Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

16 April, 2013

Bridezilla at its Finest


Salam dan hai

Gambar sudah cukup meletakkan tahap bridezilla nya


Comel sangat, jadi nak kongsi dalam blog ni


16 April 2013

11 April, 2013

Cupcakes Fondue


Salam dan hai


Saya suka idea untuk sediakan station untuk tetamu menghias cupcakes sendiri untuk kelainan, berbanding chocolate fondue atau fountain. 

Lebih ekonomi untuk disediakan berbanding coklat fountain yang kena disewa peralatannya. Cupcakes senang, letakkan sahaja topping dalam bekas, tak kisah la buttercream ke, aising ke, nutella ke, cream cheese ke, tak perlukan janaan elektrik atau dipasang api macam coklat fondue. Cuma sediakan peralatan untuk tetamu sapu krim atau aising pilihan mereka ke atas cupcakes

Cupcakes ni boleh disiapkan sebelum hari majlis dan dalam jumlah yang banyak, terutama kalau kita pilih cup bite size. Kalau coklat fondue, kena beli buah disaat akhir untuk pastikan kesegaran dan tak semua buah sesuai untuk dicelup dengan coklat. Paling-paling murah, orang pilih anggur atau epal. Tapi kalau nak sedap, kiwi dan strawberi la buahnya.



Kat bawah ni, ada banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan

Ni untuk letak hiasan-hiasan cupcakes. Tetamu boleh pilih sendiri nak letak topping apa ikut selera masing-masing. Tuan rumah tak perlu hiaskan, jimat masa kat situ.  Cara nak present hiasan cupcakes ni pun terletak kepada imaginasi tuan punya majlis. 


















Daripada segi kos, kalau cupcakes dibuat sendiri, memang lagi banyak dapat dijimatkan. Tetamu pun boleh pilih sendiri nak cupcakes perasa apa ikut selera masing-masing. Coklat ke, vanile ke, red velvet ke, blueberry ke. 




Tak perlu pun beli cup cupcakes yang warna warni, tu mahal. Lebih ekonomi Beli yang putih kosong tu, pasal lepas tu, cup tu boleh dibuang dan hidangkan cupcakes tanpa cup. Tak payah risau cup bersepah-sepah.

Tak perlu juga nak bungkus cupcakes dalam plastik, jimat kos, masa dan tenaga kerja disitu. Cuma hidangkan dalam bekas bertutup jika perlu, atau boleh letakkan sahaja molek-molek dalam dulang hidangan. Tak perlu nak fikir nak tugaskan siapa untuk basuh dan potong buah-buahan di saat akhir. 


  




Tapi kalau nak juga hidang dengan cup, berjimat sikit pakai yang warna putih tapi celupkan bahagian hujung cup ke dalam pewarna makanan,  ikut warna tema majlis, macam ni



Pencucuk tu kalau takde yang macam kat bawah ni


Pakai lidi sate tu pun boleh. Murah sahaja. Kalau ada budget dan nak personalize sikit, tampal la tag kat hujung lidi tu, macam kat bawah ni.



Kalau nak juga jadi Bridezilla, kena semua ikut warna tema majlis, boleh sahaja guna lidi tu dan buat ikut proses dibawah. Masih dapat berjimat. 


Kalau ada budget lebih, boleh juga gunakan biskut roll macam ni



Atau pun garfu.



Mungkin agak messy kalau tetamu cilik yang ambil tempat. Tapi perkara macam ni la yang akan dapat menyuntikkan element unik dalam majlis perkahwinan tu nanti.



Idea yang bagus. Mungkin nak gunakan idea ni untuk birthday Dyzhwar nanti kalau ada rezeki

Semua gambar adalah daripada pinterest. 


11 April 2012

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates