Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

27 June, 2009

Pengapit


Salam

Beberapa hari lepas, ada borak dengan seorang sahabat yang akan menempuh hidup rumahtangga insyaAllah dalam tahun ini. Mula-mula cuma bercerita pasal door gift dan entah macam mana bercerita tentang pengapit- Satu topik yang jarang dibincangkan dalam hal-hal perkahwinan. Saya tak anggap la pendapat saya sesuatu yang penting berkenaan pengapit, jadi apa yang saya nak kongsi ni, adalah pendapat sendirian berhad saya. kalau ada yang terasa atau tersusuk hatinya, saya minta maaf.

1. Baju pengapit

Sama sekali tidak la boleh over daripada pengantin. Dalam erti kata lain, sebolehnya warna dipilih, jangan lebih terang daripada pengantin (semoleknya biarlah selari dengan tema majlis) atau lebih serabut (berlebih-lebihan dalam bab manik, renda, kain menjela, fashion vogue) daripada pengantin. Kalau nak yang macam tu, tunggu turn kamu kawen ye. Ini bukan aje untuk mengelakkan dari orang ingat kamu pengantin, tapi juga untuk memudahkan pergerakan kamu. Pengapit perlu sentiasa bergerak cergas jadi aksesori berlebihan adalah tidak digalakkan. Kalau pengantin takut kena over shadow, baik kamu sendiri yang pilihkan kain dan fashion pengapit kamu sendiri. Tapi agak-agak la, kalau kamu nk kain yang cantik, tapi budget pengapit kamu tak mampu, jangan la paksa dia beli. Seeloknya, beli la kain yang dia mampu dan kamu puas hati. Tiada konflik di kemudian hari.


2. Size does matter!

Percaya lah. macam mana lelaki mementingkan size, kamu juga harus mementingkan size! maksud saiz di sini adalah berkenaan fizikal pengapit kamu, iaitu ketinggian dan kelebaran beliau. Kalau pengantin kecik molek, seeloknya jangan pilih pengapit yang besar dan tinggi dari kamu, atas dua sebab; kamu akan tenggelam daripada pengapit; dan kepada pengapit tu sendiri, dia juga takmo la kelihatan besar cam gergasi berbanding pengantin yang kecik molek disebelah tu. Pengapit akan berada di sebelah pengantin sepanjang majlis, iaitu kira-kira 4-5 jam, jadi tak perlu jadikan jam-jam tersebut menyiksakan buat kalian berdua. Kalau kamu pulak besar dan tinggi, jangan pilih pengapit yang kelihatan macam budak sekolah rendah yang belum akil baligh. Sudah pasti kamu tak mo kelihatan macam gergasi disebelah pengapit kamu. Seeloknya, pilih la lebih kurang tinggi dan besar seperti kamu. Kalau pengapit kamu kurus tetapi lebih tinggi dari kamu, mungkin bukan masalah kerana pengantin biasanya akan memakai kasut tumit sekurang-kurangnye 2 inci (menambah ketinggian 5cm disitu) dan tiara di kepala (menambah sekurang-kurangnya 1-2cm), jadi kamu selamat disitu.

3. Bukan sekadar di pinggiran

a. Tugas pengapit bukan untuk kelihatan cantik dan tersipu-sipu sambil mengipas pengantin. Dari mula pengapit dipilih oleh pengantin, pastikan pada sepanjang majlis berlangsung, kamu berhampiran dengan pengantin. Tak kira dari majlis pernikahan hingga sanding. Pengantin adalah raja sehari, dan pengapit adalah dayang yang bertugas. Ketika majlis pernikahan, pastikan kamu yang memegang IC pengantin. Supaya bila tok kadi minta IC, takkan nak harapkan pengantin yang terhegeh-hegeh bagi. seeloknya duduk bersebelahan dengan pengantin, supaya dia ada teman untuk pegang tangan, teman untuk lapkan peluh, teman tolong bagi dia air mineral bila pengantin haus.

b. Bila sesi 'renjis-renjis dipilis', seelok di tangan, siapkan dengan tisu untuk membersihkan tangan pengantin supaya mudah untuk pengantin bersalam dengan tetamu. Tugas sampingan pengapit adalah melayan pengantin berborak di atas pelamin. Adalah lebih tidak manis bagi pengantin untuk borak dengan pasangan beliau, maka kehadiran pengapit dapat mengisi masa lapang sementara menunggu Mak Su yang Missing in Action, atau Pak Teh yang sedang dalam percubaan mencuba lauk pengantin mahupun Achik yang seronok berkaraoke, untuk naik ke pelamin menepung tawar. Bukan sesi gossip girls di atas pelamin, tapi cukup la berkata " sapa yang ko nampak datang", "cuaca panas la", "aku lapar giler nak pengsan" .. sekadar berbual kosong.

c. Oh pada majlis makan beradap, biasanya pengapit akan duduk bersebelahan dengan pengantin. Jangan ingat korang duduk sekadar dah penuhkan meja, tapi tugas korang adalah untuk mengambilkan lauk untuk pengantin. Kena faham, dengan pakaian pengantin lengan lebar boleh masuk kepala, maka takut terkena kuah. Maka tugasan korang untuk mengambil lauk bagi mempelai. Kalau tempat duduk pengapit tidak disediakan saing dengan meja pengantin, tak apa. pastikan korang amikkan lauk untuk pengantin, then korang boleh duduk bersama-sama tetamu. Kecuali memang dah ada pelayan untuk pengantin, maka korang boleh terus duduk sekali untuk makan.

d. Biasanya selepas majlis makan beradap, pengantin akan bertemu dengan tetamu yang hadir. Tugas seterusnya yang menanti adalah untuk menjadi photographer terjun. Tetamu yang datang sudah pasti nak amik gambar dengan pengantin, jadi kamu kena secara automatik, tawarkan untuk amikkan gambar kenangan tersebut. Lagi cepat keadaan dikawal, pengantin boleh beransur kepada tetamu yang lain. Pastikan bawa air mineral bersama kamu takut pengantin haus.

e. Kamu kena perhatikan pengantin sentiasa kelihatan cantik. Pastikan lipstik beliau tak kena gigi, pastikan takde cili kat celahan gigi pengantin, tiara terletak molek diatas kepalanya, pendek kata serba serbi tentang penampilan pengantin, kamu kena amik tau dan amik berat.

Jangan kata tugasan pengapit di atas tu pelik. Zaman dulu lagi mencabar. Pengapit (terutama belah lelaki) tugasnya adalah memberikan bayaran tol kepada keluarga belah perempuan--dan adat ini masih diteruskan sebab abang saya dulu pun kena.

Ada yang lebih pelik, saya penah terbaca, pengapit lelaki kena ikut temankan pengantin lelaki ke rumah mertua tetapi sebelum Subuh, pengantin lelaki kena cabut lari keluar ikut tingkap dan pulang ke rumah sendiri. Oleh itu, tugas pengapit lelaki adalah untuk memastikan pengantin lelaki berjaya mencabutkan diri beliar keluar! Itu belum cukup pelik.

Bila tiba pulak turn rumah pengantin lelaki, tugas pengapit perempuan adalah untuk temnakan pengantin perempuan tidur di bilik pengantin selama beberapa malam. Pengantin lelaki kena ikhtiar untuk tidur dengan isterinya dan salah satu gejala yang telah dimulakan dari zaman dulu adalha budaya rasuah! Sama macam kes tol di atas la. Pengantin lelaki akan bagi duit kepada pengapit perempuan supaya pengapit leh gi main jauh-jauh sebelum (.. sila layan fantasi liar korang di sini.. hihih)

Sebenarnya, list di atas tu datang dari penilaian saya sendiri dan mungkin berbeza pendapat dengan orang lain. Tapi pada hari saya jadi pengantin (bukan tahun ini--kali ke berapa ratus saya terangkan), saya berharap pengapit saya sanggup buat semua ini untuk saya. Biasanya, seorang sahabat yang sejati, akan sanggup bersusah payah untuk sahabat sendiri.

Sahabat macam tu, mana nak cari :)

0 comments:

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates