Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

22 September, 2010

Intai: Kad Jemputan



Salam dan hai

InsyaAllah, dalam minggu ini saya akan mulakan operasi mengedar kad jemputan pakai tangan untuk kawan-kawan setaman. Untuk aktiviti mengepos kad-kad jemputan, saya mulakan minggu hadapan. Pada siapa yang dah terima kad saya, jemput datang pada hari majlis InsyaAllah.

Drama kad kahwin saya ni, boleh dikatakan hampir tiada. Semuanya OK alhamdulillah. Kecuali kes saya silap letak GPS haha

Cuma pada fasa mencari rekaan dan proses draft tu, memang la ada ding-dong sikit
[
post disini] [post disini] [post disini] [post disini] [post disini]

Satu-satunya drama berlaku bila orang printer, print kad lebih 1,000 [
post disini] Mungkin rezeki. Mungkin Allah tau yang saya akan buat silap dalam pemilihan riben.

Riben ni memang memainkan peranan penting dalam kad jemputan saya ni. Bukan sekadar hiasan. Riben ni yang pegangkan kad jemputan ni. Saya siap gamkan bow tu pasal takut tercicir.

Kita semua melalui proses cuba-cuba dan hasil percubaan pertama saya: Kurang cantik (Maaf watermark gila buruk pasal masa ni malas nak tukar font dan malas nak adjust.. Haha.Tak apa. Nanti korang dapat kad, korang snap gambar molek-molek. Jangan ikut saya ;p)


Saya dah buat hampir 30 keping kad pakai riben ini. Lepas tengok esok harinya, rasa macam ada sesuatu tak kena, tapi tak dapat nak pastikan apa. Jadi, terus tanya pendapat beberapa kawan rapat. Lepas masing-masing kasi pendapat, saya pun tukar kepada riben organza pula.



Hasil lebih baik daripada hasil pertama--Walau r
iben ni mengingatkan saya kepada riben Minnie Mouse

Perbandingan antara keduanya


Sekian, nantikan kehadiran kad jemputan yang serba sederhana ini ya?! Kecik benar, jadi hati-hati takut terselit bawah tempat duduk kereta ke apa ke *ha jangan gelak. Ini kisah benar. Jari jemari ku gigih nak keluarkan kad yang terselit kat bawah tempat duduk. 10cm x 14cm aje besarnya. Kalau ada riben tersenget sikit, fahami la, sesungguhnya saya sorang menggamkan kad, pastinya ada yang terlepas pandang.


Oh ya, idea asal kad ni, saya adaptasi daripada idea kad kawan UiTM saya. Saya memang suka kad dia. Simple dan comel. Jadi saya pun minta kebenaran dia nak guna rekaan yang hampir sama. Cuma idea riben ikat dibahagian atas kad, orang LH yang cadangkan. Kad kawan saya, ribennya mengelilingi kad. Kad kawan saya bewarna, tapi kami punya hitam putih, untuk kurangkan kos. Jadi, kami pilih riben warna kuning, sebagai selitan warna tema majlis nanti.

Baki kad yang lebih tu, cadangnya, mahu buat centerpiece untuk meja tetamu. Nanti siap satu contoh, saya masukkan ya. Tungggguuu! Centerpiece jimat lagi menjimatkan *hihi

Sudah boleh mula edarkan kad--dimulai dengan Laling!!



22 September 2010

17 comments:

hana yoriee on September 22, 2010 at 8:59 AM said...

xora: jemputan maya dah siap belum? hehehe..*kad kamu mmg elegan..sukeeee*

harzharun on September 22, 2010 at 10:07 AM said...

owh dior ( ni bjangkit dr fazura dlm pisau cukur...owh dear dah tukar owh dior..heee)...

owh dior...u blom post lg rupanya...i duk ttanya2 jugak my mom kot2 ada surat sampai umah tp dia lupa nak bgtau..hehe

Byzura Mj (By) on September 22, 2010 at 10:12 AM said...

pastikan nama by ade. hehehe. 40 hari dah kan?

Unknown on September 22, 2010 at 10:27 AM said...

cepat posss!!! tak sabar nak tengok kad kamu yang cute tu!!!

farahfatihah on September 22, 2010 at 10:48 AM said...

ok dear, xsabo nak tunggu kad kamu hehehe babe , kamu kenal nawal? g wedding dia x?

Xora on September 22, 2010 at 11:35 AM said...

Dear all: InsyaAllah, saya akan pos kan akhir bulan september ni, seperti yg saya janjikan dlm emel. senang sekali harung. Nanti check nama masing2 ye dalam senarai takut saya terlepas pandang.

Xora on September 22, 2010 at 12:58 PM said...

Hana: mencik mencik!! tak pandai buat e-kad.. kasi yg kedai printer bagi tu aje boley?? :P

Xora on September 22, 2010 at 12:58 PM said...

Farah: Tak pergi la Farah. ni nak mencari ahli rombongan Cik Kiah ye?

hana yoriee on September 22, 2010 at 1:10 PM said...

haiyark..lor..cian xora..bersusah-payah plak..hehehe..ingat nak xora jimatkan duit setem td..hehehe..termenyusahkan xora plak nak wat e-kad..kalo gini sat g hana email alamat hana yea?

Xora on September 22, 2010 at 1:14 PM said...

Hana: pls do! Dah bengong fikir e-kad ;p

Acaii on September 22, 2010 at 1:36 PM said...

Ixa, bleh bagi saya satu :) tak perlu pos. Nanti majlis nury bawak ye..:) thanks.

Xora on September 22, 2010 at 1:42 PM said...

Acai: Boleh! nanti saya kasi kat abang masa majlis Nuri ya?

ZE on September 22, 2010 at 2:00 PM said...

Hi xora,

tak sabarnye rasa nak dpt kad..
hehehhe....

Xora on September 22, 2010 at 2:07 PM said...

Qaseh: hati2, kad ini boleh terselit dimana-mana aje memandangkan saiznya cinonet. ;p

Unknown on September 22, 2010 at 2:44 PM said...

simple tp menarik font nya

mama affan on September 22, 2010 at 3:48 PM said...

xora..memghitung hari dah yer..semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari majlisnya..

ryna doakan dari jauh..selamat dan selamat okeh..huhu..

Reen Tart Nenas on September 22, 2010 at 4:11 PM said...

hi cik xora, best2 kad dah siap. takmo letak atas keyboard yer, bg kite by hand :p eih, kena kasi dua tau.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates