Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

11 May, 2010

Pengapit Menyebabkan Kita Tersepit?



Salam dan hai.

Nity, post ni bukan pasal kau. Tak. Tak. Ok, aku takkan tulis post khas untuk kau pasal kau kata kau akan lempang aku kalau aku tulis cam tu pasal kau geli.

aku faham.

Ok, kembali semula.

Saya nak tulis pasal pengapit kali ni.

Tapi bukan tugasan seorang pengapit. Saya dah pernah tulis dulu di
post yang ini. Zila pun pernah tulis tentang harapan dia kepada pengapitnya.

Saya nak tulis tentang perkara yang melibatkan pengapit, yang boleh bikin hati pengantin panas dan bahang.

Walaupun pengapit adalah perkara yang sepatutnya paling kurang bagi stress, banding baju nikah, hantaran atau M.U.A, tapi kadang-kadang, kejutan boleh berlaku!

Kes pengapit saat-saat akhir tak dapat hadir, lalu menyebabkan orang lain kena jadi pengapit terjun. Ada juga kes pengapit pakai baju dasyat kalah pengantin sampai tetamu keliru yang mana pengantin.

Lagi konflik? Bila pengantin buat permintaan nak baju warna ini dan material jenis itu. Nak bawa bunga warna itu dan solekan macam ini.



Saya tulis pasal ini, pasal ada b2b yang email pada saya, bertanyakan macam mana nak bagitau bakal pengapit ni, kita tak mahu khidmat dia? Kehadiran pengapit sepatutnya menyenangkan urusan pengantin, tapi dalam kes ini, pengapit telah mengambil alih keseluruhan keputusan majlis pula! Dia yang mahu tetapkan warna baju pengantin yang bagi matanya cantik, dia mahu aturkan susunan waktu tanpa merujuk kepada keluarga pengantin--pendek kata, pengapit ini sudah bagai merangkap Wedding Planner yang tidak dilantik.

Ini belum lagi diambil kira, pengapit yang mempunya taste terlalu tinggi (semestinya dengan kos yang tinggi juga) dan secara tak langsung, asyik mendesak pengantin menerima pendapatnya. Kalau pengapit sponsor, itu takpe. Ye, terima kasih.

Mungkin niatnya bagus, tapi kalau sampai ke tahap pendapat pengantin pun tidak diendahkan, apahal pulak kan? Tiada siapa mahukan kehadiran "Cik Joyah" yang datang menguasai semuanya--walaupun dalam bentuk gadis muda.

Pengapit sepatutnya memudahkan kerja dan memberi sokongan kepada pengantin, tapi bukan la ke tahap mengkritik mengalahkan Simon. Walau setiap kita ada citarasa berbeza, semuanya tetap berbalik kepada apa yang diimpikan oleh pengantin, kan?

Kita mungkin boleh tak pedulikan kawan-kawan yang berperangai macam tu, tapi kalau perangai macam tu telah dijangkiti oleh pengapit, bahaya. Pasal kawan kita boleh elakkan, tapi pengapit sentiasa dengan kita sepanjang majlis. Tiada pengantin yang patut menadah telinga dengar ngomelan pengapit tentang majlis kita kan?

Jadi, topik pagi ini: Bagaimana nak.. ermm.. kata kasarnya-- "PECAT" pengapit daripada tugasnya?



11 Mei 2010




20 comments:

Reen Tart Nenas on May 11, 2010 at 8:30 AM said...

erk cik pengapit. sori la, kakak aku/mak aku ckp sepupu aku yg kat oversea tu nak jadi pengapit aku. sbb pas nie xtau bile lagi die boleh spend time ngan aku. so xdapet la eik ko jd pengapit aku. tp ko jgn lupa tau dtg majlis aku :)

Xora on May 11, 2010 at 8:32 AM said...

haha. blah la ko. celah mana lak aku tehengen nak jadi pengapit eko? bukan yat ke pengapit ko? aku cakap sama dia ko takmo amik dia jadi pengapit!

Aty Fared on May 11, 2010 at 8:51 AM said...

warrhhh...baru terpikir pasaL pengapit biler bace n3 nie... eerrkk..begitu banyak ragam...?? huh..betul gak..macamane nak wat ek...

ally on May 11, 2010 at 8:53 AM said...

hihi..susah juga ye xora..x pnh lak terfikir..hihi..tp kene pandai bg alasan kepada pengapit yg nak di pecat tu..tp kan, kalo mmg si pengapit tu over2 sgt n x alert dgn peringatan mesra kita, bg je peringatan laser..haha..jhtnya sy..

Hasnah on May 11, 2010 at 8:59 AM said...

Tawakal aje la pengapit yg berlagak nie.. <- utk diri sendiri =( xmo pening2 fikir dh. serabut biji mato uhuks~

PUAN THALHA : on May 11, 2010 at 9:33 AM said...

pecat ? aduh. macam tak sampai hati nak pecat pengapit. huhuk. jadi rasanya, kene buat syarat dan terangkan apa yang moh kene wat masa majlis nanti macam zila buat tu.hurm..

Kak Teeha on May 11, 2010 at 9:33 AM said...

itulah pentingnya senarai tugas dan pemberitahuan dalam meeting keluarga & ahli2 terlibat. kita boleh pilih orang2 yg kita mahu utk tugasan2 tertentu.mcm saya pernah tulis dlm post saya di label 'tips'.

at least semua orang dah tau apa tugas masing2. so, taklah wujud orang 'perasan' or orang sibuk2 offer diri sendiri jadi pengapit.

mingming said...

xora....

so far persiapan lain semua ok tp bab pengapit ni, buat kite pening gak la. bln 3 hr tu kite ada belikan kain ela utk si pengapit ni buat bj. awal bln lps, kite saje2 lah nk tanya psl khabar baju tu. punyalah terkejut bila dia ckp, dia buat baju style punjabi sbb dia nk buat style lain sket-pakai seluar.

kite dan emak tak bersetuju dgn style bj punjabi yg dia nk buat tu. sbb bg kami, mcm tak sesuai aje pengapit perempuan nk pakai baju style seluar. lgpun bukan majlis kite ada selitkan tema ala-ala punjabi.

dia ckp, dia br plan aje tp tailor dia tak jahit lg. dia ckp dia akan mintak tailor dia buat bj kurung moden.

yg musykilnye,dia ckp baju tu tak siap lg sedangkan majlis kite lg 17 hari aje.


huwaaaaa :(

*** sori la, terpanjang pulak

nizabeba on May 11, 2010 at 10:02 AM said...

erkk...sampai camtu ek ragam pengapit..bayangkan niza blom pon bertunang, tp dh siap appoint member jd pengapit nnt setaon akn dtg..haha..tetibe gerun plak..

zila ziman on May 11, 2010 at 10:24 AM said...

hahaha..i dah pecat pengapit sorang ni..bukan i nk dia jd pengapit pun..tetibe dia beriya sangat melantik diri sendiri..i pun confuse. pahtu menengokkan gaya, cam u ckpla..kalah i nnti uols..so i pun bagi 24hrs notice dgn alasan sisters and cousins haruslah diutamakan. yaaa..mmg terasa diri ni bitchy giler ah!

Reen Tart Nenas on May 11, 2010 at 11:25 AM said...

hisshkkk pengapit aku ok :)

farahfatihah on May 11, 2010 at 11:29 AM said...

errr lupa lak bab pengapit ni adoii xlantik lagi..

oo kalau ada pengapit yg mcm tu, ckp je terus terang..tp juz berdua je la..xmau bg dia malu kan...

ctfza on May 11, 2010 at 12:56 PM said...

yes.. memang tersepit bab-bab pebgapit nid.. my pengapit alhamdulillah..tak banyak songeh..sgt baek.. cuma mengada nak pakai baju warna merah dan biarkan pengantin pakai baju biru..boleh? hehe..tapi i know dia main2 kan sy sebab sy dah beli pun baju utk dia.. huu..

back to bab tersepit ni.. sy dah mintak kawan bernama A jadik pengapit..my classmate masa sekolah menegah..tup2 kawan baek nama B, kawan masa kat uni pun nak jadik pengapit..giler tersepit! tengah fikir2 nak sruh yang sorang lagi jadi pengapit majlis bertandang..hurmmm

kay kamal on May 11, 2010 at 2:41 PM said...

dats y im just asking my 2 sisters je jadik pengapit. sbb org lain sure byk hal lain and urusan sndiri so i tamau susahkan diorg..and tamau terlampau bergantung hrp kat org len. so far i lone ranger suma bnde...

skali skale ade my aunty n mom tlg..my sis sorang overseas,sorang kat kuantan..so~

cik fiza on May 11, 2010 at 4:11 PM said...

buat ape nk ada pengapit yang menyusahkan diri.. cari jalan supaya dia di 'sack' dari jawatan pengapit tu huuhuhu

Moose on May 11, 2010 at 4:18 PM said...

my pengapit is my sister! senang skit tak payah nak pening2 kepala dengan orang luar. at first place i dont even want a pengapit but fiance is so keen on having one. siap dah appoint his cousin lagi. bridezilla moment kejap disitu!

Acaii Jawe on May 11, 2010 at 4:54 PM said...

huhu, macam2..:) ada pengapit susah tak adapun susah gak kan?,hehe..tadi fikir sekejap camne nak bagitau kat dia tapi rasanya tak jumpalah plak cara yang dapat jaga hatinya. Melainkan dia orang yang cepat tak terasa mungkin takde masalah.

Kalau yang tukar jadi pengapit tu ahli keluarga/saudara mara mungkin boleh bagi alasan atas permintaan keluarga. Tapi kalau member2 lain tu yang susah sikit..:)

Tapi sama ada nak berterusan rasa camtu ataupun katakan perkara sebenar. Pilihan di tangan pengantin..:)

Nurulhuda|Adlie on May 12, 2010 at 12:48 AM said...

i pernah terpaksa tetiba tak jadi pengapit, sebab last minit notice kene pg outstation, sangat sedih and guilty, cos we have seal the deal many months before, baju dah siap, sigh, yang i dapat just to sleepover and help her sampai tak tido 2 malam sebab taknak rasa bersalah.. sob sob.. tapi i guess ada himahnya semua tu and pastu adamla something good happen to the pengapit gantian tu, haha.. so things happen for a reason just kalau its a bad thing susah gak nak accept.. :)

O Ena O on May 12, 2010 at 10:41 AM said...

sy ena..sy mohon jasa baik anda..sy nk mintak tolong..ape tips utk seorg pengapit? sy bakal menjadi pengapit pd hari ahad ini 16mei kawan sy kawen..adoii sy plak neves ape kes? huhuhu...jasa baik anda sgt sy hargai..terime kasihh ye..

Anonymous said...

hmm..mmg tersepit..my pengapit plak yg over from pengantin..die plak yg wat bj ikut theme..n baju die mmg kalah pengantin n design same with my baju nikah..ape kes???waaa..i mmg tension gle..ikutkan ati, i nk my bff jd pengapit..since kitorg mmg da plan from uni ag..huhuhuhu..tp sbb da serba slh terpaksalah jgk amek die jd pengapit..hmm sgt tension..berhari2 i nangis..sbb tkt die yg lg menyerlah..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates