Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

06 September, 2010

54 Hari Lagi


Salam dan hai

Nak buat kemas kini persiapan kami.

Walau dalam bulan Ramadhan, tetap sempat selitkan persiapan majlis, dalam sibuk buat kuih (OK tipu,dalam sibuk bayar duit order kuih dengan kawan-kawan).

1. Bantal nikah
Terima kasih Laling sponsor kekabu untuk bantal nikah. Ibu dah beli dulu, tapi tak cukup pula kekabunya. Nak mencari sudah satu hal. Jadi akhirnya, minta tolong Laling beli kekabu pasal ibu kata dia ada nampak orang jual kekabu kat highway masa pergi kenduri Laling dulu. Tapi pasal ibu tak ingat kat mana dia nampak orang tu jual, Laling pun demi mak angkat dia tu, dia beli la bantal kekabu. Boleh tahan banyak juga la dia beli. Terima kasih Laling!



Ibu kata, projek bantal nikah ibu akan mulakan selepas raya.

2. Rozek

Selesai siapkan rozek. Fuh.. amat lega. Walau riben yang sama tak jumpa, kami pakai beli sahaja riben baru, yang paling dekat dengan warna riben pertama. Yang penting sudah siap (walau hati meronta kata tak cantik.. haih). Cuma nak pastikan kedudukan pin baju tu sesuai atau tak. Pasal tengok, ada yang senget-senget dan terlentuk sikit rozeknya. Susah juga, pasal rozek saya jenis memanjang ke atas, jadi susah juga. Tak apa, boleh betulkan lagi.

Intai sedikit bunga ros rozeknya, yang masa ni masih dalam plastik. Ni bunga tambahan, untuk penanggah cilik.


3. Misi Sulit V
Kira sudah hampir selesai pasal contol idea sudah siap dibuat. Walaupun perancangan awal nak spray botol tu pakai warna putih, tapi akhirnya, saya rasa baik kekal dengan sedia ada pasal lebih cantik. Tapi pasal sekarang, botol Innershine baru ada dalam 25++, jadi kena tunggu bulan depan untuk dapat 75+ biji botol.



Sudah tunjukkan botol contoh pada K.Ana, mudah untuk dia teruskan dengan projek tu. Semua riben pun sudah dipotong dan dibakar hujung. Nanti sehari dua sebelum majlis, K.Ana dan K.Rina akan teruskan misi ni.

4. Buku tetamu.
Sudah siap buat corak dalam buku tetamu. Puas hati, walau hampir sejam juga la buat malam tadi. Tu la penangan kalau tiada asas Adobe Photoshop tapi gatal nak juga cuba main hentam kromo. Tapi tataletak gambar dalam buku tetamu ni, masih perlu diperbaiki. Macam ada yang tak kena lagi pada mata saya.



Oh ya, baru tahu harga kertas A4 hampir RM10 juga untuk 400+ keping. Selama ni guna untuk kerja percuma kat pejabat, tak tahu pun harganya. Ni dah beli sendiri, baru tahu. Terima kasih D, sponsor kertas buku tetamu ni.



OK, sekian sahaja kemas kini persiapan saya.

Saya cuti raya pada hari lusa dan Khamis sahaja. Isnin dah masuk kerja macam biasa. Cuti sejemput aja, jadi kena sedar diri.

Selamat hari Raya, maaf zahir batin. Kalau ada penulisan saya yang menyinggung perasaan dan emosi, kalau ada balasan yang tidak setimpal, harap maafkan ya.

Yang akan memandu pulang ke kampung halaman, amalkan pemanduan berhemah. Rehat bila perlu. Ikut had kelajuan yang ditetapkan. Paling penting juga-- SILA JAGA DIET MASING-MASING!!! saya tahu ramai sudah sukses dengan berat badan terkini, maka harus beringat ye kawan-kawan (ingatan untuk diri sendiri juga ;p)


7 September 2010

14 comments:

Unknown on September 6, 2010 at 9:56 AM said...

aik..kejapnya cuti?? hehehe :p


xora, tak lagi sangat2 da tu!

Bushra Tajuddin on September 6, 2010 at 10:11 AM said...

slamat ari raya xora~!! :)

Byzura Mj (By) on September 6, 2010 at 10:23 AM said...

dup dap dup dap. By pulak terasa. Hahaha. Dah dapat tengok video xora hari Sabtu lepas. Cantik rupanya Xora ni :)

dumdum on September 6, 2010 at 10:31 AM said...

isnin dah keje balik??? ngee..kalo saya,penat travel pon x ilang lagi hehehe..:p

simpan cuti untuk hornymoon eh!!?;)

ehh saya belum email alamat!!

Xora on September 6, 2010 at 11:09 AM said...

Zaa: kejap kan? letih pun tak kebah T.T nak wat camne, reserve utk honeymoon ;p

Nyomel: Selamat hari raya! maaf zahir batin ya?

Bai: berjaya juga ye tgk? masalah kan upload pakai Youtube *mad. Terima kasih, tapi rupa betul2 ni biasa2 aje *malu

Chenta: camne tahu ni?!! hihi.. harus la kan cuti honeymoon. Chenta, sila kasi alamat tau. Mahu pos kad ;D

iedayah on September 6, 2010 at 11:28 AM said...

np cuti jp sgt xora..slamat hari ry xora..maap zhir batin..=)..

farahfatihah on September 6, 2010 at 11:55 AM said...

xora selamat hari raya...xpe xyah cuti lama2..tgh jimat cuti kawen kan huhuu

Bushra Tajuddin on September 6, 2010 at 12:07 PM said...

yer xora.. maaf zahir dan batin kehh.. :)

Nur Rawaidah Rahmat on September 6, 2010 at 12:45 PM said...

xora : selamat hari raya. maaf zahir batin =) enjoy singke life momentsn=)

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on September 6, 2010 at 1:00 PM said...

Wahh Xora..x lama dah majlis kamu. Tak sbr pulak rasanya.hehe.

Neway Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye. Jaga diri bebaik...awak tu darah manis tahap semut hurung.huhu..


Best of luck for u!

Elya Roza on September 6, 2010 at 2:04 PM said...

xora....best nyee tgk persiapannn kamuu......
gudluck dear....tak sabar nk dtgg :D

cik fiza on September 6, 2010 at 3:24 PM said...

wah sudah dekat tarikh itu yer..
selamat hari raya :)

Hana on September 6, 2010 at 10:25 PM said...

slamat hari raya xora.. suke pesanan yang last tuh.. alamak.. tak brape makan la bulan raye ni.. adeh!

ZE on September 7, 2010 at 12:48 AM said...

Dear Xora,
selamat hari raya..
Takpe...Cuti raya sikit...
cuti kawen lagi penting hehehe...
moga bahagia slalu..
aja aja fighting!!!! :p

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates