Salam dan hai
Susah ke nak kahwin ni? Kahwin memang susah, tapi lagi susah menghadapi soalan yang dilontarkan oleh 'Cik Bedah'
1. Kahwin
Kalau kahwin awal, dikata "Erm.. dah gatal nak berlaki la tu!"
Kalau kahwin lewat, dikata "Psst.. Dia tu jual mahal. Pasal tu tak laku-laku"
2. Anak
Kalau bunting pelamin, dikata "Ei, mengandung 2 bulan dah? Rasanya baru sebulan setengah kot diorang kahwin. Jangan-jangan...."
Kalau tak de rezeki lagi, dikata "Dah setahun kahwin, takde isi? Mandul la tu!"
3. Wang Hantaran
Kalau diletak tinggi, dikata "Amboi! Hebat sangat ke anak dia tu sampai letak wang hantaran tinggi-tinggi?"
Kalau diletak rendah, dikata "Rendahnya. Bakal suami dia tak mampu la tu"
4. Majlis
Kalau sederhana, dikata "Erm.. kahwin sekali seumur hidup. Buat apa buat majlis kecik!"
Kalau mewah, dikata "Membazir betul! Baik simpan duit tu untuk kehidupan lepas kahwin"
5. Mekap
Kalau sederhana, dikata "Ei, muka pengantin tu buruknya. Kan elok amik makeup artist yang bagus sikit. Tu pun nak berkira"
Kalau cantik, dikata "Mekap, kalau dibuat mata cam Rozita Che Wan pun, nanti dah basuh mekap, sepet juga mata tu. Rugi aje seribu bayar mekap"
6. Photo
Kalau sederhana, dikata "Gambar ni aje kenangan. Baju kahwin, pelamin, tu semua kena pulankan balik. Apa salah kuar banyak sikit budget untuk gambar"
Kalau mahal, dikata " Ala mahal cam ni pun, nanti dah 4 bulan kahwin, takde nya nak tengok album ni sama-sama. Nanti buat kumpul habuk aje!"
7. Makan
Kalau banyak lauk, dikata "Siapa nak habiskan semua lauk ni? Tetamu bukannya dia jemput ramai pun!"
Kalau lauk sikit, dikata "Panggil orang kenduri. Lauk macam makan tengah hari aku masak kat rumah aje!"
8. Pelamin
Kalau pelamin lama, dikata "Ei, tak sesuai langsung la warna pelamin tu! Cam kampung betul taste pengantin ni!"
Kalau pelamin moden, dikata "Ala. pelamin ni dah biasa aku tengok kat wedding lain. Tak unik mana pun!"
9. Door gift
Kalau tuan rumah kasi buah tangan sikit, dikata "Aku penat-penat datang dari jauh, muffin aje dapat!?"
Kalau tuan rumah kasi buah tangan banyak, dikata "Ala, Nak nampak grand aje la tu kasi paper bag, tapi dalam tu setakat kerepek, gula-gula, muffin, tisu ni, huh murah aje"
10. Jemputan
Kalau dijemput "Aku ni bukan teringin sangat nak gi kenduri dia. Tapi pasal aku nak tengok, hebat sangat ke majlis dia tu!"
Kalau tak dijemput "Dia tu takmo jemput aku pasal malu la tu, majlis dia mesti cikai-cikai aje tu..!"
Mereka digelar Cik Bedah a.k.a Mulut Bedebah.
Saya rasa, kita semua pernah hadapi situasi macam ni. Sama ada kita terdengar perbualan orang atau kita orang dalam kumpulan perbualan--atau kita lah Cik Bedah yang dicari-cari itu.
Misi Cik Bedah satu sahaja; Ingin pihak lain sependapat dengan dia.
Kalau dibangkang, dia akan menjuih.
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.
Zaman sekarang, Cik Bedah boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan sudah bertukar modus operandinya. Tidak mahu lagi dilihat sebagai mulut jahat. Tetapi mereka akan bijak mengambil peluang untuk menjadi tumpuan.
Mereka dikenali sebagai Cik Bedah Junior. Junior kerana mereka kini boleh wujud dalam golongan muda belia dan bukan lagi makcik tua yang pakai lipstik merah terang menderang itu. Berbanding Cik Bedah Senior, objektir Cik Bedah Jr adalah untuk memastikan tumpuan majlis padanya.
1. Gambar
Cik Bedah akan suka mencuri tumpuan OP bertugas. Dia sentiasa nak menempil sebelah pengantin di pelamin, upacara sarung cincin, upacara potong kek dan lain-lain. Kalau gambar berkumpulan, dia paling depan dan tengah. Boleh kata, muka dia ada dalam kamera untuk apa juga situasi. Kadang-kadang secara selamba akan kata "Abang, amik la gambar saya. Pengantin tengah bersiap tu, takde menarik pun"
2. Sponsor
Cik Bedah beria-ria mahu sponsor telur pahar, hantaran atau buah tangan tetamu. Tak pernah diambil kisah sama ada pilihannya bersesuaian dengan majlis atau kehendak tuan rumah. Yang penting banginya, dia akan pastikan semua orang tahu dia sponsor sesuatu untuk majlis "Kek majlis dia yang 10 tingkat tu, aku yang sponsor. Saje, nak tengok kawan gembira. Aku punya nanti 2 kali daripada ini tau!"
3. Penampilan
Cik Bedah akan pastikan penampilan dia lagi glam daripada pengantin. Dia akan cuba melantik dirinya menjadi pengapit atau dayang-dayang. Jika tidak berjaya, dia sebolehnya mahu warna setema dengan pengantin. Bila bergambar sebelah, dia nak nampak lebih menonjol "Eh, warna baju kita sedondon pulak! Macam bermadu. Hikhik"
4. PA tak dilantik
Cik Bedah akan melantik dirinya menjadi PA kepada pengantin. Walaupun tetamu tak bertanya, dia dengan murah hati bercerita "Wang hantaran pengantin 7K aje. Saya tahu pasal saya ada masa majlis nikah. Tak de hantaran barang kemas pun. Cuma cincin yang diorang beli masa sale 70% kat kedai emas cina depan simpang tu.. Mak cik, tambah lauk..?"
5. Wartawan hiburan
Cik Bedah sudah tidak segan silu bertanyakan tentang kos majlis. Kalau pengantin mengelak daripada menjawab, dia amat licik dan terus bertanya pada vendor "Kak, kalau saya nak gunakan khidmat mekap akak cam majlis kawan saya ni, berapa akak charge?" Dah dapat tahu harga, dicanang pula harganya pada orang lain.
Cerita pasal Cik Bedah ni dah lama saya nak tulis, cuma belum berkesempatan, baik daripada segi masa dan idea. Cuma hari ini, baru idea mencurah-curah datang.
Tiada siapa tahu bagaimana nak kawal Cik Bedah ni, jauh lagi macam mana nak elakkan dia daripada majlis. Kerana kadang-kadang, seseorang boleh tiba-tiba menjadi Cik Bedah tanpa disangka. Sifat mazmumah yang sekian lama disorokkan, bak tak dapat ditahan-tahan.
Cuma kita sebagai pengantin / bakal pengantin, kena persiapkan emosi dan mental kita menghadapi Cik Bedah itu semua. Tiada ubat dan petua nak elakkan mereka kerana, kita ni hidup bermasyarakat. Kalau pun Cik Bedah tu bukan dikalangan kawan kita, boleh jadi wujud di kalangan saudara mara dan sahabat ibu bapa kita.
Yang saya boleh tulis disini, kalau kita nak hapuskan kewujudan cik Bedah, terlebih dahulu kita kena hapuskan Cik Bedah yang wujud dalam diri kita sendiri.
Saya rasa, semua orang secara tak sedar, mesti akan terdetik, tak perlu banyak kali, sekali pun cukup, sama ada sedar atau tidak, sama ada dilafaz atau tidak; dialog-dialog di atas tadi.
Mungkin bukan dialog serupa, tapi yang membawa maksud yang hampir sama.
"Umur 21 dah kawin? Ohh." yang membawa sama maksud "Mudanya nak kahwin! Enjoy dulu!"
Saya akui, saya pernah.
Mungkin masa tu saya masih muda, masih mentah nak faham, merancang majlis kahwin ini sebagai tuan rumah tidak semudah kita hadir sebagai tetamu.
Naif tentang ribuan duit yang diperlukan untuk persiapan.
Apa tah lagi isu jodoh dan takdir bukan kita coretkan.
Tak semua kita rancangkan, boleh berjaya.
Tak semua benda boleh diselesaikan dengan duit.
Restu bukan soal apa yang dilafaz pada mulut sahaja.
Berkat itu urusan kita dan Maha Esa.
Kadang-kadang, kesempurnaan yang kita cari, wujud dalam kekurangan yang kita tangisi itu.
Mungkin tidak ada titik nokhtah tentang maharajalela seorang Cik Bedah. Tiada siapa boleh mengubah Cik Bedah, kecuali dirinya sendiri.
Saya tak tahu macam mana nak akhiri post ini, jadi saya tinggalkan puisi. Hihi
Orang Cina dari Seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.
Sekian,
Mantan Cik Bedah ;p
19 Ogos 2010