Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

06 October, 2010

Baju Sanding Kami: Seperti yang Kami Impikan



Salam dan hai

Teringat pos tentang baju nikah saya dulu yang bertajuk "Baju Nikah Saya-TIDAK SEPERTI YANG DIIMPIKAN"

Tak mahu bagi kejutan macam tu lagi. Walaupun post tu menyebabkan trafik blog saya meningkat mendadak dua kali ganda daripada biasa.

Jadi kali ni, post baju sanding saya bertajuk : Baju Sanding Kami: Seperti yang Kami Impikan.

Daripada minggu lepas, sudah berjanji dengan vendor nak jumpa untuk fitting.

Perasan: berdebar-debar.

Saya paling takut kalau abang tu terlupa yang saya tak mahu satin, tapi nak songket. Tapi tak mahu songket tabur, tapi songket penuh. Saya takut kalau abang tu salah buat design yang saya nak. Saya takut kalau abang tu pergi pilih warna kuning yang bukan daripada skima warna yang saya nak.

Memang patut saya risau tentang semua tu. Pasal memang kerja gila bila saya dan D setuju tanpa tengok apa-apa lakaran daripada abang tu. Tanpa tengok dan pegang contoh warna yang kami nak. Saya tak peduli manik macam mana dia nak jahitkan. Kami serahkan bulat-bulat pada abang tu. Pasal masa tu, malas nak fikir apa. Asal ada baju songket warna kuning, selesai.

Memang setuju pakai mulut.

Redha sahaja.

Akhirnya;

Masa sampai kedai, abang tu tunjuk satu baju ni, katanya baju saya. Saya sudah "Arhh, apasal lak salah warna ni!" tapi saya senyum sahaja. D pun turut ngusik kata tu baju saya. Saya monolog dalaman "Arh, takkan la abang ni pilih warna ni. Aku kata kuning! Ini oren van sekolah!"

Kemudian, taaddaa~~ abang tu bawa baju lain. Sengaja dia nak usik saya rupanya!

Kuning!!! Lompat juga saya kat sana! Serius, saya lompat.

Alhamdulillah.

Sangat suka.

Tak perlu nak huraikan.

Cukup kata, kami cukup syukur untuk semuanya.

Sangat-sangat syukur, takdir bawa kami kepada dia. Dia memang bukan pilihan pertama kami. Tapi selepas pilihan pertama tak dapat penuhi permintaan kami, seperti mana jodoh, takdir bawa kami kepada dia.

Nak intai sikit?

Boleh. Nah. Tapi ni tangkap pakai kamera telefon, warna tak makan dalam gambar pula, tapi kamera pembantu abang tu, gambar nya cantik. Serius, masa ni, memang amat segan pasal kedai abang tu, orang lalu lalang boleh nampak. Dah jadi hal bila orang lalu lalang tu pun turut amik gambar. Gila segan!!! Tak rasa cam artis. Rasa cam dalam zoo pulak.


Belakang saya tu la, baju yang abang tu usikkan, kata tu saya punya!!

Secara keseluruhan, baju saya adalah gabungan lace dan songket penuh. Pakai songket pasal tu impian ibu saya, yang hari-hari brainwash saya agar saya setuju pakai songket. Hihi. Songket didalam saya pilih jadikan dress, kain payung. Lace disarung diluar, berbutang dihadapan baju.

Manik dan sebagainya, semua memuaskan hati saya pasal saya tak mahu manik terlalu sarat atau warna manik terlalu kontra daripada tanah songket pasal saya nak songket itu yang menonjol, berbanding manik. Cukup manik tu tambah seri pada songket saya, memadai.

Memang kena kecikkan banyak bahagian pasal terlalu longgar untuk badan saya yang tiba-tiba terkurus ni. Kain dibahagian bawah kena tambah lace lagi pasal bila duduk, terus senteng. Tudung pun tengah tunggu abang tu buatkan.

Penampilan saya nanti, memang akan cukup ringkas. Tiada rantai pasal saya tak mahu rantai bersaing dengan manik dibaju dan dibahagian leher. Kain tidak keterlaluan meleret pasal saya serik baju nikah saya, kainnya amat meleret, susah berjalan. Kasut pun, simple seperti yang saya mahukan, asal selesa.

Semua sederhana sahaja. Kami kan Raja Sehari berhati rakyat ;p Baru la puas dapat ke hulu hilir berjumpa dengan tetamu.

Sekarang, sedang memikirkan mahukan tiara atau tidak kerana manik di kepala saya sudah berat. Tapi, bergolak fikir, bila lagi nak pakai tiara.

Belum putuskan. Masih berfikir-fikir.

Oh ya, selepas puas hati fitting (iye, memang kena outer banyak sangat pasal saya dah hilang berat badan tanpa kerelaan), abang tu cadangkan pergi ke kedai atas untuk beli brooch nak letak kat tengkolok D dan beli butang baju melayu sekali. Dia minta pembantu dia temankan kami.

Maka bertiga la ke kedai aksesori diatas beli barang D. Pilih punya pilih, masa nak membayar, rupanya kakak tu kasi diskaun 50%. Serius, terkejut. Diskaun tu diberi pasal abang tailor tu.



Alhamdulillah. Boleh jadikan koleksi letak kat almari perhiasan.

Syukur berganda-ganda hari ini.

Siapa abang ni? Nanti, selepas saya selamat amik baju daripada dia, saya akan masukkan lebih banyak gambar dan maklumat tentang abang ni.

Nota 1: Terima kasih Nity pasal ko yang cadangkan abang ni kat aku!

Nota 2: Sila tolong kawan saya, si Reen ni!!

Nota 3: Siapa lagi B2B yang dah bagikan alamat tapi masih belum dapat kad? Sedikit risau ni! Ikutkan dalam rekod excel saya, semuanya telah saya pos. Untuk Ira Amira dan Zulaina, insyaAllah kad saya poskan esok ya. Kuku panjang, saya masih menunggu alamat kamu tau.

6 Oktober 2010

27 comments:

Shakina Farhan on October 6, 2010 at 8:49 AM said...

wah..ape rasia xora hilang berat tanpa kerelaan tu?hehe..

hana yoriee on October 6, 2010 at 8:50 AM said...

saya dah dapat kad kamu yg chomel itu..=) masheh xora..

cantek gabungan lace dan songket!

elle's laaa~ on October 6, 2010 at 9:00 AM said...

wahhh . xcited sungguh kak xora kan .. heeeee :)

Lia Mohd on October 6, 2010 at 9:03 AM said...

Alhamdulillah...lega rasa bila satu-satu settlekan.... ape2 pun still kena jaga diri elok2 supaya time majlis nanti tidak kepenatan...Lia mohd

cik fiza on October 6, 2010 at 9:08 AM said...

mesti sgt cantik ni.. x sabar nk tgk.. :) bagi la tips ilang berat badan tuuu

Hana on October 6, 2010 at 9:16 AM said...

alhamdulillah dah siap.. huhu memang raja sehari la nanti kale kuning :) nanti nak tgk pic xora bebanyak..

PurPLe LaDy AiFA on October 6, 2010 at 9:22 AM said...

cantik songket kuning itu! and manik2 tu pon humble je..

uiks, boley bg alamat lagi ke?

Mysarah Rahman on October 6, 2010 at 9:25 AM said...

eh baju u songket or lace? mcm lace jer dlm gmbr tu u

LyNn HaMzAh on October 6, 2010 at 9:30 AM said...

hilang berat badan...cuba share sket tips tu...

Hasnah on October 6, 2010 at 9:32 AM said...

alhamdulilah kad dh sampai =)

Xora on October 6, 2010 at 9:34 AM said...

Dear all: reply secara pukal. Tips hilang berat badan, rasanya berkat puasa hari tu ko. oh dan kurangkan pengambilan nasi dan air gula. Baju tu dua lapis. dress dalam pakai songket, lace kat luar jadikan potongan kebaya tradisional biasa.

Byzura Mj (By) on October 6, 2010 at 9:55 AM said...

by belom check surat tu dah sampai belom. kalo dah by bgtau kat belog by. hiks.

rose on October 6, 2010 at 9:58 AM said...

tengok sikit pn da cantik..xcited nk tgk xora pakai..=)

on October 6, 2010 at 10:16 AM said...

wah ..kaler kunin..chantek2 hehehe (^^,)

Unknown on October 6, 2010 at 10:17 AM said...

happy sangat bila tengok xora puas hati ngan baju tu. sebab tu aset penting kan? hihihihi



tak sabarnya!! weee!!!

Pn. Ira on October 6, 2010 at 11:04 AM said...

xsabar nk tnggu kad akak!!=D

rini.borhan on October 6, 2010 at 12:13 PM said...

xora..
tak dapt pun e-kad kamoo..tggu pic dari farid je la nnti..hehe..

farahfatihah on October 6, 2010 at 12:37 PM said...

wahhh nmpak cantik baju tu walaupun bukan nmpak warna sebenar n fara dah boleh bayangkan cam ne songket+lace...cantik!

dhiya said...

saya pun dah lama mimpi nak baju sanding lace dalamnya songket =D

Xora on October 6, 2010 at 1:19 PM said...

hepigal. arrh ni mesti kisah terlupa ni. sorry.. ok saya send hari ni ya! SKARANG! :d

Bushra Tajuddin on October 6, 2010 at 1:38 PM said...

xora! dh dpt ur card! comey kad tu.. insyaAllah kami akan dtg.. btw, ur baju gabungan lace+songket sgt cantek! xsbr nak tgk nnt.. ;)

aini on October 6, 2010 at 1:53 PM said...

wahh..tak sabar nak tgk pic baju secara full..nnti xora sila pastikan thukang amek gambor close up kat baju tak..

~idaman sy gak tu nak pakai songket kat dalam n lace di luar...haih..siyes nih tak sabar nak tgk pic baju secara full..mesti sgt santek!!!hehe

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on October 6, 2010 at 2:03 PM said...

byk manik2..mesti cun =)

Anonymous said...

wah bez nyer...tapi baju sanding saye xseperti yang diimpikan..huwaaa...hampes nyer andam..penipu..

saya cik puan syaz on October 6, 2010 at 4:42 PM said...

xora.. chantiks dear.. suka2..! xsabar nk tgk.. :)

III bDkNaKaL III on October 6, 2010 at 5:57 PM said...

Xora...thanx.....i love u dear!!!!bj u sgt santek!!!!

Unknown on October 7, 2010 at 8:25 AM said...

bile xora sebut tips hilangkan berat bdn tu..mmg mia percaya...pepun, mesti xora cantik nanti sbb dpt persalinan impian....

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates