Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

13 November, 2010

Gamelan Kami



Salam dan hai

Antara emel paling kerap saya terima berkenaan vendor saya, adalah pasukan gamelan yang bermain hari tu.

Pada mereka yang berminat, boleh hubungi Pasukan Gamelan A.G.I.M

Along: 019-346 6664
Harga:
Kami kena RM650 termasuk kos pengangkutan. Caj mungkin berbeza mengikut lokasi majlis. Kurang pasti juga sama ada, selepas ini harga mulai naik atau tidak berubah pasal kami booking gamelan ini hampir setengah tahun sebelum majlis.



Sesuatu yang menarik tentang gamelan ini, mereka ada kepelbagaian warna persalinan.

Mereka pakai persalinan warna ungu-emas masa majlis Yazid dulu {
post}


Ni pula masa kenduri berhampiran dengan rumah D, pasukan gamelan yang sama bermain seminggu selepas majlis kami. Mereka masih boleh cam kami rupanya. Hihi.



Pada hari majlis kami, saya memang amat suka teramat amat suka giler kot, bila mereka datang segak berbaju melayu hitam dengan ada-benda-tak-tau-apanama-tapi-letak-kat-bahu atau kain simpang (boleh?) bewarna emas, sepadan dengan tengkolok dan samping mereka. Saya suka pasal budak lelaki yang bawa bunga manggar masuk ke dewan pun, berpakaian seperti mereka, tapi bersongkok. Jadi nampak macam sepadan semuanya.



Saya amat suka gamelan ini. Tak henti-henti ucap terima kasih pada mereka. Memandangkan baju mereka pun amat amat segak masa majlis sanding kami, sempat juga la abadikan gambar dengan mereka. Rasa cam ada hulubalang mengelilingi kami. Hehe. Gambar kena tunggu A.Rashdi juga.


Oh ya, kami dapat sijil penghargaan menggunakan perkhidmatan mereka daripada pihak pengurusan gamelan ni. Siap berbingkai! Memang kami akan letak di rumah kami nanti InsyaAllah.



Pada mereka yang berminat, boleh cepat-cepat hubungi Along. Dia ok, senang berurusan dengan dia dalam telefon. Masa kali pertama telefon dia, dia kata gamelan mereka adalah gamelan paling murah di Malaysia --pemasaran harus bijak!Hihi/

Alhamdulillah, pendek kata, keputusan ambil gamelan ni memang keputusan yang amat-amat memuaskan hati kami. Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, baik daripada penampilan dan lagu gamelannya. Mungkin harga pasukan gamelan lebih mahal berbanding MP3 tapi tetap kami usahakan pasal kami yakin, momentum gamelan dalam majlis kami dapat memberi impak yang berbeza kepada keseluruhan tema majlis kami. Lagipun, elok untuk ditontonkan kepada sepupu saya yang kecil-kecil yang mungkin kurang peka tentang gamelan ni. Kalau tengok dalam video di atas, berderet mereka beratur di tangga tengok gamelan tu.

Warisan kita, kalau bukan kita yang meneruskannya, siapa lagi kan?


13 November 2010


17 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on November 13, 2010 at 1:22 PM said...

diowg maen gamelan best..sy enjoy ur wedding =)

Cik Belle on November 13, 2010 at 1:37 PM said...

Yeay! thanks xora for the contact. hehe. tataula dewan saya nanti muat ke tak nak letak pasukan gamelan ni. uhhuuhu

Anonymous said...

hye.. nk tanye.. dorg perform dari mula sampai habis ker??

Reen Tart Nenas on November 13, 2010 at 8:03 PM said...

ada duit boleh teruskan warisan :) apa pun, aku tak sabar nak tgk gambo ko bersama hulubalang gamelan itu. aku tgk dr kejauhan di luar dewan je... serius, aku rasa gambo itu superb!

Xora on November 13, 2010 at 8:56 PM said...

Khu: gemersik aje kan? saya pun suka.

Belle: Saya nye pentas dewan tu, patutnya dah tak muat, tapi orang pelamin sediakan pentas utk gamelan, jadi termuat sekali :P

Anony: Diorang perform daripada 12.30-3pm. Tapi diorang takde la main tanpa henti pasal ada kena allign dgn kompang dan DJ.

Reen: takde duit pun, aku usahakan!! :P tu la, aku tgh tunggu gambar tu!! harap muka aku tak menyeringai lagi hahah

Byzura Mj (By) on November 14, 2010 at 12:38 AM said...

wah..sangat teruja... sebab dari dlu angan-angan nak gamelan nanti! so skang ada 2 contact termasuk Xoranya ni! tq!

harzharun on November 14, 2010 at 3:30 PM said...

Owh....pasti mereka xdtg ke terengganu kan..saya kena cr org lain untuk mjlis adik saya..huuu

sk on November 15, 2010 at 12:31 AM said...

wuu.. rate dia agak murah kan? selalu dgr org amik 1k lebih. nk try my luck! ngee~

thanx xora!

goblogbyfarah on November 15, 2010 at 2:51 PM said...

rate agim dah naik. thn lepas tak silap 5oo je, gamelan+kompang. saya amik diorg utk kompang, dan yes ramai puji team kompang sangat segak!!!

shueyshoelove on November 16, 2010 at 1:56 PM said...

eh. bestnya ada sample diorang perform di majlis! heee. saya pun amik AGIM untuk majlis tahun depan. sekarang caj dah RM 1,000. tapi dengan professionalisma mereka, kira okay lah tu! sekarang excited!!!! =)

Nadya Zahid on November 18, 2010 at 12:21 PM said...

Xora, nadya pon amik gamelan yg same..now they charged RM1k....kire murah la dr gamelan2 yg lain..now majoriti gamelan charged minimun 1.5k.
tp nadya tgh pk,nak main gamelan tu kat dewan..cmne dieorg nak tau "Q" samada nak main dgn nak psg music from PA system?
coz mesti gamelan ni silih ganti dgn music kan?ke cmne?ke gamelan yg main all the way?

Xora on November 18, 2010 at 1:57 PM said...

Nadya, hari tu daripada video, saya tgk along ada jadi konduktor diorang. tapi saya rasa, ada elok kamu sediakan skrip majlis, bagi satu copy pada gamelan, satu pada DJ. erm.. camne nak cakap. ok takpe nnt saya buat post khas ttg skrip majlis saya, mana tahu ada part yg kamu boleh jadikan rujukan.

~MISS ZAISHARIF~ on February 28, 2011 at 5:09 PM said...

hai dear..xora:ley x sy nk tgok cth skrip tuh..sy pun ngh blur2 lg ni..huhuhu

alongx on June 30, 2011 at 1:12 AM said...

assallamualaikum kepada semua dan kepada xora...tq sebab buat blog ni dan banyak promote kepada org lain..tq bebanyak... saya terharu dan terhutang budi.. saya ALong daripada AGIM. sekarang memang dah naik harga skit sebab ye la sewa van pun dah mahal..gaji budak pun dah dinaikan.. dan sebagainya..tp tetap murah berbanding org lain.... cuba test tanye team lain.... insya allah kami yg paling murah dalam malaysia...kami akan kekalkan itu..sebab sapa yang kata xmurah cube pikir....kompang free siap silat sekali free tau..... hehehe apa apa hal call je saje tq...0193466664 along-cuma mau tolong hahaha

Unknown on July 13, 2011 at 9:39 AM said...

terus msg die hehe..uya mmg tgh cari gamelan nie..thankz dear

Anonymous said...

salam..
aritu pergi pameran pengantin, sgt tertarik dgn gamelan..ingt nak download je muzik gamelan. tp terjumpa pulak link ni...kalo sy buat kt khemah, sesuai ke nak amik gamelan??

Xora on July 20, 2012 at 8:20 AM said...

sesuai aje jemput gamelan. pasal saya dah penah gi kenduri di rumah pasang khemah dan di dewan, dua2 gamelan sesuai dimasukkan

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates