Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

15 November, 2010

Vendor Pelamin Kami



Salam dan hai

Saya terima banyak juga emel bertanyakan tentang pelamin saya, jadi rasanya baik saya kongsi terus di blog.

Saya dapatkan perkhidmatan
Vendor: Eightyeight Concept Wedding Design ( Co. No. 001962319-K)
Hubungi: Farid (017-3303607;
eightyeighty_c@yahoo.com)
Perkhidmatan: Pelamin, 6 walkway dan arch menggunakan bunga hidup. Pentas untuk gamelan dan scallop belakang meja makan berdamai dapat FOC atas ihsan Farid. Terima kasih Farid!

Kami dapat tahu pasal Farid daripada Fieza. Farid yang pasangkan pelamin
Fieza. Fieza kata, kalau berurusan terus dengan Farid, lagi murah. Tapi pasal Fieza melalui butik, jadi kena caj orang tengah. Saya tiada pelamin idaman pasal kami memang tiada ongkos jika diketuk lebih daripada budget kami. Jadi, kami setuju amik sahaja pelamin panel macam biasa yang kita lihat.

TIPS 1: Tiada yang lebih elok daripada terus hubungi orang pelamin terus daripada menggunakan orang tengah. Kadang-kadang bila gunakan orang tengah (butik one stop center biasanya), ada perkara yang tidak disampaikan daripada satu pihak ke pihak yang lain. Itu terjadinya ada yang kita minta tak dapat dan sebagainya. Nampak kesalahan pada pihak yang pasang pelamin.

Kami pilih sendiri pelamin kami, ikut apa yang dia dah sedia ada {
Post}. Awalnya, kami ada rancangan nak kubah khas untuk potong kek, tapi disebabkan faktor kos, kami batalkan dan mencukupi potong berlatarbelakangkan pelamin.

TIP 2: Sentiasa simpan sebarang lakaran yang kita dah persetujui. Mungkin kita tak dapat elakkan perkara yang tak diingin seperti apa yang kita dapat, bukan seperti mana yang kita minta, tapi sekurangnya, kalau kita dapat berdebat atas hitam putih.

Ikutkan nak fairy light di semua panel tapi Farid kata, memang daripada mata cantik, tapi dalam gambar, takut kawan-kawan yang camera biasa-biasa ni, tak dapat nak tangkap gambar pasal cahaya kuat sangat. Jadi saya pun, ok la. Ikutkan sahaja. Warna bunga dan sebagainya, kami serah sahaja pada dia untuk buat keputusan.

Farid datang ukur pentas untuk pelamin dalam post ini.Ini kali pertama Farid pasang pelamin di Dewan LLM, jadi dia nak tengok dulu pentas macam mana. Farid yang mencadangkan letak scallop dihadapan pentas dan dia yang cadangkan pentas untuk pasukan gamelan. Dapat dua-dua pun FOC. Memang amat berterima kasih pada dia!

TIPS 3: Mana-mana pengantin pun akan suka kalau dapat sesuatu FOC. Tapi jangan sampai peringkat menjelikkan vendors. Mana-mana peniaga, kalau dah nama berniaga, pastinya nak untung, walau sedikit. Jadi jangan tekan vendor dengan harga yang mereka sendiri tidak setuju. Kami tahu kami tiada hak untuk menawar apa-apa dengan budget yang ketat. Kami dapat FOC tu pun, atas ihsan Farid. Jadi amat syukur!

Dia pasang pelamin ni pada malam sebelum majlis sanding. Masa tu, saya, Nity dan D pun tengah sibuk siapkan deko meja beradap. Memang sebelum 11 malam, dia dah siap semuanya. Memang tiada apa lebih lega daripada lihat pelamin kita sudah siap. Saya kadang-kadang ngeri juga pasal pernah terbaca banyak kali di blog mantan B2B yang ada pelamin belum siap atau disiapkan pagi sebelum majlis. Takut sangat kalau jadi pada saya, tapi alhamdulillah, semuanya OK.

Gambar ni diambil pada pagi majlis sanding, pakai telefon sahaja jadi gambar memang tak dapat nak buat apa. Hihi.

Pelamin.



6 Walkway.


dan Arch.


Scallop depan pentas (.. tu Deko DIY Meja beradap kami. Terima kasih Nity!)


TIPS 4: Ada elok kalau kita dapat pergi ke gudang/ tempat mereka simpan semua peralatan pelamin ni.Macam saya dan D, kami pergi ke tempat Farid simpan barang-barang pelamin. Kami tengok sendiri semua peralatan dia, boleh pilih kerusi mana kami nak (siap test duduk :P) arch mana yang dia cadangkan, dan macam-macam lagi. Jadi rasa lebih puas hati pasal dapat sentuh sendiri barang-barang tu, tengok ada kerosakkan ke tidak dan sebagainya.

Atas sebab kerahsiaan, saya tak dapat kongsi berapa caj Farid untuk semua perkhidmatan ini. Lagipun, kami dah booking dia daripada tahun 2009, jadi dapat harga pun harga 2009, jadi tak adil nak bandingkan dengan harga bagi tahun 2010.

Berurusan dengan Farid ni, mudah sahaja. Pada peringkat awal, saya memang sedikit saiko dan gila. Pasal saya tak pernah dengar nama dia, jadi pastinya la saya takut. Semua pun saya nak tetapkan. Semua benda pun nak diletakkan kat pelamin tu. Sampai sumber bunga dia daripada mana pun, saya nak tahu.

Sehingga beberapa bulan sebelum majlis, saya sudah rileks dan tak kisah sangat apa jadi. Biar la, kalau menjadi alhamdulillah. Kalau tak, redha aje la.

Ni rupa pelamin dipagi majlis persandingan



Rumusan: Kami berpuas hati berurusan dengan Farid. Dia dapat penuhi permintaan kami yang dengan budget ketat ni. Kami bukan la orang ada-ada yang tak perlu fikir panjang campak 10K hanya untuk pelamin. Setiap sen adalah bernilai bagi kami. Kami langsung tak pernah idamkan jadi trend setter untuk apa-apa sekali pun, maka kami pilih sahaja yang sesuai dengan poket kami. Kami hanya nak kahwin. Alhamdulillah, semuanya mengikut apa yang dirancang. Langsung tiada tekanan daripada segi emosi dan psikologi, tu lebih bernilai daripada wang!

TIP 5: Jangan ambil mudah soal pembayaran. Kadang-kadang vendor ada pengalaman pelanggan lari daripada bayar selepas dapat barang. Kita pula nak tunggu mereka beri servis dan tengok apa yang kurang. Jadi bincang elok-elok dengan vendor.


Kami berdua memang sukakan pelamin kami. Kami duduk kat situ hampir 2 jam bergambar dengan tetamu yang tak henti-henti naik ke pentas. Rasa seronok sangat pasal berbaloi dengan bayaran kami. Buat apa kan bayar banyak-banyak untuk pelamin, tapi tetamu tak berani naik ke pentas bergambar, hanya memandang daripada bawah. Sekurangnya, kes kami tidak la terjadi bayar beribu, duduk tak sampai 10 minit :P

Post mendatang, saya akan masukkan pula vendor baju sanding kami.


Amat berpuas hati, walaupun ada cerita lucu berkenaan manik dibaju saya {Post}. Yang penting, walau kami lepas tangan, tapi vendor kami masih dapat memilih baju songket bewarna kuning yang cantik pada harga yang sangat-sangat berbaloi bagi kategori baju terus ambil. Ye, dengan tengkolok, bengkung, anak tudung, veil, kasut--semua hak kekal milik kami. Pasal tu juga kain bajunya saya tak buat meleret pasal boleh dipakai lain kali.

Kadang-kadang, pilihan kedua itu lebih berbaloi daripada yang pertama :D Jadi pada B2B yang tidak berjaya mendapatkan vendor idaman mereka, jangan kecewa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.


Satu-satunya, baju songket penuh kami. Tahukah anda: tiara saya tersangkut masa nak keluar daripada kereta. Sangat ngeri. Dah kata taknak pakai tiara.~.~ Tapi kalau tak pakai, nampak katik disebelah D
Sumber: Facebook Awang

Untuk kami, memang amat banyak hikmahnya bila memilih pilihan kedua. Sentiasa dengar kata hati kita. Baik untuk vendor atau untuk warna pilihan majlis.

15 November 2010


10 comments:

hana yoriee on November 15, 2010 at 2:01 PM said...

pelamin cantek..walaupun yg biasa kite tgk..tp manisss pelamin tu..baju tu mmg fullstop! mabeles..hehe

reen on November 15, 2010 at 2:38 PM said...

tu die cite tentang pelamin..farid always bg idea kan..n kalo tgk care die wat keje mmg lei bg kepercayaan 100% tuk die wat sume..kt suke!!!

xora kt suke baju awak tu..wish dapat pkai camtu tuk bertandang sbb bakal MIL nk baju songket..songket bunga tabur da biase tgk..nk pinjam la..haha.. :))

thezaila on November 15, 2010 at 2:46 PM said...

mak suka walkway u noks.. meletops... bercahaya2 gitu.. romantika de amour habis..

farahfatihah on November 15, 2010 at 3:18 PM said...

cantik la pelamin awak xora, simple yet menawan....

rose on November 15, 2010 at 3:52 PM said...

pelamin + baju = meletopz + mantap = kamu ber2 nmpk segak n cantik!

ok x?hehe

yup..setuju!kadang2 pilihan ke 2 lebih baik..=)

III bDkNaKaL III on November 15, 2010 at 4:49 PM said...

Xora : ainia suke sgt kuning baju xora tuh...sgt RATU hokey!

nizabeba on November 15, 2010 at 4:59 PM said...

cantik la baju & pelamin!! nice!! xora pon anggun gitu..hehe

Anonymous said...

hai u, actually im one of ur silence reader, tapi tu dulu skang tak lagi cuz i dah ade blog(br buat hari sabtu aritu hehehe). btw nak g tau yg i dah follow & link u tau. hope u sudi follow & link me back ya

-cHenta- on November 16, 2010 at 8:36 AM said...

dear... nak no. account and ur fon number ya.. pinky_baby87@yahoo.com =)

Xora on November 16, 2010 at 9:00 AM said...

Chenta, saya dah emel kamu maklumat yg kamu tanya :) tapi saya perlukan no phone kamu ya, bagi memudahkan utk dihubungi

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates