Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 May, 2010

Lain yang Dikejar, Lain yang Diselesaikan



Salam dan hai

Kepada mereka yang hantar komen atau hantar emel, minta saya emelkan excel file untuk belanjawan dan tentatif persiapan, minta maaf sangat-sangat pasal hari ni baru dapat buka. Modem Internet kat rumah dah kena sambar petir, jadi sementara nak ganti yang baru, memang hujung minggu tanpa Internet la saya. Saya cuba hantar excel file tu kepada semua ye hari ni.

Saya pun tak sempat nak singgah blog kawan-kawan lain nak baca perkembangan terkini korang. Kat pejabat, tak boleh sangat nak lompat-lompat blog. Tunggu ye Internet rumah sudah OK, saya datang singgah.

Disebabkan hujung minggu tanpa Internet, maka banyak pula aktiviti boleh diteruskan diluar alam siber. Minggu ni nak beli barang-barang yang saya nak di Ikea, lepas dah pergi cuci mata dengan
Nity beberapa minggu lepas. Tapi memang kami kejar masa pasal tengah hari ada walimatulurus di Putrajaya.

Pagi ni saya cerita pasal tangkapan kami di Ikea dulu. Petang nanti baru cerita pasal majlis perkahwinan di Dewan Seri Seroja, Putrajaya ye?

10 pagi, lepas sarapan, kami terus ke IKEA. Merealisasikan apa yang saya nak beli untuk bilik pengantin. Walau majlis nikah dan sanding tak dibuat dirumah, tapi ibu tetap desak nak hias bilik pengantin. Jadi ikutkan sahaja.

Pasal saya rasa tak perlu nak cat bilik dengan cat yang baru, jadi saya beli langsir ni untuk jadikan backdrop belakang katil. Dah siap berjahit, siap dah ruang untuk letak rod langsir, jadi mudah. Tak mahu ibu pening-pening fikir nak jahit langsir lagi.



Tapi saya tangguh beli rod langsir dulu pasal nak dapatkan ukuran untuk lebar dinding dulu. Banyak range harga dan size untuk rod langsir, tapi saya suka rod langsir yang ini, tak terlalu mahal, design pun simple sahaja. Tapi kena balik bincang dengan ibu dulu.


Tengah berjalan-jalan, terjumpa bekas comel ni. Size paling kecil. Ada yang lebih besar dan sederhana. Saya suka pula tengok. Cantik untuk hiasan. Terfikir untuk hiasan meja beradap, tapi rasa cam tak berbaloi pula. Ketepikan dulu.


Berjaya sambar frame gambar yang saya nak dalam
post ini

Tak tau siapa yang baik hati, tolong betulkan grammar kat bawah ni.


Rumusannya, ini la hasil tangkapan kami.


Tak rancang pun boleh selesaikan deko untuk meja Guestbook tapi lepas sambar frame panjang dan satu bekas kaca, buat famili meeting sekejap dengan D, kemudian rasa cukup la. Simple sahaja memadai.

Lagipun barang-barang tu boleh pakai lepas majlis.

Jadi, dah boleh keluarkan 1 item daripada list kami.

Selesai—Hiasan meja Guestbook.

Balik rumah lepas majlis, terus teruja nak tunjuk kat ibuayah. Dapat lampu hijau daripada diorang. Terperasan macam sudah buat keputusan yang paling bijak dan berbaloi, walau tanpa diorang temankan.

Walaupun tujuan nak pergi IKEA untuk beli barang bilik pengantin, tapi tup-tup, yang dapat diselesaikan, meja Guestbook pulak.

Layankan aje la.! Asal dah selesai satu perkara.


10 Mei 2010


8 comments:

PUAN THALHA : on May 10, 2010 at 8:48 AM said...

dear, i rasa frame tu unik!

PurPLe LaDy AiFA on May 10, 2010 at 9:13 AM said...

can u send me the excel sheet for the tentative too? hee. my mail would be miftahulaifa@gmail.com. thanks ek!

Moose on May 10, 2010 at 10:04 AM said...

xora, boleh email me the excel sheet tak? aritu tunang i ade bagi something similiar but i don't know where i save template tu.

snowyqueeny@yahoo.com

Thanks!

Anonymous said...

dah lame x p ikea..nak itut!!

farahfatihah on May 10, 2010 at 11:31 AM said...

hi dear..yeay dah dpt excel b4 dat hehehehe

wahhhh dah setel yer sudut guestbook? bagus2...fara xbeli lg guestbook tu hohoho

Xora said...

Thal: haah, unik kan? pasal D takmo slideshow, jadi terjumpa frame macam camera nye roll--rembat!

Aifa & Moose: done as requested!

Fara: bulan ni dah takleh. kena bulan depan lepas gaji masuk :P

Fara:saya pun belum beli buku, sedangkan tu yg penting :P saya nak beli daripada Hana Yorie, tapi nk tunggu pameran booth dia bulan 6 nanti.

Unknown on May 10, 2010 at 3:35 PM said...

slm xora

kami pon minat sgt ngan frame gambo tu. tp blom ade mase lg nk ke ikea =(

mingming said...

xora,

kite pun dh rembat frame tu utk tempat guessbook. sori ter-sama pulak idea....tp takpe lah, rasanya deko awak nanti lg cun kottt...kite ni tak berapa kreatif nk men-deko ;p

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates