Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 December, 2011

Kalau Mati, Mana Kuburnya?


Salam dan hai



Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana dapurnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Tidak.. Blog ini belum terkubur.. Pada yang sudi emel saya bertanyakan post terbaru, ye hari ini adalah harinya. Tiada istimewa kenapa tarikh ini dipilih. Mudahnya, adalah kerana baru pasang Unifi di rumah hehe. Maka tiada alasan untuk tidak mengemaskini blog dan InsyaAllah, mahu memulakan projek khas harapnya.

Perkembangan saya sebulan menyepi?

Sambut hari jadi D yang ke 27 -- D buat muka segaris sahaja dengan kejutan saya buat. Patut la anak pun ada kecenderungan memberi muka segaris sahaja.



Terjah clearance stok Pureen dan berkesudahan, membeli terlalu banyak baju. alahai.


Kena minyak panas dan kemudian doktor klinik tu soal macam polis nak tahu saya kena dera ke tak dengan D hihi



D jr plak sudah pandai meniarap tapi belum kehadapan atau berguling. Statik sambil jerit-jerit marah pasal ingat kitorang pegang kaki dia tak kasi dia ke depan.



Oh tu gambar lama. Gambar baru rambut lebat dah tiada.

Muka pasrah kena tadah kepala

Banyak yang saya ingin tuliskan disini, tetapi kebanyakkannya bukan lagi berligar dalam topik perkahwinan. Ye saya ada juga terfikir, macam tidak adil pulak kepada pembaca yang datang ke blog ini dengan tujuan untuk mencari idea-idea kahwin, tetapi tiada langsung pula artikel berkaitan.


Tapi logiknya, seperti mana-mana fasa kehidupan kita, setiap kita pasti akan menempuhnya dan kemudiannya berlalu untuk fasa seterusnya. Mana mungkin kita boleh berada di satu fasa yang sama selama-lamanya, berada di takuk yang sama. Begitu juga dengan blog perkahwinan. Setelah hampir 2 tahun menulis tentang idea-idea perkahwinan, tidak salah untuk saya berganjak ke topik selepas majlis perkahwinan itu sendiri. Sungguhnya, kehidupan sebenar tetap menanti kita

Cukup dahulu post untuk kali ini *anti klimaks punye penutup kan? hahah*. Post akan datang, saya berkongsi pengalaman menguruskan anak selepas berpantang. Yang boleh saya katakan disini, dalam kita terlalu sibuk membuat senarai semak keperluan bayi seperti berapa helai bajunya, katil dan tilamnya sudah dibeli atau belum, bagaimana dengan jenama lampin mana yang sesuai -- kita akan terlupa,keperluan paling utama adalah kekuatan mental dan emosi kita dalam menggalas amanah Allah tersebut.

.. mental dan emosi itu bukan boleh dibeli secara dozen di kedai keperluan bayi.

30 Disember 2012

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates