Salam dan hai.
Selamat Hari Pekerja 1 Mei! (walau tarikh post ini disiarkan sudah 2 Mei) Bulan 7 tahun ni, genap la saya menjadi warga pekerja selama 3 tahun. Tapi saya rasa, kebanyakkan warga pekerja ni, paling benci kalau cuti hari Pekerja jatuh pada hari Sabtu. Alamatnya, memang tiada la cuti diganjakkan! Tak best kan?!!
Sempena Hari Pekerja ni, saya dan D ada 2 jemputan; satu di Dewan Majlis Bandaran Kajang, kawan satu UPM dengan D; dan satu lagi blogger Mazni, di kediamannya di Bangi. Kali pertama saya hadir jemputan kawan blogger. Takut ok!
Disebabkan majlis di Kajang sanding pukul 1 petang jadi saya dan D pergi ke majlis ni dulu.
Terlewat sikit nak gerak. Jadi masa kami dah tiba, pengantin dah sampai. Masa tu dalam 1.15 petang. Dari jauh dah nampak kereta pengantin siap berhias elok terletak depan dewan. Tema pengantin warna biru-turqoise. Baju pengantin warna navy blue. Cantik tapi gambar tak clear pasal kamera saya rosak sikit dah sekarang. Alas meja dan famili pengantin pun pakai warna biru. Rasa macam berjanji lak warna dinding dewan pun warna biru.
Makanan di saji oleh katerer DJU Catering. Slogannya 'Citarasa Johor'.
Saya bab makan makanan pengantin, saya memang sentiasa amat-amat positif. Selalu teruja dan mesti akan kata sedap banyak kali. D pun kadang2 dah bosan tapi dia layan aje la. Perkara yang mesti bila saya pergi jemputan, mesti akan amik semua lauknya, walau saya takde la akan habiskan semua. Mesti sekurangnya, merasa.
Makanan pengantin ni, daging lembu tu memang sedap. Tak tau masakan apa, tapi ada kombinasi rasa daging masak kicap dengan daging masak rendang. Kena dengan selera saya.
Kat setiap meja, ada centerpiece. Tapi centerpiece nya adalah makanan. Kek coklat yang sedap (bias) jadi saya makan aje. Nyums! Memang nyegat rasa coklatnya, terus pening lalat jap.
Lepas makan dengan gembiranya pasal orang tengah tak ramai dan suasana majlis saya dan D setuju, katakan majlis yang sangat rilek dan takde kecoh-kecoh. Kita sebagai tetamu pun rasa tenang aja tengah majlis yang begitu tenang. Mungkin juga impak warna tema biru majlis ni kot.
Sebelum ke majlis kedua, kami pergi jumpa dengan pengantin dulu. Entah ngapa kami suka kacau pengantin masa makan :P Amik sekeping dua gambar (yang blur pasal camera saya dah tak betul sangat), kemudian lepas salam dan borak-borak sikit, kami minta diri untuk pergi ke majlis kedua.
Tapi masa kami jumpa ayah pengantin, dia bagi kami hadiah extra lepas D perkenalkan yang D kawan satu UPM dengan anak dia. Kami dapat setiap sorang pen Montblanc. Terima kasih pakcik!
Dalam 1.45 baru kami bergerak ke Bangi. Seperti biasa, saya tak suka tengok peta. Jadi D tengok kemudian fikir-fikir, terus dia letak tepi dan dia dah tau arah. Jadi sepanjang jalan tu, tugas saya adalah bercakap tanpa henti pasal dah dua minggu tak jumpa D, banyak cerita harus dikongsi!
Bila dah sampai, dari jauh lagi dah nampak yang pengantin lelaki belum berarak. Oh, kami ingatkan kami sampai lewat pasal ketibaan pengantin dalam 2petang. Jadi cepat-cepat la kami keluar dan saya pun terus rakam video Mazni sambut suaminya.
D asyik tanya saya, "B, kita kat majlis yang betul tak?', tak pun "ni betul Mazni ye B?'. Saya angguk aje, walau sebenarnya tak pasti. Tapi saya jadi yakin pasal ada bunting tulis nama yang sama macam dalam kad.
Lepas Mazni sambut suaminya, mereka terus ke pelamin. Pelamin diletak di laman rumah jadi mudah untuk tetamu nak tengok tanpa perlu berhimpit dan berpanas.
Ramai sangat jurugambar sampingan hari tu. Saya pun antaranya. Hihi. Tengah selit-selit nak amik gambar Mazni, tiba-tiba terdengar bunyi gamelan. Boleh tak, saya ni tengah rakam-rakam, boleh terus berjalan ke gamelan! Bagaikan di seru! berjalan tanpa sedar. hihi.
Saya perasan, sepanjang saya kat majlis Mazni, walau tanpa celoteh DJ tapi suasana saya rasa cukup harmoni didukung dengan persembahan gamelan dan kompang. Malah, ramai orang kerumun gemalan masa dimainkan. Rasa cam gemersik sungguh dengar bunyi lagu gamelan tu.
Lepas tengok Mazni dan suami atas pelamin, D pun cuit saya, suruh gi makan dulu.
Saya suka presentation bufet ni, sia ada cam daun kat atap buffet tu. Tapi tak sempat ambil gambar pasal segan ramai orang. Kalau nak tengok, boleh pergi ke page Thalhazlin, dia sempat amik gambar. Walau dah makan kat majlis pertama, majlis kedua tetap kena makan.
Ada satu lauk tu, rasanya masak udang masak lemak. Dalam tu ada cendawan. Saya gi kutip, tapi tak sempat kutip banyak pasal dah ada orang kat belakang saya. Tu saya zoom kan sikit, cendawan bawah udang. Nyums!! Ayam goreng rempah tu, semestinya sedap!!! Biasanya ayam goreng memang sentiasa sedap!
Kalau majlis pertama tadi, centerpiecenye kek coklat. Majlis Mazni ni, centerpiece nye sekuntum bunga mawar putih. Majlis ni pakai meja empat segi panjang. Jadi memang banyak juga la centerpiece digunakan. Comel juga! Semuanya gunakan pasu yang sama (kalau tak silap mata saya la)
Majlis memang sangat-sangat padat dengan tetamu yang datang dan pergi. Makanan pun memang betul-betul banyak. Selain menu nasi, ada tapai, agar-agar dan yang terpenting (pasal makanan kegemaran saya!) adalah cendol! 100 markah untuk Mazni pasal ada cendol! Cuaca petang tu memang panas jadi cendol ni memang betul-betul ngam dengan suasana.
Gambar bersama pengantin adalah aktiviti mesti! Jadi saya beranikan diri untuk tegur Mazni.Sebenarnya, tuhan aje yang tau betapa takut nak pergi jumpa Mazni. Saya pun tak tau kenapa saya takut. Mungkin pasal saya dan dia memang tak pernah kenal dan hanya blog menghubungkan kami. Saya pula takde gambar saya yang terang-terang kat dalam blog ni supaya mudah nak dicam. Tiba-tiba, takut dia tak kenal saya :P
Yang kelakarnya, masa saya berdiri tergamam kat tepi meja pengantin (hebat bukan, nak pilih tempat nak tergamam pun, harus ada klas. Kat tepi meja pengantin--tak pernah orang buat kan?), saya pandang Mazni dan dia pun pandang saya. Dia dan saya saling keliru.
Kemudian saya redah aja la pergi tegur dia.
x: Mazni kan? (soalan bodoh kan? Dah makan kenyang, baru tanya tuan rumah. haha)
M: Ye.. (salam)
X: saya Xora(Ok, rasa pelik gila perkenalkan diri pakai nama maya)
M: haaa!!! (dah teruja)
Jadi kami sama-sama teruja. Dia sempat tanya dah makan ke belum, pukul berapa sampai. Dia minta maaf pasal tak perasan saya masa dia berarak. Tak salahkan dia pun pasal dalam keadaan cam tu, serius, kiri kanan orang memang kita takkan perasan. Masa tu dah bermacam-macam benda kita fikir dalam kepala. Mazni ramah orangnya, saya tau dia cuba sedaya upaya melayan saya walau sekejap.
Selit sekeping gambar dengan Mazni. Masa ni kamera saya berperangai baik. Crop gambar ni, kasi fokus kat pengantin baru kita. Saya di mana? Tu, yang tangan nyelit kat kerusi pengantin tu :P
Mazni nampak manis dan mesra walau itu kali pertama kami jumpa. Saya perasan, kalau tak silap saya, kain baju dia ada kipas di tepi. Cantik, tak tau camna style nya tapi memang saya tangkap style tu masa saya tengah rakam video ketibaan pengantin. Nak tengok macam mana, boleh pergi ke blog Thalhazlin. Ada satu gambar dengan pengantin, nampak kain tepi pengantin.
Tapi malangnya, saya tak dapat nak bual lama pun pasal sudah berjanji 5petang perlu gegas ke MV nak makan besar dengan dua orang kawan setaman saya. Reen, sapa kata aku tak makan???
Lepas salam Mazni, kami terus cari ibubapa pengantin. Masa nak balik ni, seorang makcik amat bersungguh-sungguh tahan saya untuk bagi buah tangan. Saya pula jenis jalan menonong. Dapat buah tangan daripada Restu Rezeki, dalam tu ada biskut coklat yang rangup!
Entah kenapa la hari ni, dalam majlis pertama pun, saya terlupa nak amik door gift dari atas meja. Nasib elok-elok sebelum balik, baru teringat dan minta D amikkan.
Saya sebenarnya tak tau nak belikan apa untuk hadiah Mazni. Tapi saya rasa, mungkin untuk bacaan seorang isteri, saya bagi dia hadiah buku.
Masa balik tu, D ada cerita. Masa saya tercegat kat tepi meja pengantin tu, masa saya dan Mazni saling berpandangan tu, D kata, daripada gerak bibir Mazni, dialog yang keluar "Siapa pulak ni?" sebelum saya datang approach dia. Comel Mazni! Takpa, tak salahkan kamu pun. Saya memang tak mahu letak gambar saya terlalu ketara dalam blog ni :p Jadi memang orang tak tau rupa saya camne sangat.
Oh ya! Hampir terlupa. Masa saya balik, gamelan masih lagi berkumandang. Entah macam mana, saya dengar satu alunan tu, rasa macam dengar lagu Tokyo Drift masa intro tu! Serius tak tipu! Tokyo Drift macam gamelan!
Selamat pengantin baru ye buat kedua-dua pasangan ni! Alhamdulillah, semuanya telah selamat.
2 May 2010

5 comments:
sy g gk...tp xsmpt nk jmpe mazni... :(
UBE tu katering kat UKM. haha.. selalu lepak sebelah kedai UBE.
ye lah ko makan... ko makan la banyak2... ko makan la...
oh, begitu detail kamu cerita xora. malu pula saya. hahaha!
wedding yang kat kajang tu is my brother..tak sangka plak blog yang i slalu baca ni wife kawan adik i..neway jemput singgah kat http://littleangelcardeco.blogspot.com/...
Post a Comment