Salam dan hai
Memandangkan semalam nye post, majoriti kata nak tahu semuanya, saya mulakan dengan ikut turutan sedia ada dalam post semalam.
Drama kek dua tingkat saya.
Saya memang tak amik pusing sangat pasal kek pengantin. Asal ada.
Kalau nak dicanang impian, memang la tinggi menggunung. Kalau boleh, mahukan ini! Tema damask.
Tapi memandangkan kek dalam pakej katering, jadi untuk selamat, amik sahaja la apa yang diberi.
Tapi tetap berangan mahukan kek diletak buah macam kat bawah ini.
Saya minta kek krim putih, tiada apa tulisan. Kosong habis, cuma sedikit corak di bawahnya. Yang dijanjikan kek tiga tingkat. Saya memang nak tiga tingkat pasal nanti boleh jamu tetamu yang lebih ramai.
Saya pegang pada janji.
Pada hari majlis, rupanya orang buat kek ni terlebih rajin, tetap buat corak bagai, siap tulisan. Tapi malas pula nak kasi tiga tingkat, diberi nya dua tingkat. Saya perasan masa saya kat atas pelamin. Harus la, walau senyum lebar, mata meliar tengok sekeliling.
Reaksi: Dua tingkat??@$!@%!!!V%!% Ok takpe. Takde rezeki. Yang penting, masih ada kek daripada langsung tak ada. Senyum!
Masa kat atas pelamin, memang tak perasan rupa gubahan buah tu macam mana. Bila dah nak potong kek tu, baru perasan, comelnya buah-buah tu ditabur. Nak potong pun, tak mahu terpotong buah. Puas hati pasal ada buah kat kek.
Lala, saya pinjam ye gambar daripada blog kamu!
Walau tak puas hati tentang apa yang dijanji, ingat ya bakal pengantin, sentiasa senyum tau.
Sumber: Facebook Awang
Sempat pesan pada abang saya, yang kecil bawa balik rumah. Yang besar, bahagikan pada tetamu mana yang sempat.
Lepas majlis sanding, tak teringat pun nak makan kek ni. Tak puas hati pasal katerer tak tepati janji.
Rasa tak puas hati berpanjangan.. Sampai la masa saya tonton video majlis kami.
Baru saya tahu, kek tu dihias oleh Laling dan Reen, serta K.Ana pagi majlis sanding tu.
Automatik, kek tu menjadi kek paling cantik dan paling manis saya pernah rasa :) Dua tingkat ke tiga tingkat ke, saat tu terus sudah tak peduli. Saya dapat kek yang dihias dengan riang dan ikhlas oleh mereka bertiga.
Tak ternilai! --walaupun hanya dua tingkat. Terima kasih Laling, Reen dan K.Ana! *senyum!
12 November 2010
15 comments:
xboleh tgok video tu?? huhuhu :(
ermm sedapnya nak makan kek!!
so sweet..mesti diorg tau xora nk kek mcm mne..sbb 2 diorg buat..tol x?hehe
zaa xdpt tgk video tu.. :(
nasib baik ada besties yang memahami keinginan ratu! :D
yeay.. betulla. kenangan sampai bila2 kan?
xora bunga ros yang dilukis tu cantik!
kamu punya teman yg sgt2 syg kamu!
nasib teman2x xora byk membantu ye
so sweet your besties!
wahhh untungnya ada besties yg tlg...
baik hati tul diorang
memang tengok kek tuh...raser cam nak makan jer
sib baik baca entry nie sampai abes. td dh rs kecik ati sket ko cam kecewa kek tu 2 tingkat. kami gigil hoke nak letak buah tu. ape pun, ekekeke mmg geram tgk kek tu :)
bagusnya mereka...kredit utk mereka bertiga =)
bestnyer tgk diorg wt kan kek 2..mmg rasa xternilai:D
hurmmm...suke entry ni...
Post a Comment