Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 June, 2010

Urusan Hujung Minggu


Salam dan hai

Post ni nukilan untuk kami pada masa depan, tanpa gambar pasal D tak kasi letak gambar masa beli barang kemas takut menimbulkan riak (Reen, ko boleh skip post ni pasal ko cuma suka tengok gambar. *uwek*). Jadi pasal sudah kena tegur, terus takda semangat nak snap gambar lain-lain *tipu- pasal sebenarnya terlupa nak snap gambar-gambar lain*

1. Barang Kemas selesai

Tak rancang pun nak beli barang kemas, tapi D sungguh-sungguh ajak, jadi saya pun ikut. Rancangan awal, nak beli masa bulan Ramadhan nanti pasal biasanya mesti kedai barang kemas ada sale. Tapi agaknya dah takdir, dalam saja nak tengok, berkenan lalu terbeli.

Bakul-sampahkan semua pengetahuan tentang 4C tentang kualiti berlian.

Bakul-sampahkan juga semua artikel tentang cara nak memilih cincin.

Saya memilih cincin saya bukan atas mana-mana faktor yang saya pernah baca. Saya pilih ikut kriteria terpenting kami; budget dan citarasa.

Saya tak rasa saya perlu luang masa nak faham tentang barang kemas ni pasal tak mampu nak paksa diri memahami benda yang saya tak mungkin fahami dan tak berminat, walau beribu kali baca artikel tentangnya.

Yang saya tahu, saya tak sesuai pakai diamond solitaire. Walau saya tahu, memang biasanya diamond solitaire dipilih untuk nikah kerana reka bentuk yang lebih menonjol dan bila dalam gambar, nampak cantik sangat!

Tapi mungkin jari saya dan diamond solitaire tiada jodoh. Saya tak suka rupa diamond solitaire kat jari saya. Macam--erm.. gajah yang diletakkan slim bag. Ha macam tu la perumpamaannya. Jari besar kedabak, letak cincin cinonet aje. Jadi saya pilih cincin yang kelihatan cantik dan penuh kat jari saya.

Sepanjang kat kedai emas tu, saya perhatikan memang design cincin emas putih lebih moden dan cantik berbanding design emas kuning. Harga kedua-duanya lebih kurang sahaja.

Tapi pasal memang saya mahukan emas kuning, jadi pilihan saya memang terhad. Tapi syukur juga dalam terhad tu, tetap ada yang saya berkenan.


2. Kad Kahwin

Trip kedua ke LH Creative. Sebelum ni pergi sana dua kali tapi orang takde pun langsung. Tapi kali ni mungkin kami pergi lepas tengah hari, ramai pulak pelanggan. Sampai kami duduk termangu-mangu kat tepi tu.

Tapi nasib ada staff yang dapat layan kami. Amik tempahan dan spesifikasi kad kami.

SK, maaf sangat, tak sempat nak tanya sebut harga bagi pihak kamu.

Jadi kita tunggu 10 hari lagi untuk draft pertama.


3. Bantal hantaran

Saya pergi pula ke SSF, mencari jerujai nak letak kat hujung bucu setiap bantal. Tapi entah kenapa la 'pandai' sangat, terlupa terus nak bawa kain contoh. Pasal kat sana ada banyak warna, tapi nak cari yang paling dekat dengan warna emas. Akhirnya, agak punya agak, saya pilih jerujai yang spesifikasinya tertulis "brown". Lantak, bagi mata saya macam warna emas.

Balik tu, cepat-cepat saya pergi tengok sama ada sepadan ke tak dengan warna lilitan yang saya dah beli.

OK Lega. Sama. Erm.. Ok tipu, hampir sama. Tapi jadi la. Bukan tak jadi hantaran pun kalau warnanya tak sama. Asal tak lari jauh ton warnanya, sudah :)

Saya ke kedai Bunga Riben (Terima kasih Belle!) dan jumpa pun sesuatu yang saya cari bagi melengkapkan bantal hantaran saya.


4. Vendor Pelamin

Jumpa vendor pelamin di Tesco Puchong dan dia bawa kami ke stor dia. Ada kawan saya yang cadangkan pergi jumpa vendor pelamin dan tengok barang-barang yang akan digunakan. Jangan bergantung dengan gambar semata pasal boleh jadi barang retak sana sini, warna tak sama macam dalam gambar.

Jadi ikut sahaja la cadangan kawan tu. Kita bersedia aje, apa-apa yang nak jadi kemudiannya, redha aje la. Daripada pihak kita, kita dah usahakan. Selebihnya berserah sahaja pada Allah dan ketentuanNya.

Pergi ke stor vendor saya. Tengok walkway mana yang dia akan gunakan, panel pelamin macam mana dan bincang tentang perubahan rancangan kami. Pada awalnya kami nak letak pergola untuk letak sebagai tempat potong kek, tapi lepas fikir praktikaliti (potong kek pun cuma kurang daripada 5 minit pun kan!) jadi batalkan. Duit yang dijimatkan boleh buat gi road trip lepas kahwin ye D?

Pelamin kami off white sahaja. Cuma bunga sahaja mainkan peranan naikkan seri pelamin. D sudah tukar pilihan kerusi pelamin kami. Gara-gara, dia tumpang duduk kat satu kerusi ni dan terus sahaja dia berkenan pasal dia kata, macam kerusi dalam kereta dia. *fine*.

D nye piawaian kerusi pelamin: Kerusi pelamin kena selesa macam kerusi dalam kereta.

Jadi, warna bunga sudah ditetapkan, deko pun sudah ada muktamad, sekarang cuma tunggu awal bulan 10 untuk dia ukur pentas dan dewan. Tapi sudah pesan kat vendor, harap dia flesibel daripada segi perubahan saat akhir pasal majlis serentak ni kena penuhi 2 pasang ibubapa.

5. Deko meja beradap

Saya tau, dulu saya pernah buat percubaan DIY Meja beradap. Masa berjalan di SSF, terjumpa satu bekas yang saya amat berkenan *suka*. Walaupun kegunaan asal bekas tu untuk perkara lain, tapi saya rasa masih boleh digunakan untuk projek saya. Murah, bawah seringgit *senyum lagi* . Jadi rembat 6 bekas.

Saya fikir, kalau la harga bunga naik atau saya tak sempat nak deko meja beradap, sekurangnya masih ada alternatif untuk menghias dengan cepat pada kos lebih murah. Bekas tu selepas majlis boleh balut dan dalam tu letak coklat ke apa ke.


6. Kemas kini belanjawan

Lepas beli semua benda-benda kahwin, masukkan dalam excel. Ingat ye kawan-kawan, lepas beli barang sila update belanjawan masing-masing. Jangan tangguh lama-lama, nanti jadi malas dan terlupa.

Saya pernah dapat emel daripada seorang B2B yang bertanyakan cara pembayaran bila berurusan dengan vendor macam mana. Sama ada cek atau tunai atau kad kredit. Saya sempat bertanya pada salah seorang vendor saya, sama ada dia kisah atau tak kalau kami buat bank draft. Walau dia tak kata "tak nak" tapi dia cakap berlapik yang dia perlu buat bayaran untukupah pekerja. Jadi daripada situ kita faham yang dia lebih suka kalau kita bayar tunai.

Jadi kepada B2B, cara pembayaran ni kadang-kadang atas budi bicara dengan vendor juga. Ada yang suka tunai atau sebaliknya.

Macam saya, saya lebih suka kalau buat bank draft pasal tak perlu takut tentang hilang atau apa-apa masalah kemudian hari. Tapi iye la, ada vendor lebih sukakan tunai pasal kadang-kadang bila bank draft ni, banyak pula masalah nak tunggu clear.

Tak kisah apa juga cara bayaran, yang penting bincang dulu dengan vendor pasal setiap vendor ada pilihan masing-masing. Yang penting kalau berurusan dengan tunai, yang paling penting, kalau kita dah janji nak bayar kepada A, jangan bagi kepada B. Pastikan A yang dapat duit tu. Pasal pernah terjadi orang yang menyamar jadi staff vendor dan minta bagi bayaran bagi pihak boss, tapi rupanya menipu.

Jadi sama-sama la kita beringat ye. Ni ingatan untuk diri sendiri juga.


28 Jun 2010



11 comments:

hana yoriee on June 28, 2010 at 8:42 AM said...

hihi..xora pun dah dpt brg kemas idaman yea??hana pun tak beli brg kemas yg ber'diamond' pun xora..cuma hana rasa kalo kite beli emas 916 lbh byk untungnya. btl tak? sama lah kite xora, kriteria pemilihan brg kemas bkn lagi atas pembacaan kite..tp atas citarasa dan peruntukan pembelian..hihi.. =)

ally on June 28, 2010 at 9:09 AM said...

wah xora..byk sgt xtvt kamu mggu ni..suka bc..update lg ye..hihi..
*sy pun suke emas kuning..more on value..hihi*

Mrs Kecik on June 28, 2010 at 9:39 AM said...

tak kire! tak kire! nak jugak solitaire..haha..
it's ok la psl harga tu..nanti saya pon nk pegi jugak.
mcm cantik je je bantal hantaran tu..boleh la sewakan nanti..

TheBubblyMe on June 28, 2010 at 9:53 AM said...

Congrats Xora! dah bnyk item yang settle!!

Inimeeya on June 28, 2010 at 10:24 AM said...

gud kob xora!=)mmg betul entry u psl cincin tu.kalau pegi kekedai emas, diorg akan tanya budget bape.haha.so, it's limited there.then, after that baru tgk yg berkenan dan sesuai dgn citarasa..huhu.emas 916 bernilai..but it depends on citarasa msg2.betul tak?hehe.

farahfatihah on June 28, 2010 at 11:05 AM said...

hi babe...pasal kad tu kan, xpyh tunggu smpai 10 hari..sure dalm beberapa hari dorg dah email u..kad ai dah siap tau!! xsmpi sebulan pun huhuhuh

Anonymous said...

service kad mmg siap cepat lani...betul kata farah tue xora. mia pun suke brg kemas emas...gold. Mia pun ada g SSF....mmg cantik kat sana..termasuk bunganya yg nampak real

Reen Tart Nenas on June 28, 2010 at 6:18 PM said...

Hi Cik Xora,

saye still akan baca belog Cik Xora walaupun xde gambar.
Betul agreed yang word takmo riak tu. Sebab takut disalah tafsir. Tapi terpulang pada cara dan pilihan masing-masing :)
Kagum dengan ko sebab sudi share apa2 yang terhangat di pasaran. Teruskan!

ZE on June 28, 2010 at 10:38 PM said...

Hai xora...salam perkenalan...
suka baca blog awk...
very informative..
ermm...sy suka white gold tp terbeli yellow gold..hehe boleh gitewww.. :p

Xora on June 29, 2010 at 8:18 AM said...

Hana: semuanya berbalik pada realiti semula kan?

Ally & Thebubblyme: itu la, aktiviti sekali harung. sudah jadi cam robot :P

SK: mungkin solitaire akan jadi vavoom di jari jemari kamu!

Meey@: haah, baik daripada buang masa, terus pergi kepada budget yg kita boleh kan?

Farah: iye ke? baik2.. tgh tunggu emel diorang ni!

Mia: itu la, gi SSF igt backup plan if tak sempat gubah bunga ke apa, beli bunga kat sana yg nmpak macam betul2!

Reen: tapi aku sudah tunjuk sama Laling cincin aku. hahahahahahah. Laling kasi aku idea giler bernas wei!

Qaseh: terima kasih :) oh, ni kiranya tersilap suka ke tersilap beli? :P

Mrs Kecik on July 5, 2010 at 6:54 PM said...

agak2..lps ni nk sewakan tak bantal hantaran tu..hehehehe...

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates