Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

25 May, 2010

3 Idea Sederhana yang Menjimatkan



Salam dan hai

Post ringkas ye hari ni, bagi menjawab soalan secara pukal oleh B2B. Tapi ingat ya, ni cuma pendapat peribadi saya dan bukan lah pendapat profesional tau. Saya cuma berkongsi idea berdasarkan koleksi gambar yang saya simpan. Mana tau dapat tolong B2B dalam menjimatkan perbelanjaan untuk deko majlis nanti.

1. Macam mana ye nak deko pasu kosong supaya nampak cantik?
Ada tak alternatif selain daripada pasu kaca?
Saya takmo beli pasu baru, jadi ada tak cadangan material lain?


Harap gambar di bawah dapat menerangkan idea keseluruhannya. Kalau sudah ada pasu kaca di rumah, gunakan semula! tak perlu bazir nak beli/ sewa baru. Kalau takde pasu kaca sedia ada dan mahu berjimat, alternatifnya boleh pakai kaca Mayonesse (rasa cam salah eja tapi malas nak betulkan) atau kaca balang jem. Jimat duit juga. Cuci bersih-bersih, kemudian boleh balut pasu tu pakai sapu tangan macam kat bawah ni.

Sumber: Google images

Saya tak berapa sukakan plastik, mungkin pasal impaknya berbeza berbanding kaca. Tapi jika kamu fikirkan faktor keselamatan untuk si cilik, mungkin material plastik juga boleh dipertimbangkan. Alternatif lain, gunakan tin-tin seperti tin sardin tu. Tutorial ada disini.


Bersihkan dan tanggalkan label tin. Kemudian balut dengan pembalut hadiah yang comel. Dalam tu, letak batu sebagai pemberat tin supaya tak tergolek secara tiba-tiba. Isi air dan isikan bunga.

Atau gunakan sapu tangan juga macam kat bawah


Jimat sudah beberapa ratus.

2. Saya nak letak gambar pre wedding saya kat meja guestbook, tapi takde idea nak letak macam mana?
Saya takmo frame gambar pasal saya ingat nak letak banyak-banyak gambar prewedding kami.
Frame Ikea yang cam Xora beli hari tu, mahal. Ada tak idea yang murah sikit?


Nak letak gambar banyak-banyak tanpa perlukan frame gambar, mungkin boleh pakai idea macam gambar dari blog Daniel Zain ni.

Sumber: Daniel Zain

Kalau tak mahu susunan mendatar, boleh susun gambar jadikan seperti bentuk hati.

Sumber: Google images

Tapi untuk kedua-duanya, kalau boleh, pastikan dinding nak lekat gambar tu cantik ya. Kalau dinding marmar, satu bonus. Kalau dinding biasa pun, tak apa. Tapi jangan cat pun menggelupas. Kanvas adalah yang paling asas. Lagi satu, kedudukan gambar, jangan terlalu tinggi sampai tetamu kena mendongak nak tengok. Agak-agak pada ketinggian normal.

3. Xora ada idea tak, selain daripada bantal kecik-kecik, nak hias katil pengantin dengan apa?
Sebelum ni, Xora ada kongsi pasal kelopak bunga, tapi selain daripada tu, ada tak idea lain?

OK, Gambar ni saya amik daripada Facebook kawan saya. Krew kabin yang deko katil dia macam ni, sempena hari jadi dia. Rasanya, kalau nakkan kelainan daripada kebiasaan, boleh buat hiasan angsa yang membentuk hati ni. Cara nak buat, saya rasa mesti ada diajar di YouTube. Cari ye? Saya pun belum sempat mencari.

Sumber: Facebook kawan rasanya.


Sekian kemas kini ringkas untuk hari ni.

Kalau ada kawan-kawan B2B ada idea lain, boleh kongsi di ruang komentar. Boleh tolong kawan-kawan lain yang masih mencari-cari idea.



25 Mei 2010

6 comments:

Anonymous said...

hee..fara baru nak post pic2 mse dating2..dah susun cam kolaj.tp tuk tunjuk kt entry je..sbb pic tu nak masuk album act..

farahfatihah on May 25, 2010 at 11:02 AM said...

xora, thanks ye..bab pasu tu really helping.... =)

wanie on May 25, 2010 at 11:18 AM said...

kak xora, thanks for giving an idea..., nanti nk check kat You Tube nk uat angsa 2...

Elya Roza on May 25, 2010 at 12:50 PM said...

xora...elya mmg bukan kreatif org nye..ha3..takde seni betol tangan ku inii...
tips yg xora bg tau...sgt membantu..thanks dear :)

PurPLe LaDy AiFA on May 25, 2010 at 4:43 PM said...

aaa.. knape sy tak boley view gmabar tersebut? ;(

III bDkNaKaL III on May 26, 2010 at 8:34 AM said...

Xora..nice idea...pics 2...i likeee....mst quest terpegun kn bl dtg majlis 2 nt? u still crk frame yg offwhite ke? i rs kt KK Mart ade yg mrh²...IKEA 2..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates