Salam dan hai
Hujung minggu yang padat!
1. DIY meja beradap
2. Majlis nikah dan Majlis persandingan Along
3. Majlis sanding Kak Wani
Jadi saya akan tulis post satu demi satu, ikut urutan. Tak mahu bercampur.
Nanti saya sendiri pun pening.
Saya rasa sudah banyak post yang saya tulis berkenaan idea DIY yang praktikal untuk B2B cuba. Tapi tak adil la kalau saya sendiri pun tak cuba buat mana-mana idea DIY yang ada.
Jadi, meletakkan cabaran tu pada diri sendiri, saya pun ambil keputusan untuk mencuba DIY pertama saya untuk majlis sanding saya. Mesti kawan-kawan dah baca yang saya kena buat hiasa Meja beradab sendiri dalam post ini. Cabaran harus disambut!
Pagi Sabtu 29hb, hari yang sama saya ada majlis sanding Along dan Kak Wani, saya nak buat kerja gila, buat percubaan menggubah bunga sebelum pergi majlis kawin tengah hari.
Memang kerja gila, tapi pasal tak sabar punya pasal, saya tetap nak cari bunga juga pagi tu. Mula-mula, saya dan D pergi ke Bandar Seri Kembangan. Dengarnya ada kedai bunga kat situ. Tapi bila pergi, saya tengok pilihan untuk bunga ros tak banyak. Bila saya minta bunga ros merah, memang ada. Tapi semuanya sudah lebam dan layu. Harga? RM2.00. Saya rasa cam OK juga pasal kata nak buat percubaan kan. Tapi rupanya RM2.00 tu bukan sejambak, tapi sekuntum! Sekuntum bunga ros merah yang sudah lebam dan layu, RM2.00
Apa? Jangan harap.
Jadi, meracau dalam kereta. Terus buat idea gila, ajak D gi Floristika di Bangsar. Mula-mula, nak pergi Petaling Street, dengarnya kat sana pun ada. Tapi pasal tak tau arah, jadi baik pergi arah yang saya tau.
Sampai di Floristika, terus melilau mencari bunga. Banyak stok baru sampai untuk gantikan stok lama.
Amat tak tau nak buat apa pergi ke Floristika. Bagai datang dengan otak yang kosong, sedangkan sudah banyak saya save gambar centerpiece yang saya jumpa dari Internet. Semua gambaran, terus hilang daripada kepala.
Hampir sejam juga kat sana.
Memandangkan saya dan D, dua-dua pun memang tak tau nak beli bunga ros warna apa, jadi kami tanya pendapat pembantu kat sana. Dia cadangkan kuning, dipadankan dengan warna champagne. Warna sama untuk pelamin kami. Jadi itu la yang kami ikut. Dia kata rugi beli putih pasal dalam gambar nanti tak nampak.
Dia tak galakkan warna terlalu kontra. Biar nampak hormani. Pink cair pun sesuai kalau nak digandingkan, tapi kena yang betul-betul cair.
Selain bunga ros untuk centerpiece, saya beli juga bunga ros untuk latihan untuk hantaran.
Saya panggil bunga ros ni, warna sirap bandung yang tak cukup susun F&N. Memang ada warna merah hati, tapi saya tak beli pasal nampak mcam lebam. Tapi tadi ibu kata, memang ros merah hati, nampak warna macam lebam. Nyesal lak tak beli tapi takpe la, ros sirap bandung tak cukup F&N ni, saya gunakan sebagai “ros makmal” saya!
Bungkus-bungkus, Saya tengok pada bil, untuk bunga ros 15 kuntum, harga ada RM20, ada yang RM18. Mungkin berlainan ikut pada gred dan jenis bunga kot?
Bunga Harum Sundal Malam, ada yang RM16 dan RM14 tapi yang saya beli RM10 sahaja pasal ibu saja nak letak kat bilik dia.Bunga baby breath ni, rasanya dalam RM12 kot dalam sebanyak tu.
Saya berkenan sangat dengan bunga Sweet William tapi warnanya tak kena dengan tema saya. Esutoma pun tiada warna yang saya nak. Tapi saya suka dua-dua bunga ni. Mungkin nak pakai untuk dekorasi bilik pengantin nanti. Bosan la sana sini hanya bunga ros.
Ok, cukup bebel tentang bunga.
Terus balik, kejar masa pasal tengah hari kena kejar ke majlis Kak Wani dan Along.
Jadi, saya pun main bantai aje la buat.
Saya buang daun, potong durinya, potong panjang ros ikut kesesuaian bekas.
Ke laut terus semua benda-benda yang saya pernah baca kat Internet tentang cara nak buat gubahan bunga hidup. Satu apa pun tak ingat.
Dengan kejar masanya, takde pengalamannya, semua pun saya bantai sahaja.
Akhirnya ini la hasilnya.
Untuk centerpiece, saya sengaja pakai dua jenis cawan kristal berbeza, untuk dapatkan mana satu pilihan yang lebih sesuai.
Walau nampak macam membulat tapi sebenarnya, saya sudah ikat dengan getah tangkai ros tu pasal ada yang terpotong pendek. Hihi.
Saya sempat buat 4 bekas dalam masa 2 jam. Yang dua bekas di tengah tu, untuk letak di hadapan saya dan Dzulq, sebab tu size dan bilangan bunga sedikit berbeza.
Amik gambar dari pelbagai sudut supaya nanti nak gubah lagi pada hari majlis, boleh ingat.
Lulus tak untuk first timer?
Masih banyak saya perlu baiki. Rasanya, kalau saya pandai susun nampakkan puncah gubahan, baru cantik. Tapi untuk sedapkan hati, boleh la kot hasil ni diterima untuk orang yang memang takde asas apa-apa pun.
Banyak yang saya nak cuba ekperimentasi nanti. Ingat nak letak daun dalam bekas tu untuk tutup tangkai bunga yang berterabur tu. Mungkin boleh buat daun hijau melingkari bunga. Tapi buat masa sekarang, cukup la dulu.
Saya nak bercerita tentang pasu-pasu yang saya gunakan ni.
Untuk centerpiece kecil di hadapan tetamu di meja beradap, yang kelihatan macam pasu, ni sebenarnya cawan kristal ibu saya. Siap ada piringnya. Jadi kat piring ingat nak letak bunga rampai mengelilinginya.
Yang centerpiece bakal diletak dihadapan saya dan D ni pula, asalnya daripada balang biskut.
Mendapat inspirasi daripada gambar-gambar dibawah ni
Memang hasil tangan sendiri tak sehebat dan tak serumpun macam vendor boleh buat. Tapi apabila kos menjadi isu bagi saya, jadi gunakan sahaja apa yang ada dirumah dan DIY kan sahaja.
Lepas selesai bunga untuk centerpiece, saya cuba pula gubah untuk hantaran saya. Ikutkan hati saya pun tak mahu bersusah-susah untuk hantaran. Upahkan sahaja orang. Tapi disebabkan perlu seimbangkan kos upah dan impian ibu nak hantaran pakai bunga hidup, jadinya saya amik keputusan untuk gubah sendiri. Boleh ikut citarasa sendiri kan pada kos yang kita mampu kan?
Terima kasih Nity pasal banyak tolong aku cari idea untuk hantaran!!
Pilihan hantaran saya tiada yang mewah, tetapi mudah. Lebih mudah daripada gubahan kat meja centerpiece rasanya. Anggaran waktu deko, 1 dulang, dalam 10 minit sudah siap! Bayangkan betapa sederhana saja hantaran saya kan? Tapi gambar hantaran saya tangguhkan dulu ye untuk upload.
Memang banyak kerja nak buat hantaran dan lebih mudah kalau serahkan pada vendor. Tapi apa yang saya impikan untuk hantaran saya, mesti sekurangnya caj dikenakan RM100 ke atas untuk sedulang. Jadi baik saya buat sendiri sahaja dengan kos sedulang lebih kurang RM20 sahaja.
Penat kerja, tapi insyaAllah saya harap banyak duit dapat dijimatkan. Kalau tak banyak, sikit pun jadi.
Bab mengemas ni la yang saya tak suka..
Pengajaran yang saya dapat hari ni:
1. Ada banyak jenis bunga ros. Ros kuning saya ni, amat kembang! Yang warna peach dan ros bandung susu F&N tak cukup tu, memang jenis ros yang kuncup. Jadi nanti pergi ke Floristika, kena minta bunga kembang macam yang kuning ni. Bila kembang, tak banyak kuntuman bunga yang diperlukan pasal kembang mekar ni mengisi ruang lebih baik daripada yang kuncup. Jimat wang.
2. Bunga hanya tahan kembang dalam suhu bilik Malaysia dalam 24jam sehaja. Lepas tu sudah nampak la simptom lebam kat kelopak. Kalau letak kat aircond, lagi tahan lama rasanya.
3. Rajin-rajin baca tips cara nak bekerja dengan bunga hidup dan CETAK/ PRINT! jangan ingat, kita boleh ingat semua tips yang kita dah dapat :p
Walaupun ayah agak bising pasal dia kata saya membazir duit buat trial, tapi saya rasa menyeronokkan juga. Pasal kali pertama bekerja dengan bunga hidup, saya dapat menikmati saat tu tanpa terkocoh-kocoh.
Saya pun dapat belajar banyak kesilapan. Jenis bunga ros pun salah beli. Jadi nasib saya buat 'trial n error'. Bagus juga trial ni untuk orang macam saya yang kena gubah sendiri hantaran. Jadi saya sudah dapat anggaran kasar untuk
a. Hari saya perlu kutip bunga daripada kedai
b. Bila nak mula menggubah
c. Tempoh masa diambil untuk deko
d. Bila nak tanggalkan serkup (tak tau apa namanya bekas warna putih yg jaga kuntum bunga tu)..
e. Kos harga bunga dan jumlah yang diperlukan (paling penting!)
Dah bagitau ibu, bilik belakang memang akan dijadikan bilik aktiviti gubahan nanti. Bilik pengantin jangan kacau! :p
OK, sekian sahaja post berkenaan percubaan pertama saya.
Kepada B2B, terutama silent reader yang pernah emel saya berkenaan DIY bunga hidup, jangan putus asa ok? Rajin-rajin cari kat Google images dan tengok YouTube. Saya pun baru pertama kali menggubah dan sedar hasilnya memang tidak setanding seperti vendor, tapi sekurangnya, cuba la dulu ye?
30 Mei 2010

18 comments:
cantik bunga u gubah...^_^
GOOD JOB XORA!!!
Practise make perfect dear..=)
xtry buat sirih junjung?hehe..
mencabar gak kan since sy pon xde basic main2 bunga ni...hehe..
weys..beli kat mane bunga tuh? cam best jerk.. nak ikut pegi nanti :p -fiza
kak xora .. thanks a lot, akhirnyer dh jumpe balang kuih utk di jadikan mangsa..., untuk uat centerpiece...
cantek la.. pandai xora gubah.. =) nak tengok hantaran! help me xora! my mom pun sibuk nak guna fresh flowers. sobs2. debar tak ingat! huhu. kene cucuk kat span basah jugak kan xora untuk hantaran tuh? =)
seriously sangat berbakat.
i ni, DIY project dok pending je. dah la tinggal lagi 4 bulan. matila cani!
Zana %& Meey: thanks! tapi rasa kena baiki lagi kan?
Didie: saya awal2 sudah surrender, takkan buat sireh junjung yg tinggi. saya nye akan jadi rendang dan banyak bunga sahaja :P
Fiza: aku beli kat floristika. Kat bangsar. ko nak ikut? ko duduk rumah ko diam2 dgn perut ko yg comel ittew!
My Note: Hihi. jom, godek2 lagi almari mak, cari apa yang boleh guna.
Belle: hugs* mak saya pun yg nak bunga hidup. aduuh. yg jadi mangsanya adalah kita kan? Mmg kena cucuk span basah. rasanya kat blog list saya, ada blogger nama Amirul Shafique, dia selalu kongsi cara dia buat hantaran. Maybe Belle boleh belajar banyak daripada dia.
Elly: thanks :D saya pun tak berani nak DIY semua benda. CUma deko dewan dan Hantaran aje DIY. Yang lain2, tak berani beb :P Kamu banyak lagi ke yg tinggal?
Nice try Xora.. :)
cantek for the first timer.
All the best ya.. ;)
wey cek mek... esok gossip! :)
congrats coz berjaya sudah kau mentrial deco meja pengantin itu :)
xora!! kagum okeyh..siap wat trial kot..hehe..hana maybe buat time hari kejadian je..huhu..
Nyomel: bunga tu kena bagi dimensi sikit kan, baru lebih ok.
Reen: update blog ko skrang!
Hana: pembaziran yg nyata bukan?!!! aisssh.. tapi pasal tak berani nak amik risiko, buat trial dlu
Xora...gud job!awk berbakat actually.practice make perfect!sy kne blaja dr awk utk majlis sy nt ya?
untuk first timer, gubahan bunga tu memang cantik!!
huiyo! dear. i solute ah. ur passion twds ur w-day memang menginspiring kan. ehehe. i'm sure ur wedding will turn out to be gojes. InsyaAllah :)
tahniah xora..1 pcubaan yg hebat..tp mase wedding tu nnt sape plak yg nk deko.bkn kah pada masa tu xora pon sebok..bunga baby breath tu mmg fresh kan..ingat nk beli utk hntrn tp agak2 bape lame leh tahan erk xora..
k la,xsabar nk menanti majlis xora..pastikan nama roy ada dlm senarai tetamu xora ok..
BdkNkl: ish, byk lagi kena baiki gubahan saya. tak semenggah lagi tu. tapi thanks ye utk kata2 semangat kamu!
Moose: yup, first timer kan. harap kali kedua gubah nanti, jgn haru lak jadi bunga tu :P
Thal: ish, takde la, majlis saya biasa aje. takde nama-nama besar terlibat pun. insyaAllah, majlis nnt saya harapkan semuanya selamat pun cukup. tapi if gojes, double yeya! :P
Roy: ni kena buat masa petang lepas nikah. mmg pack gila. tapi nak buat camne, harap semuanya ikut seperti perancangan. insyaallah, mesti ada nama kamu dalam senarai! skrang pun saya tengah susun senarai tetamu pelahan-lahan. banyak lagi kosong :D
Roy, tambahan berkenaan baby breath tu. saya letak dalam suhu bilik biasa, ok masih bertahan selama 3 hari gak la sebelum betul2 lebam. saya nk buat entry khas pasal baby breath ni. utk deko. nnt saya tulis ya
Post a Comment