Salam dan hai
Sebelum rombongan bergerak ke Masjid UPM, kami ada buat bacaan doa sikit. Lepas doa, semuanya bagai berterabur. Semua orang nak bercakap serentak. Pasal tu saya kata, sedikit orang pun sudah memadai :p
Rombongan belah perempuan tiba di masjid 10 minit sebelum pukul 10pagi. Tipikal keluarga kami, kalau pukul 10 janjinya, sampai sana pukul 10, bukan bertolak pukul 10. Tapi saya dah cakap awal-awal, saya tak mahu turun dulu. Saya tak mahu menunggu. Saya nak orang yang tunggu saya *diva. Jadi pesan pada Shima, kalau rombongan lelaki dah tiba, semuorang dah duduk, miscall Nity pasal Nity akan bersama dengan saya.
Dalam tempoh menunggu, sempat pulak Nity bagi nasihat sebakul dua pada saya. Hihi.. Kemudian saya nampak Cik Halim, Juru nikah kawasan saya tiba di perkarangan masjid. Tapi rombongan belah lelaki belum tiba. Saya fikir, ni mesti confirm D kena denda ni. Pasal lewat. Hampir 5 minit kemudian, saya nampak rombongan lelaki tiba. Tapi sedikit keliru pasal nampak ada hantaran warna merah, tapi tema mereka pink. Rupanya, dalam masjid yang sama, ada dua majlis akad nikah dijalankan. Cuma untuk akad nikah kami, abang-abang saya dengan bantuan Laling dan Reen dah kedepankan kedudukan kami dan akad nikah lagi satu, dijalankan di bahagian saf perempuan. *Abang saya hebat!
D lalu betul-betul disebelah kereta Nity tapi sorang pun tak perasan kami pasal cermin kereta Nity amat gelap. Lambai-lambai, jerit-jerit pun, sorang pun tak perasan. Hihi.. Lepas tengok mereka hilang daripada pandangan, baru Nity suruh saya keluar dan terus ke masjid.
Nity kata, kena selawat sebelum masuk masjid dan mulakan langkah kaki kanan. Masuk sahaja, nasib Shima datang iringi pasal saya dan Nity masing-masing tak tahu kedudukan bantal nikah. Shima dah bagitau, kedudukan bantal nikah saya dan D dekat-dekat. Memang masa masuk sahaja diruang tu, terus cari di mana bantal nikah.Orang lain dah tak terpandang. Nity asyik pesan "Jalan ayu sikit" . Saya pulak jangan macam orang nak kena kejar anjing!
Kemudian terfikir, macam mana nak duduk ni. Jadi saya pijak bahagian tengah bantal, baru duduk. Tapi tak bersimpuh pun, duduk gaya orang Jepun. Nity tanya selesa ke, saya rasa selesa, jadi Ok la.
Tips 1: Pengapit perlu sentiasa ingatkan pengantin untuk senyum dan sentiasa peka di mana kedudukan kamera OP- macam yang Nity buat. Lagi, pengapit kena ingatkan pengantin untuk bernafas! Serius tak tipu, kadang-kadang kita boleh terlupa untuk bernafas!
D kena denda maaacam-macam. Dia kena baca itu dan ini. Takpe, D dapat harungi dengan selamat. Alhamdulillah, sekali lafaz, kami sah sebagai suami isteri. Saya tak nangis. Saya memang dah sematkan dalam diri, saya tak mahu menangis. Saya nak nampak gembira. Nity kat sebelah, saya pegang tangan dia kuat-kuat bila saya rasa sebak.
Sumber: Acai
Semua berlalu dengan pantas tapi saya dapat menikmati semua saat tanpa risaukan apa-apa. D bangun untuk solat, saya salam kaum keluarga. Masa salam ibu, baru menangis. Tapi tak menitik pasal takmo rosakkan mekap :p A.Rashdi tak puas hati pasal dia tak dapat nak tangkap gambar saya tengah nangis pasal saya sorokkan muka saya ;p Saya nak nampak gembira. Bila saya gembira, semua orang pun akan gembira.
Tips 2: Memandangkan kita tak dapat nak agak karpet di masjid bewarna apa, jadi ada elok kalau bawa lapik dan letak hantaran diatasnya. Kalau terlupa, boleh jadikan sejadah sebagai alternatif.
Saya tiada gambar hantaran daripada belah lelaki. Nanti kalau dapat gambar, saya akan uploadkan.
Lepas akad nikah dan upacara sarung cincin, kami selitkan upacara potong pulut kuning. Terima kasih K.Nadz yang bagi pinjam kaki kek kristal adik dia!
Ibu buat pulut kuning ni dengan penuh kasih sayang. Hehe. Saya tak kisah dekonya macam mana pasal yang saya tahu dan mahu, hanya pulut kuning.
Oh ya, mak D ada kasi jambangan bunga yang besar sebagai hadiah kepada saya. Suka sangat dapat bunga!!!
Ni gambar Shima tengah pegang bunga tu!
Tips 3: Kalau majlis di masjid/ surau, dan jika kamu ada beberapa barang yang hendak dibawa ke masjid, pastikan ada orang yang ditugaskan untuk membawa dan mengemas barang-barang ini. Pastikan juga, kesemua barang yang hendak dibawa, diletak berdekatan atau satu bekas. Macam majlis nikah saya, saya satukan plastik karpet nikah pink, bantal nikah, kaki potong kek kristal dan pulut kuning dalam satu bekas, jadi abang saya terus bawa ke masjid. Ini memudahkan kerja dia dan mengurangkan kalut dikemudian hari.
Ruang dalam masjid dah lengang pasal masa ni, semua tetamu sudah ke beranda masjid untuk sedikit jamuan tengah hari. Ni juga antara cara kami menjimatkan perbelanjaan. Tanpa sebarang khemah didirikan, kami jemput tetamu makan di ruang beranda masjid yang cukup luas. Semua makan bersimpuh dan bersila. Memang daripada mula merancang majlis kami, saya memang dah tekad nak buat majlis di masjid, tidak mahu dirumah. Ini bukan isu sentimental value atau hal peribadi, cuma saya memikirkan praktikaliti ruang rumah saya dengan jumlah tetamu yang bakal ditampung. Tambah lagi, kawasan kejiranan yang majoritinya bukan Islam dan bukan rakyat Malaysia. Jadi lebih mudah buat dimasjid. Rumah pun tak perlu selerak bagai.
Kami ada buat outdoor sikit dengan A.Rashdi, tapi tak lama. Kira-kira sejam sahaja pasal petang tu, kami sendiri nak bergegas ke dewan untuk buat deko DIY kami.
Tapi, tumpuan outdoor kami lebih kepada kasut dan bunga tangan saya. Hihi. Kalau sampin D warna lebih kuat, mesti akan amat sepadan. Tapi tak apa, kalau nak padan sangat, takut kemudian hari, tak terpakai pula sampin tu pasal D ni orangnya simple sahaja.
Lebih gambar, telah saya masukkan dalam post ini.
Tamat sudah episod majlis pernikahan kami. Yang saya terharu, ada seorang kawan rapat saya yang sanggup juga datang ke masjid walau meja buffet semua sudah di kemas. Memang tiada orang dah kecuali saya dan D, termasuk beberapa kawan rapat kami. Dia tak dapt nak hadir pasal ada pembentangan di kelas. Tapi serius, memang terharu sangat dia sempat datang walau tiada apa yang saya boleh sajikan.
Post seterusnya, saya akan kongsi tentang majlis persandingan. Yeay, majlis persandingan ada terlalu banyak yang saya suka untuk kongsikan. Yang sumbing dan yang molek, semua saya akan cuba kongsikan, setakat mana yang saya ingat ya?
Nota: Saya memang ada perancangan untuk menyewakan veil nikah, bantal nikah dan bantal hantaran saya. Nanti saya akan buat post khas untuk ini.
9 November 2010
5 comments:
salam,tingin gak nak cari bantal nikah cam awk..tapi msti dah x smpt sbb mjlis next week..kalau awk nk sewa,bpe ye?
salam,tingin gak nak cari bantal nikah cam awk..tapi msti dah x smpt sbb mjlis next week..kalau awk nk sewa,bpe ye?
My Soul. bantal ni besarnya 16 inci*16 inci. Sarung bantal baldu. isi bantal kekabu. Kalau berminat, emel saya. Kalau berminat, emel saya diaterimanikahnya@gmail.com ya?
xora...mmg ayu! =) bantal nikah kamu cantik..ibu kamu hebat!....=)
tahniah dear..roy mohon ampun sbb x sampai ke majlis xora..cuaca x izinkan roy sampai ke sane..baru sampai shah alam..hujan turun dgn lebat..x kesampaian hajat mau melihat majlis xora yg penuh gilang gemilang..
kebelakangan ni roy sbok dgn pre wed roy..xsempat nk wish..hari ni baru bkesempatan..
selamat pengantin baru buat xora n hubby..moga bbahgia hingga akhir hayat..
Post a Comment