Salam dan hai
Minggu lepas, saya ada cerita yang saya dan kawan-kawan nak terjah satu butik ni. Post kali ni baru dapat bercerita butik mana kami terjah.
Jumaat merupakan antara hari paling tidak produktif, selepas solat Jumaat. Mesti otak dah fikir nak buat apa ye hujung minggu nanti, fikir barang basah apa nak beli kat Pasar Mardi, movie Prince of Persia nak tengok bila dan segala macam soalan santai.
Sememangnya, hari Jumaat best terutama bagi staff perempuan. Masa ni la boleh window shopping!
Saya, Reen dan Laling menerjah ke show room baru Shaja Ratul. Reen yang bersungguh ajak. Masa Reen sebut nama 'Shaja', saya rasa macam biasa dengar tapi tak dapat nak ingat dari mana. Tapi lepas aje Reen sebut pasal bunga manggar DIY, baru saya teringat, Oh akak ni yang ajar kat website dia buat bunga manggar cantik tu.
Kami pergi ke Butiknya yang kedua. Kalau ikut info daripada website K.Shaja, show room pertama K.Shaja di TTDI dan baru-baru ni, show room ke dua dibuka di Puncak Jalil. Harus la pergi kan pasal dekat sahaja dengan opis.
Berpandukan peta yang Reen print daripada website K.Shaja, kami pun pergi menonong.
Terasa macam masuk Treasure Hunt macam hari tu- mencari nama kedai :P
Sesat sikit. Biasa la, baru thrill kalau sesat :P Kemudian baru jumpa.
Kami disambut pembantunya yang cilik. K.Shaja takde, dia sedang memetik bunga di taman. Tapi tak apa, pasal kami pun temankan Reen survey sahaja dulu.
Banyak juga barang-barang dalam showroom ni. Dari dulang hantaran, ke bunga pahar, door gift comel-comel, semuanya pun ada.
Tapi ini yang paling saya berkenan!
Kalau ada B2B yang nak buat Guestbook, yang pakai wishing tree macam dalam post saya yang dulu ni, boleh sewa wishing tree ni daripada K.Shaja. Sesuai sangat!
Saya geram tau dengan lantern tu!! Nak sangat. Saya nak beli yang kecil tu, nak warna putih atau kuning cair. Masa Reen telefon K.Shaja, dia kata nak warna apa-apa pun, bisa diatur. Tapi persoalannya: tak tau nak letak kat mana, tapi tangan gatal nak beli.
Lepas ni, kalau ada yang nak tengok secara live barang-barang kedai K.Shaja, boleh pergi ke showroom dia di Puncak Jalil. Sememangnya, tengok barang secara live, boleh buat kita mereng sebab geram tengok kecantikan dan kecomelan barang tu! Yang masih mencari, boleh la pergi ke showroom K.Shaja. Tak pun, boleh tengok dulu barang-barang dalam website dia.
Oh ya, ahad lepas, saya dan keluarga penuhi jemputan di Putrajaya, Pre.8. Suka pelaminnya.
Masa saya amik gambar ni, pengantin baru sampai kat luar dewan. Bila tengok gambar semula, baru perasan, tetamu kehormat dah duduk di meja beradab. Mungkin alternatif bagus juga, bagi tak buat pening kepala floor manager nak cari dan dudukkan tetamu berkenaan.
24 Mei 2010
5 comments:
wahhh cumil2 la lantern dia!!!!
aku kan, masih terbayang pokok latern nyer :p owh hantaran2 die juge cantik.
wah, mmg cantik la pokok 2..lantern pun kiut..bole la ambik xora..cari sudut yg sesuwei..huhu..
maseh dok npk hantaran dan bekas2 silver...yg plg penting..bunge kristal ittew... ;p
sama la kte..i pun suke tgk paper latern tu..nk beli..tp xde idea lg nk gntung tang mane..
Post a Comment