Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

24 June, 2011

Berkahwin vs. Mengandung


Salam dan hai

Tiada jauh bezanya persiapan untuk majlis perkahwinan dengan perjalanan sepanjang tempoh mengandung ini rupanya.

Dialog, penerimaan orang sekeliling, hampir-hampir sama sahaja ketika masa saya merancang majlis perkahwinan.

Berkahwin: Ei, ko nak kahwin?!! Bila ko bertunang?!
Mengandung: Ei, ko dah mengandung?!! Bukan baru lagi ke kahwin?!

Berkahwin: Kahwin dengan orang mana? Kerja apa?
Mengandung: Bersalin kat mana? Pakej apa?

Berkahwin: Ko amik la pakej kat Butik XXX tu, mahal tapi bagus.
Mengandung: Ko beli la pakej bersalin XX tu, mahal tapi bagus.

Berkahwin: Majlis kat dewan ke rumah?
Mengandung: Nanti susu badan ke susu tepung?

Berkahwin: Dah decide nak amik OP (official photographer) mana?
Mengandung: Dah decide nak amik BP (breast pump) mana?

Berkahwin: Hantaran berapa?
Mengandung: Jantina apa?

Memang tak jauh beza perbualannya.

Buat masa sekarang ini, perbualan paling menarik yang saya pernah alami

K: Hei, bila ko mengandung? Minggu lepas aku tengok ko tak pregnant pun lagi!
X: Aku dah mengandung 6 bulan lepas dah kot.
K: Ha.. Jadi ko dah berapa bulan??
X: Aku dah 6 bulan la!!
X: Tak perasan pun!!

Nasib la kawan tu bujang lagi, jadi boleh maafkan dia.

Memang menjadi misteri pada sesetengah orang, berteka-teki berapa bulan sudah nyawa kecil yang dikandung di dalam ini. Perut saya tidak sebesar perempuan mengandung yang pada bulan yang sama dengan saya. Mungkin kerana ketinggian saya atau ruang di dalam perut (memandai aje aku). Tapi seronok juga berteka teki dengan orang sekeliling.

Bukan tidak mahu berkongsi secara umum, cuma saya memilih untuk tunggu dan lihat. Kalau ketika merancang majlis perkahwinan, saya memilih untuk bercerita dan melihat hasilnya terlebih dahulu, kali ini, saya ingin cuba satu pendekatan yang berbeza pula. Yang boleh saya harapkan, dipermudahkan urusan kami InsyaAllah.

Coretan ringkas di petang Jumaat

Selamat berhujung minggu semua!



24 Jun 2011


21 June, 2011

Genggaman Tangan



Salam dan hai

Post pendek hari Selasa. *masih tekunmengarang untuk post Perkongsian Hidup

Nak kongsi dua gambar genggaman tangan yang berbeza daripada koleksi gambar-gambar nikah saya.

Genggaman tangan masa akad nikah diantara D dan ayah saya



Genggaman tangan masa akad nikah diantara saya dan pengapit saya, Nity *pompuan, ko balik Malaysia la wei.. lama sangat kot ko asyik outstation. Aku dah dah beranak kot???!!!




Bila tengok semula koleksi gambar, teringat perbualan masa saya dan Nity menunggu di dalam kereta, sementara menunggu abang saya panggil untuk kami masuk ke masjid.

X: Nity, aku rasa, aku takmo kahwin
N: Hoi gila, ko kena kahwin gak la!!
X: Ko gantikan aku?!
N: B#!#%!v%!v




21 Jun 2011

13 June, 2011

Kisah Asam dan Ikan



Salam dan hai

Peribahasa hari ini:
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
Maksudnya: Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).

Ingat lagi tak iklan TV yang gunakan peribahasa ini? *Saya tak ingat iklan apa dah tapi saya pasti, saya tahu peribahasa ini daripada iklan di televisyen.

Peribahasa itu lah perkara pertama saya terfikir bila tengok gambar-gambar dibawah ini.

Walaupun mungkin peribahasa tersebut tidak relevan kepada orang barat ini, tapi bila saya tengok ada gambar ikan (patung ikan yang amat lah comel!!) automatik saya teringatkan peribahasa tu.

Mudah sahaja, menjadikan satu aktiviti hobi bertukar menjadi sesi bergambar yang cantik dan comel. Saja berkongsi gambar-gambar dibawah ini, mana tahu dapat jana idea pada bakal pengantin di luar sana yang masih mencari-cari tema sesi bergambar masing-masing. Mungkin selain pancing dan patung-patung ikan, boleh juga bawa belanga dijadikan props dan pada bingkai gambar tu boleh masukkan peribahasa diatas tu. Pasti kronologi ceritanya dapat difahami. Lokasi? Banyak kawasan air terjun dan sungai yang cantik di Malaysia ni, tak perlu risau. Selebihnya, terpulang pada kreativiti dan interpretasi masing-masing.

Sumber:
Green Wedding Shoes















Tapi gambar macam ni tak mahu haaa..




13 June 2011

10 June, 2011

Idea Hantaran: Perca Kain + Butang


Salam dan hai

Saya terlepas pandang post ni! Dah siap buat draft, tapi disebabkan saya sudah siarkan post-post lain, post yang ini telah turun ke bawah, sampai saya terlupa kewujudannya.

Post ini memang post mesti kongsi dengan pembaca blog ni! Idea yang sangat comel, kreatif dan tak perlu kalut disaat akhir.

Tapi terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada penghantar emel ni, Wanie. Rasanya sudah boleh panggil Puan Wanie, memandangkan majlisnya pada akhir bulan lepas.


as salam..

ai, k.xora.

wanie nak kongsi dgn b2b yang lain tentang hantaran yang dibuat menggunakan kain felt/perca2 kain dan jg button. sumber xdpt dikenalpasti. kawan yang emailkan..

mungkin idea ini boleh diaplikasikan kepada bloger2 yang rajin DIY n nak kan sesuatu yang simple dan unik.

saya xda blog utk dikongsikan cuma saya harap akk x kisah saya jadikan akk sebagai medium utk sampaikan kepada b2b yang lain. saya merupakan silent reader dan pembaca tegar blog2 b2b, mencari idea utk majlis yang bakal berlangsung i'Allah pada 28may ni..

Jadi pembaca sekalian, ni gambar hantaran yang Wani sudi kongsikan!















10 Jun 2011

Kelab Isteri Taat: Reaksi D


Salam dan hai

Saya dapat tahu tentang Kelab Isteri Taat ni daripada D semalam. Lepas solat Maghrib, D buka cerita pasal ini.

Saya dengar nama Kelab ni, saya terfikir, Wah.. bunyi kelab cam dasyat!

Kemudian, D luahkan betapa bengangnya dia dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib President Kelab tersebut, yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

Dia tak faham, macam mana seorang yang berlatar belakangkan akademik yang bagus (dalam kes ini, penyata seorang berstatus Doktor dihadapan namanya) boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tohor. Sedangkan D sebagai seorang suami, tak mahu sama sekali menyamakan nilai seorang isteri setaraf dengan seorang pelacur, bagaimana seorang yang sudah tentunya wanita, boleh merendahkan martabat wanita lain sebegitu rendah.

Kadang-kadang ada betulnya juga kenyataan, hanya wanita yang boleh menjatuhkan taraf wanita yang lain. Tiada yang lebih menjengkelkan apabila wanita sendiri, merendahkan martabatnya.

Saya angguk-anguk, buat-buat faham *sedangkan saya tak tahu menahu pun pasal berita ni. Lain kali baca surat khabar ye Xora, bukan google nama anak dan senarai semak untuk bayi sahaja --thanks Fieza tolong aku Hehe.

Komen saya, kalaupun mahu melontarkan metafora, bukankah masih banyak lagi kiasan lain yang bersesuaian? Kenapa tidak samakan kepatuhan dan layanan suami seperti mana isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W kepada Baginda? Itukan contoh sebaik-baiknya?

Dan jika pun makna 'pelacur kelas pertama' bukan lah benar-benar bermaksud golongan perempuan geladak tersebut, namun apabila bercakap kepada masyarakat umum, tiada maksud lain yang membawa pengertian berbeza daripada perkataan 'pelacur' itu. Apabila disebut pelacur, masyarakat umum sedia maklum jenis golongan ini. Tiada siapa mahu disamakan dengan anjing, begitu juga disamakan dengan golongan pelacur.

Seperti mana saya rasa serpihan daripada Kelab Poligami yang terlebih dahulu heboh diperkata, Kelab ni pastinya mendapat reaksi campur aduk daripada masyarakat.

Reaksi anda, bagaimana? *boleh google Kelab Isteri Taat sekarang kalau tak tahu apa-apa--macam saya. Hehe


10 Jun 2011

03 June, 2011

Perkongsian Hidup: Rutin Memasak



Salam dan hai

Post ringkas hari Jumaat.

Saya masih dalam proses menggarap cacatan baru untuk dimuatkan dalam label Perkongsian Hidup. Saya dah kongsi tentang rutin dobi {
Post} dan kisah almari baju {Post}. Jutaan terima kasih untuk semua maklum balas yang saya terima, baik di ruang komen dan juga yang menghantar emel.

Kali ni, catatan Perkongsian Hidup yang baru saya buat atas permintaan seorang penghantar emel. Dia minta saya kongsikan perkongsian hidup berkenaan aktiviti memasak.

Memandangkan permintaannya tidak spesifik berkenaan apa, jadi saya rasa mungkin saya akan pecahkan topik ini kepada beberapa sub topik yang saya rasa mampu untuk saya menulis dan berkongsi berdasarkan apa yang saya praktikkan.

InsyaAllah, saya akan menulis tentang penyimpanan koleksi resepi



..Melabel barang-barang makanan.






Menyimpan rekod barang-barang pasar.


..dan penyediaan menu





Tapi semua post tersebut masih belum masak ranum lagi, jadi kena simpan dahulu ya?

InsyaAllah saya akan cuba selesaikannya seberapa segera ya.

Terima kasih untuk sokongan kamu semua!!

Selamat berhujung minggu dan pada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini, selamat pengantin baru diucapkan!




3 Jun 2011


02 June, 2011

Dua Majlis



Salam dan hai

Sambungan daripada
post terdahulu.

Rasanya kali terakhir saya menulis dalam label Raikan Cinta, kira2 enam bulan lepas. Ye hampir setengah tahun juga tak menulis. Sedangkan banyak sahaja majlis perkahwinan yang saya sempat hadiri.

*takde camera.. Nangis T.T. Tak best tulis post tanpa gambar.

Tapi kali ni berjaya pinjam kamera D. Yeay!

Maka, sempat la amik gambar dengan penuh perasaan. Tapi terlupa pula nak belajar setting kamera D, maka gambar semuanya jadi kuning *syabas Xora

Takpe, kuning-kuning pun, yang penting penceritaan.

Saya dan D ke majlis
Puan Belle di Putrajaya. Tahu ada majlis perhimpunan belia di Putrajaya tapi tak terfikir yang akan dilangsungkan di tempat yang sama dengan dewan majlis Belle. Maka kesudahannya, kami tersekat di jalan raya. Walau dewan tu dah depan mata, tapi tak dapat nak gerak-gerak. Rasa nak junjung sahaja kereta ni, melintasi kereta-kereta dan bas-bas sekolah di kiri kanan jalan. Hampir 30 minit tersekat.

Tapi akhirnya sampai. Terima kasih pada pak guard yang bertugas yang memberikan laluan kepada kami yang bersungguh-sungguh melayang-layangkan kad kahwin Belle supaya dia benarkan kami lalu dahulu. Hahah

Sampai dewan, mata terus nampak buku tetamu. Conteng~~!! Suka tulis buku tetamu pasal saya dan D pasti akan bekerjasama. D mesti akan warnakan daun dan bunga pada kotak yang saya lukis. Hehe. kerjasama yang bagus. *tapi tak sempat amik gambar ucapan kami pasal sudah ada tetamu beratur dibelakang.

Nak masuk dewan, seperti biasa, keliru pintu mana nak masuk. Nasib ada adik Belle yang menyapa kami dan mengalukan kedatangan kami.

Memandangkan kami sampai pun sudah hampir pukul 3, maka D terus tak berlengah ke meja buffet dan tinggalkan saya untuk cop tempat *tapi ai pregnant yuh, sampai hati yuhh..!














Kami layan diri dulu sementara pengantin sedang bergambar dengan tetamu yang lain. Sempat ambil beberapa keping gambar (yang lulus. Kebanyakkannya gagal pasal gambar kabur/ terlampau kuning/ salah posisi)











Masa ni pengantin potong kek. Walau pu gambar tak jelas, tetap nak masukkan dalam blog ini. Nak ke hadapan, segan pasal yang mengelilingi pengantin semuanya kamera DSLR.



Saya?? kamera digital ni pun gagal nak belajar settingnya. Haih

Tunggu sampai tetamu dah kurang sikit, baru kami ke depan untuk bergambar dengan pengantin. Sempat berborak dengan A.Rashdi yang bertugas pada hari tu. Wahh semakin kencang perniagaannya. Terbaru, dah mula berjinak-jinak dengan Peveyheck Creative Movie. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini {
Post}

Akhirnya bila tiba giliran kami, seperti biasa, akan ada 5 saat aneh untuk saling mengecam tetamu. Nasib Belle cam saya juga dan perkara pertama dia cakap "Pregnant ke? tak bagitau dalam blog pun!" Haha.

Amik gambar, saya suka saya suka *tapi kat kamera DSLR yang lain.

Lepas bersalam dengan pengantin, kami pun terus ke majlis Suhaila. Bergegas punya pasal, kami keluar pintu yang salah dan kesannya tak dapat buah tangan majlis. Haha. Lain kali jalan jangan menonong ye Xora.

Masa tu dah tahu sangat, pastinya takkan sempat memandangkan majlis Sue habis pukul 4 petang. Tapi masa tu dah tekad, nak pergi juga pasal dah selalu sangat gagal penuhi jemputan majlis orang.

Sampai aje sana, ye bukan setakat majlis dah selesai, famili Sue pun dah nak balik.

Tapi saya nak juga jumpa wakil keluarga dia, pasal-- saya perlu serahkan ini



Saya bersalam dengan seorang wakil keluarga Sue, tak tanya pula dia siapa pasal masa tu dalam otak cuma fikir nak letak kat mana kertas ni. Nasib nampak meja buku tetamu masih disitu, cepat sahaja terus ke sana dan tampal!



Saya rasa, fungsinya bukan untuk tampal, tapi memandangkan saya tak jumpa nak letak kat mana, saya tampal sahaja di papan hitam ni. Hehe.

Segan nak tunggu lama pasal ramai memerhati. Saya tak tahu sama ada kerana saya memakai seluar ke majlis perkahwinan atau kerana saya lambat ke majlis perkahwinan; atau mungkin kedua-duanya sekali??

"Sudah la lambat, pakai seluar pulak tu"--mungkin?? hehe

Tapi sempat jumpa ayah Sue dan minta maaf tentang kelewatan kami. Ayah Sue nampak amat penat. Ayah Sue kata "Sue takde. Dia dah naik atas. Kata nak amik gambar kat pokok-pokok".-- Ayah Sue amat comel!

Rezeki orang datang lewat --haa amik ko dapat 5 buah tangan sekali. Bengkok tangan nak pegang tapi suka!!



Lebih suka, dalam tu ada gelas Ikea ini









dan memandangkan saya dapat 4 gelas ni, mencukupkan koleksi 16 gelas Ikea saya. Kat rumah memang sudah siap-siap ada 12 gelas. So suka!!

Selamat pengantin baru buat Belle dan Sue. Juga, kepada Faridah, Sha dan Bai yang juga melangsungkan perkahwinan masing-masing hujung minggu lepas. Terima kasih atas jemputan dan maaf kerana tidak dapat memenuhinya. Semoga rahmat dan berkat Allah sentiasa mengiringi kamu semua InsyaAllah

2 Jun 2011

01 June, 2011

Kisah yang Tersimpan Rapi



Salam dan hai

Ada pelbagai cara mantan B2B mengumumkan berita gembira mereka, tentang kehadiran sekecil yang bakal menjadi orang ketiga mengukuhkan hubungan suami isteri.

Yang pasti, ramai yang memulakan bicara dengan berkongsi gambar kesan positif pada kit ujian mengandung mereka.



Kemudian, baharu la mereka berkongsi pengalaman check up





.. Hasil scan baby pun perkara wajib letak





Perkembangan perut pun kena kalau sempat amik gambar, pasti dikongsi.





Pengalaman berteka teki tentang jantina bayi pun pasti dialami


Saje letak gambar ni pasal Aqil amat comel~~!Geramnya Kueh!!

Saya??

Erm.. Rasanya sudah ramai dapat tahu kisah saya, kan? Sekeping gambar di bawah telah membongkarkan rahsia yang disimpan. Haha.

Sumber:
Nora Terima kasih Nora. Suka gambar ni !!

Cuma yang pasti, menjadi persoalan yang lebih penting dikalangan pembaca:

1. Sudah berapa bulan
2. Lelaki atau perempuan.

InsyaAllah saya akan kongsikan dalam post akan datang. Yang pasti, saya akan berkongsi ceritanya, dalam cara saya yang tersendiri.

Terima kasih untuk semua ucapan tahniah, baik pada blog saya atau blog Nora :D


p.s 1 Jun, genap nyawa yang saya kandung ini sudah bertambah sebulan lagi. Kerana itu saya rasa, hari ini tarikh yang sesuai untuk saya berkongsi kisah ini dengan pembaca.



1 Jun 2011

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates