Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

29 May, 2012

Papan Tanda


Salam dan hai

Dah lama simpan gambar ni, tapi baru sekarang teringat nak kongsi.

Gambar penunjuk lokasi parking. Siap ada perkhidmatan shuttle disediakan. 



Kami bukan tetamu majlis ni, cuma kebetulan masa nak pergi ke rumah kawan, selisih dengan papan penunjuk ni. Terus tangkap gambarnya.

Rasanya kalau ada kaedah macam ni, lebih mudah untuk tetamu tahu lokasi nak parkir di mana. Sesuai untuk majlis di rumah mahupun dewan. Kalau ada duit lebih, boleh buat perkhidmatan shuttle.

Papan penunjuk ni menggunakan warna yang terang, saiz tulisan dan papan yang besar dan jelas, dan memang diletakkan di tempat yang mudah dilihat.

Mungkin sesuatu yang perlu dititik beratkan oleh bakal pengantin dalam menyediakan papan penunjuk jalan, terutama sekarang ni dah musim cuti sekolah. Memang banyak kenduri kahwin dilangsungkan. Kadang-kadang, naik kesian dengan lampu isyarat dan pembahagi jalan yang penuh dengan papan penunjuk bertindih-tindih. Sampai kadang-kadang susah nak perasan arah tuju majlis yang kita benar-benar nak pergi.



29 May 2012 

16 May, 2012

Antara Realistik dan Optimistik


Salam dan hai

Baru-baru ini, saya sempat mendengar motivasi pagi di satu stesen radio. Walaupun saya cuma berkesempatan untuk dengar ditengah-tengah cerita, tapi saya rasa topiknya amat menarik. 

Perbezaan antara realistik dan optimistik.

Untuk rekod, maksud realistik dan optimistik mengikut DBP


realistik /réalistik/: berhubung dgn kenyataan atau menunjukkan keadaan yg sebenarnya:
optimistik : penuh harapan baik dlm meng­hadapi sesuatu:


Berapa ramai diantara bakal pengantin yang rasa, optimistik itu lebih penting daripada realistik? Berapa ramai pula yang beranggapan realistik itu perlu mendahului sifat optimis seseorang itu?

Dimana sempadan dan had kedua-duanya?

"Ok, saya mampu uruskan gubahan hantaran malam sebelum majlis pernikahan, sempat kemaskan bilik pengantin pada pagi majlis pernikahan dan pastinya saya berjaya uruskan deko dewan untuk majlis persandingan pada hari esoknya".


Ya, seorang bakal pengantin yang sangat optimis-- tapi adakah dia sudah cukup realistik? Bagaimana jika tiba-tiba berlaku perkara atau gangguan yang tidak diduga muncul di saat-saat akhir, seperti bekalan elektrik terputus pada malam gubahan hantaran patut dimulakan, atau pengantin terbangun lewat sebelum sempat mengemas bilik pengantin, mungkin juga gubahan bunga dan deko yang akhirnya kelihatan tidak sesuai dengan keseluruhan tema majlis.

Si optimis diatas adalah diri saya yang dahulu. Tanpa mengambil kira risiko dan kejadian yang tidak diundang, saya menetapkan perancangan ini, tanpa ada rancangan sandaran lain. Alpa kemampuan diri 100%. Tapi saya bersyukur, pengapit saya sentiasa ada disisi untuk mengheret semula kaki saya yang terapung-apung untuk kembali berpijak di bumi yang nyata. 

Ya, saya optimis saya mampu melaksanakan apa yang saya rancang, tapi  saya terlupa untuk meletakkan realiti yang perlu saya semuka, iaitu mustahil untuk saya melaksanakannya seorang diri. Kekangan daripada segi tenaga, masa, kreativiti dan bakat memustahilkan saya untuk menyudahkan apa yang perlu. Itu kenyataannya. Disini lah muncul bantuan daripada pengapit, kaum keluarga dan pasangan saya sendiri yang memenuhi ruang-ruang kosong yang tidak mungkin mampu saya isikan. 

Tidak akan kurang optimistik seseorang jika dia berfikir realistik dengan merancang Plan B, Plan C dan seterusnya, kalau-kalau Plan A nya tidak berjaya. 

Tidak akan kurang optimistik bakal pengantin itu jika dia secara realisitiknya mengakui dia tidak mampu melaksanakan sesuatu rancangan itu sendirian.

Bagi saya, bersikap realistik adalah lebih penting daripada optimis. Realistik yang meletakkan sifat kemanusiaan dalam diri manusia kita. Realistik yang menjadikan diri seseorang itu kreatif menyelesaikan masalah yang timbul, siaga menghadapi kemungkinan kegagalan.

Optimis, jika tidak kena dengan acuannya, bukan sahaja menyebabkan kita tidak berpijak dibumi yang nyata, malah bersandarkan azam semata-mata tanpa menetapkan ukuran kemampuan kita dan situasi untuk menyusun strategi,  sememangnya tindakan yang memperjudikan segalanya.

Ingat, optimis dan redha pada Nya adalah dua perkara yang berbeza.

Jadi, buat bakal pengantin yang sedang ligat merencana persiapan masing-masing, fikirkan sejauh mana realistiknya sifat optimis kamu semua. Daripada 10 senarai DIY kamu, berapa yang kamu mampu laksanakan secara realistiknya? (kerana saya tahu, secara optimisnya, sudah pasti kesemua 10 senarai itu kamu mampu laksanakan, kan?) Fikir sejenak, sama ada kamu perlu atau tidak menyenaraikan rancangan sandaran jika rancangan utama kamu tidak tercapai. 

Seperti yang pernah saya tulis di post-post sebelum saya berkahwin, berpijak dibumi nyata itu tetap masih indah.







16 May 2012



15 May, 2012

Akan Muncul Kembali


Salam dan hai

Post terakhir blog ini adalah pada bulan Mac. April dibiarkan tanpa sebarang post. 

Saya masih disini, cuma menulis disana. Mungkin fasa hidup sudah berbeza. Tapi tak mungkin fasa yang lama ini saya lupakan. Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.

Pada yang masih menghantar emel bertanyakan khabar, terima kasih sangat-sangat. Pada yang memohon kertas kerja, insyaAllah harap tiada yang saya tertinggal. 

Saya perlu menulis semula. Sekurang-kurangnya saya dapat menggunakan otak sebelah kiri saya dengan efektif.

Nah, tepek gambar Dyzhwar untuk pujuk pembaca blog ini.

Janganlah  marah umi saya.

15 Mei 2012






Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates