Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 April, 2011

Perkongsian Hidup: Almari Baju


Salam dan hai

Saya nak buka label baru. Saya namakan Perkongsian Hidup. Dalam label ni, saya nak coretkan apa-apa yang saya jumpa daripada google atau pengalaman sendiri dalam menguruskan perkongsian hidup bersama pasangan.

Apa yang saya maksudkan dengan 'perkongsian hidup' ini adalah, bagaimana menggabungkan dua cara hidup berbeza menjadi satu apabila sudah mula tinggal bersama. Rasanya setiap pasangan yang sudah berkahwin, mesti ada cara-cara masing-masing dan apa yang saya kongsikan, adalah cara saya dan D. Sekadar berkongsi dan bertukar pendapat dengan pembaca-pembaca lain di luar sana dan untuk beri pengenalan awal kepada bakal-bakal pengantin

Untuk topik pertama dibawah label ni, saya nak kongsi tentang isu: Almari Baju.

Masa tinggal dirumah ibu ayah saya, kabinet almari bilik saya memang jenis terbina dalam. Pemilihan ruang dalam almari memang ayah dan ibu yang pilih. Saya balik-balik daripada UiTM (masa tu masih belajar lagi), dah siap. Maka susun aje baju-baju saya dalam tu. Bila dah kahwin, maka kena la terima 'ahli baru' iaitu baju-baju D. Untuk memudahkan penceritaan, saya menguruskan baju-baju kami lebih kurang seperti dibawah *Gambar ni aje sesuai untuk diletak dalam penceritaan ini hehe




Memang berkecamuk. Daripada kiri ye kawan-kawan, ruang situ muatkan jubah solat D dan campur dengan baju kurung saya yang sudah digosok. Yang ruang ditengah pula, baju saya majoritinya, tapi ada juga barang D seperti stoking dan pakai dalam. Tu pun bersepah juga kedudukannya- baju dalam semua di ruang bertingkat, dan stoking di dalam laci berkubikel. Ruang belah kanan pula, baju kemeja D dan pakaian basah dia, dan tetap saya selitkan baju-baju jalan saya. Hehe

Pendek kata, bila tiap pagi D nak bersiap, dia perlu mulakan pergerakan daripada tengah almari dan menuju ke sebelah kanan untuk baju kemeja. Tak campur lagi kalau dah balik kerja, D nak pakai baju basahan, saya lipat dan memandangkan takde ruang lain, kena letak di bahagian bawah. Jadi kasihan pulak tengok D terbongkok-bongkok cari baju dia.

Terasa juga diri pentingkan diri sendiri pasal tak mahu berkongsi ruang dengan D hahaha.. Semua ruang saya nak kuasai. Barang-barang dia cuma dipinggiran aje *Saya mempertahankan diri dengan kenyataan "Baju perempuan banyak dan bukan salah B tudung ada banyak ton warna pasal baju kurung corak-coraknya berbeza*

Tapi masa tu saya tak kisah sangat pasal saya tahu semua ini sementara waktu sahaja, sehingga kami pindah ke rumah kami dan ada almari baju kami sendiri.

Jadi sementara belum jumpa almari idaman kami, saya pun mulakan proses mengumpul maklumat. Walaupun saya tahu, saya takkan pilih almari terbina dalam atas faktor:-

1. Kos
2. Kami belum pasti keperluan ruang kami pada masa akan datang

Tapi tetap, saya mahukan kebebasan untuk memilih ruang pembahagi di dalam almari tu.

Maka, saya pun memulakan operasi mencari susun atur ruang dalam almari. Antara gambar-gambar yang menjadi rujukan saya.

















Sumber: Google images


Merujuk gambar-gambar daripada Internet, tambah dengan almari sedia ada kat rumah ibuayah saya, jadi saya tahu keselesaan saya macam mana *Ye, saya. Bukan D pasal D tak kisah pun. Hehe. Katanya, saya yang akan lipat baju, jadi biar saya yang susun ikut kehendak saya.

Perkara jadi mudah bila D dah jumpa almari idaman dia, saya pun dah tahu nak ruang dalam almari yang macam mana.


Gambar kenangan D berjumpa dengan almari idaman dia.

Kalau tak silap saya, almari ni 8 kaki kali 9 kaki kali 2 kaki setengah(kot?). Memang ada ruang sedikit diantara atas almari dan siling bilik tapi tak apa, pasal sudah ada rancangan nak buat apa dengan ruang kosong tu. Kami sengaja pilih almari yang berkaca walaupun memang ada risiko pecah kalau ada kemalangan. Tapi, kaca tu kami pilih jenis yang bertingkat-tingkat, jadi kurang sikit risiko bila pecah, berderai semuanya. Kaca untuk ruang nampak luas dan menyingkirkan keperluan untuk meja bersolek dalam bilik kami. Berbanding meja mekap, cermin almari ni penampilan daripada hujung rambut ke hujung kaki boleh amati. Hehe. Jadi jimat dari sudut kos dan ruang.

Walaupun rata-rata gambar yang saya jumpa dalam internet kurang praktikal kepada cara dan koleksi pakaian kami, tapi bila terjumpa idea kasar daripada gambar google dibawah ni, saya pun memulakan operasi saya.


Sumber: Google images

Ini susunan almari kami



Pembahagian ruang dalam gambar di atas kurang tepat berbanding saiz sebenar almari kami pasal saya tak pandai nak lukis pembahagian ruang setepanya. Hehe. Ikutkan ruang almari saya lebih lebar tapi tak tinggi dan D punya pulak lebih tinggi tetapi tidak lebar*Memang tak reti lukis.

Saya pilih susunan ikut mana yang saya selesa. Sebagai contoh, Baju kurung, saya memang jenis suka melipat baju kurung dan hanya gantung baju yang sudah digosok dan Baju jalan saya letak tingkat dua daripada bawah ----sebabnya? saya akan mengambil masa nak fikir baju mana nak dipakai, jadi berdiri memenatkan. Duduk akan kasi saya ketenangan memilih hehe.

Tapi kali ni, saya tak mahu sentuh bahagian saya kerana saya yakin, mana-mana perempuan pun arif cara nak susun barang masing-masing kan? Kita bercerita tentang barang-barang dan pakaian encik suami kita.

Untuk ruang D, seperti dalam rajah diatas, saya letakkan jersi dan baju jalan jenis t-shirt berkolar diruang yang sama kerana kedua-duanya D selalu buat jalan-jalan.



Ni baju basahan D. Saya letakkan yang hitam-putih-kelabu di bahagian belakang; dan yang bewarna dibahagian depan.
*saya memang suka lipat baju.


Walau saya letak bertindih depan belakang, tapi ada ruang kosong ditepi untuk memudahkan D alihkan susunan didepan ke sudut tepi kalau dia nak amik yang dibelakang, tanpa mengganggu lipatan saya~ *Dah susun ikut ton warna, tapi ni mesti D dah punggah.

Niat dihati mahu dapatkan susunan sekemas ini dan pelbagai ton warna



Tapi mungkin belum tiba masanya~~* dan D hanya suka warna putih-hitam-biru . Kalau ada warna-warna lain tu, saya la yang membelinya.

Untuk barang-barang peribadi D, amatlah mudah pasal dia lelaki dan tak peduli benda-benda macam ni *suamiku bukan metrosexual rupanya~. Cuma perlu bekas plastik di Ikea ini dan letakkan barang-barang D ikut kategori; macam pass pekerja, minyak wangi, tali pinggang *satu aje, boleh tak??!! dah minta dia beli tambah koleksi, dia kata tak perlu. Haih, sikat (walau D selalu main campak juga akhirnya) *Ada projek DIY untuk cantikkan bekas ini tapi masa belum mengizinkan.



Kain pelekat, dulu saya lipat, tapi pasal D suka amik ikut pilihan warna yang dia nak, maka saya gulungkan macam ni pasal kalau D nak amik kain pelekat yang mana satu sekali pun, yang lain masih kekal dalam bentuknya. Walaupun mungkin tak sekemas melipat, tapi ini sahaja teknik yang dapat kurangkan muncung mulut saya bila D main punggah mana-mana yang dia suka dan D cepat-cepat kemas semula bila nampak saya nampak dia main punggah..!



Oh ye, saya letakkan ruang tingkat-tingkat saya beli di Jusco lama dah, untuk isi pakaian macam baju dalam, stoking, kain pelekat, aksesori (butang baju melayu D) dan tali leher. Saya susun tingkat ikut kekerapan penggunaan pakaian-pakaian tersebut juga.

Baju kemeja D memang semuanya saya gantung buat masa ini. Mungkin kalau koleksi kemeja D makin bertambah, mungkin ada yang perlu saya lipatkan
*tu nanti baru fikir. Hehe.

Nampak tak ada kertas disangkut pada penyidai tu? *objek berada kira-kira objek ke tujuh daripada kiri. Tu adalah pembahagi antara baju kemeja dah gosok dengan yang belum gosok. Walaupun D kata tak perlu pasal dia kata dia tahu bezakan; kalau kemeja dah gosok, lehernya saya akan lipatkan dan kalau yang belum, lehernya masih macam baru sidai.



Tapi saya nak juga letak pasal saya suka idea dibawah ni. Dapat daripada mana ntah dah lupa :P Tip Junkie rasanya~




Memandangkan saya belum sempat DIY, jadi saya gunakan kertas yang macam tetamu hotel letak kat pintu hotel untuk 'Jangan Ganggu' masa gi berbulan madu. haha. Masih ada niat mahu DIY *tapi banyak projek belum terlaksana.

Oh ye, saya memang akan gosok baju kemeja D sekurang-kurangnya 10 helai sekaligus. Bagi memudahkan dia nak pilih baju mana dia nak pakai. Dulu masa tinggal kat rumah ibu, saya gosok 5 helai aje terus untuk seminggu, tapi kesian pulak bila tengok, dia nak pakai kemeja yang satu lagi, tapi saya belum gosok. Maka pengajaran saya, gosok aje banyak-banyak *terutama kalau ada sterika wap yang best giler dan boleh selesaikan rutin menggosok 10 helai baju kemeja dalam masa kurang 45 minit. Suka~~!. Isu tentang rutin menggosok baju, tu nanti saya akan kongsikan dalam post mendatang.

Jadi ini la serba sedikit tentang perkongsian almari kami berdua. Perkara ni memang hal kecil, tapi tetap merupakan proses pembelajaran. Lelaki biasanya tak mengisah sangat dan mengharapkan perempuan yang uruskan hal remeh ni. Cuma kita sebagai isteri, kadang-kadang kena peka dengan "perkara yang tak diucap" melalui perbuatan suami. Ada masa, kalau kita tengok dia dah mula ubah kedudukan barang daripada rak 2 ke rak 1, tu menunjukkan yang dia lebih selesa dengan penyusunan yang sebegitu *walau kat mata kita rasa cam tak best aje~.

Jadi soalan saya pagi ni: buat mantan pengantin, macam mana pula pengalaman korang menerapkan dan menyusun baju-baju suami korang? Mungkin kita boleh kongsi disini. Saya pun masih perlu banyak belajar dan mana tahu, mungkin saya boleh ambil kira pengalaman kamu-kamu semua :D buat bakal pengantin, macam mana pula perancangan korang?

Nota: insyaAllah, masih ada banyak topik yang ingin saya kongsi dibawah label perkongsian hidup; pengendalian rutin memasak selepas waktu pejabat; penyusunan barang-barang dapur dan macam-macam lagi. Cuma perlukan masa (dan teknologi~~ tiada internet dan komputer di rumah rasa macam loser giler~~) untuk mengarang. Harap pembaca tak bosan dengan topik baru ini ye, yang mungkin lari sedikit daripada persiapan perkahwinan dan lebih kepada kehidupan selepas berkahwin. Tapi mungkin ada yang dapat saya kongsikan dengan bakal pengantin.

28 April 2010


26 April, 2011

DIY Flower




Salam dan hai


Idea DIY pagi Selasa




Cantik untuk deko meja tetamu dan dinding di meja guestbook barangkali.


Langkah demi langkah ada ditulis dalam post ini, tapi tiada langkah bergambar. Jadi kena gunakan imaginasi untuk membayangkannya kot?


Selamat mencuba!



26 April 2011


21 April, 2011

Sudu Sesudu Dua



Salam dan hai


Ini idea harus dikongsi~~



Sumber daripada Green Wedding Shoes



Cara-caranya~










Untuk lebih penerangan jelas tentang aktiviti ni, boleh klik disini {Post}.


Ya, mungkin leceh dan jenuh nak membuatnya, tapi hasilnya memang tak sama dengan yang lain, kan? Boleh dijadikan cenderamata untuk majlis tunang pun, mana tahu ada diantara kamu ada idea untuk balutkan coklat macam Ferrero tu kat sudu, bila coklat diambil, nampak motif nama atau tarikh majlis disitu.. atau mungkin apa-apa perkataan ringkas yang bersesuai dengan majlis.


Selamat mencuba~



21 April 2011









20 April, 2011

Isu Wang Hantaran



Salam dan hai

Sekeping gambar memang boleh membawa berbagai-bagai maksud tersurat dan tersirat disebaliknya

Langsung saya tak sangka, kerana beberapa keping gambar persiapan rumah kami dalam
post ini, terutamanya kabinet dapur, menyebabkan saya akan terima banyak emel yang bertanyakan tentang pengurusan kehidupan selepas kahwin kami, terutamanya daripada segi kewangan.

Mungkin disebabkan saya kurang menyentuh hal kewangan selepas majlis (yang bagi saya amat subjektif kerana setiap pasangan mempunyai perancangan berbeza), ada 1001 persepsi tentang kehidupan kami. Ada yang bertanyakan sama ada saya ada membuat pinjaman kewangan untuk berkahwin, ada juga yang bertanyakan tentang isu 'akaun simpanan bankrup' selepas majlis.

Jadi, saya mengambil ruang dalam post ini untuk menerangkan sebenar-benarnya, agar tiada pihak yang beranggapan saya dan D hidup mewah. Kami cuma kakitangan kerajaan yang kerja makan gaji yang tiap bulan jumlahnya tetap, tiada pendapatan sampingan yang lain. Kami juga sama macam pasangan baru berkahwin, masih terumbang-ambing. Tiada apa yang mewah, semuanya cukup-cukup berkatnya.

Tapi demi menghormati permintaan pengirim-pengirim emel, saya berkongsi bagaimana kami menguruskan duit untuk memperbaiki kehidupan dan keadaan rumah kami.

Semasa merancang majlis kami, saya telah tetapkan dan ingatkan pada diri sendiri, walau apa pun terjadi, saya perlu ada duit simpanan paling XX ribu dalam bank selepas majlis. Itu untuk saya, dan bukanlah jumlah kombinasi saya dan D. Alhamdulillah, Allah izinkan. Saya berjumpa dengan vendor-vendor yang amat bertolak ansur dengan budget saya, saya dikelilingi sahabat dan keluarga yang sudi menolong persiapan majlis kami dan saya tak diuji dengan dugaan yang melampau hebat. dan ya mungkin saya bertuah kerana kehidupan seharian yang tidak memerlukan baget tanggungan yang tinggi, apa tah lagi bila tinggal di rumah ibu ayah sebelum berkahwin. Itu juga antara faktornya, saya tak nafikannya

Selepas berkahwin, saya dan D tinggal di rumah ibu ayah saya hampir empat bulan dan berulang alik ke rumah mentua pada hujung minggu. Kami dapat kunci rumah kami genap sebulan pertama kami berkahwin. Tapi rumah yang kosong memerlukan banyak persiapan, jadi dalam tempoh itu la kami beli barang sikit-sikit. Tinggal di rumah ibu ayah, memang menjimatkan, tapi jangan sekali-kali memanjakan diri kita dengan kesenangannya.

Rezeki tu ada sahaja cabangnya. D buat grill rumah menggunakan wang pampasan yang dibayar oleh pemaju atas kelewatan mereka (Jadi kadang-kadang kelewatan rumah siap pun, mendatangkan faedah juga kepada kita, apatah lagi jika kita tak perlu terkejar-kejar nak masuk rumah). Barang-barang rumah antaranya seperti lampu, saya beli dengan duit bonus tempat saya bekerja. Kami buat persiapan sikit demi sikit, bergantung kepada duit gaji bulanan. Jadi barang-barang elektrik yang dilihat dalam post terdahulu, memang ada yang kami beli tetapi ada juga sumbangan daripada kedua-dua ibubapa kami. Alhamdulillah juga, kebanyakkan barang elektrik hadiah kahwin dulu memang semuanya cukup-cukup (kecuali set pinggan! Tapi tak apa, beli set pinggan makan Ikea amat best~~) , jadi kurang keperluan untuk membeli barang-barang elektrik.

Dalam hal barang rumah, saya tidak bebankan D untuk menanggung semuanya. Saya dibesarkan dengan prinsip ibu, tak kisah kalau kita perempuan sekali pun, kalau kita nak sesuatu, usahakan sendiri. Jangan harapkan ehsan orang. Atau dalam dialog ringkas ibu "Ko nak, ko usaha. Jangan menggedik nyendeng kat orang" Saya dan D masing-masing cukup peka had kemampuan kewangan masing-masing. Dalam hal perbelanjaan rumah, saya memang tidak berkira kerana yang penting bagi saya, saya nak apa yang saya nak dan saya akan usahakan sendiri walau makan masa--noktah.. hehehe.. Kan Yayang kan??

Itu cerita barang-barang keperluan rumah.

Tentang dapur saya, yang ini bukan pakai duit simpanan saya. Untuk kabinet dapur, kami guna wang hantaran kami. Menyebut isu wang hantaran, ye memang ada pelbagai kaedah penggunaan wang hantaran daripada pihak lelaki. Ada keluarga yang amik wang hantaran tu untuk wang hangus kenduri kendara disebelah perempuan, ada juga yang diserahkan kepada pengantin perempuan bulat-bulat, dan juga ada pengantin perempuan yang serahkan duit wang hantaran sebagai hadiah kepada ibuayahnya. Mana-mana kaedah pun, terpulang kepada keluarga masing-masing

Cuma untuk keluarga saya, memang tradisi keluarga saya daripada belah ibu, wang hantaran akan dipulangkan semula kepada pasangan pengantin. Bukan kepada pengantin perempuan, tapi kepada kedua-duanya.

Tradisi ni bermula, pada zaman arwah monyang saya. Dia seorang juru nikah. Dia sudah lali tengok orang bergaduh disebabkan wang hantaran. Jadi bila anak dia (arwah mak long) saya nak berkahwin, dia telah tetapkan wang hantaran akan diminta tetapi tidak akan digunakan untuk majlis belah perempuan. Sebaliknya, wang itu akan diserahkan kepada kedua-duanya selepas majlis. Wang hantaran tu perlu ditetapkan jumlahnya demi menjaga rukun sosial jiran tetangga yang memang amatlah menitik beratkan wang hantaran, tetapi tidaklah pada jumlah yang akan membebankan pihak lelaki, tetapi tidak juga memalukan pihak perempuan. Pendek kata, wang hantaran ini bagaikan simpanan selepas majlis buat pasangan pengantin dan muafakat bersama bagaimana untuk memanfaatkan duit tersebut

Masa arwah Opah saya berkahwin, dia pun melalui tradisi yang sama. Jadi bila ibu berkahwin, duit wang hantaran ibu dan ayah guna untuk beli set katil untuk rumah mereka. Dan kini, bila tiba giliran saya dan D, ayah dan ibu sudah maklumkan yang mereka tidak akan tetapkan jumlah, tetapi terpulang pada saya dan D untuk menentukannya. Kalau D mahukan kehidupan lebih stabil selepas majlis, maka dia perlu berusaha mengumpulkan ikut kemampuan dan jumlah yang dia hendak. Ibu kata, dia tak pandai nak tetapkan harga kerana diriku begitu berharga tak ternilai dengan wang ringgit--chewah~ Maka, kawan-kawan, duit itu juga la kami gunakan untuk sediakan kabinet dapur, set sofa ruang tamu + meja, dan katil bilik kami. Semuanya cukup-cukup dengan jumlah yang ditetapkan. Saya pun dah ingatkan D, kalau ada rezeki kami, kalau ada anak perempuan, dia juga akan melalui tradisi yang sama.

Nah, sekarang rasanya sudah jelas bagaimana kami menguruskan pembelian barang-barang rumah. Tiada yang mewah dan tidak pula perlu untuk kami membuat pinjaman. Semuanya biasa-biasa sahaja. Cuma rezeki tu sentiasa ada, sama ada datang berperingkat-peringkat atau dalam keadaan kita tak sangka.

Penutup post petang ni, saya selitkan gambar ni. Masa penyerahan wang hantaran. Paling best masa ini pasal wang hantaran dan mas kahwin diletakkan dalam clutch, jadi memang tiada siapa tahu jumlahnya, paling penting terpelihara daripada pengetahuan beberapa individu yang memang teramat berminat nak tahu jumlahnya hahaha. Sampai habis abang-abang saya pun dirisik oleh orang tu :P




Tak tahu ngapa muka saya masam~~tapi masa dah pegang wang hantaran tu, sengeh lebar gila!

Ni pula gambar dekat hantaran yang ada set barang kemas, wang hantaran dan mas kahwin. Wang hantaran dan mas kahwin diletakkan di dalam clutch tu.



Dugaan daripada segi kewangan selepas berkahwin itu tetap ada, cuma kita kena percaya, setiap dugaan pasti akan disusuli dengan rezeki dariNya. Jangan dikira-kira, cepat atau lewat rezeki itu datang, yang pastinya ianya akan datang pada waktu yang tepat, sama ada kita sedari atau tidak.

Paling penting,hidup dalam paksi kemampuan masing-masing. Ingat, hidup ni bukan untuk ditandingi, tapi untuk dinikmati dan disyukuri.

Lagipun,kita hidup bukan menongkat langit ye kawan-kawan


20 April 2011

19 April, 2011

Bunga-bunga


Salam dan hai


Post pendek, lebih kepada perkongsian idea dan gambar.


Berkenaan bunga.


Bunga-bunga di keliling kepala si 'bunga-bunga' cilik




dan bunga yang digunakan untuk deko cupcakes, yang sepadan dengan hiasan bunga meja.




Kalau dah bunga tu, macam mana pun tetap cantik kan?


Masih berhutang keliling pinggang untuk post-post yang lebih bermakna kupasannya. Masih mengarang dan mencari momentum yang sewajarnya.


InsyaAllah, saya masih disini dan bakal menulis dengan IzinNya.


19 April 2011

14 April, 2011

Hibernasi


Salam dan hai


Saya akan hibernasi buat seketika.


Ada satu kejadian terjadi kepada kami (bukan melibatkan hubungan kami suami isteri ya, takut ada yang buat spekulasi pula). Jadi saya mencari momentum yang sesuai untuk menyambung semula penulisan saya di blog ni.


Yang saya boleh katakan, perbuatan jahat terjadi kerana diizinkan oleh Allah. Kalau Allah tak izinkan, itu yang kita baca berita bila peragut maut dirempuh kereta atau pencuri kabel terkena renjatan elektrik ketika mencuri. Jadi, bila sesuatu musibah terjadi kepada kita, kita tak boleh beranggapan, 'kalau la aku ...' kerana belum tentu apa yang kita rasa dapat selamatkan keadaan, akan menyelamatkan keadaan. Boleh jadi, perkara akan menjadi semakin buruk daripada sepatutnya. Kita bukannya Maha Mengetahui, kita tetap manusia yang ada batas dan had, hanya bergerak pada paksi yang diizinkanNya. Setiap kejadian pasti ada tersurat dan yang tersiratnya, yang mungkin tak terjangkau akal manusia kita untuk memahaminya.


Terima kasih kepada mereka yang masih rajin dan sudi melawat blog saya. Pada mereka yang mahukan kertas kerja, sila terus emel kepada saya. InsyaAllah saya akan balas.



14 April 2011

11 April, 2011

Idea Save The Date Ringkas



Salam dan hai


Post ringkas hari Isnin.

Nak kongsi idea ni (yang saya tak ingat sumbernya daripada mana~~)





Mudah dan ringkas untuk mereka yang mahukan sesuatu lebih menjimatkan masa dan wang, tetapi praktikal.


Tangkap gambar lokasi majlis kamu, dan tuliskan apa-apa sahaja ucapan yang praktikal diatasnya. Sama ada jadikannya dalam bentuk soft copy atau hard copy, tu terpulang pada kreativiti masing-masing. Boleh jadikan comel dengan kamu melukiskan sedikit deko pada lokasi majlis kamu, seperti lukisan bunga manggar, petunjuk arah, atau sebagainya. Fikir diluar kebiasaan. Tampilkan sesuatu yang berbeza daripada gambar STD yang menggunakan gambar bakal pengantin.


Selamat mencuba!




11 April 2011

08 April, 2011

Tiada Tips Untuk Itu


Salam dan hai


Sejak saya sisipkan sedikit cerita tentang rumah baru kami, ada banyak komen dan ada juga yang menghantar emel bertanyakan tips-tips untuk membeli rumah.


Sesungguhnya, saya bukanlah sumber rujukan setepatnya. Sebabnya? Saya tak melalui proses pembelian rumah. Saya tak tahu dan tiada pengalaman berurusan dengan pihak bank, pihak pemaju atau proses mencari iklan pembinaan rumah baru. Yang saya tahu, beberapa bulan sebelum kami kahwin, D bagitau saya dia dah beli rumah.


terkesima saya waktu tu*


Saya memang tak tahu menahu entah bila dia pergi cari rumah, bila dia berurusan dengan pemaju dan sebagainya. Yang saya tahu, sudah sampai ke pihak bank untuk menguruskannya pada waktu itu. Nasib la kawasan dipilihnya Bangi, kalau ke Negeri Sembilan sana, harus aku meroyan la kan~


Ye, mungkin orang boleh kata, saya untung pasal cuci kaki sebelum kahwin lagi. Walaupun saya tak berapa selesa kenyataan tu terpancul daripada mulut orang pasal rasa gambaran saya tak mampu nak usahakan sendiri* Tapi apa yang orang nampak untung, tetap ada ruginya. Pengalaman mencari rumah baru dan berurusan dengan pihak-pihak berkenaan, bukanlah pengalaman yang kita boleh jual beli. Sama macam pengalaman uruskan majlis kahwin sendiri. Memang penat, tapi pengalaman tu amat berharga untuk dikongsi dan kita boleh tolong orang lain pula lepas tu.

Pasal tu kalau ada kawan-kawan yang bertanya, macam mana nak uruskan hal rumah itu dan ini, saya akan kata, tanya D. Pasal saya memang tak boleh nak jawab pasal langsung tak tahu apa-apa. Kalau nak cari barang IKEA, tu saya tahu hehe.


Pastinya saya ada juga terfikir, rumah ini memang bukan atas nama bersama saya dan D memandangkan rumah itu dibeli sebelum kami berkahwin, jadi memang ada risiko disitu. Kalau orang bermulut jahat, memang mereka boleh katakan apa sahaja untuk goncangkan emosi saya. Cuma yang saya boleh tulis, mendengar isu petang di IKIM.fm memang amat manfaat. Tak perlu untuk saya ulas disini kerana Allah lebih tahu. *Cuma kadang-kadang bila fikir elaun rumah yang saya layak dapat daripada tempat kerja saya, memang hati jadi marah. Haha.


Setiap apa yang kurang, pasti ada lebihnya- itu pasti.


Jadi, pada mereka yang mencari-cari tips nak beli rumah, mungkin tips dikongsi oleh Puan T dapat membantu {Post}.

Yang boleh saya katakan disini, pemilihan pembelian rumah, seperti juga mana-mana pilihan yang kita perlu buat sepanjang hidup kita-- ianya berkenaan keputusan. Kita pilih satu jalan di kanan, kita pastinya tak tahu apa kesudahannya di jalan kiri. Kita tak boleh kata pilihan di kanan lebih baik daripada di kiri kerana kita tak tempuhnya. Melainkan kita sanggup berpatah balik dan terokai jalan di sebelah kiri pula.


Dalam hidup ni tiada apa yang pasti. Kita kena redah aje.

Redah dan redha :D


Tapi yang pasti, sebelum kita redah dengan keputusan kita, kita kena siapkan segala ilmu yang kita mampu cari. Maka dalam hal rumah ini, saya syorkan kawan-kawan untuk rajin-rajin google tips mencari rumah baru. Setiap artikel yang kamu akan jumpa, akan mencadangkan pelbagai tips dan idea. Perkayakan ilmu kamu tapi jangan sekadar baca dan terima bulat-bulat. Analisis dulu sejauh mana tips tu relevant untuk kamu dan pasangan kerana setiap pasangan keperluan rumahnya berbeza, bergantung kepada gaya hidup, kerjaya, latar belakang keluarga dan macam-macam lagi. Apa yang kriteria dicari pasangan A, mungkin berbeza daripada kriteria yang kamu mahukan, dan pastinya kriteria mereka, bukanlah apa yang kamu cari-carikan.


Perkara penting lagi, jangan sesekali bandingkan rezeki. Seperti juga rezeki anak, rezeki rumah sendiri ni bukan untuk kita banding-bandingkan. Hidup ini untuk dinikmati, bukan untuk kita tandingi. Jangan letakkan kejayaan hidup kita pada pencapaian material. Takkan ke mana halanya.


Dalam post akan datang, saya akan kongsi *harap dapat transfer gambar hujung minggu ni! pengalaman menguruskan kerja rumah buat pengantin baru yang baru berpindah berdua bersama suami tercinta.. Chewah! .. dan memasak untuk berdua memang tidak membazir, bak pendapat Reen dalam {post} dia tu. Dan perasaan tu tak sama dengan memasak masa tinggal dirumah ibu ayah. Serius~!


Saya akhiri post ini dengan kata-kata azimat daripada D "Masuk rumah baru ni, D rasa macam kahwin lagi sekali dengan B. Belanjanya sama banyak aje"



8 April 2011

07 April, 2011

Idea dah Ada, tapi Kekangan Teknologi Pula


Salam dan hai


Saya nak menulis tentang pengalaman saya dan D masuk ke rumah baru. Saya kira, mungkin ada cebisan pengalaman tu dapat digunakan oleh mana-mana bakal/mantan pengantin yang akan berpindah berdua bersama suami.


Tapi...


Gambar pula tak dapat nak pindah ke komputer. Tak tau kenapa.


Mungkin tak serasi kot model handphone saya dengan komputer ni. Banyak sangat nak kongsi, tapi teknologi membataskan saya. Post dah siap, cuma gambar tak dapat nak dipindahkan. Jadi rasa marah* Tak best la tulis post tanpa gambar.

Jadi memandangkan tujuan saya tak kesampaian, saya masukkan sedikit gambar selingan, perjalanan persiapan rumah kami yang saya dan D usahakan. Gambar ni memang dah lama dipindah daripada handphone.



Ini dulu lalang semata, tapi sekarang tanah sekangkang 'anak kera'ni sudah saya tanam dengan pokok pandan dan pokok cili. Rancangan masa hadapan, nak tanam serai, daun kari dan limau purut.



masa kami sibuk cari lampu dan kipas untuk rumah kami.


Ibu belikan water dispenser pasal saya tak biasa minum air paip yang dimasak *kasih ibu.



D dengan almari idaman dia.



Roman blind di tingkap tangga.



sudut dobi saya yang masa tu cuma ada sabun. Sekarang ketiga-tiga tingkat ni dah penuh dengan barang.



Penapis yang praktikal.



Sedikit deko di dapur. Letak kat tepi peti ais pasal D tak suka magnet di pintu peti ais. Situasi menang-menag.



Nanti dalam post akan datang, saya nak kongsi tentang pengalaman menguruskan urusan rumahtangga tanpa bantuan ibu. Tak susah, cuma kena belajar susun aktiviti dan masa. Tapi penat itu memang pasti.



InsyaAllah saya akan cari wadah untuk pindahkan gambar-gambar daripada handphone ni.






p.s Pada mereka yang ke majlis Elya, mungkin kita dapat berjumpa ya? InsyaAllah, mahu meraikan Elya dan bakal imamnya :D






7 April 2011

05 April, 2011

Saya Masih Disini


Salam dan hai


Menghilang lebih lama daripada biasa kali ni.


Mari saya senaraikan alasan-alasan sebab musabab kehilangan saya daripada dunia blog:


1. Dah pindah rumah di Bangi. Dah tak duduk Serdang yang ada akses Internet 24 jam *nangis

2. Tengah berkira-kira bersama D untuk jadikan TV kami, sebagai monitor untuk akses Internet. Cuma tinggal beli CPU dan wireless mouse & keyboard. Menunggu baget yang sesuai.

3. Masih belum membiasakan diri dengan rutin seorang isteri, pekerja dan suri rumah. Dulu jawatan suri rumah, dibantu oleh ibu, jadi suri rumah tu cuma jadi suri aje. Sekarang dah tak cukup tangan nak uruskan sendiri. Penat dan mungkin juga sudah kurus sikit sekarang. Hehe.

4. Otak tak dapat fikir nak karang post terbaru pasal asyik fikir petang nak masak apa, hujung minggu nak gi pasar beli apa, dan bila nak kemas bilik belakang yang tiba-tiba jadi stor 'terjun'.

5. Bila badan penat, otak pun penat. Apa pun tak jalan. Tapi yang pastinya, hidup berdua, hidup berdikari--penat tapi menyeronokkan!


Tapi dah alang-alang tulis post baru, saya nak kongsi idea dibawah ni. Rasanya belon helium ni cantik juga kalau dibuat ganti untuk arch atau hiasan di meja buku tetamu, mahupun ruang bergambar. Cuma risikonya belon-belon tu pecah atau hilang tanpa dapat dikesan oleh tangan-tangan gatal. Hehe Tapi ideanya tetap cantik :)jadi tetap mahu kongsinya disini :)


Sumber: katespade.com


P.s pada mereka yang ada emel mahukan kertas kerja tu semua, insyaAllah saya akan emelkan dalam waktu terdekat. Pada mereka yang ada emel saya untuk hal-hal lain, mungkin saya akan mengambil sedikit masa untuk membalasnya ya. Saya cuba mengimbangi semuanya :)


5 April 2011

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates