Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

03 May, 2010

Ke Garisan....



Salam dan hai

D baru beli laptop. Saya namakan ia Lappy. Semua benda yang D miliki, saya akan bagi nama. Macam kereta dia, saya panggil ia Jenny. Saya kata kat D, ni dah cukup 3 kuota. Ada satu aje lagi ye Yayang (ajakan penuh maksud).



OK, hari ni saya berjumpa secara rasmi dengan Lappy. Baru la dapat perbincangan dengan D betul-betul tentang pembahagian kos, rancangan, idea dan macam-macam lagi. Sebelum ni, saya cuma emel dia apa-apa gambar yang saya berkenan. Jadi sekarang, dengan kehadiran Lappy, memudahkan kerja kami.



Kini, sudah ada folder rasmi kami :D Pasal ni Lappy D, jadi tak boleh guna perkataan "Dia", kena tulis "Aku". Hihi.



tik-tok dah menunjukkan majlis lagi 5 bulan 4 minggu lagi dan D sudah mula mengambil berat tentang itu dan ini :D

Hampir 2 jam menumpang Wi-Fi percuma di McD. Sudah bahagi belanjawan yang perlu, senarai tetamu kami berdua pun sudah selesai, dan bincangkan langkah seterusnya. Sedap ada Lappy pasal boleh terus tunjuk apa yang saya nak. D tak dapat nak bayangkan jadi bila dah dapat tengok gambar, jadi dia faham apa benda yang selama ni saya bermemek-memek.

Rasa separuh beban dah kurang lepas masing-masing faham nak buat apa. Jadi seterusnya, kena buat visual itu dan ini-- sama macam masa majlis abang saya hari tu. Pasal kalau dah siap, kena tunjuk kat keluarga D pula.

Baru siap visual dewan. Senarai penanggah belum lagi. Aturcara majlis pun belum. Skrip DJ pun masih belum.



Erm. Banyak tak siap lagi, daripada yang siap. Tapi tak apa. Sikit-sikit buat. Dalam bulan ni InsyaAllah, mesti boleh siap.

Persiapan korang macam mana? Harap teratur dan tersusun ye. Oh ya, pada semua yang pernah emel saya atau tinggal komen kat post, minta excel sheet untuk belanjawan dan senarai semak, tolong tengok emel masing-masing ya. Takut-takut ada yang saya terlepas pandang.





3 Mei 2010

12 comments:

Hasnah on May 3, 2010 at 9:08 AM said...

salam kak Xora.. nak address please =) Thank you.

Unknown on May 3, 2010 at 9:34 AM said...

wah penuh persediaan...best la tgk gbgn pasangan yg sama2x bertungkus lumus demi menjayakan hari bahagia

Sh.athie on May 3, 2010 at 10:25 AM said...

hye xora! boleh tak emel excel sheet untuk belanjawan dan senarai semak for me? thanx dear. =)

harzharun on May 3, 2010 at 11:10 AM said...

hi dear..lm x drop kt ur pages..byk seh ttggl.i bz lately.btw,wah,kalo bab planing,i mmg akn bg u award.da best planner tau.hehe.xlm lg dh kn.wish u all the best dear.dlm u plan 4 ur big day,u sbenarnya byk tlg kwn2 lain.komuniti bloger b2b sgt2 mbntu i nk wat weding prep hr 2.stakat ni,feedback yg i dpt,kbykan mmber2 ckp,weding i well plan.thanx 2 u n other bloger.(mood bterima kasih ni.hahaha)

oshinz on May 3, 2010 at 11:30 AM said...

perancangan yang rapi. mesti majlis akan jadi superb!! saya doakan sis..

khairulhaya on May 3, 2010 at 12:09 PM said...

hai..

bestnye da ade lappy..jealous la dgn segala persiapan yg sudah di atur..pre wedding pon best gile..

sedangkan roy masih dibelenggu dgn pelbagai masalah..da cuak sgt nak kawen ni xora..

farahfatihah on May 3, 2010 at 12:15 PM said...

xora, heheheh thanks yer pasal xcel bajet tu..xsabar nak letak kat lappy incik tunang biar dia tgk ari2 hahahah

Anonymous said...

>> majlis saya lagi 18 hari saje lagi..tapiiii, sebenarnya sy tak penah buat cheklist..suma nya sy sumbat dalam kepala..huhu..u ada checklist yg bole kongsi ngn saya..manalah tau sy terlepas pandang..

mama affan on May 3, 2010 at 1:41 PM said...

la..dah abis ker..nak baca lagi..ralit baca preps xora n en.d..huhu..

Xora on May 3, 2010 at 4:51 PM said...

Dear all: persiapan aje. tapi tak tau la masa nak laksanakan tu, mampu ke tak kan. tapi yg penting, sekurangnya dah usaha :P terima kasih ye semua!

Asna: akak dah emel kat kamu ya. thanks!

Mya & S.Woman: done as requested.

Durruz Azam on May 4, 2010 at 11:12 AM said...

huhu.nak kenduri dkt dewan jugak.

=(

HealthChecker on May 8, 2010 at 12:03 AM said...

salam.

tumpang lalu. boleh tak nak mintak template utk checklist gak? sgt appreciate it!

thank you.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates