Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

03 September, 2010

Sponsor Kaki Kek untuk Pulut Kuning


Salam dan hai

Saya merancang nak pulut kuning untuk majlis sanding. Tapi pasal dalam pakej katerer, mereka dah kasi kek jadi ayah tak setuju kalau nak kek dan pulut kuning serentak. Kalau tolak kek, macam menolak rezeki.

Jadi demi nak realisasikan juga impian nak potong pulut kuning, saya bawa upacara ni ke majlis nikah.

Saya suka sangat pulut kuning. Masa kat UiTM dulu, kalau saya balik ke rumah, mesti pesan kat ibu siap-siap, nak makan pulut kuning. Rasa macam sudah jadi makanan eksotik untuk saya ;p

InsyaAllah, kalau ada rezeki, pulut kuning saya ibu yang akan buatkan. Saya tak kisah sangat pasal hiasan. Cukup dengan kayu manis, telur puyuh dan cili pun tak apa. Yang penting, serunding ada.

Saya terfikir nak beli kaki kek untuk letak pulut kuning ni. Lebih tinggi, jadi lebih cantik dalam gambar. Majlis kami InsyaAllah di masjid, jadi tiada kerusi atau meja. Cukup bersimpuh makan di biranda masjid.

Alternatif pakai kaki kek pilihan terbaik.

Mula-mula, memang nak beli baru. Tapi lepas dapat tahu, K.Nadzrah ada kaki kek, saya terus minta nak pinjam. Dah tengok gambar, alahai sangat cantik! Kristal lagi, hadiah kawin adik dia.





Terfikir juga nak pakai untuk majlis sanding, tapi takut kalau orang katerer terambil, dah satu hal nak pula nanti! Jadi nak pakai untuk majlis nikah sahaja InsyaAllah

Terima kasih K.Nadz!! Selesai satu perkara!


3 September 2010

14 comments:

Aty Fared on September 3, 2010 at 8:55 AM said...

terlupe pasal ni..!!! i pon ade puLut kuning mak i akan buatkan.. tapi tak teringat lak nak letak kat maner...oowwhh..time kaseh secare tak langsung mengingatkan i jugak.. :)

ZARA on September 3, 2010 at 9:33 AM said...

saya tak makan pulut ^_^ tapi suka cake plate tu! kat carreefour subang ada jual lagi tinggi sikit siap dome tutup cake sekali. 49.90 kot. ingat nk p beli utk raya ;)

Byzura Mj (By) on September 3, 2010 at 9:35 AM said...

best!! sedap pulut kuning makan ngan rendang daging tok! ades.lapa.. hahaha

Xora on September 3, 2010 at 9:37 AM said...

@ty: kita saling beringat kan?

ZARA: ish. harganya amat tempting tu! RM49.90 aje? kristal jugak kah?

Bai: haip! puasa tak..?

Unknown on September 3, 2010 at 9:48 AM said...

pulut kuning memang tradisi!! masa za nikah pun ada..mie yang buatkan..sedapppp!!!

Hana on September 3, 2010 at 9:54 AM said...

Kakak saya pon dlu opah sy watkan pulut kuning mase malam berinai.. pastu letak rendang daging kat tengah pulut tuh.. fuh.. nampak sedap je

Mysarah Rahman on September 3, 2010 at 10:08 AM said...

i pown suka pulut kuning. org ganu siap wat sarapan tau :D

farahfatihah on September 3, 2010 at 10:22 AM said...

huhuhu thanks xora..aisehhh baru teringat huhuhu sib baik kamu wat post pasal ni

Mrs Diba on September 3, 2010 at 10:42 AM said...

sedapnya dapat pulut kuning.. time i akad nikah nt takde pun pulut kuning.. mak i taknak buatkan.. sigh

Anonymous said...

wahh...!!!bestnyer ada pulut kuning tyme nikah ti rasa macam nak buat jugakla hehehe..;p..tq for sharing..;)

Cik Belle on September 3, 2010 at 12:19 PM said...

wah, cantik! hehe. thanks xora ingatkan bende kecil macam ni. hehe.

~ mizzAmy ~ on September 3, 2010 at 2:30 PM said...

cantik jugak kaki utk pulut kuning awk nie. nak kena listkan jugak lah camnie. takut nanti last minute punya kerja. thanks for sharing. ;)

mshazadoes on July 5, 2012 at 10:13 AM said...

salam syg dear..info di blog awk slh 1 info 4 me coming soon..nk tgk sample kek pulut awk tue..pic nya tak nmpk lh..sbb dya mjlis pn nk gune pulut kuning..

Xora on July 5, 2012 at 2:23 PM said...

boleh baby emel saya, nnt saya reply dr situ ya?

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates