Salam dan hai
Saya suka idea untuk sediakan station untuk tetamu menghias cupcakes sendiri untuk kelainan, berbanding chocolate fondue atau fountain.
Lebih ekonomi untuk disediakan berbanding coklat fountain yang kena disewa peralatannya. Cupcakes senang, letakkan sahaja topping dalam bekas, tak kisah la buttercream ke, aising ke, nutella ke, cream cheese ke, tak perlukan janaan elektrik atau dipasang api macam coklat fondue. Cuma sediakan peralatan untuk tetamu sapu krim atau aising pilihan mereka ke atas cupcakes
Cupcakes ni boleh disiapkan sebelum hari majlis dan dalam jumlah yang banyak, terutama kalau kita pilih cup bite size. Kalau coklat fondue, kena beli buah disaat akhir untuk pastikan kesegaran dan tak semua buah sesuai untuk dicelup dengan coklat. Paling-paling murah, orang pilih anggur atau epal. Tapi kalau nak sedap, kiwi dan strawberi la buahnya.
Kat bawah ni, ada banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan
Ni untuk letak hiasan-hiasan cupcakes. Tetamu boleh pilih sendiri nak letak topping apa ikut selera masing-masing. Tuan rumah tak perlu hiaskan, jimat masa kat situ. Cara nak present hiasan cupcakes ni pun terletak kepada imaginasi tuan punya majlis.
Daripada segi kos, kalau cupcakes dibuat sendiri, memang lagi banyak dapat dijimatkan. Tetamu pun boleh pilih sendiri nak cupcakes perasa apa ikut selera masing-masing. Coklat ke, vanile ke, red velvet ke, blueberry ke.
Tak perlu pun beli cup cupcakes yang warna warni, tu mahal. Lebih ekonomi Beli yang putih kosong tu, pasal lepas tu, cup tu boleh dibuang dan hidangkan cupcakes tanpa cup. Tak payah risau cup bersepah-sepah.
Tak perlu juga nak bungkus cupcakes dalam plastik, jimat kos, masa dan tenaga kerja disitu. Cuma hidangkan dalam bekas bertutup jika perlu, atau boleh letakkan sahaja molek-molek dalam dulang hidangan. Tak perlu nak fikir nak tugaskan siapa untuk basuh dan potong buah-buahan di saat akhir.
Tapi kalau nak juga hidang dengan cup, berjimat sikit pakai yang warna putih tapi celupkan bahagian hujung cup ke dalam pewarna makanan, ikut warna tema majlis, macam ni
Pencucuk tu kalau takde yang macam kat bawah ni
Pakai lidi sate tu pun boleh. Murah sahaja. Kalau ada budget dan nak personalize sikit, tampal la tag kat hujung lidi tu, macam kat bawah ni.
Kalau nak juga jadi Bridezilla, kena semua ikut warna tema majlis, boleh sahaja guna lidi tu dan buat ikut proses dibawah. Masih dapat berjimat.
Kalau ada budget lebih, boleh juga gunakan biskut roll macam ni
Atau pun garfu.
Mungkin agak messy kalau tetamu cilik yang ambil tempat. Tapi perkara macam ni la yang akan dapat menyuntikkan element unik dalam majlis perkahwinan tu nanti.
Idea yang bagus. Mungkin nak gunakan idea ni untuk birthday Dyzhwar nanti kalau ada rezeki
Semua gambar adalah daripada pinterest.
11 April 2012