Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

15 November, 2010

Dua Dalam Satu



Salam dan hai

Saya gabungkan dua cerita dalam satu post.

Cerita tentang
1. Bunga manggar DIY yang dibawa lari orang habis kedua-dua rimbun
2. Balang biskut kaca yang dirembat juga

Kisah pertama: Bunga manggarku sayang
Bunga manggar tu abang saya dah cucuk molek-molek pada malam sebelum majlis sanding. Saya pesan kat dia, cucuk di dewan. Senang nak bawa keluar.

Malam tu, kami gigih buat deko meja beradap, ayah gigih cucuk bunga telur di pasu bunga telur dan am gigih cucuk bunga manggar. Malam tu, bunga manggar dah siap, tapi pasal malam, jadi tak rasa pun cantik bunga manggar tu.

Bunga manggar kami, guna semula bunga manggar zaman abang yang sulung-- 5 tahun yang lepas pasal warnanya perak dan emas. Kemudian, bunga manggar abang yang kedua yang baru kahwin tahun lepas, saya pakaikan untuk penanda arah. Kemudian bahagian bawah sikit, saya minta abg saya letak juntaian bulat warna emas. Saje nak buat style.


Esok pagi, sebelum saya bergerak balik ke rumah selepas terkocoh-kocoh deko di dewan, saya sempat kerling hujung mata bunga manggar yang abang saya dah buat. Dia siapkan dengan kawan baik dia malam sebelum tu, jadi pagi tu, cuma tinggal nak cacak kat luar pagar dewan.

Bila abang saya bawa jalan bunga manggar tu bawah cahaya matahari, tiba-tiba rasa puas hati. Cantik juga DIY saya tu rupanya. Walaupun bukan sepenuhnya bunga DIY, tapi bila dicampur dengan bunga manggar standard, jadi cantik! Tapi tak terfikir nak ambil gambar.

Cuma kata, tak apa la. Lepas majlis boleh tengok kat rumah.
.
.
.
Dan itu la kali terakhir saya nampak bunga manggar tu.

Abang saya bagitau, masa dia nak kutip semula bunting dan bunga manggar yang diletak di luar dewan, kedua-dua bunga manggar sudah tiada.

Mood: Sampai hati orang tu curik bunga manggar DIY aku!!!! Rasa cam kecewa juga pasal dah niat dalam hati, lepas majlis nak serah sahaja bunga manggar tu pada mana-mana B2B yang berminat nak guna. Dah jadi camni, berputih mata la.

Agak-agak la kalau nak kebas pun, selidi dua tu boleh terima. Ni dua-dua rimbun kau amik!! entah camna rupa kau bawa lari bunga manggar aku tu *membayangkan~

Ralat sangat pasal takde langsung gambar lengkap. Tak tau la a.Rashdi ada amik. Ada tak sesiapa amik gambar bunga manggar saya????


bunga manggarku dalam kenangan

Kisah kedua. Pulangkan balang biskutku!!!

Balang biskut tu, balang simpanan ayah sebenarnya. Masa habis majlis sanding, saya tanya pada abang saya, bekas biskut mana. Kemudian baru perasan yang tiada dalam simpanan kami. Jadi terus telefon orang katerer bagitau pekerja dia dah kemaskan sekali balang biskut kami.

Yang sedihnya, balang biskut tu tak dapat dijumpai dalam stor mereka. Tak tau betul-betul tak jumpa atau mereka tak cari betul-betul. Tapi rasa cam kecewa gak la pasal bekas tu agak mahal, dalam RM30+. Tapi bila tengok ayah rilek aje, saya pun tak jadi nak meroyan. Abang saya cuma sempat kemas bekas rama-rama yang letak muffin dan kek buah itu aje.

Tak apa la, takde rezeki. Lagipun meja buffet tu mereka kemaskan amat tepat pada masanya. 4 petang sudah mulai kemas. Nak salahkan pekerja, pun tak boleh pasal mereka bukannya tahu. Tak apa la, hilang yang ini, Allah gantikan dengan lain.


Botol biskut dalam kenangan
Sumber: Facebook Ajoy

Aku suruh ko rembat biskut, bukan dengan balang-balang biskut sekali!!!

Perasaan hilang kedua-duanya ini: memang sedih. tapi masih bersyukur, beberapa perkara dan item penting, masih ada dalam simpanan saya, macam hiasan di meja beradap. Semua disimpan dengan selamat. Sama dengan buku tetamu juga. Walau dikasari, tapi bukunya masih ada.


Abang saya ada amik video meja buffet kuih-muih. Nasib bekas butterfly tu dapat selamatkan daripada hilang.




15 November 2010

15 comments:

Cik NeyNa on November 15, 2010 at 9:00 AM said...

Hehehe..
sabar je laaa...
macam kawan saya orang tu curik banner yang paling besar..masa diorang nak pegi amik tengok dah takde..hmmm..

Xora on November 15, 2010 at 9:06 AM said...

Neyna. nasib banner saya biasa2 aje. if tak dgn itu pun kena rembat. tapi bila fikir, mmg kelakar la.. maybe org tu pikir, daripada nak mitasi tak jadi, baik aku rembat betul2 aje apa budak ni buat. mungkin terlalu admirekan bunga manggar saya.

masmOna on November 15, 2010 at 9:30 AM said...

bahaya jugak kan. menda2 macam ni pun boleh terjadi. sabar je lah xora. betul cakap awak, agaknya dia admire sgt hasil DIY awak hehe

rose on November 15, 2010 at 9:30 AM said...

klakar la sapa yang amik 2..sy ngah berfikir mcm mana dia bawak lari bunga manggar yang sah2 xley sorok 2 ngn balang yang besa 2..diorang bawak guni agak nyer..hehe..


melepas nk tgk hasil bunga manggar..huhu

Unknown on November 15, 2010 at 9:42 AM said...

sabar ye xora..agaknya die berkenan sangat la tu kat bunga manggar tu.. :)

nur easy on November 15, 2010 at 9:44 AM said...

salam singgah.. hai ada pula y berkenan ya.kalau bunga manggar tu, biasanya budak2 suka amik setangkai..tp kalau dah serimbun hilang..ermm :)

Xora on November 15, 2010 at 10:17 AM said...

Reply pukal ya: ye mari la kita sama2 fikir, apa la yg org tu fikirkan~~ mmg serius masa jadi tu marah, tapi lepas tu mmg bantai gelak bila fikirkan camne ye org tu bawa lari.

Byzura Mj (By) on November 15, 2010 at 10:51 AM said...

huhuhu. sabar eah. apa kata xora buat tutorial dia.. boleh gak by study! ke dah ade entry tu?huhuhu


Zaman skang pun ada orang curikan? kalo dulu by la pencurinya..tp amik 1-2 je lah! buat lawan-lawan. hihihi

cik fiza on November 15, 2010 at 10:52 AM said...

brg majlis pn xora ramai yg minat yer?

Xora on November 15, 2010 at 10:52 AM said...

*cubit Bai.. dah lama letak entri kat Projek DIY kami

http://diaterimanikahnya.blogspot.com/2010/08/previu-misi-sulit-rs-raja-sehari-iv.html

Byzura Mj (By) on November 15, 2010 at 11:00 AM said...

hahaha lupa ingatan. padahal dah komen kat entry tu :P...larikkkk!!! me kasih! =D

khairulhaya on November 15, 2010 at 12:15 PM said...

ala..sedihnye x dpt tgk la gambar bunga manggar xora tu..hrp2 ade blogger yg dtg tu ade amik gambar..xpon hrp2 op ade selitkan gambar bunga manggar xora tu erk..

kejam btol sape yg merembat tu erk..sungguh x beradab..

Fifie on November 15, 2010 at 2:21 PM said...

erm..bahaya gak ni..nak letak alarm la kat sume benda..lebih 10 meter dari tempat diletakkan,alarm berbunyi..huhu..kalau la dapat!!

didieadila on November 15, 2010 at 4:15 PM said...

ya Allah..tragik jugak! tak faham motif nk curik bunga manggar org..kalau budak2 ade la amek sorg selidi..ni smpai semua hilang?huhu

ashekeyn on November 30, 2010 at 9:21 PM said...

k.xora..actually dh lama tunggu n3 psl bunga manggar ni..huhu..tp bz spjg minggu, baru sempat baca ni..
sy pun dah buat bnga mnggar DIY tu..utk 2-2 majlis..belah llki n belah pmpuan..agk penat gak tp puas hati..rs mcm cantik..sbb belum guna, mjlis bulan 1 nnt..
cuma..bila sy tunjuk kat mak sy..mak sy terus puji, kate "cantik jgk rupenye"..sy ckp..nnt nk letak kertas kat btg bnga manggar.."sila jgn ambil"..haha..sbb sy dah imagine org akan rembat..sorang rembat 2,3 btg..kalau dah 50 tetamu merembat..harus la habis gondol..huhuhu T__T
tp..mak sy cpt2 ckp.."hish..jgn jd pengantin kedekut...."..
aduh duh duh....senak kpla memikirkan kena korbankan bnga manggar DIY tu time majlis nnt... :(

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates