Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 June, 2009

Hargai Seadanya


Salam

Dalam sesuatu hubungan, dah cukup bertuah kalau kita dapat 80% apa yang diperlukan dan menerima kenyataan memang payah nak dapatkan 20% apa yang dikehendaki. Percaya lah, memang terdapat godaan dalam hidup di mana berjuta-juta lelaki dan perempuan yang kita jumpa mampu memberikan kita 20% yang kita kehendaki.

Dalam perjalanan hidup, kita mesti akan jumpa orang yang lebih menawan atau memahami. Lebih sensitif. Lebih serasi. Mungkin lebih kaya juga. Lebih segala-galanya dari si dia yang sudah ada disisi kita. Mungkin juga akan jumpa dengan orang yang akan lebih menghargai dan tergilakan kita daripada pasangan kita sendiri. Di sini la mulanya destinasi memburu 20% lagi. Mula la upacara membanding-bandingkan. Contoh, kalau pasangan kita pendiam, kita mungkin terasa teruja berjumpa dengan kawan yang bijak berbual, petah menasihati, berkongsi lagu kesukaan, filem kesukaan, makanan kesukaan. Mula la kita kata "where have you been all my life?"

Ye, mungkin kita dah jumpa 20% apa yang kita nak.

Tapi berbaloikah buang 80% yang kita dah ada?

Jangan jadi seperti penumpang LRT yang termenung tengok pemandu di jalan raya, memikirkan betapa bertuahnya pemandu yang tak perlu bersesak di dalam LRT, tanpa ada risiko kaki kena pijak dengan heels (sakit ooooh, saya penah kena dengan jantina yang berperangai songsang). Sedangkan yang membawa kereta tu pulak terfikirkan, "bestnya kalau ada driver macam boss aku". Boss mereka pulak mengomel di dalam kereta-- sebab mereka takde helikopter peribadi yang akan mendarat dibumbung opis.

Ketamakan membabi buta memang membawa kehancuran. Tak perlukan kertas kajian bertahun-tahun untuk membuktikannya.

Ketamakan manusia memang boleh menyerlahkan sifat kebodohan yang nyata dan tak berlapik. Disebabkan ketamakkan ini, ramai antara kita hidup dalam penafian yang jelas dan tak perlu disuluh. Dalam silap yang kita izinkan. Merelakan diri menjadi yang hadir dalam gelap. Redha kononnya membiarkan kewujudan menjadi rahsia, yang disembunyikan. Terasa diri agung dengan pengorbanan yang diberikan demi kebahagian yang diharapkan dikemudian hari. Tapi bila terdetik persoalan; sampai bila? Mungkin sedikit romantik, tapi pathetic yang amat. Boleh berjuta kali yakinkan diri, anggapkan itu kisah cinta agung, yang memang hanya dia yang dicari selama ini-- cinta sejati kurniaan Ilahi. Maka harus menelan hempedu sebelum menghirup madu.

Ye, bukan tempat saya untuk memutuskan berbaloi atau tidak berbaloi pengorbanan dan penantian tu. Kau boleh tunggu dan lihat hasilnya. Tapi jangan la kau junjung harapan berdasarkan case study;"oh, ada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku, dulu dia bercinta dengan boyfriend kawan dia senyap-senyap. Lepas diorang clash, dia couple dengan lelaki tu dan sampai skrang diorang happy". Ini lah silap kita. Fantasi dengan ceritera kebahagiaan orang lain, dengan harapan jalan cerita yang sama akan terbentang untuk kita. Mungkin pembukaan dramanya sama, tapi penamatnya belum tentu, budak! Oh, tapi usah biarkan cakap-cakap di atas halang kau untuk amik risiko yang kau cita-cita kan. Kau bertanggungjawab atas tindakan kau. Percaya lah, kalau pun kau tak dapat apa yang kau nak, kau akan dapat pengalaman yang tak ternilai harganya.

Saya juga pernah menjadi manusia tamak haloba. Ketamakan berleluasa sebelum saya sedar sifat tamak tu tak bawa saya ke mana. Tapi saya tak nafikan, orang tamak tak sentiasa rugi. Ada untungnya. Tapi untungnya tak lama. Untungnya sekali banyak, tapi pasti terputus. Benda yang tak diberkati memang tak akan kekal. Rasa rugi kan?

Entri ini tidak ditujukan pada sesiapa. Sekadar berkongsi kisah blogwati seperti saya. Peringatan buat diri saya sendiri di kemudian hari. Sungguh kali ni saya tidak meracau. Saya tulis dalam keadaan tenang sambil minum susu Anlene dengan harapan tulang saya tak reput sebelum 50 tahun.

Sebab pengalaman saya mungkin sama seperti kamu --BUT I wouldn't change anything in my life, I just want to live my life now and let bygones be bygones and make sure I live in the future the right way.


So the next time before you want to talk about what you want, you have to appreaciate what you have.


Be careful in deciding between what you WANT and NEED in your life


29 June, 2009

Ideal


Salam

Hari tu, saya ada berbual dengan seorang sahabat yang hampir sebulan bergelar suami. Saje bertanya pada beliau, adakah preparation kawin ni sangat stressful, dan seterusnya menjurus pada persoalan, adakah perempuan suka mengstresskan diri mereka dengan hal2 remeh? Jawapan yang ditulis disusun rapi “If I answer that i'll be gender discriminating,chauvinist & leftist but the answer is yes, 75% of the time". Ada kawan perempuan pulak yang jawab “Ok la cmtu. Pass semua mende remeh tu kt laki..Nanti balik kang dia suh mak/kakak/adik dia yg buat”.

Bagi saya, lelaki dan perempuan dijadikan berpasang-pasangan, untuk mengimbangi kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lelaki jangan kata, perempuan suka menyulitkan perkara yang mudah, sedangkan apa yang perempuan inginkan, satu majlis yang berjalan dengan lancar dan cukup manis buat mereka. Perempuan jangan kata, lelaki tak amik berat tentang persediaan majlis, sedangkan mereka yang akan berjabat tangan dengan tok kadi.

Kebanyakkan kawan-kawan lelaki yang saya pernah borak dengan diorang pasal perkahwinan, kebanyakkan mereka tak sangat risaukan perjalanan untuk ke perkahwinan kerana yang lebih mereka risaukan, macam mana nak uruskan kehidupan selepas perkahwinan, terutama dari segi kewangan. Rasanya memang hidup ini adalah untuk lengkap-melengkapi. Kalau sebelum kawin kita tak dapat nak handle perkara menuju ke alam perkahwinan, macam mana kita nak selesaikan masalah yang akan berlaku hari-hari dalam perkahwinan.

Saya akhiri post ini dengan video di bawah

Ingat cik Salmah, jangan marah-marah.. Nanti kena jual!

27 June, 2009

Pengapit


Salam

Beberapa hari lepas, ada borak dengan seorang sahabat yang akan menempuh hidup rumahtangga insyaAllah dalam tahun ini. Mula-mula cuma bercerita pasal door gift dan entah macam mana bercerita tentang pengapit- Satu topik yang jarang dibincangkan dalam hal-hal perkahwinan. Saya tak anggap la pendapat saya sesuatu yang penting berkenaan pengapit, jadi apa yang saya nak kongsi ni, adalah pendapat sendirian berhad saya. kalau ada yang terasa atau tersusuk hatinya, saya minta maaf.

1. Baju pengapit

Sama sekali tidak la boleh over daripada pengantin. Dalam erti kata lain, sebolehnya warna dipilih, jangan lebih terang daripada pengantin (semoleknya biarlah selari dengan tema majlis) atau lebih serabut (berlebih-lebihan dalam bab manik, renda, kain menjela, fashion vogue) daripada pengantin. Kalau nak yang macam tu, tunggu turn kamu kawen ye. Ini bukan aje untuk mengelakkan dari orang ingat kamu pengantin, tapi juga untuk memudahkan pergerakan kamu. Pengapit perlu sentiasa bergerak cergas jadi aksesori berlebihan adalah tidak digalakkan. Kalau pengantin takut kena over shadow, baik kamu sendiri yang pilihkan kain dan fashion pengapit kamu sendiri. Tapi agak-agak la, kalau kamu nk kain yang cantik, tapi budget pengapit kamu tak mampu, jangan la paksa dia beli. Seeloknya, beli la kain yang dia mampu dan kamu puas hati. Tiada konflik di kemudian hari.


2. Size does matter!

Percaya lah. macam mana lelaki mementingkan size, kamu juga harus mementingkan size! maksud saiz di sini adalah berkenaan fizikal pengapit kamu, iaitu ketinggian dan kelebaran beliau. Kalau pengantin kecik molek, seeloknya jangan pilih pengapit yang besar dan tinggi dari kamu, atas dua sebab; kamu akan tenggelam daripada pengapit; dan kepada pengapit tu sendiri, dia juga takmo la kelihatan besar cam gergasi berbanding pengantin yang kecik molek disebelah tu. Pengapit akan berada di sebelah pengantin sepanjang majlis, iaitu kira-kira 4-5 jam, jadi tak perlu jadikan jam-jam tersebut menyiksakan buat kalian berdua. Kalau kamu pulak besar dan tinggi, jangan pilih pengapit yang kelihatan macam budak sekolah rendah yang belum akil baligh. Sudah pasti kamu tak mo kelihatan macam gergasi disebelah pengapit kamu. Seeloknya, pilih la lebih kurang tinggi dan besar seperti kamu. Kalau pengapit kamu kurus tetapi lebih tinggi dari kamu, mungkin bukan masalah kerana pengantin biasanya akan memakai kasut tumit sekurang-kurangnye 2 inci (menambah ketinggian 5cm disitu) dan tiara di kepala (menambah sekurang-kurangnya 1-2cm), jadi kamu selamat disitu.

3. Bukan sekadar di pinggiran

a. Tugas pengapit bukan untuk kelihatan cantik dan tersipu-sipu sambil mengipas pengantin. Dari mula pengapit dipilih oleh pengantin, pastikan pada sepanjang majlis berlangsung, kamu berhampiran dengan pengantin. Tak kira dari majlis pernikahan hingga sanding. Pengantin adalah raja sehari, dan pengapit adalah dayang yang bertugas. Ketika majlis pernikahan, pastikan kamu yang memegang IC pengantin. Supaya bila tok kadi minta IC, takkan nak harapkan pengantin yang terhegeh-hegeh bagi. seeloknya duduk bersebelahan dengan pengantin, supaya dia ada teman untuk pegang tangan, teman untuk lapkan peluh, teman tolong bagi dia air mineral bila pengantin haus.

b. Bila sesi 'renjis-renjis dipilis', seelok di tangan, siapkan dengan tisu untuk membersihkan tangan pengantin supaya mudah untuk pengantin bersalam dengan tetamu. Tugas sampingan pengapit adalah melayan pengantin berborak di atas pelamin. Adalah lebih tidak manis bagi pengantin untuk borak dengan pasangan beliau, maka kehadiran pengapit dapat mengisi masa lapang sementara menunggu Mak Su yang Missing in Action, atau Pak Teh yang sedang dalam percubaan mencuba lauk pengantin mahupun Achik yang seronok berkaraoke, untuk naik ke pelamin menepung tawar. Bukan sesi gossip girls di atas pelamin, tapi cukup la berkata " sapa yang ko nampak datang", "cuaca panas la", "aku lapar giler nak pengsan" .. sekadar berbual kosong.

c. Oh pada majlis makan beradap, biasanya pengapit akan duduk bersebelahan dengan pengantin. Jangan ingat korang duduk sekadar dah penuhkan meja, tapi tugas korang adalah untuk mengambilkan lauk untuk pengantin. Kena faham, dengan pakaian pengantin lengan lebar boleh masuk kepala, maka takut terkena kuah. Maka tugasan korang untuk mengambil lauk bagi mempelai. Kalau tempat duduk pengapit tidak disediakan saing dengan meja pengantin, tak apa. pastikan korang amikkan lauk untuk pengantin, then korang boleh duduk bersama-sama tetamu. Kecuali memang dah ada pelayan untuk pengantin, maka korang boleh terus duduk sekali untuk makan.

d. Biasanya selepas majlis makan beradap, pengantin akan bertemu dengan tetamu yang hadir. Tugas seterusnya yang menanti adalah untuk menjadi photographer terjun. Tetamu yang datang sudah pasti nak amik gambar dengan pengantin, jadi kamu kena secara automatik, tawarkan untuk amikkan gambar kenangan tersebut. Lagi cepat keadaan dikawal, pengantin boleh beransur kepada tetamu yang lain. Pastikan bawa air mineral bersama kamu takut pengantin haus.

e. Kamu kena perhatikan pengantin sentiasa kelihatan cantik. Pastikan lipstik beliau tak kena gigi, pastikan takde cili kat celahan gigi pengantin, tiara terletak molek diatas kepalanya, pendek kata serba serbi tentang penampilan pengantin, kamu kena amik tau dan amik berat.

Jangan kata tugasan pengapit di atas tu pelik. Zaman dulu lagi mencabar. Pengapit (terutama belah lelaki) tugasnya adalah memberikan bayaran tol kepada keluarga belah perempuan--dan adat ini masih diteruskan sebab abang saya dulu pun kena.

Ada yang lebih pelik, saya penah terbaca, pengapit lelaki kena ikut temankan pengantin lelaki ke rumah mertua tetapi sebelum Subuh, pengantin lelaki kena cabut lari keluar ikut tingkap dan pulang ke rumah sendiri. Oleh itu, tugas pengapit lelaki adalah untuk memastikan pengantin lelaki berjaya mencabutkan diri beliar keluar! Itu belum cukup pelik.

Bila tiba pulak turn rumah pengantin lelaki, tugas pengapit perempuan adalah untuk temnakan pengantin perempuan tidur di bilik pengantin selama beberapa malam. Pengantin lelaki kena ikhtiar untuk tidur dengan isterinya dan salah satu gejala yang telah dimulakan dari zaman dulu adalha budaya rasuah! Sama macam kes tol di atas la. Pengantin lelaki akan bagi duit kepada pengapit perempuan supaya pengapit leh gi main jauh-jauh sebelum (.. sila layan fantasi liar korang di sini.. hihih)

Sebenarnya, list di atas tu datang dari penilaian saya sendiri dan mungkin berbeza pendapat dengan orang lain. Tapi pada hari saya jadi pengantin (bukan tahun ini--kali ke berapa ratus saya terangkan), saya berharap pengapit saya sanggup buat semua ini untuk saya. Biasanya, seorang sahabat yang sejati, akan sanggup bersusah payah untuk sahabat sendiri.

Sahabat macam tu, mana nak cari :)

24 June, 2009

Permulaan Segalanya


Salam dan Hai.

Testing testing..

Perasmian blog perkahwinan saya~~

Ini adalah nukilan pertama blog ni. Sedikit janggal. Kecut juga ada.

Sumpah, kalau Fieza tau tentang blog ni, mesti dia akan gelakkan saya. Walaupun dia selalu kata blog tentang perkahwinan adalah amat cool, tapi rasanya kalau dia dapat tau yang saya menulis mesti akan jadi bahan untuk gelakkan saya pada raya tahun depan... dan raya-raya seterusnya.

Sila lihat tajuk besar blog ni dan dah pasti kamu tau blog ini berkenaan apa kan?

Siapa saya sebenarnya, biarlah rahsia.. walau tak glamer cam Siti untuk berahsia, tapi saya tetap rasa, cukup la sekadar dikenali sebagai Xora.

Sebenarnya, pada tarikh blog ini ditulis, tiada tarikh rasmi tentang majlis saya dan pasangan saya. Tapi saya teruja untuk tulis sebab saya rasa saya perlukan wadah online supaya mudah untuk saya buat semakan di masa hadapan. Belajar dari pengalaman kawan-kawan saya, patut untuk kita saling bertukar pendapat. Sama ada dari bakal pengantin atau pengantin.

Beberapa perkara perlu ditekankan di sini:

1. Sama sekali tidak akan meletakkan sebarang gambar saya di sini. InsyaAllah, kalau umur panjang dan dipermudahkan jalan, saya akan letakkan gambar saya pada post hari pernikahan saya. Pada masa tu, mungkin kamu baru menyedari mungkin saya adalah sahabat kamu, kawan satu opis kamu, jiran kamu atau pun mungkin orang yang dibenci kamu.

2. Berikan saya tempoh 1 tahun 6 bulan untuk merealisasikan impian majlis DIY saya.

3. Blog ini ditulis oleh orang biasa-biasa aje, yang akan cuba melangsungkan perkahwinan yang biasa-biasa aje.Tak mengharapkan sponsor tak mengharapkan pinjaman.

4. Peringkat permulaan post untuk label ini akan agak perlahan kerana takde banyak perkara yang boleh dikongsi daripada side dia, tapi mungkin kita semua boleh belajar antara satu sama lain.

5. Tak mahu mencarut-carut di blog ini.


Yang no 5 tu paling susah.. haaaiaiiii

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates