Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 November, 2010

Resepi Muffin Majlis Sanding Saya



Salam dan hai

Kali ni saya nak berkongsi resepi, cara nak buat muffin yang enak, dalam majlis sanding saya dulu.

Saya pernah tulis tentang muffin ni dalam
Post ini dulu.







Resepinya amat mudah!

1. Gunting
2. Tabur
3. Pukul
4. Masak!


Ok, serius tak tipu. Saya pakai pek segera muffin nak buat muffin majlis sanding saya. Pengsan oo kalau nak buat pakai resepi original buat muffin ni. Harus la pengsan. Jadi memudahkan kerja dan yang penting, dan paling utama--pastinya sedap.

Saya tak tahu kalau tempat lain ada jual, tapi saya pergi ke Bangi, kedai Yummies (ejaannya camni ke? Tak pasti. Tapi signboard warna merah putih). Kedai ni lokasinya selang dua kedai daripada kedai Al-Ikhsan Bangi. Kiranya blok bersebelah dengan Klinik Az-Zahra, atau seberang jalan dengan stesen Petronas.

Sila google Map, mungkin ada kot.

Peknya ada dua; 500g atau 1kg. Perasa ada blueberry, strawberi (ni rasa cam plastik sikit. Tapi tak tau la kalau rasanya dah ok), vanila, coklat dan coklat chip. Hari tu ada Banana dan Kiwi juga. Tapi tu perasa yang kurang popular, jadi jarang ada.

Harga dalam RM8.00++ utk 500g dan kurang RM15 untuk pek 1Kg--kalau tak silap. Tapi kalau 500g, boleh dapat bekas muffin sederhana (besar sedikit daripada bekas muffin saya masa majlis sanding) dalam 40 bekas, ikut kita nak isi penuh mana.

Cara nak buat, pun ada pada pek dia. Cuma tambahkan tepung muffin tu dengan telur, minyak jagung dan air. Pukul sampai sebati, kemudian sudah siap untuk diisi dalam bekas dan dibakar. Tak silap suhu nya 180 darjah selama 25 minit (atau sehingga kekuningan --untuk blueberry)



Jadi pada B2B yang nak alternatif lebih murah dan mampu dibuat, boleh pergi ke kedai Yummie ni untuk beli. Kalau untuk berniaga, pek segera ni agak mahal. Tapi kalau untuk buat sendiri jadikan tambahan makanan/ doorgift/ sponsor untuk majlis rumah terbuka/ tunang/ nikah atau sanding ke, berbaloi daripada segi penat dan duit kalau tempah kat orang. Kalau nak buat dan bawa ke rumah mentua atau bakal mentua pun boleh :)

Cuma kedai tu kadang-kadang terlalu ramai sangat orang, jadi tempat letak kereta dan ruang memang jadi masalah. Nak pergi, elok hujung minggu pada waktu pagi atau malam, betul-betul sebelum 8 malam. Kat kedai tu, macam-macam ada. Nak buat kek span segera pun ada, pizza pun ada. Jadi jengah-jengah la ke sana, mana tahu terjumpa bahan-bahan lain yang boleh tolong korang kurangkan kos katerer, kan?


Walau ini bukan air tangan pengantin yang sebenar-benarnya, tapi saya pukul adunan dengan penuh kasih sayang .. Hihi. Ok selamat mencuba!


10 November 2010


7 comments:

Anonymous said...

yang ni tak sempat makan :( sebab zaa kan datang lambat...

Anonymous said...

waa..aku br nak tny resepi..aku tertipu la nie..wakakaka..even aku x dpt rs, tapi aku tau...mesti penuh dgn kasih sayang..ececeh.. azeimah elias

~*HaFLia*~ on November 15, 2010 at 9:37 AM said...

salam...kak..nak tnya....kat kedai tu je kew yang ada jual???pd saya gak jauh la...sebb tinggl di kl....plan ank bt sendri gak door gift tuk tetamu...hehhee..salma perkenalan..admire la ngan story mory akak..hehehe

Xora on November 15, 2010 at 4:40 PM said...

Haflia, mungkin kat tempat lain pun ada cuma tak tau la rasa sama atau tidak. yg saya tahu, kat S.alam ada satu kedai bakery yg jual produk sama.

mingming on November 16, 2010 at 1:15 PM said...

kite ambik 2-3 kali muffin ni. cedapppp. kite pun dh singgah beli bahan kat kedai tu. nanti nak try buat jugak la :)

debu86 on July 15, 2011 at 12:15 PM said...

xora ; nama ape brand utk bahan buat muffin tu?

Xora on July 15, 2011 at 1:58 PM said...

Debu, takde brand psal kedai tu re-packaging semula. tapi boleh cari di kedai Yummie, di Bangi. Kedai ni berhadapan/berdekatan dengan Masjid warna hijau kat Bangi, blok bersebelahan dengan klinik azzahrah

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates