Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

20 September, 2010

40 Hari Lagi


Salam dan hai

40 Hari lagi.

1. Sudah siap cetak lakaran hantaran yang saya berkenan sebagai rujukan untuk gubahan. Memang kena redah sahaja pada masa nak gubah nanti. Tak boleh teragak-agak lagi. *amatur alert!*




2. Masih dalam proses nak siapkan perincian deko dewan sementara idea masih segar. Nanti boleh kasi kepada abang-abang saya dan isteri mereka untuk jadikan rujukan pasal saya harapkan mereka untuk deko (K.Ana, bersedia!). Nasib saya memang ada habit setiap kali buat sesuatu atau beli barang, mesti saya akan amik gambar. Jadi gambar tu yang saya letakkan sekali dalam slide tu, lagi mudah untuk mereka cam barang yang mana satu.



3. Senarai jemputan sudah selesai untuk kawan setaman dan kawan pejabat. Tunggu awal bulan 10 baru akan pos kan kad. Harga stem lebih mahal daripada kad. haha. Macam situasi upah jahit baju lagi mahal daripada harga kainnya. Nasib la memang teramat jarang gunakan khidmat Pos Malaysia, jadi tak terasa sangat harga naik.

4. Sudah bincang dengan ibu. Hantaran akan dibuat di bilik ibuayah. Bilik pengantin tak mahu ganggu. Barang-barang lain, sumbat kat bilik belakang.


Itu sahaja kemas kini buat masa ini. Lepas siap deko, baru nak buat senarai tugas penanggah dan jadual kami 2-3 hari sebelum majlis.

Maaf, akan jarang-jarang post berkenaan idea baru daripada Internet. Tengah fokus majlis sendiri.

40 hari lagi InsyaAllah.. 62% bayaran sudah dilakukan.


20 September 2010

10 comments:

Hana on September 20, 2010 at 9:49 AM said...

Caiyok2.. mari kite same - same usaha.. :) dh hujung - hujung ni makin banyak nak buat kan..

Byzura Mj (By) on September 20, 2010 at 10:05 AM said...

wah!!! sunggu terperinci. by pun ade buat.. tp ade gak yang tertinggal skit2. huhuhu

Mysarah Rahman on September 20, 2010 at 10:23 AM said...

i suka cara u. sangat teratur n details. kalau la i buat macam ni, maunya berkurun ngadap pc tu jer! :D

♥♥ eija ♥♥ on September 20, 2010 at 10:45 AM said...

hai xora lama tak singgah blog xora nie sebab cuti raya...
waa dah 40 hari je tinggal kan :)
insyallah selamat semua sebab very deatils person :)
anyway ja tak dapat ke majlis xora :( sebab ada hal masa tuu :)
insyallah ja hanya singgah di blog xora sahaja jangan lupa nanti update yea :)

sheeda said...

hye dear,,i'm ur silent reader.
siyesly sgt kagum dgn wedding prep u.sungguh details.i like! =)

cik fiza on September 20, 2010 at 11:15 AM said...

selamat berjaya dengan persiapan saat2 suku akhir ni...

sy doakan cik xora tenang dan semuanya berjalan lancar :)

farahfatihah on September 20, 2010 at 11:27 AM said...

good luck babe...xsabo nak tunggu kad kawen kamu!!

iedayah on September 20, 2010 at 5:47 PM said...

wah..mest semput kan u dear..terkejar2 gk..lg 40 hari je..cpt sungguh masa berlalu..gud luck xora

Cik Belle on September 20, 2010 at 8:01 PM said...

should be ok.. inshaAllah.. semua dah teratur, inshaAllah semuanya berjalan lancar.. =))

famzmhj on September 20, 2010 at 10:07 PM said...

selamat menggubah Xora! ^^ rajin betul and sungguh teratur semua mende yang Xora buat. kagum betul atun.

Salut!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates