Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

24 November, 2010

Reviu: Tudung Sanding Saya




Salam dan hai

Saya tak terfikir saya perlu buat post khas untuk tudung sanding saya.

Tapi lepas saya masukkan post sewaan untuk layah sanding, banyak pula emel yang saya terima, tapi kebanyakkan bertanyakan tentang bagaimana saya pakai tudung ini untuk majlis sanding saya. Jadi untuk jimatkan masa, saya buat post ini supaya semua soalan terjawab.

Boleh baca dulu dalam post terdahulu {
Post}, saya ada tunjukkan alternatif yang saya ada.



Kisah panjangnya begini. Anak tudung (gambar bawah) ini saya ambil daripada A.Roy 6 hari sebelum majlis. Memang daripada awal, dah diberitahu yang saya akan diberi anak tudung ini cuma saya tak dapat bayangkan macam mana rupanya. Bila dah dapat, saya cam kurang pasti sama ada saya boleh bawa ke tidak gaya tu. Saya faham, anak tudung tu dibuat sebegitu rupa untuk serlahkan manik pada bahagian leher baju saya, tapi saya tak pernah pakai anak tudung begitu sahaja, tanpa apa-apa menutup bahagian leher, jadi saya memang berbelah bagi nak pakai, walaupun manik nya dah cukup cantik.



Jadi paksa juga diri pergi Ariani Bangi beli tudung awning kosong. Tak tau nak cari kat mana. Kali pertama beli disana dan lepas ni kalau boleh tak mahu pergi lagi pasal mahal. Hehe. Tapi jurujual yang melayan saya memang bagus, sampai sanggup ke stor cari tudung yang warna paling hampir.

Pada hari majlis, saya tunjuk kat K.Nurin kedua-dua tudung saya. Saya bagitau, saya nak pakai yang Ariani nye pasal saya tak selesa terlalu semak kat kepala saya kalau pakai yang anak tudung punya. Tapi k.Nurin ada idea lain~~~

dan hasilnya, seperti yang kamu semua lihat dalam gambar-gambar sebelum ini.



K.Nurin gabungkan kedua-dua tudung. Mula-mula dia pakaikan saya tudung awning kosong, kemudian baru pakai anak tudung di atasnya. Masa mula-mula dipakai, saya macam kurang suka pasal saya nampak pelik. Tapi selepas pakai layah dan tiara, semuanya nampak memang jatuh pada tempatnya. Lebih-lebih lagi bila layah tu kedudukannya dibelakang badan saya.



Keputusannya: Saya suka dan yang paling penting, saya selesa dengan penampilan saya. Kudos kepada K.Nurin hasil kreativiti beliau! Kemas sangat dia buat! Ikatan anak tudung tu pun dia buat sangat kemas (tapi bila saya dah gerak sana sini, pusing situ sini, memang la dah tak kemas jadinya. Haha) Saya cuma tukang pakai aje (walaupun sebelum tu dah meracau-racau, tak mahu pakai anak tudung dan tiara pasal takut jadi cam Lady Gaga)



Jadi pada mereka yang emel saya bertanyakan tentang kaedah tudung majlis sanding saya, harap info saya ni membantu ya. Saya jawab secara pukal melalui post ya?



Nota: Antara soalan lain yang kerap saya terima dalam emel: macam mana saya dapat kemas kini blog sampai 2-3 post sehari. Jawapan saya, saya jadualkan post saya terlebih dahulu. Semua post yang dibaca, kebanyakkan sudah ditulis sehari atau dua hari awal. Jadi, saya cuma tambah dan edit sikit-sikit sahaja dari masa ke masa.



24 November 2010

9 comments:

ciksue on November 24, 2010 at 11:33 AM said...

xora,kreatif betul..cantikk
sue ingat tudung tu skali.hehe.

QueenBz on November 24, 2010 at 12:19 PM said...

kak nurin memang kreatif :)
dulu i pun, die main tambah2 letak kerongsang dekat baju :)

cik senah on November 24, 2010 at 1:05 PM said...

:) ermm..cik senah berminat nak sewa veil cantik awak (utk majlis akad nikah).. insyaallah.. Nov. 2011..

p/s : seawal bila ekk cik senah patut booking + depositnya sekali..?? hehe..

p.s lagik : malas nak tempah2.. sewa aje..jimat! :P

Xora on November 24, 2010 at 1:41 PM said...

Sue: pandai kan k.Nurin!

Bal: tu la, dia tlg fikirkan utk kita :P

Senah: kalau nak booking skrang pun boleh. nnt kita bincang kat emel ya?

Busana Shafika on November 26, 2010 at 5:42 PM said...

Menarik juga cara awak pakai tudung semasa majlis persandingan awak yer.

Sudilah kiranya awak utk buat 1 post bagaimana nak pakai. Itu lebih menarik.

Xora on November 27, 2010 at 9:18 PM said...

B.Shafika: oh buatkan tutorial? camne erk.. insyaAllah percubaan di masa hadapan :P

::Destinasi nurfadhilah :: on December 3, 2010 at 4:22 AM said...

wah kreatif nye pakai anak tudung bling2 tu kat luar..tiba2 teringatkan warna kain baju untuk nikah nnt dgn satu anak tudung satin plain yg di beli bertahun yg lepas tp xdipakai.. macam matching kot dua2 kaler peach..hmm..mungkin jugak xsesuai dgn bentuk muka kite sbb t.e.m.b.a.m sket pipi nih.huhu.. tapi xora nampak sgt catik dgn anak tudung tu.. like!

ida on September 24, 2011 at 10:41 PM said...

salam.. nk tanya kat mane ye awk tempah baju ?

Xora on September 27, 2011 at 12:07 PM said...

saya tempah baju di Roy Busana Anggun. Butiknya kali terakhir saya gi, ada di Semua House, sederet dan berdekatan dgn Habb Jewels semua house

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates