Salam dan hai
Buka gambar ni dalam window baru..
Scroll gambar ni sampai bawah..
Pre wedding photoshoot bertemakan: Romantis Komedi Seram
21122012
Diabadikan buat Bakal Pengantin
Istiadat tentera untuk belah perempuan |
dan budaya Punjabi di belah Lelaki |
Nasib Dyzhwar nak pakai songkok pagi tu |
Reen sudah semakin kurus. Nak tau kenapa? Baca cerita seterusnya |
Temanya: Nite at an award show. Tapi ku bantai pakai apa sahaja lalalaa |
Rambut Dyzhwar hasil air tangan uminya haha. Tu yang tak rata dipotong |
Teman dia main bola |
Jaga Dyzhwar demam |
Jalan-jalan sampai dia tertidur |
Terima kasih Reen dan Wan yang gigih racik daun pandan untuk dijadikan bunga rampai |
Terima kasih K.Rina yang sempat menolong siapkan goodies untuk kanak-kanak |
Terima kasih kedai alat tulis di Garden yang ada jual lilin wax ni. Merasa la buat ala-ala zaman dolu-dolu |
Terima kasih abg sulung saya yang hampir jadi stalker mengekori saya ke mana-mana dengan video camera ni |
Terima kasih Nity pengapitku yang berjaya merealisasikan impian bunga tanganku |
Terima kasih A. Rashdi untuk kenangan pre wedding paling best.. dan sanggup perap album ni hampir setengah tahun atas permintaan saya hehe |
Terima kasih K.Nurin yang sedia menerima pendapat saya tentang mekap saya |
Terima kasih Nity yang membanting tulang bersama-sama siapkan hantaran ni |
Terima kasih abang sulung saya yang mengetuai perbincangan serahan daripada famili saya |
Terima kasih ayah yang berikan saya kebebasan untuk menetapkan wang hantaran sendiri- hehe |
Terima kasih K.Ina yang designkan baju ni daripada mula sampai akhir |
Terima kasih Abang kedua saya yang sempat lari ke Secret Recipe untuk amik kek ni |
Terima kasih Laling yang sempat belikan jubah ni di Mekah |
Terima kasih Nity pengapitku yang melarang saya daripada keluar kereta selagi D dan rombongannya belum tiba. Takde la nampak pengantin perempuan yang tunggu pengantin lelaki hehe |
Terima kasih tok kadi yang bersabar dengan kelewatan setengah jam rombongan pengantin. |
Terima kasih Laling, temankan ibu aku |
Terima abang-abang saya yang telah adjust kedudukan saya dibelakang pengantin lelaki. Kalau ikutkan, kedudukan saya diletakkan dibelakang tabir. |
Terima kasih kepada inai klasik yang simple |
Terima kasih ibu yang tidak menangis hehe. Terima kasih pengapitku Nity yang sediakan tisu sentiasa |
Terima kasih Reen yang menjadi teman meroyan idea kawin ni |
Terima kasih ibu untuk pulut kuning kewajipan saya hehe |
Saya memang tak jemput ramai untuk majlis pernikahan saya. Mereka yang ada, dekat dihati saya |
Terima kasih A.Rashdi of Peveyheck untuk gambar spontan ini |
Terima kasih kawan-kawan yang sempat menjadi props |
Terima kasih sahabat Jamali yang telah banyak membantu saya dalam menyediakan skrip majlis dan mengatur susunan perjalanan majlis |
Terima kasih kasut pink yang tidak pernah mengkhianati saya, sama ada saya gemuk atau kurus, kasutnya masih muat dipakai |
Terima kasih Mun yang telah sudi escort pengantin ke dewan dengan kereta idaman D ni |
Terima kasih Mun yang tolong ikatkan riben pada kereta pasal pengantin sedang sibuk bersiap |
Terima kasih encik Pengapit Hafiz siap sebelum pengantin siap. Hebat. |
Terima kasih pada Budin yang tolong pengapit kami pakai sampin. Sampinnya asyik terlondeh |
Terima kasih a.Roy Busana Anggun yang berjaya yakinkan saya pakai tiara dan telah memberikan kami layanan yang sangat-sangat baik dengan budget terhad kami |
Terima kasih ayah yang berjaya pasangkan scallop seperti yang saya bayangkan |
Terima kasih D yang layan kerenah saya nak jubah mandi ni |
Terima kasih sahabat Awang yang mengambil gambar pertama kami sebelum kami bergerak ke majlis |
Terima kasih Yazid dan Asha yang sama-sama ikut escort pengantin |
Terima kasih Nity dan Shima untuk pertolongan korang sebelum, ketika dan sesudah majlis. |
Terima kasih Laling wan yang sudi menjadi doorgift lady dan memberikan aku gosip yang sampai sekarang jadi topik ko, aku dan Reen |
Terima kasih Reen dan Wan yang bersungguh-sungguh hias kek pengantin saya seperti yang saya nak |
Terima kasih kepada semua tuan majlis untuk bunga-bunga telur ini yang telah kami gunakan semula dimajlis kami untuk buah tangan tetamu. Pantun tu diubah daripada sumber asal di DBP |
Terima kasih LH Creative yang telah tersilap cetak kad kami berlebihan seribu kad, yang akhirnya melahirkan idea untuk dijadikan center piece meja tetamu |
Terima kasih kepada kawan ibu yang sudi memberikan saya resepi biskut coklat chip beliau untuk majlis saya. |
'Terima kasih' pada mereka yang telah merembat bunga manggar saya habis hilang kedua-dua rumpun |
Terima kasih ayah yang luluskan permohonan nak tempat letak telur tembaga ni untuk meja beradap. Siap beli lebih 2 biji untuk kenangan pengantin sendiri hehe |
Terima kasih kepada Pameran Kraftangan yang jual tempat broder suis yang kemudiannya saya jadikan frame untuk buku tetamu saya |
Terima kasih echa yang melukis kartun comel dalam buku tetamu. Sangat comel |
Terima kasih Nuri kerana tampil berbeza untuk buku tetamu aku. Mana nak cari orang letak gambar ic camni lagi sekarang? hahah |
Terima kasih kepada Kumpulan Gamelan yang telah melengkapkan mood majlis kami |
Terima kasih pada ketiga-tiga kereta escort kami semuanya bewarna hitam. Nampak seragam, suka sangat~~! |
Terima kasih kepada kawan adik ipar yang sudi bawakan bunga pahar mengiringi kami walaupun tiada satu pun gambarnya yang nampak muka kerana dia sengaja tutupkan muka dia dengan bunga pahar, dia pemalu orangnya |
Terima kasih Nity kerana berjaya menghindarkan adengan pengantin tersungkur di pentas kerana kain tersangkut pada kasut |
Terima kasih A.Rashdi Peveryheck untuk pose American Pie ini |
Terima kasih kepada famili kerana memahami yang kami tidak mahu merenjis-renjis dipilis. |
'Terima kasih' pada D yang terlupa nak kasi saya mic untuk saya berucap. Kempunan sampai sekarang nak berucap. Cis |
Terima kasih abang kedua saya untuk plat ni. Suka sangat-sangat. |
Terima kasih kepada semua tetamu, blogger mahupun silent readers yang sudi datang ke majlis saya, walaupun saya mengalami masalah nak cam dalam tempoh waktu yang singkat |
Terima kasih Abang sulung saya yang memastikan lagu Barakallah dipasang ketika saya memotong kek |
Terima kasih Awang untuk snap terakhir ini selepas majlis bersurai |
Terima kasih Nity yang banyak tolong saya menghias meja beradap. Bunga meja potong kek tu kami kitar semula bunga yang digunakan untuk hantaran kepada D. Hehe. Jimat dan masih cantik |
Terima kasih abang kedua saya yang berulang alik ke Floristika sampai dua kali kerana bunga tidak mencukupi |
Blogger batch 2010-2011. Sorang-sorang dah hilang ni.. Rindu zaman B2B yang saling sokong menyokong dan bantu-membantu. Terima kasih sudi datang ke majlis kami! |
Setelah 2 tahun bersama |
Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates