Salam dan hai
OK, dah selesai majlis pernikahan kami. Daripada mata kasar, nampak semuanya teratur dan lancar kan? Tetap ada perkara di belakang tabir yang orang tak tau.
1. Korang tau tak...macam dalam post sebelum ini, saya ada selitkan yang pada majlis pernikahan kami, ada satu lagi majlis pernikahan berlangsung di masjid yang sama, disebalik tabir yang memisahkan saf perempuan. Pasal tu masa tengok tetamu hadir di perkarangan masjid, jadi pelik bila ada hantaran warna merah, sedangkan hantaran D warna pink. Tapi apa-apa pun lega la akad nikahnya asing, tak jadi cam sesetengah tempat, juru nikah jalankan akad serentak antara pengantin. Huu.. dalam gambar kurang cantik.
2. Korang tau tak.. selepas majlis akad, tetamu majlis lagi satu tertumpang makan tengah hari di majlis kami pasal ada sedikit kekeliruan. Terdahulu, mereka dimaklumkan, makan diruang masjid, tup-tup pindah ke rumah pengantin perempuan, tapi ada yang tidak dimaklumkan, jadi mereka pun bantai makan kat buffet kami. Tapi sedikit pun kami tak marah, ibu ayah pun dah halalkan. Bersungguh-sungguh tuan majlis tu minta maaf kat ibu ayah. Tak kisah, lagipun, makanan memang banyak baki pasal jemputan kami memang kurang daripada 100 orang.
3. Korang tau tak.. Ada ke patut katerer tu terbawa kurang pinggan dan cawan? Kesudahannya, abang saya Am yang turun pergi basuh pinggan dan cawan kat tepi beranda untuk menampung tetamu. Dia adh tak peduli apa, asal tetamu dapat makan. Dia memang angin betul dengan katerer. Nasib baik daging masak blackpepper mereka sedap.
4. Korang tau tak.. Ada isu kedudukan nak letak hantaran dimana. Shima kena 'sembur' pulak dengan seorang makcik ni, semata-mata dia nak rapatkan sedikit kedudukan hantaran belah D dan saya. Terus masa saya datang, itu perkara pertama dia mengadu. Hihi. Sabar Shima *peluk
5. Korang tau tak.. Masa rombongan lelaki lambat sampai, ayah dah panik. Tau-tau aje la, zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Bila juru nikah pun dah sampai, lagi la ayah panik. Terpaksa la abang saya yang sulung masuk campur, tenangkan ayah. Abang saya yang kedua tu memang baran, jadi dia memang tau selesaikan masalah dengan pukul. Haha
6. Korang tau tak.. Masa D dan rombongan dah sampai, D kata dia nampak Cik Halim juru nikah kami dah duduk bersandar. Terus la D kata "Memang habis la aku pagi ni" Memang pun! bertalu-talu soalan kena. Tak apa D, yang penting ayah dan D, masing-masing selesai dengan bergaya sekali lafaz.
7. Korang tau tak.. Pengapit D, Hafiz tak dapat hadiri majlis pernikahan kami. Tapi saya tak marah atau melenting pasal saya fikir tak apa. D pun memang kata luruh hati, tapi fikir, kalau dia ekpresi diri dia, mesti Hafiz lagi rasa bersalah. Jadi kami berdua fikir, tak apa. Masalah kecil sahaja. Jadi kawan rapat dia lagi sorang, Yazid yang kena jadi bidan terjunu, jadi pengapit. Tak apa pasal tugas pengapit lelaki masa nikah tak berat. Yazid siap kasi 'jawapan bocor' pada D masa disoal Cik Halim. Hehe. Dia dah kahwin, harus la tau apa yang akan disoal!
8. Korang tau tak.. Hantaran untuk mas kahwin dan wang hantaran, Mak D letak dalam clutch dan clutch tu diletakkan di dulang barang kemas. Masa merisik dulu pun, cincin saya diberi dalam clutch (clutch tu terus rembat jadi barang sendiri. Hihi. K.Ana berkenan dengan clutch tu juga! No no K.Ana, jangan sama haa..) Pasal saya beria-ria tak mahu wang hantaran diletak pada dulang hantaran untuk mengelakkan Cik Bedah mengetahuinya. Tapi bila Mak D guna alternatif macam ni, amat lega :) Suka sangat bila abang dan kakak ipar saya pun berahsia tentang wang hantaran ni bila ditanya. Jawapan paling best abang saya "Am pun tak tau wang hantaran dia. Yang Am tau, Am ada job hari ini dan esok"
9. Korang tau tak.. Warna riben bunga tangan saya luntur. Nity balut riben diatas putih dan dibawah shocking pink. Entah macam mana riben warna putih tu, boleh tercalit warna pink pada pagi nikah. Jadi sepanjang masa, saya pegang bunga tangan tu dibahagian riben putih untuk tutup bahagian warna yang luntur. Selesaikan masalah, sifar stress.
10. Korang tau tak.. Walau saya hanya makan sesuap pulut kuning masa upacara potong pulut kuning, tapi sudah pesan pada abang, bawa balik sikit pasal saya nak makan banyak-banyak kat rumah. Nyums!! Sama gak dengan lauk jamuan, sudah pesan tapau sikit bawa balik pasal kat masjid memang saya tak sempat nak makan. Jadi kat rumah makan macam pelahap. Nyummms!!
10 Senarai ni bukan bermakna yang lain-lain, semuanya sempurna. Saya tahu, mungkin ada yang cela disimpan senyap-senyap oleh ahli keluarga saya. Tapi apa-apa pun, buat semua bakal pengantin di luar sana, jangan sesekali kita mencanang ketidaksempurnaan yang sebesar kuman, sehingga nikmat terbentang luas dihadapan, kita kufuri. Tiada siapa yang dapat merosakkan majlis kita, melainkan diri kita sendiri. Seperti yang saya pernah tulis dalam Post Terbuka saya sebelum majlis saya {Post}, perkahwinan bukan arena menunjukkan kehebatan masing-masing. Setiap kita ada rezeki masing-masing. Redah dan Redha.
Nota: Shima, jika ko baca post ini; Perlu ke tak aku masukkan kejadian di atas katil pengantin itu ke dalam senarai??? :P Shhhhuuuuuu...
9 November 2010

9 comments:
itu lumrah dear..setiap yang kita rancang, mesti akan ada cacat celanya..tapi sekurang2nya kita berpuas hati kan..cheer up! :D
mmg slps majlis wajib ada yg terkeluar dari planning..kan kita hanya mampu merancang..tetapi kesilapan atau kekurangan yg tidak cacatkan majlis..kita ptt redha dan bersyukur dengan kelancaran di part yg lain..
kalau sempurna..tipu la namanya kan..tapi sebenarnya part yg tidak sempurna 2 la kenangan yg akan diingati sampai bila2..
apa2 pun..semua dah selamat..so jadi isteri solehah okeh..jgn nakal2 sgt tau..huhu..
dalam majlis jun, di nikahkan serentak 5 pasangan.huhuhu..gambar mmg amat susah nak capture. lagi la, jun nun jauhhhhh di belakang dari hubby.
pastu gmbr hubby kemain ramai manusia lain di sekeliling.hahak! layan sajork.... ;p
cacat cela sebuah majlis itu biasa...kekurangan itu pun biasa..sbb? sbb tiada yg sempurna....jadi? jadi kita harus redha..barulah segalanya berjalan dgn lancar.... =)
Xora,
Kita hanya merancang...DIA yang tentukan...DIA tau yg terbaek buat kite...
adat la 2 xora...mn2 mjlis pon ade yg cacat celenyer sedekit..artis kawen pon ade je wartawan komplen itu ini..ini kan. kita si ank ikan..hehehe..yg peting xora da selamat...
hehe benyak nyer 'korang tau tak' hehe...
sabar laa xora tuu lah dinama kan majlis hehe.. orang tengok majlis kita macam lancar tapi hanya kita yang tahu mcm mane kan??
tapi alhamdulillah semua dah okay kan???
za : mak mentua ko pun tolong basuh pinggan ok...hmm pasal katil tu..its happen jugk kat katil umah aku..nampak sangat aku dah gemok gila.hmm.minta maaf ye...
aku juge bersama shima masa kena sembur tu. kami cam, apakah salah kami??? apa salah kami?????
Post a Comment