Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 November, 2009

Belanja Kahwin Berbaloi-baloi



Salam dan hai

Saya baru baca
entry dari PAT (Singkatan untuk PineAppleTart). Entry terbaru, dia bincangkan tentang peningnya dia dengan kos perbelanjaan majlis perkahwinan dia.

Minggu ni pun, kawan opis saya insyaAllah akan berkahwin hujung tahun depan, pun sedang stress. Dia ada impian mahukan majlis perkahwinan yang sempurna, tidak perlu menjadi 'wedding of the year', tapi cukup la memenuhi impian dia.Tapi dia pun tak tau dari mana nak mula.

Saya pun tak tau nak tolong dia bagaimana, cuma tadah mata baca email dia.

Saya bagi dia excel budget saya. Kalau tak dapat tolong sponsor, tolong dia buat budget pun jadi la.

Saya pun gunakan excel sheet yang sama untuk merancang majlis saya nanti. Sebenarnya, sebelum ni, saya sudah ada "Buku Project" saya sendiri.

Saya dah sediakan buku ni awal tahun ni (Giler semangat kan?)

Buku ni saya amik dari buku training opis. Siap hardcover dan ada ring, jadi cam sayang kalau tak guna. (gambar ni semua diambil dari bulan 5 hari tu :p tapi saya simpankan aje dalam memory camera)

Siap ada pendrive (konon senang nak save apa2 file bila jumpa vendors)


Pen yang melekat kat ring (pasal saya suka selalu tertinggal pen)


Gigih tampal kertas dan gambar-gambar yang saya suka.


Gadget cam sticky pad, kelip kertas, kertas penanda-- mana tau kot2 ada nak tampal apa2 nota.


Tempat letak business kad vendors (senang nak cari)


...

Tapi buku tu saya tinggalkan di bawah katil.

Saya rasa cam kurang selesa untuk menggunakan buku tu. Entah la. Mungkin belum warm up lagi kot dengan persiapan, jadi rasa cam semak tengok buku ni. Mungkin lepas dah 'mula kegarisan', barulah rasa lebih senang nak aturkan semuanya dengan buku ni.

Mungkin lah.

Saya pun lebih selesa menaip semuanya di sini. Boleh akses di mana-mana, asal ada internet akses.Lagipun, saya lebih suka membaca apa yang saya taip (pasal tulisan saya buruk yang amat sampai diri sendiri pun tak dapat baca!)

Ye, Mungkin itu la penyebabnya.

Tapi apa-apa pun, suka untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan blogger yang lain tentang hal perihal budget ni. Tiada niat nak besar diri atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi dengan kawan-kawan diluar sana yang mungkin boleh membantu mereka secara langsung.

Kos yang termaktub dalam belanja kawin saya nanti terdiri dalam kategori.

1. Katering and Deko dewan (termasuk kompang, bunga manggar,sewa dewan)


2. Hantaran (kos barang hantaran, dulang, hiasan dulang)


3. Bilik Pengantin


4. Pakej Pengantin


5. Kad Jemputan


6. Foto dan Video


7. Buah Tangan


8. Rawak


Gambar-gambar kat atas ni saya print screen dari excel. File yang original sudah ada formula, jadi masukkan aje figure, nanti sistem akan kira total. Pengiraan jadi mudah, terutama kalau masih dalam peringkat awal untuk merangka belanjawan. Kalau ada yang request nak file yang original, sila tinggalkan email di komen. No question ask. Nanti saya akan emailkan.

Terima kasih

p.s Kepada Fara: ngapa saya tak dapat nak komen page kamu? nak komen pasal dulang dari Langkawi tu :)

30 November 2009

28 November, 2009

Tips untuk Pengantin Bertudung


Salam dan hai

Saya jumpa artikel ni di internet masa saya google "pengantin bertudung, tak mahu pakai tiara" (hihih, gila kan tajuk search saya?Takmo pakai tiara!!!)

Ikut pada sumber, adalah dari Majalah Pesona Pengantin, Oktober 2002 (7 tahun yang lepas, jadi mungkin tahun depan sudah tidak praktikal????!! Kan kan?? p.s saya amat bias )

Jom baca, yang dalam tulisan warna ini adalah komen saya ye :P

Tips Pemilihan Fabrik

1. Pilihan terbaik ialah fabrik lembut yg tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang pada prinsip berpakaian sopan, tidak menonjol-- tapi saya mahu banyak manik-manik?? bagaimana?


2. Elak memilih kain satin- Nanti saya tanya bridal January nanti.

3. Fabrik terbaik buat anda seperti sifon, georgette, cita & sari yang kurang berkilat -- ye, kain chiffon untuk nikah.

Tips Potongan Pakaian

1. Pakaian wanita bertudung seharusnya longgar tapi tidaklah sehingga nampak menggeloboh kerana ia akan mencacatkan penampilan-- baik, saya harus kurus!

2. Jika memilih fabrik lembut & jarang, pastikan ada lapik di dalam -- sudah pasti!

3. Elakkan memakai pakaian yg melekap di tubuh kerana ia terkeluar dari prinsip berpakaian mengikut syariat.-- Saya mahu pakaian yang sedang-sedang di badan.

4. Elakkan memakai kain yang ketat & terbelah -- saya rasa, yang ini mesti D sokong. Kang dia kata "D takmo awal-awal lagi dah tanggung dosa B --ayak!!!

5. Blouse harus labuh dari bahagian pinggul serta elakkan berlengan pendek-
yup! Dua2 memang dalam senarai, apatah lagi kalau badan besar bahagian bawah cam saya :P

6. Pastikan bahagian leher yang berpotongan luas & lebar ditutup dgn tudung utk memelihara aurat wanita. -
Sudah pasti InsyaAllah

7. Bagi pengantin montok, elak mengenakan pakaian yang ketat dengan tujuan utk mengecilkan sedikit tubuh anda. Ia usaha sia2 sebaliknya ia akan menonjolkan lagi bahagian yg tidak perlu pada tubuh anda--
saya dalam proses nak kurus!!

8. Fabrik cita sesuai utk tubuh wanita yg montok. Elakkan fabrik satin kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan lebih besar dari saiz asal- saya bakal kurus.

Tips Pemilihan Warna

1. Wanita bertudung harus memilih warna yang lembut serta tidak menjolok mata contohnya, merah samar, biru lembut, krim atau putih -- Tapi tu untuk nikah. Sanding takmo.. nanti tak nyerlah!

2. Elak warna yang menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga & kuning diraja -- saya nak kuning diraja juga!! i dunt careeeee.. Kang bila outdoor, pengantin tak naik dalam gambar :P

3. Utk majlis akad nikah, warna krim atau putih antara pilihan terbaik. -- Putih gading it is!

Tips Hiasan Kepala

1. Anak tudung penting untuk dipakai bagi mengemaskan lagi rambut. Selain itu ia bertindak sebagai pemegang pada tiara. Ia menjadi asas supaya tiara tidak terlucut.--Anak tudung tu memang pasti, tapi takmo tiara, boleh?

2. Elak memilih anak tudung dari kain yang berkilat, ini membuatkan tiara mudah jatuh.- masih takmo tiara!!

3. Paling sesuai, pilih anak tudung yang dibuat dari kain kasa atau cita , ini untuk mengelakkan dari rasa terlau panas di kepala.-- saya setuju!

Tips Memilih Layah (veil)

1. Mini telekung mesti ringkas andai layah yg digayakan sudah dihiasi dengan jemeki atau batu permata-Saya setuju

2. Apa jua hiasan pada layah ia harus tidak menyemakkan bahagian kepala dan muka - sokong!

3. Hiasan layah perlu dijahit pada bahagian tepi layah sahaja. Elakkan hiasan yg terlalu penuh dan merimaskan.-
amat sokong! Tapi saya nak panjang pasal saya tinggi (perasan boleh carry that look konon :P hihi)

4. Andai mahu menggayakan tiara, pastikan dari bentuk bulat.- takmo tiara!

5. Elak menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal bg pengantin bertudung-- takmo tiara!!

6. Jika mahu menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elak memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.- Wah! Sampai bentuk wajah pun akan jadi tak seimbang?? baru saya tau :P

7. Pemilihan batu permata atau jemeki juga harus diambilkira. Elak memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Jangan ubah diri anda dari pengantin kepada penari.-- Belly dancers???!

Tips Memilih Kasut

1. Kasut bertutup penuh adalah potongan kasut yang tepat buat pengantin bertudung.-- saya rasa mana-mana pengantin, tak kisah bertudung atau tak, kasut bertutup lebih manis. Tapi.. (sambung di bawah)

2. Elakkan kasut yg terbuka di bahagian jari kaki. Kecacatan pada penampilan akan lebih terserlah.-- memang akan cari kasut tertutup penuh di depan. Nampak lebih manis. Tapi tak semua boleh pakai kasut tutup depan. Kadang-kadang size kaki dan bentuk kaki memainkan peranan, jadi kalau kasut yang terbuka di bahagian jari kaki lebih selesa untuk pengantin, kadang-kadang praktikaliti itu lebih bersesuaian kan. Beauty is pain? I don't think so!! :)


Sekian, perkongsian maklumat dengan pembaca lain. Sekadar berkongsi, mana-mana yang kamu rasa nak amik kira, sila la.

p.s Tapi saya tetap takkan ubah fikiran tentang warna kuning raja tersebut :P ekekke.. Majlis tahun depan, sudah 8 tahun artikel ni. Mungkin sudah tak praktikal ?? (mahu sedapkan ati-- i dunt care!)


28 November 2009

Persoalan Tentang Dulang Hantaran


Salam dan hai

Dulu, saya sudah post hal barang hantaran
di sini.

Rombakan dari segi barang hantaran. Dari 9-11, sudah jadi 7-9.

Jumlah barang masih sama, tapi kami telah himpunkan, bergantung kepada kepadatan dan keperluan.

Sebab utama saya kurangkan dulang adalah atas 3 sebab yang paling mudah ini:
1. Kos
2. Masa
3. Tenaga kerja


Saya rasa, baik saya kurangkan kos dari segi dulang (kos bunga, kos alas, kos riben, etc etc) pada dulang dan kos tu boleh dibawa untuk perkara lain. Masa yang saya anggarkan untuk buat gubahan ini, adalah sehari sebelum majlis nikah. Maka kekangan masa perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Saya pulak, dah tekad nak rasa buat hantaran sendiri dan tak mahu hantar kepada penggubah. Memang amat risky, tapi saya harap, InsyaAllah dipermudahkan olehNya masa tu (Saya amat positif kan?:P)Jadi setelah fikirkan tenaga kerja yang mungkin hanya 4 pasang tangan, jadi elok dikurangkan jumlah dulang. Jadi cuma tawakal hasil kerja tangan nanti, memadai dan tak memalukan :)

Entah kenapa tak terfikirkan hal ni masa mula-mula pikirkan dulang. Mungkin terikut-ikut nak jumlah dulang yang banyak.. hihiih

Oh ya, dulu saya mencari bekas ni. Tapi selepas memikirkan tentang kos dan praktikaliti bekas tu selepas majlis, saya amik keputusan untuk tidak menggunakannya dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih simple dan praktikal. Tapi masih dalam aturan. Belum dapat buat keputusan lagi, tapi sudah ada beberapa alternatif lain :P

Maka, senarai yang baru

Dari saya untuknya
1. Sireh junjung
2. Buku agama
3. Kemeja+seluar+wallet+belt
4. Set minyak wangi
5. Jam tangan
6. Kasut+stoking
7. Surprise (tapi dah tak surprise pasal dia dapat teka! Benci betul!)
8. Cheese tart+coklat+biskut
9. Kek Fondant

Dari dia untuk saya
1. Tepak sireh
2. Mas kahwin+ barang kemas (So far, berjaya dapat persetujuan takmo wang hantaran diletak bersama. Yeay!)
3. Tafsir Al-quran+telekung
4. Kain ela+tudung+brooch
5. Set makeup+perfume
6. Clutch+Heels
7. Coklat+buah+ cupcakes

Saya dah tanya pada ibuayah dan mereka memang tak kisah. Cuma ibu pulak, insist nak bagi kek buah (Mak D amat sukakan kek buah). Saya kata dah cukup dulang, tak boleh. Tapi ibu kata, bukan sebagai hantaran, tapi sebagai barang iring. Kek buah tu tak perlu dihias ikut tema hantaran kami, tak perlu juga di letakkan bersama dulang hantaran, cuma letak di tepi, tapi kena bagi pada wakil keluarga sana masa bertukar dulang.

Nak tanya korang, cam tu memang boleh ke?

Masa
Fieza kawin dulu pun, suami dia Khairul pun bagi hantaran 8 dulang. Saya dah pelik, tapi lepas tu, wakil keluarga dia cakap, bunga pahar tak termasuk, tu cuma barang hadiah dari keluarga Khairul. Jadi barang hantaran dia adalah 7.

Kiranya, saya rasa boleh kot?

Ada siapa-siapa pernah lalui perkara yang sama? Boleh kongsi pendapat di sini?


28 November 2009

Post Terbuka untuk OP


Salam dan hai

Saya dah lama nak tulis post ini, tapi belum berkesempatan. Post ini berbangkit dari post
Acaii yang ini.


Post tersebut simple, padat dan mudah difahami.

Mudah nak fahamkan orang yang tak faham ngapa pengantin perempuan rela bayar beribu untuk O.P.

Seorang kawan pernah cakap kat saya; dia amat obses pada dua perkara iaitu; baju sanding yang cantik dan OP yang mahir.

Baru-baru ni, saya dan seorang teman di gmail, sempat bertukar pendapat tentang potential OP di pasaran. Macam-macam yang kami bincangkan, kalahkan persidangan UMNO! Kami sependapat yang; kami sebagai pelanggan, memang harapkan OP memahami kehendak kami.

Saya takkan mempertikaikan harga pakej sebab saya faham, harga yang diletak, berdasarkan portfolio, pengalaman, kemahiran, seni kreatif dan kos-kos sampingan lain yang ditanggung oleh OP.

"You get what you pay for"

Tiada bahasan di situ. Bagi saya, kalau hati sudah berkenan, berapa ribu pun sanggup dibayar.

Saya seorang yang suka simpan pengalaman dan kenangan. Kalau tak, buat apa saya nk bina blog ni dari O hingga la dah beratus entry. Semuanya atas satu sebab : Kenangan di masa hadapan.

Cuma , kat sini saya nak berkongsikan perasaan seorang bakal pengantin, yang saya harap kalau ada dibaca oleh OP2 di luar sana, begini la hati seorang bakal isteri.

Kami amat excited, teruja, debar-debar, emosional, darah manis, etc etc..

Ye, mana-mana bakal pengantin perempuan memang kategori itu! Cuba surf blog-blog lain, amat jarang (mungkin tahap langsung takde) ada blogger lelaki yang berkongsi perincian majlis kahwin mereka kan? Kebanyakkannya kaum Hawa yang bercerita.

Cuba perhatikan, biasanya masa briefing dengan OP, si bakal suami rilek aje dan setuju aje dengan apa saje bebelan si bakal isteri, cuma sekali dua menyelit jika dia rasa tak setuju (atau mungkin ada yang tak datang pun). Kebanyakkan OP adalah terdiri dari lelaki. Lelaki kurang 'fasih' berbicara ke'excited'an perempuan untuk berkahwin, tak kisah la samaada OP tu sudah berkahwin atau tidak.

Kerana, realiti bagi lelaki, sesempurna mana pun perancangan, kita hendaklah redha aja pada hari majlis berlangsung dan jangan letak harapan terlalu tinggi. Tapi bagi orang perempuan, kalau sudah dirancang dan dicanang, haruslah ia sempurna. Perbezaan ini lah yang buat terciptanya konflik. Maka OP, jika digasak secara email atau sms atau panggilan telefon dari si bakal pengantin yang over excited nak tengok gambar, bersabar la. Sesungguhnya, sebelum kami telefon kamu, kami dah terlebih dulu menggasak tunang masing-masing secara psikologi.

Kami memang cerewet dan susah nak percayakan hasil kerja orang!

Ye, kami tak percayakan semua vendors yang kami pilih. Walaupun mulut kami mengiyakan dan hati cuba meyakinkan, tapi sesungguhnya, kami amat ngeri jika apa yang mereka janjikan, tidak ditunaikan atau senang kata: bukan seperti yang kami rancang.

Jadi, jika kami skeptikal tentang mutu kerja kamu, pasangkan aje perisai ditelinga kamu. Abaikan bebelan kami. Kami pun tak ingat dan tak sedar apa yang kami cakap kadang-kadang. Cara termudah untuk yakinkan kami-- yakinkan tunang/ boyfriend/ bakal suami kami, untuk yakinkan kami. Percayalah, kalau yang bagi kata-kata nasihat tu adalah lelaki yang kami sayangi, mudah aje kata nasihat tu masuk ke hati dan kepala kami.

Gambar dan album biar la semenggah


Ada kawan yang berkongsi cerita. Gambar yang diambil OP, cantik! Tapi album pulak tak semenggah. Kadang-kadang, ada kerawang, ada tulisan cinta-cinta yang geli dibaca. Mungkin itu standard OP, tapi jauh disudut hati, kami tau yang kebanyakkan OP fleksibel kepada permintaan pelanggan.

Cuba diberi sehelai tudung dan brooch kepada seorang perempuan, percayalah satu tudung yang sama, boleh ada hampir 15 cara pakai tudung yang berbeza, menggunakan material yang sama.

Kerana perempuan amat rumit dan ada pilihan sendiri. Pendek kata, kalau boleh tak sama denga orang lain, yang itu la kami nak. Jadi sila layankan aja kalau kami minta takmo tulisan, kami minta banyak gambar kami dari si suami, etc etc. Percaya atau tak, kadang-kadang, walaupun OP dah ikut arahan yang diberi, tetiba pula kami ngamok, kata OP tak ikut permintaan kami. Pada saat tu, mungkin kami telah terhasut dengan cakap-cakap orang sekeliling, yang kononnya yang-ini tak cantik, yang-itu tak molek.

Percayalah OP, kalau kamu yakin kamu telah jalankan amanah dengan sehabis baik, tiada apa perlu kamu takuti.

Mulut orang mana mungkin ditutup. Rezeki bukan di tangan manusia. Kita hanya berusaha dan Allah yang memberikannya.

Jangan patah semangat ye OP! .. dan Selamat bertugas! :)

28 November 2009


26 November, 2009

Aku Scandal



Salam dan hai

Tajuk hanya bikin gempak.

Semalam kan Birthday D, tapi saya terlupa. Tapi semalam juga, saya dapat hadiah dari CIMB

Saya amat excited.. huuyuuuuu!!!

Siapa tak suka dapat benda free kan?

Dapat Octo ni rasanya 5-6 bulan lepas, masa saya buat topup secara online di CIMB. Lepas tekan transaksi, tiba-tiba ada kotak minta maklumat diri saya; dengan janji seorang Octo akan dihantar ke rumah.

Excite gila.

Tapi lepas beberapa bulan, tak de muncul tiba jadi saya anggap CIMB tipu saya!

Sehingga la semalam...!

Dapat dari kurier. Seorang Octo!!


Saya suka :)

Saya namakan dia Kapten Octy!

Sekarang, saya dah ada kawan untuk dibawa ke sana ke mari, setiap hari ke tempat kerja. Gila bosan, perjalanan hampir 20 minit ke pejabat, walau takde jam--tapi busan la!!

Sekarang, sudah tidak lagi..Kalau saya tension dengan boss, saya boleh lenyek-lenyek muka Octy!



26 November 2009

Selamat Hari Jadi D!


Salam dan hai

Terima kasih kepada pembaca tegar ke 43 dan 44;
Rabitah dan Eila.

Kali ni, saya nak cerita tentang harijadi.

Ni kisah benar, yang berlaku pada kakak ipar sulung saya (di olah ikut kesesuaian)
-----------------------------------------
Hari tu, birthday akak. Dari awal pagi kat umah, akak tgk je muka dia kot la dia nak say sumtin’. Tapi sampai depan umah parent akak, lepas salam pun, akak tgk lagi sekali. Agak lama akak berdiri, mmgla dia pelik n tanye nape tak gerak masuk dlm kete.

Dengan hampanya akak masuk kete terus ke opis.

Sampai opis, org first wish adalah ketua kumpulan masa akak kursus dulu, then baru la kengkawan opis yg len.

Akak citer gak kat kawan satu partition ngn akak. Dia sengeh je katanya mungkin nak wat surprise.

Sampai ke tengahari kalau tak silap… hati ni dah tak bleh tahan tunggu bila surprise tak kunjung tiba.

Terus ajela call.

Panggilan pertama-
Kak Ana: Hari ni takde apa2 yang terlupa ke?
Awi: Takde apa. Biase aje.

Pastu akak letak fon. Geram sebenarnya nih.. Kawan dah tahan gelak aje.

Panggilan Kedua-
Kak Ana: Harini takde bace sokkabar ke? Cuba tengok sket kat ‘kepala sokkabar’ (term yang sampai sekarang ni Awi ingat!)
Awi: Takde masa. Lagi, takde sokkabar dkt situ

!!!! (tahan geram aje)

Panggilan ketiga-
Kak Ana: Cuba tgk sket kat taskbar komputer monitor tu, bawak arrow tu ke TIME dan bace.
Awi: (buat la apa yg diarahkan. dia bace waktu masa tu, hari dan kemudian…. Barula tarikh!)HAHAHA!

Mmg tahan geram aje… awi ckp mmg dia igt date tu Cuma dia wat reminder pasal dia tak ingat tarikh tu jatuh hari apa. Tp sebab akak sengaja padamkan reminder tu dr hp dia n mmg tak benarkan awi buat reminder lagi dengan pengajaran supaya pehni dia ingat sendiri tanpa bantuan media apa2. Huhuh!

Sekian.TAMAT
-----------------------------------------------

Masa Kak Ana cerita kat saya, saya gelak gila. Kotak-kotakkan Awi.

...

Dan hari ni, perkara yang sama jadi kat saya.

Tak, bukan dia lupa hari jadi saya. Teruskan membaca.

Hari ni birthday D saya.

Saya buat sesuatu yang luar biasa untuk sambut harijadi dia yang ke 25.

Bukan membawa dia makan makanan sedap.
Jauh sekali belikan dia hadiah yang mahal-mahal.
Takde la nak surprisekan dia dalam rancangan Bang-Bang Boom.
Tapi hadiah kali ni, sampai bila pun dia takkan lupa.

Hadiah terbesar saya pada dia, bukan setakat 1, tapi saya bagi dia 2 hadiah

1. Saya lupa nak wish dia birthday
2. Saya salah tanda tarikh birthday dia kat kalendar, (dari awal tahun!)



Saya cuma sedar, hari ni hari jadi dia lepas dapat sms dari dia masa tengah hari "D dekat site ni. Ha, pagi td, parent d kiss pipi smbil wish ari jadi kat D"

DUSH!!!

Hari jadi dia ke hari ni?? Bukan esok?? Saya tengok kalendar, patutnya esok hari jadi dia. Macam mana saya boleh lupa?? Sedangkan tarikh hari lahir dia saya gunakan untuk password saya.

Saya terus aje call dan pura-pura cam ingat birthday dia. Siap nyanyi lagu birthday untuk dia. Dia ada tanya, kenapa tak call pagi tadi. Saya kata aje, dah call tapi masuk voice message (selalu bila dia sampai parking atau naik lif, memang tak dapat coverage). Pura-pura aje cam takde apa berlaku.

Patut la semalam dia manja sangat, rupanya birthday dia hari ni.

Sejam kemudian, saya telefon dia semula, bagitau yang sebenarnya saya terlupa hari jadi dia hari ni.

Dia gelak*

Dia kata "Takpe"

Saya bagitau la dia, yang saya ingat birthday dia, cuma saya salah tanda tarikh dekat kalendar meja tu. Patutnya 25 hb, tapi saya tandakan 26hb!

Dia tetap kata "Takpe"

Ni kali kedua saya lupa tarikh penting. Kali pertama, saya lupa Hari Confession kami, 2 hari sebelum majlis sanding abang saya. Saya cuma perasan, seminggu selepas tarikh tu.

Dia pun tak bagi apa-apa hint.

Dia asyik kata "Takpe"

Bayangkan kalau dia terlupa hari jadi saya (iaitu sesuatu yang mustahil la pasal sebulan sebelum majlis pun, saya akan ingatkan dia hari-hari), mesti menjeruk la muka saya!

Dia tetap dia. Macam tu aje la. Kata "Takpe sayang"

Tapi sempat juga dia cakap sebelum letak telefon "Awi pun dulu lupa macam ni. Korang memang adik beradik"


Bila saya email K.Ana, bagitau dia hal ni, K.Ana pun tulis "adik beradik adik beradik…"


Saya SMS abang saya, Awi "Mok, aku lupa nak wish Dzulq birthday dia. Kita memang adik beradik"

Abang saya balas "Hehe. Aku lelaki, logik la lupa. Ko patut ingat tuh"


InsyaAllah tahun depan tak lupa. Saya akan letak reminder kat kalendar, komputer, handphone dan blog ticker! :P

Jadi, pengajaran saya hari ni: Saya tetap sayangkan dia, walaupun saya lupa hari jadi dia. Dia tetap sayangkan saya, walaupun saya lupa hari jadi dia :)



25 November 2009


25 November, 2009

Pengorbanan yang Dihitung


Salam dan hai

Semalam saya sudah jumpa abang O.P untuk booking pre-wedding kami. Ye, saya tau masih awal. Biasanya orang buat dalam 2-3 bulan sebelum majlis. Tapi saya ada sebab sendiri.

1. Pasal saya malas last minit
2. Harga O.P naik tahun depan
3. Pasal saya nak juga tarikh 24hb tu :P
4. Sebelum props saya mengandung.
5. Pasal mengambil kira caturan masa untuk kegunaan gambar pre-wedding pada perkara lain.

Panjang kan 5 sebab musabab saya? Hihih.. Tapi sekurangnya, atas 5 sebab ni la, kami amik keputusan nak buat awal. Seronok juga bincang dengan tema dan idea untuk pre wedding ni.

Kami pilih untuk gunakan 3 tema yang berlainan dan setiap satu ada story board yang berlainan. Disebabkan faktor logistik dan masa dalam 5 jam, kami rancang, fotoshoot hanya disekitar UPM dan Kajang. Doakan semuanya selamat sehingga ke tarikh nya nanti ya kawan-kawan.

Abang O.P tu kata, saya dominant (perkara yang saya memang selalu amat dengar orang katakan pada saya). Sepanjang briefing tu pun, saya yang banyak cakap, saya yang bagi dia apa yang saya nak, apa yang saya impikan. Encik D saya, cuma angguk-angguk aje. Tapi saya rasa, D memang macam tu. Dia cuma cakap hal penting aje.

Tapi mereka tak kenal D saya. Kalau dia katakan "TAK", jangan harap la akan dapat "YA" dari dia walau dah guling-guling merayu (masih simpan geram pasal dia takmo tunaikan permintaan tu!! hihihi)

Abang O.P memberikan kata-kata amanat. Katanya "Jangan terlalu berharap kesempurnaan. Hari majlis tu, redha aje dengan apa yang berlaku"

Ye, hal ni la yang saya cuba terima dengan hati terbuka. Sudah belajar banyak masa abang saya kahwin dlu.. Ahhhoi!

Oh ya, harga O.P juga sudah naik tahun depan. Rasa cam semua benda pun naik. Harga ketering, harga sewa dewan, harga pakej pengantin... Nasib wang hantaran saya tak naikkan :) Untuk harga O.P ni, pejamkan aje la mata. Korban sikit.

Cakap pasal korban, baru-baru ni saya dapat tahu, salah seorang kawan setaman yang akan melangsungkan perkahwinannya Disember tahun ini, telah nekad untuk berhenti kerja dan mengikut bakal suaminya ke luar negara, dia meninggalkan kerjayanya dengan kemungkinan kena blacklist, dia tinggalkan keluarga tercinta di tanah air, dia tinggalkan kawan-kawan dengan kenyataan tidak dapat menghadiri majlis kawin mereka (termasuk saya) yang kebanyakkanya tahun depan, demi mengisi kenyataan tempat seorang isteri di sisi suaminya.

Besar pengorbanannya. Saya kira, jika saya di tempat dia, belum pasti saya mampu buat semua itu dengan hati yang terbuka tanpa antakan. Sedangkan kadang-kadang, saya suka usik D, kata pada dia "Raya nanti, balik rumah Ibu B. If D takmo, B balik jalan kaki. If penat, B call Shima, minta dia hantarkan B". Berani la saya ugut, pasal rumah kami memang dekat, 10 minit aje sudah sampai. Sedangkan balik rumah ibubapa pun boleh jadi isu, adakah saya bersedia untuk berkorban untuk nya?

Kalau saya solori blog-blog bakal pengantin yang ada di tepi ni pun, ramai yang melakukan pengorbanan, dalam konteks masing-masing

Seperti
Fara yang berkorban menguruskan majlis tanpa bakal suami yang terpaksa keluar negara untuk bertugas.

Seperti
Yani yang berkorban pilihan demi keluarga tercinta.

Seperti
Harz yang meredah hujan lebat demi baju tunang yang diidamkan.

Semua antara kita membuat pengorbanan kan?

Bila saya fikirkan, hitungkan, segala perjalanan percuma yang dia berikan, perut saya yang sentiasa kenyang dia belanja, tadahan telinga dengar bebelan saya di malam hari-- saya rasa beratnya dacing kiraan itu lebih kepada dia.

Tapi bila saya ingat, Fieza pernah cakap "Ala, nanti dah kawin, apa yang kau bagi kat dia tu, lebih berharga dan tak terbalas dengan apa-apa pun yang dia boleh bagi, tau!"

Jadi saya kira, tak perlu la korban.. ekekekek.

Sebesar mana pengorbanan yang korang sudah buat demi majlis perkahwinan korang? Jom kongsi di sini.

Oh ya, Selamat Hari Raya Korban :)


25 November 2009


23 November, 2009

Mutakhir


Salam dan hai

Tak sangka pulak ada yang bagi perhatian pada cecehan saya dalam post yang ini. Memang saya saje kecilkan size excel tu pasal tak terfikir pun ada readers yang nak tau.

Tapi lepas baca komen dari
Azian dan Yuny, jadi saya pun sudah emailkan pada mereka tentative senarai semakan-draft 1.

Terlalu asas senarai tu, tapi sekurangnya dapat la bagi gambaran persiapan. Banyak lagi tak masuk sebab data tu akan dikemaskini selalu.

Kalau ada siapa-siapa nak draft tu, sila tinggalkan email kamu di kotak komen post ini.

Ok. Saya menulis perkara di bawah atas sebab supaya saya tidak lupa. Tiada niat untuk bikin gempak atau menimbulkan sebarang perasaan kurang selesa antara pembaca ya. Hanya sebagai bahan rujukan di masa hadapan :) (Harap Nity bz menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan tak sempat baca blog saya :P)

1. Sudah tetapkan warna hantaran. Merah-hitam-emas. Harap kali ini lebih tetap. Kali pertama, saya menetapkan
warna ini untuk hantaran dari belah saya. Tapi saya rasa, nak bagi warna yang lebih maskulin pada nya, jadi, akhirnya saya ubah kepada merah-hitam-emas.



2. Pre-wedding telah ditetapkan tarikh secara lisan dengan OP. tapi nak jumpa dia untuk briefing. InsyaAllah dalam minggu ini kami cuba selesaikan briefing. Beberapa kawan rapat telah setuju untuk menjadi props, tapi outfit sendirian berhad ye kawan-kawan :P Tarikh untuk fotoshoot dirancang InsyaAllah bulan January tahun depan.

3. Baju sanding pun telah booking secara lisan dengan vendor, meeting bulan January. Tapi mungkin nak amik ukuran dalam bulan 4 (atau seawal mana yang saya kurus :P) pasal vendor kata, lepas dah jahit manik, amat susah untuk kecilkan ukuran. Contoh baju pun ada beberapa berlegar di kepala. Fieza dah ada hantar gambar, nak tunggu pendapat Nity juga. Jadi masih belum finalize design. Tapi warna tema sudah confirm InsyaAllah.

4. Gift untuk nikah sudah ada contoh. Barang pun sudah ditetapkan dalam fikiran, cuma masih terbuka untuk perubahan. Nak cari beg yang kecil tu, mungkin kena cari di Terengganu kot. Pilihan kedua jika tidak berjumpa beg kecil tu, mungkin kena pakai paper bag. tapi apa-apa pun, teruskang dengan misi mencari.

5. Design kad jemputan nikah masih belum ada contoh. Masih mencari lagi. Nama aje kad nikah, tapi sebenarnya takde la gempak sangat. Cuma saje aje nak buat kad jemputan nikah, khas hanya untuk mereka yang saya mahu ada pada hari majlis,tak ramai pun, kurang dari 15 orang sahabat rapat je :p Rekaan kad jemputan majlis bersanding sudah ada, cuma nak tunggu tahun depan, baru boleh start design. Ye, saya dan dia amik keputusan untuk DIY kad jemputan dengan harapan jangan la kos lebih tinggi dari buat kat kedai :P Harap budget tidak berada sebagai penghalang.. huhuhu

6. Dah tetapkan, mahukan jubah untuk nikah pasal tak pernah ada jubah seumur hidup saya. Design pun sudah dipilih. Kena amik dari fabrik kain chiffon warna putih gading. Jadi nak tunggu Nity free, akan meredah KL mencari chiffon. Si dia fikir dia boleh lepaskan diri dari ekpidisi mencari kain dengan kehadiran Nity. Silap! Dia harus ada sambil duduk diam-diam kat kerusi di kedai tu :P Ingat nak sekali harung untuk cari kain ela untuk pengapit sebagai hadiah mereka. Tapi warna baju pengapit belum ditetapkan. Sekarang, tarikh yang sesuai untuk membeli, menjadi isu pulak. Kedai yang hendak dipilih pun masih tak pasti samaada Gulati's atau Jakel. Mungkin pada hari pencarian, bergantung pada siapa ada koleksi chiffon yang cantik :P



Sekian, kemas kini terbaru saya.

23 November 2009

21 November, 2009

Operasi Jalan-Jalan Kosong



Salam dan hai

Hari ni, akhirnya berjaya juga dapatkan tiket 2012 selepas 2 hari kegagalan pada minggu lepas. Sebelum ke MV, kami ke Pantai Medical Centre, untuk amik report medical checkup saya. Saje2 buat untuk habiskan budget medical checkup company :P

Kali pertama juga buat HIV test dan baru saya tau yang saya ni darah B positif

Semua alhamdulillah OK. Cumaaaa.... ni aje yang tak OK :(



Tengok ticker penurunan berat badan saya.. Ye.. jangan terkejut berat saya sebelum ni 67kg lebih :( Saya ada masa lebih kurang 4 bulan untuk dapatkan berat badan UiTM saya iaitu 57kg :) Kali terakhir saya tekad untuk kurus, saya berjaya dapat 59kg, turun dari berat badan yang sama 67 kg dalam masa 3 bulan, jadi saya yakin insyaAllah, boleh turun dengan syarat kena berusaha.. Kalau boleh naik, mesti boleh turun!!

Ok, lepas dia dengar saya bebel pasal berat badan saya, kami sampai ke MV dalam 11pagi lebih. Kami kena kill the time lebih kurang 4 jam sebelum waktu tayangan 3pm! Jadi kami pusing-pusing, dengan tujuan mahu survey harga barang hantaran. Saya tau sekarang tengah megasale. Tapi untuk kami shopping barang-barang, masih terlalu awal. Kami rasa tahun depan masih sempat.

Hantaran pertama: Buku agama.
Kami pergi ke MPH. Dia nak cari buku undang-undang apa ntah. Saya terus gi ke ruang agama pasal dalam list saya, antara barang hantaran pada dia adalah koleksi buku-buku agama. Pada mulanya saya nak bagi dia CD ceramah agama aje. Tapi dia nak juga buku pasal dia suka membaca. Dia berkenan satu buku dari penceramah Ismail Kamus kalau tak silap saya. Dia kata, dia selalu pinjam baca buku tu dari kawan pejabat dia. Jadi dia suka kalau dia ada koleksi tu sendiri. Harga dalam RM55 kalau tak salah. Tapi saya nak juga bagi dia buku tafsir mimpi dan himpunan doa. Nanti senang untuk rujukan kami selepas kahwin.

Jadi secara kasar aje, semua buku-buku tu, saya kena sediakan lebih kurang RM100-RM130. Masa ni dah terfikir jahat, bagi aje la jubah dan sejadah, dalam RM50 aje. Tapi bila fikir balik, dia suka membaca dan lebih baik saya bagi sesuatu yang mungkin dapat menolong kami selepas berkahwin, maka pejam aje la mata dengan harga tu :P

Hantaran kedua: 'Surprise' untuk dia
Sebenarnya dah tak jadi surprise pasal dia dah dapat agak :( Benci betul!! Dia kata "B ni mana la boleh simpan rahsia" hahahha.. Memandangkan benda tu, saya pun tak reti nak tanya orang kedai macam mana, jadi saya biarkan aje dia bercakap. Tapi lepas survey harga di sini, saya rasa lebih elok beli di Lowyat. 120GB, price RM1110. Kat MV, dalam RM 1200++.Jimat dalam RM100. Tapi, saya rasa nak tunggu pertengahan tahun depan, biar harga lagi jatuh. Kalau bawah 1K, lagi bagus! Kalau siapa-siapa boleh teka, korang memang hebat :) .. dan juga membuktikan, saya memang susah simpan rahsia :p

Hantaran ketiga: Jam tangan.
Kemudian jalan lagi, ke kedai jam. Nampak jam ikut jenama yang saya nak. Dia takmo, mahal katanya. Ingat kan nak terus beli tadi aje, tapi dia kata nak tunggu tahun depan, mana tau harga turun. Tapi saya pulak takut koleksi tu dah habis pasal saya yang perempuan pun , cukup berkenan design jam tu. Sporty. Cantik dengan warna merah-hitam. Tapi memandangkan tuan penerima tak mo sekarang, jadi saya tangguhkan dulu....

Lalu saya amik keputusan belikan dia sebiji Ferrary...



Model aje.. ni pun bukan beli, dapat percuma masa servis kereta hari tu.

So lain kali, kalau gaduh boleh kata kat dia "Apa yang perempuan tu ada, yang i takde?? I dah bagi u Ferrary, pun tak cukup ke???"

Ha.. best dah mula warm up cari barang hantaran :)

Sekarang, sedang menghitung hari untuk tunggu parents dia datang ke rumah InsyaAllah :) dan saya perlu tajamkan semula skills memasak saya yang dah lama terkubur selepas raya!

21 November 2009

Tentative Persiapan



Salam dan hai

Mari buat ombak untuk
Faratul yang menjadi pembaca tegar yang ke 42 blog ni! Ombbaaakkkk

Sedar tak sedar, post ni adalah post yang ke 140!! terima kasih semua atas kesudian membaca repekan saya :P OK, Kali ni mari kita menyusuri kekalutan ibu saya.

Rasanya dalam minggu ni aje, hampir setiap hari, dua kali sehari, dia mesti akan tanya ini

"Nanti majlis tu, siapa yang akan uruskan ye?"

tak pun, dia akan olah ayat

" Siapa akan uruskan majlis tu nanti ye?"

Erti kata lain, ibu tengah risau takut takde sapa yang akan tampil untuk jadi project manager. Mungkin ibu trauma dengan kes 'mak andam tambahan' tu. Jadi dia menggelupo takut akan ada 'The return of Mak andam tambahan' pada majlis saya nanti.

Saya tak bagitau dia apa rancangan saya, pasal saya takmo ibu stress untuk benda yang dia tak perlu stress. Saya tau, dia cuma risaukan untuk perjalanan majlis nanti. Saat dari menunggu ketibaan pengantin sehingga ke sesi fotography.

Sejujurnya, sekarang, memang tak de senarai pendek untuk project manager majlis saya. Seorang sahabat telah setuju untuk jadi kaunselor, tapi saya faham dia juga ada komitmen lain dalam kehidupan dia, jika tidak, sudah pasti dia orang pertama yang saya akan pujuk rayu untuk jadi project manager nanti. Nity yang saya harapkan, sudah pasti la menjadi pengapit saya hari tu insyaAllah. Mana mungkin dia hendak berlari ke sana sini.

Jadi sekarang, yang terbaik adalah-- rancang untuk kurangkan rancangan.

Tu aje penyelesaiannya.

Maknanya, tak perlukan pembabitan terlalu banyak pihak dalam satu masa.

Sebagai contoh, kalau dulu saya gunakan flower ladies untuk 'pagar' laluan pengantin, mungkin kali ni saya perlukan budak-budak kompang untuk 'pagar' laluan pengantin.

Sebab yang sama juga, kenapa saya takmo ada perarakan pengantin. Tak mahu terlalu banyak pihak terlibat, nanti tak keruan. Nak jaga masa berarak lagi.

Kurang meriah?

Takpe, kita sama-sama tengok nanti ya InsyaAllah :)

Ibu ada juga risik-risik, tanya tentative persiapan saya. Saya katakan, "belum buat lagi. Rilek, lama lagi.."

Padahal, saya memang dah buat sikit. Tapi takut nak tunjuk kat Ibu, pasal saya takut dia menggelabah tak pasal2.



Ni cuma draft pertama. Jangan lah ada yang mencebik ya. Biar la saya rancang majlis ni, semampu yang diizinkanNya :) Jangan pulak tunggu saat saya tersungkur pula.

Nota: Sesiapa yang nak saya emelkan file excel untuk persiapan ni, boleh tinggalkan komen atau terus hubungi saya di email tertera. nanti saya emelkan ya?

21 November 2009

20 November, 2009

Sila Maklumkan


Salam dan hai

Saya ni cuai dalam bab kemaskini link pada ruang "Mereka Merancang" ni.

Bila saya stalker blog orang lain, saya perasan, ada blogger yang linkkan saya pada blog mereka. Tapi saya takde pulak exchange link dengan mereka. Tak leh jadi ni. Mereka dengan murah hati sudi selitkan url blog saya, tapi saya tak buat perkara yang sama.

Ada yang saya sudah update pasal bila saya klik kat komen mereka, terus ke blog mereka, saya dapat copy url mereka. Tapi yang secara silent reader meletakkan link blog saya pada blog mereka, sila maklumkan pada saya supaya saya dapat berkongsi perjalanan manis korang, bersama kawan-kawan yang lain, di teratak usang saya ni.

Terima kasih

20 November 2009

19 November, 2009

Bagi Muka Sikit


Salam dan hai

Tadi, seorang sahabat yang bakal berkahwin bulan 3 tahun depan, telefon saya. Bertanyakan pendapat tentang pakej fotografi. Sekadar bertanya untuk bandingkan pakej fotography dalam pasaran. Nama company saya tak tau pasal bila saya ajukan soalan, kawan saya, seperti mana tipikal bakal pengantin lelaki yang lain, jawapan standard

"eh, aku tak ingat la apa nama company dia".

Sabar aje la!! Tak kisah la, tapi saya doakan semua yang dirancang oleh dia dan keluarga, berjalan dengan lancar dan selamat insyaAllah.

Sepanjang perbualan dengan kawan saya tu, saya rasa hampir 3 kali juga dia katakan pada saya "Wei, kau jangan la tanya banyak soalan. Aku tak tau ni".

Saya tetiba terfikir "adakah saya begitu psycho??"

Rasanya, soalan saya tidak la sesusah mana.

Contoh soalan saya

Soalan: Siapa pengapit ko?
Jawapan: Eh, kena ada pengapit ke? Takde pun tak pe kan?

Soalan: Baju nikah ko dah hantar kedai ke belum? Ke kau sewa?
Jawapan: Eh.. entah. Sewa kot. Sempat ke kalau nak tempah?

Soalan: Ko jangan lupa bagi duit kat saksi dan juru nikah tau.
Jawapan: Eh, kena bagi ke? Tak yah kot?

Rasa cam nak marah, bukannya majlis saya pun.. ekekek.. Tapi yang saya perasan, sepanjang berbual dengan dia, saya perasan yang dia lebih fikirkan hal untuk salam tangan tok kadi. Dia lebih berminat nak tau proses borang, apa soalan-soalan lazim, dan ceritakan kegelisahan dia menjelang nak salam tangan juru nikah.

Jadi, saya buat kesimpulan; kalau lelaki tak tau perjalanan majlis, bukan maksud dia tak sayangkan bakal isterinya. Bukan maksud dia tak amik peduli, tak amik kisah. Sebenarnya, dalam kepala, ada cabaran lebih besar dari tu. Kalau tak lepas cabaran tu, majlis memang takde berlangsung.

Bakal-bakal isteri sekalian (peringatan juga pada diri saya), jangan tekan sangat mereka. Kang diorang lafaz sampai berbelas kali kang, dengan korang-korang sekali pitam!!~~ Nangis tak berlagu kang!

Jom, kita bagi muka sikit kat mereka.. Tapi sikit-sikit aje, jangan lebih-lebih :P

Ermm! Semalam masa beremail dengan seorang kawan, dia pun ada tulis

"Aku tak start lagi listing untuk wedding nie… oopss! Ko jgn share ngan aku listing ko. Kat dlm blog tu ok la sbb view for all. Bukan ape, nanti aku takut n mengelabah n semua ada… huhuhu"

Mereka patut berkenalan dengan Nity, baru mereka tau, perfectionist tu bagaimana.. Haiih :P

Nity, if you read this, i still love you the same way! :P

19 November 2009

18 November, 2009

Majlis Tanpa Tema


Salam dan hai

Terima kasih pada Ija yang sudi menjadi pembaca tegar blog ni yang ke 41.. buat ombak~~~!*

Saya tengah baca blog terbaru ni dari bakal
Puan T, bila tetiba ada pop-up email dari kawan

"Apa tema majlis kau nanti?"

Blank~~~

Tema maksud kau tu cam--- tema Inggeris ke? Tema Perkahwinan Dalam Taman kah? Tema Cindarella kah?? Tema Nusantara?? Tema Jawa?? Tema Arabian Nite??

Takde tema.

Hanya budget dan praktikaliti.

Saya nak tulis rancangannya pun, nanti
Nity marah :P

Lagipun, belum tiba masa untuk dicanang.

Yang boleh saya kata, perancangan awal majlis saya

1. Tiada perarakan meriah semasa pengantin berarak. Cuma ada pengantin, pengapit dan Kumpulan kompang. Tiada dayang, tiada pengiring, tiada flower girls. Demi menghormati permintaan ibu.

2. Tiada banner mahupun bunting untuk pengenalan kepada pengantin. Kami memilih sesuatu yang lebih praktikal dan boleh digunakan semula.

3. Tiada project manager. Hanya mengharap bantuan kawan-kawan yang saya percayai untuk memberi pendapat dan mengawal majlis.

4. Tiada kad kawin Indonesia, dakwat emas ke, embos ke. Cuma kad kahwin DIY biasa sahaja.

5. Tiada kaum keluarga dan sahabat rapat pakai sedondon. Semua atas kos dan kesudian masing-masing.

Saya tau, ada beberapa kawan-kawan saya yang menjadi pemerhati senyap, menunggu sampai tarikh tersebut. Maaf la, kalau rancangan awal ni mengecewakan korang :) Tiada apa yang mewah untuk majlis saya nanti.

Saya bukan mahukan majlis yang berada gah mewah jauh nun di atas parameter majlis-majlis lain yang pernah berlangsung.

Saya cuma mahukan kelainan, tapi cukup berjalan di atas paksi kriteria saya sendiri-- yang mungkin saya saja yang faham (..si dia pun kurang faham juga kadang-kadang :p)

Cukup la tu :)

Dah ada orang sudi nak kawin dengan saya pun, dah syukur.. ekekekekekek


17 November, 2009

Dari Siang ke Malam



Salam dan hai

Baru-baru ni, saya dapat undangan ke dua majlis perkahwinan yang serentak harinya, cuma lain waktunya. Satu siang dan satu malam.

Yang majlis siang, saya dan si dia ingat nak pergi belah lelaki minggu depan, tapi tup-tup atas sebab keadaan, kami pergi aje belah perempuan. Kedua-dua pasangan ni satu sekolah dengan saya, walaupun saya tak berpeluang untuk berkawan rapat dengan mereka, tapi saya kenal muka dan nama mereka. Rumah pengantin perempuan di Bukti Mahkota, dekat juga, tak sampai setengah jam sudah sampai. Rumah pun amat senang dicari, berdasarkan tempat letak tanda arah yang amat strategik.

Kami disambut dengan ramah oleh orang kuat majlis, tema putih dan silver. Cantik dan suci.

Kami tak perlu tunggu lama untuk pengantin sebab kami sampai betul-betul pada waktu yang sama pengantin lelaki tiba. Sesuatu yang baru untuk saya sebab rombongan lelaki datang bersama barang-barang hantaran. Risik punye risik, rupanya malam semalam mereka sudah bernikah tapi memang barang hantaran dibawa pada hari majlis. Bagus juga, sebab sekurangnya, saya boleh tengok gubahan hantaran. Tapi tak dapat saya snap pasal segan. Tapi warna tema hitam dan putih.

Saya rasa kebelakangan ni, hitam memang jadi pilihan yang semakin kerap digunakan.

Oh ya, ni la gambar pengantin. Ala-ala Saloma kan rambut dia? Saya sebenarnya nak pergi dekat-dekat, betul-betul atas kepala dia untuk tengok camne mak andam buat rambut dia, tapi saya takut nanti dia tak selesa. Saya suka makeup Ezura, nampak lembut, sepadan dengan gaun inggeris yang dipakainya.


Banyak perkara yang saya suka dalam wedding dia (selain air sirap limau yang sedap gila!)

Pelamin yang sepadan dengan tema baju mereka. Saya tau, pelamin kotak dengan pomander ball ni dah semakin kerap digunakan. Tapi saya tetap nak kata, saya sukakan ini


Bunga telur!! dengan bunga rampai.. saya pernah terfikirkan idea ni untuk abang saya dulu, tapi lepas tak jadi gunakan telur pindang, terus lupa idea ni. saya suka bunga rampai ni, walaupun dipotong kasar, tapi baunye cukup sedap. Bekas telur pun ikut warna tema--putih!



Saya memang lebih sukakan pulut kuning dari kek. Jadi bila nampak pulut kuning, cepat-cepat saya amik gambar. Saya pun memang nak pakai pulut kuning pada hari saya nanti InsyaAllah, tapi kalau la dapat kek percuma katerer berikan, macam abang saya hari tu, mungkin saya akan bawa upacara potong pulut kuning ni, pada hari pernikahan. Tapi yang pasti, memang lebih nak potong pulut kuning :)



Petang tu, selepas majlis, cepat-cepat bersiap untuk temankan Nity, membantu dia sebagai penanggah majlis kawan sepejabatnya. Majlis jenis RSVP, di Dewan-saya-dah-lupa-nama-tapi-kat Felda, jadi kerja yang penting adalah registration.

Kali pertama terlibat dengan majlis sebegini, jadi saya belajar sedikit tentang protokol pengantin mengadap VVIP, protokol bergambar dan aturcara majlis.

Memang penat dan kecoh. Apa tah lagi yang datang, gelaran di depan lebih panjang dari nama sebenar mereka! Kadang-kadang, tengok datang rilek aje muka, sekali kena alukan dia sebagai Tan Sri. Jadi tip di masa hadapan kalau kena jaga registration: Sentiasa alukan tetamu sebagai Tuan dan Puan.

Susah sebenarnya kalau nak periksa senarai tetamu berdasarkan semakan rawak menggunakan kertas. Nak nya kami penyambut tetamu hanya berada di sana pada hari, jadi kami memang menggelupo juga. Mencari nama-nama yang begitu asing bagi kami.

Saya rasa, mana-mana majlis yang buat RSVP (kedudukan tempat berdasarkan jemputan dari belah mana), kalau la ada registration kaunter, sila la:
1. Sediakan laptop 2-3 untuk petugas. Serius. Dengan laptop, kami hanya perlu tekan Clrl-F dan berjaya mencari nama yang kami kehendaki, tanpa perlu selak dari satu muka surat ke satu muka surat yang lain.

2. Alternatif lain--Kalau ada cukup dari segi peralatan dan kemudahan dewan, mungkin boleh sediakan satu board dengan nama tetamu beserta nombor meja mereka, supaya tetamu boleh periksa sendiri kalau tidak mahu ke kaunter. Semestinya susunan nama mengikut abjad. Sebab kadang-kadang, tetamu nak juga tau mereka duduk semeja dengan siapa.

Hal-hal lain tentang majlis, semua berjalan dengan lancar Alhamdulillah. Nasi pengantin sedap! Door gift berupa lilin denga ukiran ros juga amat cantik.

Saya sukakan bunga manggar yang ada jerujai kristal yang cantik dan kali pertama saya tengok. Berkenan juga :) sesuatu yang berkilat memang sentiasa menarik perhatian saya.




Oh ya, akhirnya berjaya memegang secara life bunga tangan yang sedikit berbeza :) Ada mutiara di tengah kuntuman. Saya suka. Amat cantik bila lampu pentas memberi ilusi sinar pada bunga tangan tu. Cantik :)



OK. Sekian sahaja review perkahwinan untuk kali ni.

Sekarang, saya tengah tekun beli kain dan hantar ke tailor cepat-cepat pasal bulan 12 ni aje, sudah ada dapat 4 undangan perkahwinan yang perlu dipenuhi InsyaAllah




17 November 2009

Post Basi



Salam dan hai..

Terima kasih pada Fatrina yang menjadi pembawa tegar yang ke 40..!

Ni adalah post basi :P

Sebenarnya, video ni dah lama up dalam facebook. Tapi cuma baru-baru ni ada peluang nak grab video ni menggunakan software yang bersesuaian. Payah betul!!

Enjoy!!



17 November 2009

16 November, 2009

Bekas Letak Hantaran



Salam dan hai

Tau tak kat mana nak cari bekas cam kat bawah ni??



Eh, bukan semua bekas ni.. Cuma yang bulat tu, yang macam kat bawah ni



Bekas ni betul bekas tembaga ke?

Hari tu dah cari kat Terengganu tapi tak jumpa.. Dengarnya, kat Kelantan ada banyak? Nak beli, takmo sewa kalau boleh.

Haihhh


16 November 2009

Pendapat Diperlukan


Salam dan hai

Situasi kawan saya:

1. Dia ada seorang adik lelaki. Mereka akan bersanding serentak di rumah ibubapa. Kiranya pada hari majlis, ada dua pasangan pengantin--kakak dengan adik lelaki.

2. Pelamin cuma ada dua kerusi aje. Maknanya, cuma sepasangan mempelai aje boleh naik untuk upacara tepung tawar. Pelamin dengan dua kerusi adalah muktama.

3. Bagaimana nak tolong dia buat aturcara majlis?


Serius, saya belum pernah jumpa situasi begini.

Jadi cadangan saya

1. Kedua-dua pasangan mempelai datang serentak ke majlis.

2. Terus ke meja beradap untuk makan.

3. Kawan saya dan suaminya (pada waktu itu) akan selesai makan dulu dan pergi ke pelamin untuk tepung tawar

4. Adik lelaki dia teruskan makan dulu bersama isteri dia (pada waktu itu)

5. Selepas kawan saya habis tepung tawar, dia dan suami akan turun dari pelamin dan terus buat royal walk

6. Adik lelaki dia akan naik ke pelamin pulak untuk upacara tepung tawar bersama isterinya.


Begitu la cadangan saya.

Tapi serius, saya tak pernah ditanya soalan begini, mahupun menghadapi situasi semacam ini.

Jadi nak tanya pendapat readers yang lain, ada tak apa-apa cadangan untuk menjadikan perjalanan majlis lancar tanpa ada yang lopong?


take note: kerusi pengantin memang cuma ada dua aje.


16 November 2009

15 November, 2009

Perarakan Pengantin


Salam dan hai

Minggu lepas, entah macam mana, boleh dapat idea ni masa tengah chat dengan Nuriah dan Intan. Saya kata kan pada mereka berdua (serentak tapi sorang kat gmail, sorang kat email); masa saya kahwin, nak perarakan saya, selepas pengapit, nak jemput kawan-kawan yang sudah berkahwin, ikut berarak sekali. Sudah terlalu cliche menggunakan gadis sunti untuk jadi 'dayang-dayang'. Maka saya nak gunakan 'mak dara' pulak mengiringi saya, sambil berpimpin tangan dengan suami masing-masing.

Makna kata, semua kawan-kawan yang telah berstatus Puan, akan sama berarak dengan saya, memakai baju nikah mereka.

Nuriah amat setuju, katanya "aku kena jalan paling depan pasal aku kawin 2-3 minggu aje sebelum ko. Inai pun masih merah"

Intan pulak kata "Ahh! takde2, Nuriah paling last kawen, dia dok paling last. Bagi aku yg dah lama kawen ni enteprem!"

Ha.. rebut-rebut..!

Kesudahannya, mak saya kata "Ibu taknak siapa-siapa pun jalan atas red carpet, kecuali korang"

Dan si dia pun kata "Takmo, D nak jalan berdua aje dengan B sambil diiringi lagu *** (lagu tema berarak kami sudah ada--jangan main-mai.. hahahah)"

Maka kesimpulannya, takde la perarakan oleh kawan-kawan.

Jangan terperanjat kalau perarakan pengantin cuma kami, pengapit dan kumpulan kompang ya :)

Sebab tu saya berani tulis kat sini, pasal confirm memang takde ye :P

Pasal tak dapat pelepasan penyimpan mohor besar :P hahahah

Tapi takpe kot Intan n Nuriah, korang dah merasa jalan kat red carpet, kan? hihihi

14 November 2009

13 November, 2009

Senarai Jemputan


Salam dan hai

Saya tau, jauh lagi tarikhnya.

Tapi kawan-kawan yang pernah buat kad DIY, pesan, buat cepat-cepat. Kad DIY ni beza dengan kad yang terus tempah. Stress nye berbeza.

Ikutkan aje la. Harus dengar daripada yang lebih berpengalaman.

Design pun sudah ada, amat melekat dihati saya. Inspirasi daripada kad kawin kawan dari UiTM. Saya amat suka kad dia pasal amat simple tanpa kerawang-kerawang, tanpa perlu gam-gam. Tapi kena ubah ikut kesesuaian majlis saya. Tapi susah nak bagi gambaran pada si dia. Erm.. dengan mak ayah juga susah.. Nasib kad contoh ada di tangan. Cuma tunggu buat pre wedding session, baru boleh proceede.

Maka skrang, saya rasa baik saya fikirkan bilangan tetamu. Dari bilangan tetamu, baru dapat anggar nak print berapa banyak kad. Tak boleh lebih, nanti membazir. Tak boleh kurang, nanti rugi. Kena sedang-sedang aje.

Saya masih dalam proses masukkan alamat kawan-kawan dan sedara mara ayah ibu dalam microsoft Word. Saya punya list sudah siap secara cincai aje. Tapi persoalan yang pertama saya fikir selepas siap list secara cincai-- Adakah saya terlalu selektif? atau memang kawan saya tak ramai? atau list dari Friendlist dalam Facebook dan Friendster bukan rujukan yang bagus? :P hihih, sebab sudahnya, jemputan dari kawan setaman, kawan-kawan kedua-dua zaman UiTM dan kawan di pejabat, kurang daripada 130 tetamu :P . Jika membawa pasangan, mungkin masih kurang daripada 300 pun.

Sudah la pulak, saya berkongsi kawan setaman dengan si dia. Mutual friends ni memendekkan lagi senarai jemputan kami.

Kalau tambah dengan jemputan ayah hari tu, berdasarkan jumlah edaran kad, rasanya dalam 700 tetamu juga. Maka saya kira, kalau tambah saya dan ayah, belum cecah 1000 pun lagi :P Kawan-kawan abang saya pun mungkin dalam 20 orang aje kot, yang betul-betul kenal saya.

Kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, biasanya hanya 80% dapat datang, jadi kena jemput lebih dari amountnya.

Saya rasa, kena double check senarai tadi semula (..dan selitkan jemputan bloggers kira mereka sudi mencemar duli mereka :P hihihihi)

13 November 2009

Bebola Api Intan




Salam dan hai

Hari ni beremail tak henti dengan Puan Intan.

Saje-saje bertukar pendapat. Suka juga bila berlainanan pendapat, jadi dari situ, kita boleh faham cara pemikiran orang lain sebab tak semua orang fikir macam kita fikir.

Lagipun, majlis dia, antara majlis yang saya boleh rujuk bila hal berkenaan majlis dibuat serentak oleh kedua pihak.

Bersungguh intan bagi kata-kata pedoman dan tunjuk ajar. Almaklumlah, wedding dia hari tu pun, dia dan ibunya yang uruskan. Sambil tu, saya tanyakan juga apa yang kurang masa majlis abang saya.

Sesetengah orang, tak sanggup atau tak mahu amik tau yang negatif. Saya faham sebab buat apa ingat yang duka kalau kita ada yang suka kan? Tapi sekadar bertanya, supaya mungkin saya boleh baiki apa yang saya rasa perlu. Lagipun, elok kita dengar pendapat dan kritikan, walaupun kita kena sedar, tak semua kita boleh amik dan terima pakai. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Dengar mesti, buat tak pasti. :) Kita ada sebab kenapa kita lakukan untuk semua perkara bukan?

Intan amat semangat. Kami ada diskusi hal meja buffet dan meja tetamu. Intan, sampai siap lukis pelan untuk saya--saya namakan pelan ni sebagai Bebola Api Intan.



Tepuk* untuk semangat Intan!!!



13 November 2009

12 November, 2009

Re-cycle??


Salam dan hai

Walaupun mencabar juga tugasan mencari dewan, tapi seronok gak pasal boleh round-round dan jumpa orang baru.

Saya dah mencari dewan-dewan di sekitar Putrajaya, Serdang-Bangi-Kajang. Ada beberapa senarai dewan yang kami kira dalam senarai.

MAEPS sekarang sudah pakai wedding planner sendiri. Jadi charge RM3K untuk sewa dewan hanya lah kenangan semata. Semuanya diuruskan oleh wedding planner baik dari sekecil-kecil red carpet, arch bunga hidup, sarung kerusi dewan, bunga manggar, walkway; sampai la ke pelayan, screen audio +projektor, makan dan minum.. Kalau orang yang malas nak fikir apa-apa, harus amik di sini (semestinya, kena la ada budget yang masyuk dan tebal) tapi untuk orang cam saya, yang tetap mahukan personal touch, MAEPS mungkin bukan untuk saya. Tapi wedding planner yang melayan saya tu, melayan dengan baik sekali. Ramah orangnya. Cukup penerangan yang diberi, siap dengan quotation on the spot dia hantar!

Tapi kos nye.. hai tak tercapai akal dan duit ku~ :P RM30/person, kalau 2,000 tetamu, RM60K-- Maka, tettt-- kena tolak dengan hati yang berat.

Banquet UPM pulak memang jadi pilihan, sehingga la UPM sudah menaiktarafkan dewan tu dengan menaikkan harganya sekali :P Sewa pun kalau tak silap diberitahu oleh petugas, sudah 3K, kalau nak bawa katerer luar masuk, kena bayar lagi RM300. Menu kalau tak salah saya, RM15/RM17/RM20 seorang. Kalau betul apa yang diterangkan oleh mereka, 3K hanya untuk dewan, aircond dan pentas. Takde kerusi meja. Haiiii... Ada juga cerita ngeri yang diceritakan oleh seorang kawan yang pernah menggunakan dewan tu. Maka, masih berbelah bagi nak ke taknak kat Banquet. Walaupun insyaAllah majlis kami serentak, kos nye boleh dibahagi dua. Tapi lepas dengar cerita tu, saya rasa takut juga.

Dewan Presist 16 saya tau memang parkingnya amat heaven. Kalau turun hujan pun, tak apa pasal parking basement. Bilik VIP betul-betul di pintu masuk. Malangnya, sekali saya jenguk ke dalam, ianya kecik sedikit dari LLM. Saya rasa, kalau dimuatkan 50 meja pun, ruang untuk bergerak amat la terhad.

Tet-tet, sms dari si dia, katanya "Mak taknak kat Putrajaya sebab jauh. Tapi LLM bagi mak pun ok"

Erm??!!!

abang saya sms tadi "Kau taknak LLM pasal aku dah kawin kat sana erk??"

You think?!!

hihihih.. Nanti aku pikirkan ye. Aku ada setahun lagi nih Gemox (tapi ticker kat sebelah dah tunjukkan masa semakin pantas meninggalkan saya!)

Kalau korang macam mana?

Takut juga nak tempat yang sama. Takut ada perbandingan. Walaupun tempat tu amat selesa untuk kami, tapi tengah fikirkan, pros and cons camne.

Takpe, setahun lagi ada :)

12 November 2009

10 November, 2009

Biarkan Saja


Salam dan hai

Serius, saya bukan seorang yang simple.

Yang kenal saya di dunia nyata, tau saya bagaimana orangnya.

Kalau baju takde manik, sanggup saya jahit manik. Kalau ke majlis, takkan tinggalkan rumah tanpa makeup dan smokey eyes.

Tapi, bila saya putuskan, tak mahu sebarang majlis tunang, ramai juga bertanya dua kali. Bila saya katakan, 'tak tunang pun, terus kawin', mesti bunyi 'HA??' akan saya dengar.

Mereka memang bukan salah dengar.

Ye, saya memang tak mahu sebarang majlis tunang. Tapi bukan bermakna saya tidak bertunang kan?

Syarat tunang bukan la terletak pada cantiknya baju baru, hebatnya mak andam, enaknya katerer, gah nya barang iringan atau betapa profesionalnya camera men.

Nasib kedua ibu bapa saya amat setuju. Saya tau, kalau saya minta nak diadakan majlis kenduri, siap ada pelamin mini, baju baru, jemput sedara mara dan kawan-kawan, pasti ayah ibu takkan tolak dan akan turutkan aja. Tapi entah, saya memang taknak.

Sama sekali bukan mahu menyendiri.

Jauh sekali bukan kerana kos.

Cuma saya menolak.

Ayah la orang paling lega bila saya katakan, saya memang tak mahu sebarang majlis. Malah, ayah kata cukup cincin aje sebagai tanda.

Tak kisah kalau ada yang rasa dan fikir, saya akan meroyan di kemudian hari bila takde gambar kenangan, bila tak rasa geletarnya jari disarung cincin oleh bakal mak mentua, takde barang-barang dan baju tunang sebagai sentimental value. Tu semua bisikan semata.

Yang saya mahu, pada hari mereka datang, saya cuma mahukan kedua ibu bapa saya, ibu bapa dia duduk di ruang tamu berborak...

...Dan saya hanya t-shrit di dapur, sedang memasak untuk mereka

Sebab tak semua kita berpeluang nak rasa pengalaman cam tu :)

Biar lah, sehari dalam hidup saya, saya dalam keadaan amat sederhana untuk mereka yang amat istimewa dalam hidup saya.

InsyaAllah :)

Doakan yang terbaik untuk saya!

Tips: Pemilihan Dewan atau Rumah?


Salam dan hai

Baru-baru ni, cik Mingming telah hantar komen di
post ini.

Bertanya dia "memandangkan majlis abg awak di dewan dan majlis besfren awak di rumah, boleh tak bg pendapat berkenaan lokasi majlis. sbb saya cdg nk buat majlis kat dewan sbb saya rasa ia lebih mudah dan tak perlu susah2 nk kemas2 rumah tp emak saya nk buat majlis kat rumah. boleh tolong saya bg pendapat?"

Kalau nak bagi pendapat, pendapat saya akan jadi bias :P pasal pilihan saya semestinya kat dewan, tak kisah la orang kata tak mesra alam ke, tak dapat pupuk semangat komuniti ke, sebab apa2 pun berbalik kepada saya semula dan keutamaan saya, saya rimas tempat yang kecik. Saya ada masalah dengan ruang kecik. Ruang kecik buat saya rasa semak.

Sama juga untuk menjawab soalan cik MM.

Saya pun dah bertanya soalan yang sama kepada beberapa orang kawan-kawan saya. Sama, ramai juga yang bias. Bagai bertanya pasukan Negeri Sembilan lawan dengan Kelantan.

Tapi Falin telah berjaya pendapat dengan amat ringkas dan padat, tanpa berat sebelah.
"Ikut pd situasi, kemampuan dan keselesaan"

Betul. Kalau situasi rumah yang kecik tapi kamu ada kemampuan untuk buat di dewan bagi keselesaan, buat sahaja di dewan.

Kalau situasi rumah kamu selesa dan kamu sekeluarga ada kemampuan dari segi tenaga kerja, maka buat sahaja di rumah.

Jadi, buat MM, saya rasa soalan paling asas kamu kena fikir;

Kediaman kamu

Maksud saya, adakah ruang rumah cukup selesa untuk dijadikan tempat majlis? Fikirkan sekali hal ruang rumah, di mana akan diletak pelamin, di mana ruang untuk penanggah bekerja, di mana orang katerer (jika ada) letak barang-barang mereka, di mana hendak diletakkan speaker, bilik mana diletak barang-barang buah tangan, bagaimana tempat parking untuk tetamu.


Paling penting, adakah ruang depan rumah cukup untuk diletakkan khemah? Kalau diletak khemah 2-3, akan menggangu jiran tetangga untuk keluar nanti kah? Bagaiman pulak kalau tetamu main parking cam haram depan rumah jiran? tak ke mendera emosi jiran-jiran? Tak kira lagi volume muzik yang kuat, menggangu anak-anak kecik yang tidur, menggangu anak-anak jiran belajar.

Ingat, dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya."

Tapi ingat, memandangkan mak kamu nak buat di rumah, tanya dia kenapa dia nak buat di rumah? Mesti dia ada sebab musababnya. Mungkin sebab dia nak kumpul sedara mara di rumah. Mungkin dia nak amik berkat di rumah. Mungkin pasal budget. Jadi bagi saya, kamu bincang dulu dengan ibu kamu. Cuba faham kehendak dia.

Memandangkan tujuan kamu nak buat di dewan lebih mudah dan tak perlu pening kepala nak fikir mengemas. Kalau mak kamu ada tenaga kerja manusia yang ramai dan tak kisah untuk tolong mengemas rumah kamu, maka mungkin tiada isu mengemas. Tapi hati-hati, kadang-kadang, mereka pada mula sahaja nak kemas, tapi bila tengok tunggang langgang, terus tak jadi :P

Kalau ini wedding pertama keluarga kamu, kadang-kadang (saya kata kadang-kadang pasal tak semua anak pertama tak kisah lelaki atau perempuan, keluarga akan buat di rumah. Itu bukan tradisi wajib) ibu ayah takde pengalaman handle majlis jadi dengan kehadiran jiran dan saudara mara, mereka rasa lebih yakin dan tak panik. Mereka perlukan sokongan emosi dari orang sekeliling.

Dan orang tua ni lain sikit. Mereka susah nak percayakan orang muda buat kerja (percaya la, saya pernah alami situasi ini dan saya telah membuktikan saya mampu) Mereka nak lihat hasil depan mata mereka, baru mereka akan percaya.

Maka, MM jika kamu tekad nak buat di dewan, cuba yakinkan mak kamu kenapa kamu nak buat di dewan. Bincang jangan sampai bertekak. Faham kehendak masing-masing, baru la boleh jumpa persefahaman. Ingat, darah manis kadang-kadang mudah bergelogak.

Tapi bagi saya, tak betul dah kalau nak samakan tradisi dulu dan sekarang. Jangan kata buat di dewan tak ikut tradisi, sedangkan yang dibuat di rumah pun, makan tetap buffet. Kalau benar mahu tradisi, buatkan aje lauk yang siap terhidang di atas meja macam zaman dulu-dulu. Baru betul :) Yang jenis satu meja ada sepinggan lauk, sepinggan acar, kuih 2-3 jenis dan satu jag air sirap; dan tetamu diharap habiskan semua makanan di atas meja diorang. Zaman sekarang, susah nak jumpa lagi tradisi ini.

MM, masa saya hadiri majlis kawan saya yang buat di rumah, dia untung pasal ayah dia orang kuat komuniti disitu dan mereka memang berazam nak tolong ayah dia. Maka majlis memang meriah dan smooth. Jiran-jiran disitu pun memang sporting, sampai tak kisah ruang tempat letak kereta mereka dipasangkan khemah untuk tetamu. Telinga pun tebal, dengar nyanyian pakcik karoeke yang mungkin pernah masuk pertandingan Bintang RTM kot. Rumah dia pulak bukan di jalan besar jadi takde la berlawan dengan habuk lori dan kereta. Cuma masalahnya bila parking pada waktu peak hour. Isu lagi satu, berkenaan hujan atau bila terlalu panas.

Yang buat di dewan, memang la selesa pasal tempat air cond. Surau pun ada, tandas pun ada, parking pun senang. Bilik VIP untuk kaum keluarga berehat pun ada. Pintu masuk 1 jadi tuan rumah dapat bersalam dengan semua orang. Cuma orang selalu kata, kurang mesra dan komunitinya

Jadi, untuk buat keputusan, kena set kan kepentingan majlis di mana.

Kalau mahukan keselesaan tanpa perlu pening kepala fikir nak kemas rumah selepas majlis (dan terus boleh golek-golek dalam bilik pengantin) mungkin buat di dewan pilihan terbaik.

Tapi kalau mahukan semangat komuniti tanpa kisah penat atau nak pitam mengemas demi semangat persaudaraan, mungkin boleh buat di rumah.

Sebab yang mana pun pilihan, berbalik pada diri sendiri dan keluarga.

Oh saya sudah discover hal paling penting ngapa saya nak buat di dewan -- tak perlu kehadiran orang yang nyibuk nak tengok bilik pengantin macam mana rupa :)

hihihi.

Apahal tempat suami isteri, tetamu nak tengok?!!!

p/s readers, sila bagi pendapat korang kat box comments ye. MM mesti akan menghargainya

10 November 2009

09 November, 2009

Shima Untuk Am


Salam dan hai..!


Terima kasih pada Eazy yang telah menjadi follower ke 39 blog ni.. Tepuk*

6 November 2009, maka selesai sudah transformasi dari Cik kepada Puan. Esok harinya, 7 November, kenduri Shima dan Ilham. Tetiba saya menjadi videographer tak bertauliah untuk majlis dia. Jalankan aje tanggungjawab demi kebahagiaan Shima

Saya dan Nity, bersama Izzah dan adik nye tiba di rumah Shima kira-kira 11 lebih. Shima masih dimakeup oleh mak andam.


Oh ya, hadiah perkahwinan Shima agak special berbanding majlis-majlis yang pernah kami beri. Kami semua tau yang Shima memang hantu Ikea, jadi kami hadiah dia ini..! Voucher Ikea berjumlah RM200 ringgit. Pandai-pandai la dia cari barang kat Ikea untuk rumah baru dia dan Ilham.



Ingat tak abang OP cool yang saya bagitau semalam? Hari ni saya sempat temu bual dia.



Masa kami tiba, khemah dan kerusi meja telah siap. Malah tetamu pun sudah ramai yang datang. Dengarnya, tetamu aja hampir 3ribu orang! Nasib la ayah Shima orang kuat kawasan dia, jadi komuniti di tamannya, sepakat untuk buat gotong royong. Pelamin Shima dengan kerusi gedabak dia tetap menjadi pujaan tetamu :P


Kami makan awal juga.. nyums sangat lauknya. saya suka dalca sayur pasal terungnya amat la besar. Saya suka! then acar pun sedap, tak terasa cam ubat. Yang paling sedap sekali adalah cendol!! Saya memang hantu cendol, jadi bila aje saya dengar pengumuman oleh DJ yang mengatakan cendol ada dihidangkan, melilau saya cari cendol tu. Sedap, cukup manisnya untuk saya.Mula-mula saya amik semangkuk, then uisssh! Sedar-sedar, sudah 6 mangkuk!!



Sedap gila!! Maka saya pun asyik berulang aje, sampai abang cendol tu pun tegur. Lepas tu dah tak amik pasal malu even abang tu bukan perli pun :P hahahahha

Dalam sibuk-sibuk promosi cendol tu, tetiba pengumuman ketibaan pengantin. Nasib kedudukan saya makan cendol dan perarakan tak jauh. Shima anak tunggal perempuan dan yang pertama berkahwin, jadi majlisnya amatlah meriah.

Dengan kompangnya. Sampai 5 lagu la mereka main. Pasukan kompang yang sama masa abang saya kahwin seminggu sebelum Shima. Tapi untuk majlis abang saya, saya cuma request 2 lagu aje, pasal nak kejar masa :P


Apa tah lagi, ayah Shima orang kuat komuniti di situ dan adik Shima juga adalah ketua kompang di situ. Memang mereka ada motif untuk palu kompang dengan semangat, macam kat bawah ni!



Yang ditengah-tengah tu salah seorang adik Shima. Semangat kan dia?!!! Di akhir video nanti, camera ada fokuskan pada adik Shima yang satu lagi. Dia tu la contact person untuk kompang ni. Saya pernah
review perkhidmatan mereka di sini.



Dengan silatnya




Mahunye Shima tak senyum lebar! :P



Macam-macam yang berlaku sepanjang majlis ni. Tapi pasal kami banyak lepak dalam rumah, maka tak sempat berjumpa dengan kawan-kawan lain yang berada di luar. Tapi saya yakin, ramai yang datang cuma kami tak berkesempatan untuk berjumpa. Yang saya jumpa, bukan kemain nasihat rumahtangga dan tips malam pertama diberi!!



Alhamdulillah, hujan turun hanya pada selepas 4.30 masa tu pun, tetamu dan beransur balik. Yang tinggal cuma komuniti dan sanak saudara. Tapi kami di dalam rumah, sebab jadi props untuk fotoshoot memandangkan di luar hujan.

Pendek kata, sampai ke petang majlis, pengantin dah terdampar penat atas pelamin :P


Shima, selamat pengantin baru!!

5 budak comey, 2 sudah dibawa lari, tinggal la 3 :P

9 November 2009

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates