi 3 tahun lepas ni. kat Memory Lane, RM1.50 je :P memang dah siap2 tampal cam tu. skrang tak tau la ada lagi ke tak.

Amni on August 24, 2010 at 9:04 AM said...

moga selamat semua urusannya... +0 hantaran tak banyak tak de masalah... yang penting lepas yang wajib tu... all the best!

thezaila on August 24, 2010 at 9:11 AM said...

hi babe.. x sangka tinggal 67 hari je lagi kan.. banyak gel yg u dah buat.. mine mcm pending2 belaka... anyhow.. good luck ya on the preparation =)

Anonymous said...

wah rajinnya xora DIY...tabik aa mia

Mysarah Rahman on August 24, 2010 at 9:21 AM said...

kad tu nampak menarik. nak tgk full nak tgk full! :D

hana yoriee on August 24, 2010 at 9:25 AM said...

xorz boleh lah beraya ngan tenang..huhu..hana tak dapat nak beraya ngan tenang tahun ni..hukhukhuk..

Anonymous said...

harap-harap urusan xora berjalan lancar ye..
nanti bleh beraya sepuasnya dengan tenang sebab ni rasa last as a single lady! ahaks!

Byzura Mj (By) on August 24, 2010 at 10:29 AM said...

wah banyak dah siap!! congrats!! tepuk tangan utk diri sendiri. baru puas hati kan?

Hana on August 24, 2010 at 12:53 PM said...

waa.. sudah banyak progress.. jatuh cinta ngan bunga manggar xora.. tapi kalo nak wat tak tau sempat tak.. dah siap ek yg tu.. btwn.. all the best

lokmanfirajunior on September 1, 2010 at 2:49 PM said...

hi bakal pengantin,
bestnyer buat preparation kawen nih..enjoy all the moments ya!
all the best!

saya ada sewakan bekas hantaran, sesapa yang berminat,
http://gossip-fir.blogspot.com/2010/09/bekas-hantaran-kahwin-for-rent-wedding.html

fira hamzah

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates