Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

06 November, 2010

Majlis Nikah: Hantaran DIY Kami



Salam dan hai

Nak kongsi sedikit gambar hantaran daripada saya kepada D. Gambar ni curi daripada Facebook Nity. Saya dah pernah kongsi sedikit di
post ini. Jadi kali ni, nak masukkan gambar keseluruhan hantaran.

Tema daripada belah saya: Merah-Hitam-Emas
Bunga: Ros merah tempatan (RM 22.00/ bundle/ 20 kuntum bunga)+ Orkid ntah apa jenis tak ingat (RM 4.00 satu bundle --dapat dalam 20+ kuntum orkid kecil)
Vendor: Floristika
Inspirasi daripada:

1. Nas Great Ideas


2. Kawan Nity


3. Gambar daripada blogspot Rizalman


Saya memperoleh inspirasi daripada kombinasi idea ketiga-tiga hantaran ni, maka terhasil lah hantaran kami sendiri.

1. Hantaran jubah (terima kasih Laling, tolong belikan jubah di Mekah!) dan buku agama


2. Kasut


3. Aksesori (dompet+songkok+sampin)


4. Jam tangan pasal D tak mahu cincin


5. Macaroon (tajaan Nity! Terima kasih !! klik BITE ME! )


6. Minyak wangi (belakang kotak ni, letak bunga rampai banyak yang amat)


7.Sireh junjung + bunga rampai


Inspirasi daripada gambar dibawah ini. (tak tau sumber daripada mana pasal dah lama simpan gambar ni)



8. Baju Melayu


Akhir sekali, gambar kek hantaran. Lupa nak save daripada profile Nity, jadi malas nak kembali semula ke page dia. heheh. Tempah di Secret Recipe. Warnanya terlalu kuning, berbanding emas. Tapi tak apa.

.. dan ini tukang gubah hantaran saya. Cik Nity. Merangkap Pengapit saya dan 'vendor' tak bergaji untuk pakej deko hantaran+meja beradap+bunga tangan+ bunga bilik pengantin.. heheh.




Nanti saya akan masukkan post langkah demi langkah, kami berdua balun buat hantaran daripada hari Jumaat petang (siap abang saya kena rempit ke Bangsar pasal bunga hantaran tak cukup).

Rumusan: DIY hantaran adalah tidak mustahil. Yang penting, kena ada kawan yang buat kerja (bukan datang jenis berborak kosong), dah ada ketetapan jenis deko yang dikehendaki dan bahan-bahan mencukupi.


6 November 2010

12 comments:

Shakina Farhan on November 6, 2010 at 8:07 PM said...

xora..nk tny..sori kl soklan bodoh..tu bunge fresh flower ke?

Xora on November 7, 2010 at 11:48 AM said...

KINA, takpe tak soalan bodoh pun. dah ada yg bertanya hehe. haah bunga betul, tempah kat floristika

didieadila on November 7, 2010 at 6:13 PM said...

uuuuu..nice combination colour..nmpk elegance..kaya bunga hantaran xora..jeles..wuwu..

nurayunni on November 7, 2010 at 7:12 PM said...

tempah ke bunga tu?mahal x sis?
sangat2 cantik..

Unknown on November 7, 2010 at 8:37 PM said...

xora...i'm 1 of ur silent readers all this while..
1st..congrats yer on ur wedding..smg berkekalan hingga akhir hayat..
actually nk tnye..nice ur hantaran..so mesti gune byk kuntum kan ros tu..so that blh nmpk penuh mcm tu..utk all ur hantaran tu, brp byk bundle u gune yer.. =)

Xora on November 7, 2010 at 9:36 PM said...

Didie: ish takde apa yg perlu dicemburui.. :)

Yunni: Harga ikut pada pilihan kita. ada byk range harga. kalau import lain harga, tempatan lain harga. bunga kembang tak kembang pun lain harga. jadi kalau nak booking, kena pastikan kita tetap dgn apa yang kita pilih. Bunga saya tempah di Floristika, tapi harga turun masa saya amik berbanding masa tempah, jadi diorang turunkan harga tempahan juga. so jimat sikit :p

Arasy: Saya beli hampir 10 bundle untuk hantaran sahaja. Dalam tu ada dalam 18, 20 kuntum. tapi patutnya, 9 bundle pun cukup, cuma saya nye stok ada bunga yang tak cantik/ layu jadi kena ketepikan utk guna deko lain. Saya rasa, bunga tu kalau dia dah kembang siap2 dgn megahnya, tak perlukan byk bunga pun.

ShaNizam on November 8, 2010 at 12:02 AM said...

cantiknyer..

iedayah on November 8, 2010 at 8:20 AM said...

wa..sweet lor dear ur hantaran..untung sungguh dpt kawan cam cik nity..=p

Nurulhuda|Adlie on November 8, 2010 at 9:52 AM said...

good job xora on choices and deco!!

selamat pengantin baru again, lega kan semuanya dah direalisasikan, alhamdulillah ;)

rose on November 9, 2010 at 9:29 AM said...

merah menyerlah!cantik!

untung tol duduk area2 dekat KL ni..hantaran ley wt fresh flower..sy xtau la berpeluang x..huhu..

Unknown on March 17, 2011 at 11:40 PM said...

Sayang, na tanye. u beli bunga segar dekat mane ek? murah or mahal?

Xora on March 18, 2011 at 7:59 AM said...

saya tempah di floristika, bangsar. harga saya rasa standard kot, maybe mahal sikit daripada terus order daripada Cameron, tapi pasal nak mudah keje, lagipun staff floristika sgt membantu.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates