Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

29 September, 2010

31 Hari Lagi



Salam dan hai

1. Kad jemputan
30% sudah dihantar, lagi 70% belum lagi. Tetamu jemputan nikah, asingkan dengan letakkan
wax seal tu. Kelakar bila ada kawan-kawan yang takut nak buka pasal takut terkoyakkan wax seal tu. Ada orang tu kata (baru aku tauuuu, ko baca senyap-senyap ye blog haaaku! ;p ) "aku takut nak buka ni pasal aku tau banyak effort ko buat untuk benda ni". Reaksi lain "Huuish, apa ni?", "Ni nak buka kad macam mana?", "Aku bukak kat tepi sampul la", "Aku takmo buka. Takpa pasal dah tau tempat". Sukati korang~

Masa berhari raya minggu lepas, dapat kad jemputan daripada kawan sekolah. Tertera ini


Saya kata kat D, "Dia silap tulis ke?". Ooh rupanya dia kahwin selepas majlis kami. Hehe. Kali pertama dapat kad macam ini. Melangkaui waktu. InsyaAllah, harap semuanya selamat.

Iklan: Kentang sesuai dimakan dengan apa sahaja, termasuk nasi ayam.



2. Lagu tema potong kek
Sebenarnya, tiada rancangan nak buat lagu khas mengiringi masa potong kek. Tapi semalam abang saya SMS, suruh saya dengar satu lagu ni, sesuai untuk majlis kahwin saya. Bila saya dengar betul-betul liriknya, tiba-tiba rasa nak nangis depan komputer. Tak tahu kerana terharu atau pasal saya demam semalam. Motif tidak diketahui. Jadi, terus rasa nak jadikan lagu tu mengiringi upacara tersebut. Thanks Am! Lagu apa, tunggu hari majlis ya?

3. Gula-gula si cilik
Menggunakan idea dalam majlis abang saya yang dulu. Pakai sahaja bungkusan macam ini. Jimat sangat! Dapat kurang kos pada pembungkus, lebihkan sikit pada bahagian dalamnya.


Semalam MC tapi sempat singgah Balakong beli pembungkus ni. RM7.00/ sepeket yang ada 100 pembungkus. Saya beli dalam 3 peket. Mudah dan murah. Saya pilih warna keemasan. Gula-gula ayah dah beli minggu lepas. Pasal tu nak sudahkan cepat-cepat. Boleh teruskan dengan perkara lain.



Dah siap lebih kurang 170+ buah tangan. Bakinya boleh sambung hari ini, buat bersama K.Rina dan Icik.


Kami cuma sediakan 300 buah tangan tangan untuk tetamu cilik ni. Rasanya petang ni atau esok insyaAllah dah siap. Bungkus dan letak ubat semut mengelilingi kotak. Siap.




Itu sahaja kot kemas kini persiapan.

Mood: Semakin hari semakin malas.


29 September 2010

13 comments:

timmy the munchkin on September 29, 2010 at 2:00 PM said...

hai Xora..
Same la ai pon MC gak semalam,
Jangan malas~tensen.
Go Xora Go!!

Unknown on September 29, 2010 at 2:05 PM said...

hihi.. kak xora, dun b soo nervous smpai dmam2.. :)
candy packet tu mmg smple n murah.. bdak2 mmg sukaa~

Byzura Mj (By) on September 29, 2010 at 2:06 PM said...

ades. bila tengok xora punya dah siap. by rasa kagum. sebab, by belom siap!! benda tu la by rasa remeh. tp pembungkue tu memang penyelamat. senang kan?

Xora on September 29, 2010 at 2:09 PM said...

Timmy: nama rasa macam nak ngunyah biskut aje! haah mc demam kena hujan.
Eyra: tak nebes.. cuma ni kes main hujan :P

Bai: senang dan murah--kombinasi serasi!

Puan T on September 29, 2010 at 2:10 PM said...

haa kad ko bg aku ko tulis Nuriah & Suami. Bapak aku = bile plak along menikah neh? lantas aku menjawab = kawan along neh kawen lepas along, kire time tu along dah berlaki.oohohoh~

Xora on September 29, 2010 at 2:28 PM said...

haha.. aku kasi Roslan kawan sek aku pun, roslan & isteri. tersengih2 bakal isteri dia baca masa aku pass kad kawin aku kat diorang. haha. majlis diorang minggu ni.

Dyah on September 29, 2010 at 2:49 PM said...

Xora, hari2 mesti baca blog ni..mengitung hari lah ni..

Xora on September 29, 2010 at 2:51 PM said...

Dyah: jom, ikut menghitung hari nak!?

saya cik puan syaz on September 29, 2010 at 2:52 PM said...

xora.. sambil masuk dlm plastik tu.. ngap lar sikit2.. hehehe.. ;p

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA - by Urban Vibe Event on September 29, 2010 at 11:59 PM said...

Salam Xora, saya ada email awak. Please check ye. tq :)

Anonymous said...

hi xora ..tq for the card..nice quality dgn ketebalannya...i like...wah, 10 hari lg tue...

cik siti said...

assalamualaikum cik xora. bagusnye blog cik xora ni. very informative. boleh ke tumpang tanya. macamane nak anggarkan bilangan tetamu cilik tu..cik xora jemputan berapa ratus?

Xora on October 6, 2010 at 11:05 AM said...

Cik Siti, kami anggarkan 300 sahaja. utk jumlah tetamu 2,000

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates