Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 August, 2009

Hantaran--Finale


28 Ogos 2009

Salam dan hai


5 dulang telah disiapkan dengan kadar amat-amat sederhana.


abaikan karpet geometri dan wayar sterika dibelakang
Seperti yang telah dipersetujui oleh bakal pengantin, takde kotak plastik dililit ropol.. Takde kerawang-kerawang.. Takde kombinasi warna pelbagai... Takde gubahan bentuk yang kreatif.. Yang penting, mudah untuk dibawa ke Ghanu.

Demi menghormati bulan Ramadhan (ceeehhh), maka aktiviti berasaskan perkahwinan telah di hentikan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Semua hantaran telah disimpan di dalam almari untuk elakkan daripada berhabuk.

Mungkin akan pulun habis dengan mutiara-mutiara dan kristal-kristal bling bling dalam seminggu sebelum berangkat ke Ghanu.. 2 lagi dulang-- wang hantaran+barang kemas; dan buah-buahan akan disiapkan di minggu terakhir sebelum majlis.



Mungkin aje la.. tengok pada kesesuaian masa.

Buat masa sekarang, ini la hasil DIY kami.. Saya rasa, dengan teknik angle camera yang betul dan pencahayaan secukupnya, patutnya hantaran ni nampak sedikit gojes, even sipi aje :P

Penghulu segalanya--tepak sireh




Kasut+wallet


Minyak wangi+makeup
Telekung+alQuran
Kain Ela (tudung belum beli-- akan diletak di tengah-tengah tu membentuk ros dan brooch diletak di tengah 'kelopak'-- tunggu aje la entah apa rupa tudung tu saya buat :(..)


Jangan gelak..

Dah kata jangan gelak...!!

Korang puasa ke tak ni?? :P

26 August, 2009

Cincin Untuk Dia


26 Ogos 2009

Salam dan hai


Pengaruh dari zaman akil baligh, fikir

"Dah kawin kena bagi cincin kat suami. Nanti orang tak tau yg dia dah kahwin. Lepas tu orang goda-goda dia, dah cerai berai tau.."

Disebabkan mentaliti zaman itu, sejak dari permulaan sesi menyenaraikan barang hantaran, saya sudah masukkan hantaran cincin untuk si dia.

Alasan saya: "tak tau nak bagi apa lagi untuk kasi cukup dulang ni"
Agenda tersembunyi: "Pakai cincin ni supaya orang tau dah kawin"

Dia tak mahu.

Dia tak selesa memakai sesuatu di jari.

Tak tunggu sesaat, saya terus ngamuk dan merajuk.

Lalu malam tu tidur dengan cincin hadiah harijadi dia, saya tanggalkan dan letak di tepi meja katil.

Tanda protes paling dasyat la kiranya.

Tapi saya lupa akan pengalaman hidup yang saya lalui. Pengalaman hidup yang bagaikan drama dalam TV.

Pengalaman itu menyekolahkan saya tentang suami yang belum puas turun naik tangga cinta..

Yang isteri sudah terhuyung-hayang, lupa jalan pulang ke rumah..

Realitinya, cincin perkahwinan bukan tanda janji dia takkan curang dibelakang pasangan mereka.

Pemakaian cincin bukan janji tertutup pintu godaan. Sama ada digoda atau menggoda.
Cincin perkahwinan juga bukanlah bagai 'pendinding', menepis dugaan di luar sana.

Percaya atau tak, kadang-kadang cincin perkahwinan ini bagaikan 'magnet' godaan.

Sebab sesungguhnya, tak semua kita, mahu lelaki atau perempuan, mampu menolak godaan bak Nabi Yusuf ketika dikuis jemari runcing Zulaikha.

Jangan letakkan harga janji, kepercayaan dan komitmen pada kebendaan.

Adakah ibubapa kita meletak nilai kasih sayang mereka pada sekeping surat beranak kita?

Soal jodoh memang ditangan tuhan.
Soal dugaan bukan dibuat main.
Soal hati tak boleh dicampak mati.
Soal takdir tertulis dari azali.

Sebab bila kita minta Allah berikan kita cinta,
Kita tidak diberi cinta,
Tetapi peluang untuk mengetahui yang mana satu cinta.


---sambungan episod merajuk----


Esok paginya, dia telefon. Meminta maaf dan bersetuju nak terima cincin sebagai barang hantaran.

Kesabaran, bertolak ansur, memaafkan dan bertimbang rasa-- saat ini, itu lebih penting.

Kita perempuan, sejauh mana kita berjaya, setinggi mana kita diangkat.. jauh dilubuk hati perempuan kita, kita cuma mahu disayangi.

Cintai insan yang menyintai kita.

Menyebabkan cincin beribu pun, bagaikan besi buruk aje.


ps: Saya setuju, tiada cincin perkahwinan untuknya.. Dia sangat gembira.. Perlukah saya rasa mushkil?? :P Tidak perlu... :)

25 August, 2009

Jubah Moden Untukku


25 Ogos 2009

Salam dan hai

Awal.

Memang terlalu awal untuk saya memilih baju untuk nikah.

Takde motivasi daripada abang-abang saya.. hai.. mereka memang tak faham ati perempuan :P

Ati perempuan saya, dah asyik kata nak baju jubah moden untuk nikah nanti.

Baju kurung--hari-hari saya pakai gi opis.

Baju kebaya- saya digelar ratu kebaya kat opis pasal terlalu banyak sangat kebaya sampai diorang suruh saya resign dan kerja di MAS

Jadi saya pilih baju yang saya tak pernah pakai lagi, iaitu Jubah. Warna pilihan kami putih gading.

Ini adalah cinta. Cinta pandang pertama. Rekaan Hatta Dolmat (walau saya dah dengar banyak complaint pasal dia, tapi baju ni memang cantik!!)

sumber: Hatta Dolmat

...Dengan potongan leher semacam gambar di bawah. Tinggi, dan nak masukkan tudung dalam baju.. Sanggup ke saya jahit manik kasi jadi cam gambar tu?? sanggup sanggup (angkat tangan) tapi mungkin tak seberat dan detail macam si cantik di bawah ni.

sumber: to be update

Nak cari manik warna kelabu lembut macam si cantik-saya-tak-tau-sumber kat bawah ni..
sumber: to be update

Oh ya, nak buat perincian di pinggang macam gambar di bawah ni.
sumber: Vera Wang Collection

tapi nak cam kat bawah ni untuk bagi ilusi ramping di pinggang..


Sumber: Vera Wang Collection


.. dan berharap dapatkan rekaan semacam ini??
sumber: Hatta Dolmat
Nota penting: takmo crown langsung (tapi cekak butterfly mungkin akan diterima)dan takmo pakai tudung keras kat depan tu boleh?? Nanti susah nak buat upacara batal wudhuk. (tu bukan tanda saya rakus :P) Tapi macam kena pakai aje..

Walaupun dah bercita nak dapatkan rekaan idaman, kena sedar diri dan lengkapi diri dengan pengetahuan sedikit tentang jubah dan material yang sesuai. Paling penting juga, bersedia hadapi sebarang kemungkinan dan dugaan..


Rujuk disini untuk info dan pendapat dari Butik Cosry, Hatta Dolmat dan beberapa lagi pereka-pereka lain.


Tapi buat masa sekarang, memang kena tadah telinga dengar ayat-ayat realistik dari abang-abang saya.

"Ko bukan skrang nak kawin. Rilek la. Awal lagi la nak pilih baju nikah"

Jawapan saya: Ha.. ko jangan tak tau.. Nama anak pun aku dah pilih ok!!??


22 August, 2009

Pantun Majlis Bertandang


22 Ogos 2009

Salam dan hai

Tali perahu terap belaka.
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Barulah kini batangnya rebah.
Rebah pula menyembah bumi
Baru sekarang diizinkan Allah.
Agar dapat menyatu dua hati

Banyak dapat ikan tembakul.
Ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
Biar sampai dunia akhirat

Untuk artikel penuh bagi rujukan bakal pengantin semasa majlis persandingan/ makan beradap berlangsung, boleh klik di sini

Oh ya, pantun di atas tu adalah hasil meng'google, terjumpa beberapa pantun yang amat molek dipersembahkan sepanjang majlis berlangsung! :)

Lagu Majlis Perkahwinan


22 Ogos 2009

Salam dan hai

Semalam, saya baca artikel berkenaan senarai lagu Melayu untuk majlis perkahwinan di hantarankahwin.com

Saya pun memang dah ada senaraikan lagu untuk majlis abang saya nanti. Walaupun dalam pakej katerer kami disertakan dengan DJ yang sudah ada senarai lagu mereka, tapi saya tetap nak nyelit nyibuk nak senaraikan lagu pilihan saya dan abang saya.. Ok saya tipu.. Abang saya tak amik peduli pun, jadi tu adalah lagu pilihan saya :P Tapi yang penting, ayah dan ibu pun sudah bersetuju dengan senarai lagu saya...

Ok tipu lagi.. mereka tak amik kisah pun, diorang setuju aje.

Menyebut hal senarai lagu ni, rasanya setiap pengantin ada citarasa dan pilihan yang berbeza. Ada yang mahukan lagu-lagu lama 60an.. Ada yang hanya mahukan lagu-lagu bertemakan pengantin aje dipasang.. Ada yang mahukan karaoke (.. sebab nanti pengantin pun nk join sekaki nyanyi-- aku raja sehari. sedap tak sedap, tadah aje telinga hokey?).. Ada yang suka kompilasi lagu dari Indonesia dan Malaysia.. Ada yang lebih suka selitkan lagu Inggeris juga.. Ada yang mahukan lagu Korea dan Hindustan menyelit--jangan tak percaya.

Memandangkan tetamu yang datang ke majlis abang saya nanti tu, ada yang muda, ada yang tua, dari generasi berbeza, jadi cam tak adil hanya pasang lagu-lagu lama, sedangkan kawan-kawan abang saya yang muda belia, mungkin boleh tidur sambil makan nasi minyak.

Jadi family saya setuju dan tak kisah kalau kami campur adukkan senarai lagu-lagu yang akan berkumandang pada majlis hari tu, dari lagu Indonesia dan Malaysia.

Takde lagu inggeris.

Bagi saya (ni pendapat aje) lagu Inggeris sesuai kalau dipasang untuk event di waktu malam. Entah la, bagi saya mood lagu Inggeris semacam kena kalau majlis di waktu malam. Kalau lagu "My All" dari M.Carey dan "My Baby You" dari M.Anthony, haaaii rasa cam diawangan pulak :) Ada pulak bunga api tetiba.. Rasa cam nak menari kat tengah-tengah majlis tu! *angan*

Ok, berikut adalah senarai awal lagu-lagu pilihan kami

1. Sempurna- Andra
2. Ketulusan Hati- Anuar Zain
3. Lelaki ini- Anuar Zain
4. Pernah Muda- Bunga Cinta Lestari
5. Mencintaimu- K.Dayanti
6 Kau Ku Sayang- Siti Nurhaliza
7. Kau ilhamku- Manbai
8. Chantek- Altimet feat. Adeep
9. Tercipta Untukku- Ungu
10. Ayat-ayat Cinta- Rossa
11. I'm the Lucky One- Anuar Zain
12. Istimewa- Indigo
13. Keroncong Hujan- Adibah Noor
14. Bagaikan sakti- M.Nasir dan Siti
15 Pandang-pandang, Jeling-jeling
.
.
.
.
xx (masih mencari)

Lagu-lagu rasmi majlis perkahwinan sememangnya telah disediakan oleh DJ yang bertugas tapi rasanya perlu berbincang dengan DJ untuk senarai pendek.

Ikutkan rancangan insyaAllah, pada waktu pengantin dalam perjalanan ke dewan, muzik gamelan akan dipasang sehingga pengantin sampai. Bila pengantin dah sampai, muzik gamelan diberhentikan untuk bagi laluan pasukan kompang. Kemudian gamelan akan disambung sepanjang pengantin makan beradap.

Saya masih mencari skor muzik lain yang sesuai, tanpa ada suara penyanyi untuk dipasang sepanjang pengantin di meja beradap.

Siapa-siapa ada cadangan tak selain dua senarai skor muzik di bawah?

Skor Muzik
1. Gamelan
2. Ya Ladan

Tapi saya rasa, sepanjang majlis nanti, ada beberapa perkara yang saya akan titikberatkan

1. Peka dengan volume muzik yang dipasang oleh DJ. Sebab saya banyak kali hadapi suasana, terpaksa menjerit ketika bercakap dengan kawan yang hanya duduk sebelah. Ni majlis perkahwinan, bukan tengah clubbing. Jadi kena pastikan muzik di pasang dengan kadar sederhana.

2.DJ tak boleh menyanyi atau bawa bersama orang lain untuk menyanyi.. tapi mungkin sepupu saya yang boleh menyanyi tu, boleh diberi peluang lepaskan gian dia pasal ayah dia tak bagi dia masuk AF. Mak saya pun suka suara dia.

3. Masih dalam proses memaksa abang saya menyanyi lagu "Iris". Saya memang suka sangat lagu tu, tapi boyfriend saya dah pesan "B jangan nak buat gila request b nyanyi masa majlis kita tau..!" (dia memang boleh baca saya :(.. nak jugee)

4. Saya dalam proses menyenaraikan pantun untuk majlis perkahwinan. Hal ni pun masih perlu dibawa bincang dengan DJ bertugas sebab saya rasa kedua-dua pihak perlu fleksibel dalam hal ini. Saya takmo mewujudkan tekanan bagi DJ yang bertugas, tapi suasana majlis pun perlu bersesuaian dengan celoteh DJ.

Ok. nanti kalau ada progress saya akan update lagi.

Selamat berpuasa dan berhujung minggu!

Senarai Semak Rombongan


21 Ogos 2009

Salam dan Hai

Nak minta pendapat bloggers yang pernah ikut rombongan perkahwinan merentasi negeri.

Berikut adalah senarai semak untuk rombongan kami.


Ada apa yang tertinggal tak??

Senarai Semak
1. Permohonan cuti kerja dan sekolah
2. Jaga Kesihatan
3. Servis Kereta
4. Bawa tunai dan kredit kad secukupnya
5. Majlis doa selamat
6. Tempah rumah penginapan (home stay)
7. Anggaran perbelanjaan penginapan, pengangkutan dan kos-kos lain
8. Barang hantaran
9. Senarai ahli rombongan
10. Senarai semak borang-borang yang diperlukan untuk akad nikah
11.
12.
.
.
.
xx.

Apa lagi ye senarai semak yang saya tertinggal?

19 August, 2009

Tepak Sirih atau Sirih Junjung


19 Ogos 2009

Salam


Ada kawan bertanya di gchat

"Nak bagi tepak sirih ke sirih junjung?"
"Aku bagi buah-buahan boleh tak?"

Dah tentu jawapan saya, tanya la makayah kau..

Tapi pasal makayah dia pun kata tak kisah, jadi saya nasihatkan
"Ko bagi dia sirih junjung dan biskut/kuih muih"


Pasal dia belah perempuan.

Ok, rasanya dalam era sekrang ni, kebanyakkan keluarga tak amik kisah pun sapa yang bagi sirih junjung atau tepak sirih. Yang penting, 'penghulu' hantaran, mesti kena ada.

Tapi bagi pendapat saya, kalau belah perempuan eloknya bagi sireh junjung. Belah lelaki bagi la tepak sireh.

Alasan saya mudah. Alasan ni mungkin tak betul tapi tradisi keluarga saya begini. Bila saya fikir logik adatnya pun, memang boleh diterima.

Hantaran dari belah perempuan, logik adatnya, mesti la nak tunjukkan kehalusan, kreatif dan kesenian si gadis tu. Kemahiran menggubah pada zaman dulu, memang orang kampung respek dan pandang tinggi. Jadi sebab tu sireh junjung dibuat setinggi-tingginya, berbunga-bunga.. dapat melahirkan kriteria tersebut dengan jayanya.

Si jejaka molek menghantar tepak sireh sebagai balasan. Lebih maskulin.

Sama juga dengan isu buah-buahan sebagai hantaran. Zaman dulu, si jejaka pergi merantau berniaga... ada yang menanam pokok buah, yang menjaga pokok tu, jadi mesti la nak tunjukkan hasil tangan mereka kepada belah perempuan. Si gadis pula, masa ni la nak tunjukkan kemahiran membuat kek, wajik atau kuih-kuih tradisional yang lain kepada keluarga lelaki. Maka dengan ini, diputuskan (bagi saya) hantaran buah-buahan moleknya dari belah lelaki.

Cantik sungguh kan adat Melayu ni?

Tapi dalam zaman sekarang, berapa kerat aje kita yang sanggup ke dapur nak masakkan kek dan kuih untuk barang hantaran?

Atau soalan lebih tepat, berapa ramai antara kita yang reti masak kek dan kuih.. (dan berani nak jadikan barang hantaran?)

Perkahwinan zaman sekarang ni bukan macam zaman dahulu. Bakal pengantin memang akan sibuk teramat. Kita memang dicemburui masa. Apa tah lagi, kek zaman skrang ni berbagai jenis. Dari fondant la, royal icing la.. Macam-macam. Kemahiran yang tak semua antara kita tau.

Saya pun tak mahir dan tak cekap.

Dari memalukan diri sendiri dan diungkit 7 keturunan, baik tempah kan? :P

Mana mungkin kesemua kita mampu menyediakan semua tu pada hari bersejarah tu nanti kan? Tapi saya yakin, masih ada bakal pengantin diluar sana yang mampu. Untuk itu tepukan diberi *tepuk tepuk* bagus terus usaha. anda!!Pada yang tak mampu, cari la kesesuaian pada majlis dan diri.

Pandapat saya,takde yang lebih molek dan indah kalau juadah tu disediakan oleh si gadis sendiri. Memang amat manis. Sebab bila duit boleh dicari, kemahiran tu tak boleh dijual beli. Dikemasi dengan latihan dan bakat. Mana nak cari tu?

Berpegang pada pendapat saya, saya yakinkan kawan saya

"hantaran buah, ko mintak kat laki ko.. "
"Ha, betul. Nanti aku mintak. Kang aku bagitau dia, dah kawin aku bagi dia 'buah' lak"

Ko ni memang sah dah gatal nak kawin ni kawan!!

Tepak Sireh


18 Ogos 2009

Salam dan hai

Ni percubaan zaman tok kaduk hari tu




Komen: kosong sangat la.. tak nampak element ungu la..benda ungu menjalar tu wajib ke?. ngapa tepak sireh kelam?..beli bunga banyak-banyak, pakai banyak tu aje? bla bla..
Tema: hutan khatulistiwa
Pengajaran: Kritikan membina harus kita dengar kalau nak maju. Jangan ego sangat takut dikritik dan syok sendiri. Amat rugi dalam keadaan macam tu.

Usaha demi usaha.. pendapat demi pendapat.. email demi email.. akhirnya hasil akhirnya camni






Kat ruang bawah tu nanti nak letak bunga rampai.. kasi tutup tapak kayu nye dasar.


abang saya kata, penutup tu kosong sangat.. jadi saya hias camni.. Yang penting bagi dia asal ada warna ungu--tu aje penting. Kristal ungu tu asalnya benda yang menjalar, tapi saya kasik potong dan ikat untuk tutup tengah ikatan riben. Tema hantaran kali ni, semua riben bentuk macam tu..

Terima kasih pada individu yang banyak membantu saya, terutama Amirul Syafique yang tak bosan-bosan reply email saya, berkongsi idea. Walaupun hanya kenal dari alam maya aje, tapi dia bantu saya dengan cukup baik. Terima kasih.

Jadi camne bloggers? Lepas tak untuk budak baru belajar cam saya? Saya tau cantik ini adalah subjektif, jadi untuk itu saya faham kalau ada yang rasa tak lawa. hihihi.

Oh ya, hantaran ni tak fotogenik, kat real life lagi cantik (cover line) . Serius tak tipu. Camera cap ayam takleh lawan camera DSLR :(


p/s ada sapa-sapa ada tips untuk kasi tepak sireh lebih berkilat? dah rendam dalam pencuci tembaga, tapi belum cukup kilat..

17 August, 2009

Rose Pomander Ball


17 Ogos 2009

Salam dan hai..

Dah lama beli kertas ni untuk DIY bunga bulat-bulat.. Tengok kat internet banyak yang DIY carnashian.

Tapi nasib baik jumpa blog NaddyNad. Dia tunjukkan video cara buat benda ni, siap video lagi.

Boleh klik disini:
Percubaan pertama memang kekok. Walau dengan bantuan video, tapi masih belum dapat flow lagi. Tapi cuba punya cuba...

Maka hasilnya begini



Leka-leka buat, dah dapat hampir 10 kuntum dalam masa 20 minit.


Tapi masih belum kemas. Bunga tu memanjang ke bawah. Saya nak buat dia kembang ke tepi.

Rancang, nak digantung kat pintu masuk dewan. Saje nak tambah dekorasi pada dewan tu. Kena beli polisterin yang bulat-bulat tu juga!

Takpe. Practice makes perfect!

16 August, 2009

Selak Sikit


16 Ogos 2009

Salam dan hai..


Selak sedikit hasil hantaran.. Tunjuk sikit aje pasal takde la lawa mana. Biasa aje, tapi puas hati pasal hasil tangan.









Boleh kata cuma baru 50% aje siap untuk setiap dulang pasal kemasan hantaran, terutama bunga orkid tu, masih belum kemas. Kena korbankan banyak span untuk dapatkan hasil.

Dah siap betul-betul dan sebelum dibungkus untuk disimpan, saya akan upload gambar.. tapi rasanya cuma dapt 5 dulang aje pasal lagi 2 dulang, barang-barang pun belum dibeli.

Kalau cantik, katakan lah.. kalau buruk, diam2 ubi aje la :P hihi.. kidding.. kalau buruk juga, sila komen dengan kritikan membina!

Terima kasih.

13 August, 2009

Wedding Entrance


14 Ogos 2009
Salam dan hai..



Macam-macam gimik masa perarakan pengantin.

Biasanya, pakai kehadiran flower girls n boys..

Pasukan kompang pun ada.

Diringi kumpulan penari pun ada.

Siap berkuda kepang pun saya pernah nampak

Masing-masing ada citarasa sendiri nak jadikan perarakan tu sesuatu yang cukup manis.

Tapi takkan dapat lawan wedding entrance semacam kat bawah ni. Siap ada adengan "elak peluru cam dalam cite Matrix". Kawan-kawan amat sporting!!



Amaran: Dapatkan nasihat ahli keluarga jika mahu bukan gimik seperti ini :P

Mungkin tak sesuai dengan adat dan budaya kita, tapi mana tau, ada yang berani nak buat perubahan??

Bloggers, wedding entrance macam mana yang korang rancang??

Lelaki Dirisik


13 Ogos 2009
Salam dan hai..

Perbualan minggu ini

Kawan A: Aku nk tunang tau lepas raya ni!
Xora: Fuiyoo! serius?? Tahniah!!!
Kawan A: Nanti masa majlis tu, mungkin mak sarungkan cincin
Xora: Memang la mak yang sarungkan cincin. Takkan ko pulak!?
Kawan A: Bukan. Maksud aku, mak dia sarungkan cincin kat aku
Xora: Jap2. Ko kan lelaki, ngapa mak dia nak sarungkan cincin kat ko?? Bukan mak ko ke sarungkan cincin kat awek ko?
Kawan A: Memang la. Tapi nanti, mak dia pun sarungkan cincin kat aku. Mak aku sarungkan cincin kat dia.
Xora: Adat apa pulak ni?
Kawan A: Ala dunia dah maju, adat pun boleh berubah
Xora: Kan cincin disarung tanda merisik. Kiranya ko pun dirisik ke?
Kawan A: Ala takde hal la sekarang ni. Ko ni tak ikut peredaran zaman la

..bersambung

Ok, terlebih dahulu, minta maaflye kalau post kali ni ada buat hati yang terasa. Hal berkenaan menyarung cincin kepada pihak lelaki.

Mungkin "trend" ni semakin menular dalam budaya orang Melayu kita. Serius saya kurang faham macam mana boleh menular. Yang saya tau, masa Aidil Aman Ramli tunang dengan Emilda, tak silap dia (Aidil) disarungkan cincin tanda pertunangan.

Betulkan saya jika saya salah tentang contoh di atas.

Tapi dari sudut pandangan saya, "trend" ni semacam tak kena.

Jika dulu, kalau rombongan lelaki datang merisik, takkan ada si teruna ikut dalam rombongan. Tapi zaman skrang, mesti akan ikut. Paling kuat pun, ikut tapi takde la masuk dalam rumah masa sesi perbincangan. Logiknya, iye la skrang ni pasangan asal negeri berlainan. Kiranya tugas teruna menunjukkan jalan ke rumah si gadis. Untuk logik itu, masih boleh diterima pakai kehadiran si teruna. Lagipun, rata-rata zaman skrang, lepas majlis mesti ada sesi fotography bersama tunang. Jadi semestinya kehadiran si teruna penting! Kenangan tu..!

Tapi saya rasa semacam kurang manis kalau si teruna datang, siap berbaju melayu, sedondon pulak tu dengan si gadis. Kadang-kadang siap berpelamin mini mengalahkan orang yang nikah, bertiara di kepala bagai ratu Jordan (kalau cekak butterfly masih saya boleh diterima). Duduk sebelah-sebelah bergambar. Mungkin saya adalah 1 dalam 1000 yang membangkang hal ni. 999 mengatakan "tak apa. Apa salahnya". Memang skrang ini pun dikira "trend".

Satu aje soalan mesti terfikir kat kepala saya
"diorang ni tunang ke nikah?"

Semacam ilang seri. Kalau ini tunang, nikahnya bagaimana pulak?

Maaf kalau ada yang terasa.

Pilihan masing-masing.

Ada duit, apa salahnya. Bukan kacau duit kau pun kan?

"Trend" yang ntah dari mana kita serap dalam budaya kita dan asalkan diterima pakai oleh sanak saudara, bagi kita, tak patut timbul masalah.

Saya rasa, saya masih boleh paksa diri terima keadaan jangan terperanjat kalau bertunang pakai baju sama. Pelamin mini masih diterima.

Cuma bila sudah sampai "trend" mak pihak perempuan sarungkan cincin pada si teruna, bagi saya, tu dah melampau sangat rentasi adat.

Memang adat tu dicipta oleh manusia sendiri. Anak generasi kita yang menyambung tradisi dan adat ini. Tapi bagi saya, menyarung cincin kepada si teruna pada hari pertunangan,bukanlah satu adat yang saya akan promosikan. "Trend" yang serba tak kena pada mata saya. Pada hati saya.

Harap "Trend" semacam ini tidak akan menjalar dalam komuniti orang Melayu kita.

Biarlah hanya sigadis dirisik.Kan lebih manis? lebih santun? Ada adatnya, ada moleknya... Tapi mungkin sekarang ni pihak lelaki pun nak merasa disarungkan cincin pulak kot?

.. sambungan dari perbualan di atas
Xora: So, kiranya wang hantaran berapa ko dapat?
Kawan A: Mana ada lelaki terima wang hantaran! Adat apa ko ikut ni...
Xora: Ala sarung cincin kat lelaki masa tunang pun bukan ada kita, tapi ko buat aje. Jadi, baik ko minta wang hantaran la juga, dah alang-alang langgar adat.
Kawan A: (..diam)
Xora: (dalam ati--ha amik ko!!!)

Rukun nikah memang la mudah, tapi adat tu yang mahal.

Mahal ada maksud tu... Mahal ada nilai tu, bang...

11 August, 2009

Tanda Arah


11 Ogos 2009
Salam dan hai

Ni post tak berapa penting, cuma nk kongsi dengan korang semua.

Saya dah tengok berbagai tanda arah.

Standard, orang akan print kat atas kertas A4 ikut design yang disukai, kemudian paku kat kayu yang amik free dari tempat construction tepi jalan, dan benam kat tanah.

Kalau budget lebih sikit, boleh buat bunting.

Saya pernah jumpa tanda arah yang siap tulis kilometer. Kiranya dia lukis anak panah, diikuti dengan ukuran kilometer dari tempat berlangsung. Macam tanda arah kat lebuhraya tu. Lagi mudah. Sebab kadang-kadang saya pun selalu hadapi keadaan di mana soalan camni mesti akan berlaku

"are we there yet??".. tak pun "pasti ke ni rumah pengantin??".. "Depan lagi kot??"

Tapi untuk majlis abang saya ni, rasa cam nak pakai idea buat bentuk love dari bunga manggar ni pun cam best gak

sumber

Siapa lagi ada idea best untuk tanda arah?

Masalah Pemilihan Warna?


11 Ogos 2009

Masalah nak pilih warna apa yang sesuai?

Saya pun.. mula-mula nak ungu, kemudian tukar ke red wine.. skrang nak warna kuning raja. Yang ni pun tak tau berapa lama boleh tahan sebelum nampak yang lebih molek :p

Tapi baru-baru ni terjumpa artikel ni dalam yahoo. Link dia tak jumpa dah, tapi saya sempat copy dan paste. Tapi sumbernya dari Pantone Color Institute kalau tak silap. Saya kongsi artikelnya disini. Mungkin pada yang masih tercari-cari warna tema, boleh ada alternatif untuk rujukan.

Flattering Color: Eggplant

Some colors work for all skin tones and hair colors, because they fall into the middle of the color spectrum, meaning they're not too warm or too cool. Eggplant colour is the "the perfect purple" because it is extremely versatile, almost like a black, a dark brown, or a navy.
Flattering Color: True Red

When in doubt, wear red. Not only does red stop traffic but it may also make you a winner. In a study conducted at the University of Durham, in England, researchers found that athletes in combative sporting competitions who wore red were more apt to win than contestants wearing other colors. The colours flatters everyone because it resides in the center of the color spectrum, in between a cool cherry red and a warm, orangey tomato red
Flattering Color:
Indian Teal

Colors on opposite sides of the color wheel enhance each other, which is why strawberries look so good packaged in green containers. The color-wheel opposite of pink,plays up a healthy flush in the skin. Plus, it's more versatile than a bright, summery turquoise, so you can wear it well into the fall with black, brown, and other neutrals.
Flattering Color: Mellow Rose


Sorry, Pretty in Pink fans, but no one look all that great in her bubble-gum pink prom dress. She should have opted for a more sophisticated shade, somewhere between a light pink and a peach, which looks more like a neutral than a pastel. The subtle color highlights the natural flush of one's face, giving anyone who wears it a glow.

Percubaan Ketiga- Statik


11 Ogos 2009
Salam dan hai
Ok, semalam lepas balik kerja terus kerjakan barang hantaran ni. kena gak cucuk dengan element warna hijau lepas khidmat nasihat percuma oleh Mir. Maka ni la hasil yang biasa-biasa. Dalam bahasa lain, statik dan tiada perubahan.
Sedikit tak faham kat mana nak letak bunga putih kecik yang tiba-tiba muncul ntah dari mana di dalam hantaran ni.. masa beli tu, setiap rumpun ada 1 bunga kecik tu.. maknanya, setiap dulang, saya ada 3 bunga kecik tu.. Sapa-sapa ada idea camne nak letak kedudukan yang molek lagi?
gambar ni konon bunga belum dibetulkan lagi
gambar ni konon bunga dah dinaikkan setiap cabang dan diambil dari sudut bawah sedikit (Tapi hasil masih memualkan)
Mir mencadangkan:
"eemm bunga tu susun elok2 bagi nampak kemas.. make sure ada daun.. kalau daun lebih pun boleh.sebab yang akan menonjol nanti bunga tu.. sebab daun kan hijau... eemm kalau nak letak daun pelastik keladi sehelai pada setiap dulang pun lawa,. hantaran PS ada mir letak keladi tu.. perasan tak?? kalau takde.. cari daun yang panjang.. ala-ala daun mengkuang.. past tu lipat 2.. dari hujung bertemu hujung.. pastu stapler ( kalau bunga segar soletipkan).. pastu susun keliling span.. baru nampak meletop.. rasanya xora punya blog ada letak bunga yang ada daun mengkuang tu.. cuba check balik" ---sumber: Amirul Shafique

Ha tu dia.. Mir dah bercakap..
Semalam tak sempat gi kedai bunga pasal hujan lebat sangat, jadi nak cuba pergi hari ni. Nak cari daun keladi untuk sandar bunga orkid. kalau tak jumpa, nak cari daun cam Mir kata, jadikan susunan keliling span.. Dapat satu contoh untuk ditunjukkan kat sini pun jadi lah!
Salut la pada penggubah barang hantaran cam Mir.. Memang payah menggubah ni rupanya ok..

10 August, 2009

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia


10 Ogos 2009


Saya banyak kali baca kes-kes pengantin yang tak puas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima untuk majlis perkahwinan mereka. Ada yang kena tipu dari awal peringkat tempahan butik, ada yang kena tipu pada majlis berlangsung dan ada juga yang kena tipu selepas majlis selesai.

Tapi kebanyakkan mereka hanya meluahkan di blog mereka.

Sedangkan kita sebagai pengguna ada saluran yang lebih mudah dan tepat. Paling penting, kita boleh mendapatkan ganti rugi yang sewajarnya daripada penjual.

Ramai antara kita mungkin tau atau mungkin kurang tau (atau langsung tak tau) kewujudan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Buat semua bakal pengantin, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan.

Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat. (sumber) Pengguna boleh menuntut gantirugi dan pampasan terhadap peniaga dan pembekal yang tidak bertanggungjawab/tidak beretika.

Merujuk pada contoh kes yang pernah dibawa ke tribunal, untuk kategori perkhidmatan, Pakej Perkahwinan (4311) merupakan kes ketiga tertinggi, selepas kes melibatkan Agensi Pelancongan (5491) dan Agensi Pekerjaan (5647).

Contoh kes boleh dibaca disini, yang melibatkan mutu perkhidmatan butik perkahwinan yang tidak memuaskan sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan. Contoh kes lain yang melibatkan tempahan baju untuk pengantin juga boleh dibaca disini.

Maka, di masa hadapan, jika kita rasa tertipu dengan kebenaran barang, dalam erti kata lain penjual memberikan maklumat dengan niat menipu, memperdayakan pengguna, dan melibatkan kerugian daripada urusniaga tersebut, kepentingan kita sebagai pengguna boleh dituntut di bawah akta yang berbangkit daripada :-

a. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama

b. Keselamatan barang dan perkhidmatan

c. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang

d. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang

e. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang

f. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang

Boleh baca di sumber untuk mengetahui lebih lanjut hal tentang jenis-jenis tuntutan tersebut.

Tapi ingat, tribunal mempunyai bidang kuasa berhubung tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00 yang difailkan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertikaian.

Tuntutan boleh difailkan dengan mengisi borang tuntutan yang dikenali sebagai Borang 1, yang boleh didapati secara percuma dari semua cawangan Tribunal atau muat turun dari portal eTribunal (sumber).

Maka, lain kali kalau kita atau kawan-kawan kita, mahupun siapa-siapa yang kita kenal, meluahkan perasaan yang mereka rasa:

1. Rasa tertipu?

2. Perkhidmatan/Barangan indah khabar dari rupa?

3. Hak telah disalahguna?


Minta mereka rujuk di sini. Jangan biarkan hak kita diperkotak-katikkan. Kalau kita tak bertindak, mungkin akan berlarutan kat pelanggan yang seterusnya.

Pengguna takkan ngomel kalau mereka berpuas hati.

Customer always right, no matter how positively wrong they are!



09 August, 2009

Percubaan Kedua-Bagaimana?


9 Ogos 2009
Salam
Selepas percubaan pertama yang gagal, operasi menggubah diteruskan. Tapi kali ni, sahabat baik saya datang ke rumah untuk menolong. Memang dari mula saya khabarkan hal majlis ni, dia dah sudi menghulurkan bantuan.
Lega sangat ok..! Tak tau camne nak uruskan tanpa ada sahabat membantu!
Tapi pasal kami dua-dua pun amatur, jadi ni la hasil yang terbaik untuk percubaan kedua. Ni masih belum lengkap. Kami belum bungkus span pokok dengan pembalut lagi dan polisterin untuk naikkan hantaran kasut dan wallet belum diletakkan pasal tak dapat beli, Ahad semua kedai pun tutup.
Rancangnya, nak letak riben kat celah pemegang tray tu. Korang rasa ok ke nampak serabut??
Sila komen hasil kami dibawah


gambar blur sebab tangan dah penat :P Kat ruang kosong dalam tray kain ela tu, nak letakkan tudung. Brooch akan diletak kat tengah-tengah riben tu. Kasut tu nak kasik tinggi sikit la..



Korang rasa, ok tak letak benda alah ungu kecik cam biji-biji bunga tu kat situ? Yang berhampiran dengan eye shadow tu..


Sebenarnya, gambar Al-Quran +telekung pun dah siap, tapi terlupa sunggoh nak amik gambar. Kiranya yang tinggal ada lagi 3 dulang yang perlu diuruskan.
Sila kasik komen.. semua komen akan dipandang serius!!

Hati-hati Cik Salmah


Salam dan hai..

Pada pembaca-baca yang telah baca tentang perihal kontroversi satu butik di Bangi tu.. Yang saya telah tulis dalam blog saya. Bersama dengan nama butik tersebut.

Hari ni dah dapat panggilan penting tahap VVVVVVIP. Meminta saya melakukan sesuatu berkenaan post blog perihal butik kontroversi di Bangi tersebut. Dalam erti kata lain, jadikan nama butik tersebut kepada "satu butik di Bangi".

Demi menghormati permintaan si bakal pengantin ni, maka saya pun tukar la nama butik tersebut kepada satu butik di Bangi.

Hati-hati cik Salmah, nanti kena jual!(petikan dari filem P.Ramlee, takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati :P)



08 August, 2009

Ulasan Pameran Pengantin


8 Ogos 2009

Salam dan Hai

Kali pertama jejak kaki ke Pameran Pengantin 2009.

Banyak booth kat sini. Ada yang one-stop-center.. ada yang khusus kepada katering, kad jemputan, fotografi dan butik pengantin. Memang semua lawan harga. Kalau nak diikutkan harga, memang saya dah book tapi saya rasa terlalu awal untuk saya buat apa-apa keputusan. Lagipun saya dan teman lelaki dah setuju yang semuanya akan hanya dibuat pada awal tahun depan.

Pelamin kerusi semacam ini memang trend.
Tapi saya lebih suka kerusi panjang sebab boleh muat 3-4 orang kat atas kerusi bergambar :P (sebenarnya kerusi semacam ini amat lah mahal :P)

Kemudian dah dapat idea untuk meja guestbook saya nanti insyaAllah. Angan-angan memang nk buat guestbook. Jadi di meja guestbook tu nanti, sayanak letakkan gambar pre-wedding saya insyaAllah. Macam kat bawah ni


Nampak sesuatu yang amat menarik...




Tapi cepat-cepat beredar lepas tau tu adalah Nas Great Idea..

Kami masih takde warna tema..
Tapi sekurangnya, dah dipendekkan pilihan kepada tiga warna ni
1. Kuning diraja
2. Navy Blue
3. Dark Tifany's Blue (bak kata Qis)

tapi wallahualam la mana tau baru perasan warna lain. Masa borak-borak dengan bridal kat sana, kebanyakkan mereka menjangka, ton warna hitam akan menjadi ikutan untuk tahun 2010. Sekurangnya, mesti akan ada sedikit kombinasi warna hitam, mungkin di manik, mungkin di riben, mungkin di pelamin.

Tapi rasanya, susah untuk saya buat pilihan untuk sekadar datang ke Pameran Pengantin macam ni, terutama untuk pemilihan butik. Sebab kebanyakkan butik memang tak dapat bawa semua koleksi mereka. Tau-tau aje la, kalau perempuan nak tengok, kita tak percaya hanya pada gambar. Kita nak juga pegang fabriknya, belek-belek yang lain dan kalau boleh, nak tengok macam mana persalinan tu kat badan kita.

Tapi memang kebanyakkan butik di sini, minta kita pergi ke butik mereka untuk tengok koleksi. Tapi kena booking harga untuk dapatkan harga promosi di pameran.

Memang harga promosi ni dapat kurang hampir RM200 ringgit gak la.

Kelabu mata....

Memang masa saya mula-mula datang ke pameran ni pun, dah siap dalam otak, takmo booking apa-apa, walau sehebat mana pun tawaran, walau serendah mana pun deposit yang dibenarkan, saya takmo.

Jadi bagi saya, pameran semacam ini, elok kalau kita nak amik maklumat tentang kedai-kedai yang berpotensi. Sekadar untuk kumpul maklumat. Tapi memang pameran semacam ni memang elok kita pergi sebab sekali pergi, kat tangan sekurangnya hampir 60-70 syarikat saya dah pegang risalah mereka. Siap berulang kali di bagi pun ada.

Nasib pihak pengunjur dah bagi paper bag awal-awal, jadi semua saya taruk ke dalam tu.

Saya rasa, saya perlu aturkan strategi macam mana nak elakkan dari pekerja-pekerja kat situ, asyik hulurkan risalah kat saya, walaupun saya memang dah ada risalah mereka. Nak amik, nanti membazir bagi diorang. Tapi kalau tak amik, nanti mereka tersinggung pulak. Maka amik aje la, sampai kembung paper bag.

Oh, ada juga food testing.. Nyum nyum!

Bagi saya, pameran pengantin ni memang elok sangat pergi untuk dapatkan maklumat tentang mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan. Tapi jangan tunggu terlalu lama sebelum buat booking, takut mereka tak dapat nak penuhi sebab rata-rata kedai yang saya pergi, diorang selalu kata, bakal pengantin ni suka buat keputusan last minit jadi bila diorang tak dapat penuhi, dah jadi kesian pulak. Tapi memang jadual dah pack. Tak dapat nak buat apa.

Kalau majlis tahun depan, seawal mana nak dibuat urusan??

07 August, 2009

Pameran Pengantin Malaysia 2009


7 Ogos 2009
Salam dan Hai.
Ok, jumpa di sana!! InsyaAllah, akan mencemar duli (chewahh!) hari esok.. Datang seawal 10 PAGI untuk dapatk parking yang memuaskan hati :)

Tak Baik Tau


7 Ogos 2009
Salam dan Hai
Kesimpulan tentang 4 perkara sudah ada maklumat terkini; besar kemungkinan tak jadi amik baju tu.
Ada la beberapa dialog yang telah mengambil tempat, yang tak dapat saya tuliskan disini atas sebab-sebab tertentu.
Tapi keputusannya, abang saya akan cari baju baru di tempat lain. Hari ni pun Pameran Pengantin dah bermula. Mungkin ada rezeki mereka di situ.
Cuma yang saya agak kesal dengan tersebut tu, ngapa disembunyikan kebenaran demi keuntungan?
Perniagaan ni adalah untuk satu tempoh masa yang lama.
Perkara semacam ini, sudah pasti saya takkan mahu amik mereka sebagai bridal saya. Atau untuk promosi pada kawan-kawan yang lain, adalah satu perkara tidak akan berlaku di masa hadapan.
Hai manusia..
Bayangkan, selepas abang saya dapat tau baju tu sama macam dengan baju wife kawan dia pernah pakai untuk majlis pada tahun lepas, maka petang semalam juga K.Rina dan abang saya terus pergi ke tersebut Mula-mula orang butik tu memang tak ngaku, siap kata "tak ingat la yang mana satu" Ok, mungkin la tak ingat sebab ramai pelanggan. Tapi lepas abang saya tunjuk gambar isteri kawan dia, terus aje orang butik tu kata, "ha.. ada kot.. Ingat sikit-sikit kot".
Itu penipuan pertama.
Penipuan seterusnya, lepas desak punye desak, baru orang butik tu bagitau yang sebenarnya baju tu takde la baru. Baju lama. Baju tahun lepas lagi. Bayangkan, baju tu siap dalam bulan 3 tahun 2008 dan masuk majalah dalam bulan 7 2008.
Jadi apa relevant kata baju tu baju baru?
Kalau lama katakan lama.
Nak ditambah cerita, baru la diorang mengaku yang baju ni dah dipakai sekurangnya oleh beberapa pasangan yang lain.
Kesian kat K.Rina dan abang saya.
Istigfar panjang diorang, tahan marah.
Orang kedai tu pujuk, suruh buat baju baru dan semestinya pada harga yang jauh teramat jauh tinggi dari pakej yang dah diamik
Masa tengah marah, ibu dah pesan jangan buat keputusan.
Tapi K.Rina, saya rasa seperti mana-mana antara kita orang perempuan, bertindak ikut emosi. Terus K.Rina setuju. Abang saya dah menggigil tahan marah kat K.Rina sebab buat keputusan melulu.
Saya faham perasaan dan tindakan dia. Kalau saya kat tempat dia, saya pun mungkin akan buat hal yang sama. Oh, tambah sikit. Saya akan pastikan saya lazer orang butik tu!! Saya takkan bagi mereka terlepas!
Ok, semua perkara di atas berlaku tanpa kehadiran saya pasal saya ada kelas inggeris di opis. saya cuma tau semua ni pada malam hari.Lepas diorang balik rumah, saya bincang dengan K.Rina elok-elok dan akhirnya, K.Rina pun dapat sedar diri yang keputusan tu tak bijak. Dia akan call orang butik tu untuk cancel tempahan tapi buat masa skarang, mereka book untuk baju yang sama dahulu.
Satu perkara yang saya kesal, business minded macam ni.
Betul kan saya jika saya salah, tapi setahu saya dalam Islam, cuma dua keadaan dibenarkan untuk menggunakan tipu helah; strategi perang dan dalam politik.
Perniagaan tak termasuk!
Kawan-kawan pembaca sekalian, jangan kata luahkan simpati atau kata "kesian". Tak, semua perasaan negatif dan lemah tu tak perlu. Mereka perlukan sokongan. Bukan kata-kata simpati. Sama gak bila K.Rina dok kata deposit RM300 tu banyak dan sayang nak dibuang begitu aje. Tapi bagi saya adalah lebih tak berbaloi untuk amount baru yang diberi hampir RM3.3k untuk semuanya perkhidmatan yang akan diberi butik tu.
Memang mudah untuk dikata dan saya sendiri, tak rasa diri saya cukup kuat kalau hal sama berlaku pada saya. Tapi bila keadaan dah tenang, kita cuma perlu fikir, "mungkin RM300 tu bukan untuk aku. mungkin ada duit atau hak orang lain yang aku amik tanpa sedar".
Yakin la, RM300 yang kena burn tu nanti, insyaAllah akan diganti dengan cara lain oleh Allah s.w.t. Mungkin bukan sekarang, mungkin juga bukan masa majlis, tapi mungkin selepas 2-3 bulan kahwin, rezeki RM300 tu datang semula dengan cara yang berbeza. Cara itu lebih mudah. Hidup tanpa sesalan. Tapi kita belajar pada kesilapan yang dibuat.
Macam yang saya kata kat K.Rina, redha yang RM300 tu bukan rezeki kita. Duit tu sendiri pun, asasnya rezeki tu datang dari Allah. Kita hanya menggunakan rezeki yang diberi. Lagi difikir, lagi tambah sakit di hati kang.
Tak elok, nanti tak naik seri muka tu! :)
Tapi serius, butik perkahwinan dan manusia semacam ini.. hai....
Memang diorang peniaga dan perlu amik peluang.
Tapi maaf la, tapi penipuan semacam ini tidak akan diterima dan saya masukkan dalam blog saya, sebagai panduan kepada bakal-bakal pengantin.
Bakal pengantin semua, sila pastikan maklumat yang diperoleh sahih dan cerita ni jadikan pengajaran buat semua bakal pengantin di luar sana.

Yang lebih saya simpati, ada kes saya pernah baca di blog orang lain, last minit tetiba bridal tukar baju. Tak ke kaget? Yang baju sanding tak fit pun ada, kes bridal tak puas ati pasal pengantin tu takmo amik makeup dari dia.

Bak kata pengantin tu, "makeup ko buruk, takkan aku nak amik" :P

Kita cuma ada satu sama lain aje untuk lindungi hak dan kepentingan masing-masing


Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates