Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 November, 2010

Sambung Kisah Perarakan dan Kain Tersangkut




Ini adalah post berjadual. Segala komen saya akan approve kemudian.

Salam dan hai

Post terakhir tentang majlis sanding kami adalah berkenaan ketibaan kami di dewan {
Post}. Jadi macam yang dah saya janjikan, saya nak menulis tentang:

1. Perarakan mencemaskan
2. Bantuan daripada Pak Long
3. Kain tersangkut kat kasut.

1. PERARAKAN MENCEMASKAN

Memang daripada awal, kami tak mahu flower girls mengiringi kami. Kami mahu buat simple sahaja. Rancangan awal, cuma ada kami, pengapit dan kumpulan kompang. Kami tiada orang menghantar pasal majlis kami serentak, jadi tak perlu rombongan. Sebelum ini, saya ada berangan, mahu kawan-kawan kami yang sudah berkahwin sama-sama berjalan dengan kami di karpet merah. Saje, nak ulangi memori manis mereka. Tapi lepas fikir praktikaliti dan komitmen, kami batalkan sahaja.

Kemudian, mak D ada idea untuk minta bunga pahar dibawa berarak. Pada mulanya saya macam keberatan pasal saya tak pernah nampak, jadi tak dapat bayangkan. Tapi lama-lama, saya rasa, tak apa la, nak juga saya tengok macam mana. Tapi dalam hal bunga pahar ini, saya memang serah bulat-bulat pada mak D untuk uruskan, baik daripada segi bunga paharnya, kepada penanggah yang akan bawa.

Saya dan D cuma beli baju melayu untuk budak penanggah tu pada Ramadhan lepas. Kami pilih warna hitam, sampin nasib baik budak tu dah ada. Jadi mudah kerja kami.

Jadi seperti yang dilihat pada majlis kami, penghulu kepada perarakan kami adalah si budak bawa bunga manggar. Budak ini jiran D juga, ahli kompang kawasan perumahan tu juga. Cuma untuk majlis kami, dia tak main kompang.

Serius, budak ni memang kuat tangan dia! Bayangkan bunga pahar di bawa berarak dengan kadar jalan pengantin, tambah dengan dulang tembaga. Memang berat.



Ni memang tak dapat buat apa pasal budak ni memang segan sangat-sangat kena bawa bunga pahar, jadi dia pilih untuk jalan sambil tutup muka dia dengan bunga pahar.. Dia segan.

Saat genting bermula pada masa kami berhenti di arch. Semua orang berpusu ambil gambar. Nasib seorang abang yang tak mahu pakai songkok-pasal takut rambut cacak dia rosak- berbaju pink gegas berjalan ke arah arch. Pasal? Arch tu lagi sikit nak tumbang pasal ramai orang terlanggar arch tu masa nak ambil gambar kami.

Walaupun sehari sebelum majlis kami dah buat latihan, tapi serius, masa ini saya tak ingat apa saya kena buat. Nasib D yang ingat susunannya bagaimana. Saya main nak jalan aje bila kompang dah berhenti, sedangkan kami sepatutnya jalan bila kumpulan kompang berselawat.

TIPS 1: Kalau kurang pasti susunan majlis, lihat pergerakan pasangan anda.

2. BANTUAN DARIPADA PAK LONG

Masa kami berarak, tiba-tiba Pak Long D bagi arahan untuk berhenti hampir di setiap walkway. Ini memang tak dirancang,tapi entah kenapa, pada hari majlis tu, saya dan D mengikut pulak.

TIPS 2: Pengantin sila berhenti sejenak, bagi memudahkan tetamu ambil gambar. Bila mereka dapat gambar yang mereka berpuas hati, mereka akan beredar dan seterusnya dapat bagi peluang orang lain pula nak ambil gambar.

Memang ada eloknya kami berhenti. Serius, puas hati bergambar. Hahah. Ok sebenarnya saya puas hati bila saya berhenti pasal saya dapat tengok muka tetamu yang hadir. Sorang-sorang saya cam.


3. KAIN TERSANGKUT PADA KASUT

Ini keji tau!! Saya memang tak mahu kain yang berjela-jela panjang untuk majlis sanding pasal saya tahu saya kena banyak bergerak. Jadi, saya buat ekor kain saya takat cecah tanah sahaja.

Tapi bila saya naik tangga, anak tangga pertama ok. Anak tangga kedua, sedikit sukar. Anak tangga ketiga, terus sangkut benang manik pada kasut.

Reaksi: Saya langsung tidak panik.

Kawan-kawan yang kenal saya, memang tahu saya amat panik dan kalut. Serius, teramat mudah kalut. Tapi entah mengapa, masa majlis tempoh hari, saat kain saya tersangkut, saya tak menggelitis. Mungkin saya tahu, saya ada pengapit paling peka kat dunia haha. Nity cepat sahaja perasan kain saya tersangkut, terus dia leraikan.

Masa ini pula, ramai orang amik gambar. Benci~



TIPS 3: Jangan panik. Apa-apa yang terjadi, senyum sahaja.

Masa kami tiba di pelamin, ikutkan saya mahu terus duduk. Serius, saya tak ingat satu pun apa yang dipesan masa rehearsal! Nasib saya mengunakan TIPS 1, jadi saya menggunakan sudut pandangan tepi, tengok tindakan D seterusnya. Bila dia terus berdiri, saya pun terus berdiri. D hanya duduk selepas selawat tamat.



Tahukah anda, TIPS 1 juga berguna kepada pengapit?

Dalam video, banyak tindakan Hafiz pengapit D, dibuat setelah melihat apa yang Nity buat. Bila Nity amik kipas, dia amik. Bila Nity keluarkan tempat letak kaki, Hafiz ikut buat. Memang tindakan yang amat bijak!

Saat paling melegakan kami, bila sudah duduk diatas pelamin.


Fiiuh!! Rasa 50% perjalanan majlis sudah lengkap. Masa bersanding (kami memang tiada tepung tawar) sambil diiringi pukulan kompang, saya gunakan masa ini sepenuhnya untuk perhatikan keadaan dewan.

Rumusan pemerhatian: Saya tahu sesuatu tak kena apabila saya nampak abang saya berlari ke sana sini. Tiada siapa boleh tipu saya akan apa yang tak kena.. Nanti saya ceritakan.

Sedikit bengang bunga orkid dimeja berdamai yang digubah dengan kasih sayang oleh kami, telah ditutup oleh bunga katerer. Sempat saya dan Nity bergosip atas pelamin. Haha. Sedikit marah di atas pentas, tapi senyum jangan tinggal. Kemudian perasan juga, kek cuma dua tingkat.. Sambung meradang, tapi senyum jangan lekang.

Ingat ye, senyum jangan tinggal. Marah macam mana sekali pun, jangan lupa senyum.

TIPS 4: Pengapit kena sentiasa ingatkan pengantin untuk senyum dan sentiasa bagi signal kedudukan OP di mana. - Saya selalu leka. Walau Nity dah ingatkan, kemudian saya lupa. Haha.

Kami duduk diatas pelamin (sambil saya jadi saiko perhatikan keadaan sekeliling dewan) sampai kompang habis dengan lagu-lagu mereka. Bila mereka bersurai, terus ke bacaan doa. Selepas bacaan doa, baru kami turun daripada pelamin.

Sangat suka masa ini pasal betul-betul molek kami turun daripada pelamin, gamelan pun berkumandang lagi, mengiringi kami. Dapat naikkan mood kami (Atau mungkin saya seorang?:p) semula.



Entri akan datang : Makan berdamai yang tidak berapa damai. Balasan pasal saya dan D dulu-dulu, suka kacau pengantin masa makan :P Kan Sayang? Haha. Padan muka kami! Nasib abang saya dah tapau lauk pengantin untuk kami. SUka!


Nota: Alhamdulillah. genap sebulan kami menjadi suami isteri. Syukur pada yang Maha Esa.


30 November 2010

17 comments:

Puan T on November 30, 2010 at 9:11 AM said...

Nasib seorang abang tak pakai songkok berbaju pink gegas berjalan ke arah arch.

aku vote am!!~ kalo betol dpt saploh hengget x? ohohoh!~

--- on November 30, 2010 at 9:12 AM said...

kak xora! u punya pengapit memang terbaik! dalam video tuh jelas gila yang dia betul2 jaga pengantin.

nak tanya, time bersanding tuh, kalau x tepung tawar, buat apa? dengar selawat je eh? berapa minit? sebab my family pun tak bagi tepung tawar =.="

Lala on November 30, 2010 at 9:20 AM said...

great review. xora pandai cerita. sampai terasa macam lala datang awal. hehe

ZARIZA on November 30, 2010 at 9:23 AM said...

sy suka sume di entry ini..
sedikit masalah tidak mencacatkan majlis besh nie..sume nampak ok..

kekdang apa yg kita impikan x dpt 100%..dpt 90% pun ok la kan..eheh

( ayat cam skema laks )

O Ena O on November 30, 2010 at 9:29 AM said...

nity pengapit yg cantik,comel,Bijak & Berkeyakinan!!! dlm entri ni sy juge mau ucapkan tahniah pd nity atas tugas cemerlang nya sbg seorang pengapit!...

Lia on November 30, 2010 at 10:04 AM said...

Xora....dah sebulan dah??... mmg seronok kan jadi suami isteri...anggap sahaja sgela dugaan dan cabaran dalam perkahwinan sbgi cara untuk merapatkan lg hubungan suami isteri... chaiyok chaiyok..

harzharun on November 30, 2010 at 10:48 AM said...

gud review xora!...i x ketinggalan satu pun entry u...tp xsempat nak komen..hehe

missbutterfly on November 30, 2010 at 10:49 AM said...

hehe..bgs2..sy pun amalkan benda yg sama.apa2 yg tak best jadi, jgn berhenti utk senyum..:)

puteriraifana on November 30, 2010 at 10:51 AM said...

hehe, comellah yang kain tersangkut tau, gambar itu candid dan cantik.nak buat2 kain tersngkut bole?hehe. btw memg sangat tenang lah! eh.. salam to ex b2b .hehe

Anonymous said...

forget the comotness, just memorize the perfect one! :D

Acaii on November 30, 2010 at 11:08 AM said...

Cayalah ixa, sy yang tak pergi majlis ni pun boleh tahu semua detail tentang majlis tersebut,hehe

My SouL and My HearT on November 30, 2010 at 11:09 AM said...

walaupun baru dua kali jumpa xora..suka tgk awk senyum..sweet..

Elya Roza on November 30, 2010 at 12:01 PM said...

ixa, takde majlis merenjis yee?? bunga pahar letak di atas pentas x?

Xora on November 30, 2010 at 6:57 PM said...

Pn t: 10 slap aku kasi kau!!

K~Un: itu la.. alhamdulillah, pengapit saya memang paling best! utk majlis kami, masa bersanding tu, takat tunggu budak kompang habis main lagu(ada 2 lagu kot smp saya tak tau nak buat apa haha) pasal masa tu biasanya tetamu nak amik gambar pengantin. lepas tu terus bacaan doa. Lepas doa tu baru turun ke meja berdamai. tapi memandangkan kami takde slot tepung tawar, saya gantikan dgn ucapan daripada wakil keluarga dan pengantin sendiri.

Lala: Lala, saya ada video kamu tau!!!!! nanti saya upload :P

Za: betul! dah selamat pun kira syukur sgt2

O Ena O: Ye Nity mmg byk berkorban utk majlis saya! bukan sekadar pengapit, jadi decorator dan tukang maki org utk mewakili saya hahahah

Harz: takpe harz tak komen,baca aje pun saya dah cukup berbesar hati

MsButterfly: sila ingt, senyum aje lebar2.. jadi cam Dr.Harlina

Ms. Puteri: tenang2 air jgn sangka takde buaya (tak kena peribahasa ni tapi nak tulis gak :P) dalam hati, tuhan aje tau betapa saya nak melompat kibas kain hahah

Zaa: betul. hanya yg indah diingat, yg tak kena, jadikan pengajaran

A.Acai: harus bang pengantin igt benda details.. hehhehe.. jumpa abg ahad ni!

My S&h: terima kasih :P kadang2 rupa senyum cam menyeringai gak :P

Elya: Bawa, pasal masa sesi bergambar, kami bagi bunga pahar pada kawan2 yg naik ke pentas.

mama affan on December 1, 2010 at 8:38 AM said...

wah..besar jasa nity..xora n en.d harus belanja makan besar utk nity..huhu..

tahniah..majlis selamat..so selepas bulan..kawen menarik kan? huhu..

mingming on December 2, 2010 at 11:34 AM said...

ixa...kite x sempat nak bergambar dgn awak ms kat pelamin atau masa awak makan sbb gegas ke majlis lain.

tp kite dpt ambik gambar dgn awak ms kat arch aje :)

Xora on December 3, 2010 at 1:48 PM said...

Ryna: haah tak terbalas jasa nity!

K.Wani: kita ada gambar akak tgh bergambar dgn kita kat arch! :P

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates