Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

12 May, 2010

Deko Deko Deko



Salam dan hai

Deko-deko-dekooo --sila nyanyi ikut lagu tema Deko Celcom tu.

Minggu ni, sebenarnya saya sedikit panik.

Pasal saya masih mencari-cari vendor untuk hiasan meja beradab.Sememangnya, hiasan meja beradab sudah disediakan dalam pakej pihak katerer, tapi bunga tu hanya di hadapan pengantin.

Saya mahukan di sepanjang meja beradab. Sudah bertanya harga kepada orang keterer dan orang pelamin. Kedua-duanya bagi harga yang lebih kurang sama.

Dah tanya juga kepada vendor-vendor luar, pun range harga yang lebih kurang sahaja.

Saya taknak harga lebih kurang. Saya nak kurang. Hihi. Tapi saya faham. Buat perniagaan, kalau tak untung, tiada gunanya. Saya pun pernah berniaga. Seronok dapat untung. Saya faham, harga ditetapkan mereka bukan sekadar pada barang kasar, tapi juga pada bakat, masa dan idea mereka.

Jadi tak apa.

Bila saya lompat-lompat blog B2B, ada ramai juga ex-B2B dan B2B yang deko meja beradab sendiri. Memang la tak dapat serumpun lebat bunga macam vendor mampu sediakan. Tapi pasal semuanya berbalik pada kemampuan sendiri, bagi saya yang tengok, tiada yang kurang pada deko mereka. Ada yang cukup bijak gunakan semula bakul dan bekas yang mereka dapat masa bertunang dan nikah.


Masa chat dengan D, D layankan sahaja apa juga idea yang saya utarakan. Tapi kami berdua mencari bekas yang kami boleh guna semula untuk hiasan rumah. Baru la tak terasa membazir.

Setelah mengambil kira diri yang langsung tak berbakat menggubah bunga, ditambah waktu kecederaan yang genting menjelang hari majlis, jadi ingat, mungkin hiasan bunga di bawah ni, mungkin boleh direalisasikan dengan sedikit latihan.





Sumber: BrancoPrataEventos

Saya tak harapkan pun deko meja yang sarat macam kat hotel, yang memang walau sekilas dipandang, dah tau memang orang berpengalaman yang deko. Bagi saya, cukup la dalam gambar, nampak semenggah. Tak banyak, sikit pun jadi la.


Masa ni, dah terfikirkan KK Home Deko dan Kedai Hinode Shop aje ni untuk dapatkan bekas-bekas yang mampu milik!



12 Mei 2010



12 comments:

Hasnah on May 12, 2010 at 8:15 AM said...

klu akak nk cri yg dh siap punye dalam bekas mcm nie. ada jual kt bangsar village.. nmpk bunga tue mcm real betul siap ada air (palsu) lg. :)

Deco! deCo! Deco!

ally on May 12, 2010 at 8:22 AM said...

gud luck xora..sy pon planning deco sendiri...cut the cost..yippee..=)

hana yoriee on May 12, 2010 at 8:35 AM said...

yea..kalo ada masa, kite boleh DIY sendiri deco ni..latih bg nampak mcm expert yg buat..hehehe.. =) hana yakin, xora boleh buat! chaiyok..

Cik Belle on May 12, 2010 at 8:54 AM said...

go Xora! clear glass pilihan terbaik. Boleh suit dengan semua colour and theme. KK Home Deco bawah RM10 dah boleh dapat. =)

PurPLe LaDy AiFA on May 12, 2010 at 9:16 AM said...

buat sendiri la.. yg simple2 pon jd.. mmg mhl deco2 nie.. =(

cikyuSnida on May 12, 2010 at 9:21 AM said...

jgn lupe pastikan ade orang yg tau mcmane arrangement yang awak nk tau. sbb nnt masa dah nak bersanding awak x sempat nak hias meja tu sendiri!

chaiyok!

farahfatihah on May 12, 2010 at 9:23 AM said...

xora, buat deko sendiri je..rajin google t dpt idea...mcm cth pic tu..simple je..sure u bleh buat..jnji bhn2 nye ada..

oshinz on May 12, 2010 at 9:47 AM said...

ye practice!! practice cepat.. hehe. setakat susun2 bunga dalam gelas tu sis kacang je. bleh buat sendri. yakin boleh buat punye la.

zielalala... on May 12, 2010 at 9:59 AM said...

gigih btol pengantin ni nak deko sndri..sy ada gak terpkr nak deko sndri guest book table..tp dgn mslh mcm2 skrg ni otak sy stuck wheter nak buat or slash je guest book table tu.

hmm beli kt hinode shop je dear..murah gile..hehe

puan nona on May 12, 2010 at 12:21 PM said...

xora.chaiyok2!haah.cm ida ckp tu btl.mase kte tunang aritu,kite dh siap deco meja kt luar bawah porch ngn bunga.ala2 cm dlm gmbar.siap letak lilin.

sekali bile turun nk sarung cincin,tgk bunga dh lesap!rupenye xtaula tgn mane yg g amek n letak kt hantaran.

mmg niat dorg baik kot...tp kite dh mmg plan ade hntaran tu xde bunga!arrgh geram!

mama affan on May 12, 2010 at 12:49 PM said...

pasu dan bunga yg betul mampu naik kan seri meja makan beradab..

ryna pun hias sendiri..( bkn ryna la mksdnya kaum kerabat la..hehe..)

moga ilham dtg cepat2..huhu.

aCik GeE cHoMeY on May 12, 2010 at 2:38 PM said...

buat sendiri la awak..jimat kos kan..:-)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates