Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 February, 2010

Majlis Siti Salwani Samat


Salam dan hai

Wani ni kawan kecik-kecik Nailah. Nailah ni kawan opis saya. Kiranya, mutual friends sudah bila Nailah kenalkan Wani dengan saya :p Walau memang jarang jumpa, tapi sempat gak la kami gi Piknik sama-sama kat Tanjung Bidara dengan Chika dan Nailah dolu-dolu. Best sangat masa tu! Menari bak Para-para Sakura sambil diketuai oleh Chika



Semalam, majlis kenduri belah dia. Jadi saya memang nak datang pasal memang ada kelapangan.

Kad dia cantik! Warna soft pink :)


Tapi kad saya dah tak tau letak kat mana jadi saya pinjam kad Chika yang tak dapat datang :P


Ni main entrance khemah majlis. Masa kami tiba ni, tetamu dah ramai sangat. Parents Wani duduk betul-betul di main entrance, jadi senang la nak kenal.


Tema majlis coklat dan soft pink! Suka, kombinasi warna ni:)


Makanan, masyaAllah, sangat sedap. Daging masak kicap memang amat lembut daging nye.Tak liat langsung.


Sebenarnya, masa kami sampai, pengantin lelaki pun baru betul-betul sampai, kereta Honda park di depan kami. Tapi sampai kami selesai makan, pengantin lelaki belum berarak. Dalam 2 lebih gak la, baru dengar bunyi kompang.




Saya suka alunan kumpulan kompang ni! Sedap lagu-lagu yang diorang bawa. Baju pun, smart habis. Berbaju melayu, siap bersampin! Budak kat bawah ni sampai terangkat kaki berkompang! Ni kalau Datuk M.Daud Kilau nampak, makan hati!


Pakai snikers pun tak apa pasal lagu diorang sedap.


Pengantin masuk dalam rumah untuk tepung tawar. Masa nak gi ke rumah dia, sempat saya amik gambar tempat potong kek ni! Nyums!



Masa masuk, memang ramai sangat orang kat ruang tamu tu.



Jenuh gak nak tunggu pasal ramai nak tepung tawar mempelai.


Sorry, semua gambar saya jadi malap pasal camera cap ayam aje.




Cuma satu gambar ni aje yang jelas pasal dapat tempias flash dari camera man :P



Oh, sangat heart pelamin Wani!! Masa saya masuk rumah dia, memang dah bau wangi sangat. Mesti pasal pelamin ni! Tapi rupanya, pelamin ni bunga artificial, tapi serius nampak kembang dah segar macam bunga betul.



Oh ya, saya suka sangat baju Wani. Rasanya jubah moden, kainnya dan corak baju pun memang cantik betul kat mata saya :) Sangat suka! Sekurangnya lari dari standard tipikal baju pengantin yang mesti ada tempias kebaya indonesia.


Wani nampak cantik sangat. Dan ye., pengapit Wani bernama Nailah tu pun cantik (kita tau kamu mesti baca blog ni Nailah :P)

Tak sempat nak jumpa Wani pasal masa tu dah lewat gak. Kami ada jemputan lagi 1 malam hari yang sama, jadi kami pun balik untuk bersiap.

Oh, perkara mesti tunjuk--buah tangan!


Suka juga pasal banyak sangat dalam satu kotak! Sedap sedap!


Yang ni fav! sedap sangat, white coklat! Nak amik D nye, tapi dia tak kasi :P


Next post saya tulis pulak pasal wedding kawan sekolah kami, Irwan . Irwan ni ada darah-darah mamak jadi majlis dia pun, ada sikit-sikit tempias adat dan budaya mereka. Dan tak, takde orang ramai-ramai berpakat menari kareographer sama kat tengah-tengah pentas tu. Takpe, nanti saya cerita ye majlis beliau yang dibuat di menara PGRM.

Memang hujung minggu tak berasap dapur pasal asyik makan kenduri :P

UPDATE: Gambar pasangan, pun curik dari FB :p


Suka baju ni!! Semuanya cantik!


sangat suka pandangan mata Wani



27 Februari 2010

26 February, 2010

Perbezaan Dimanipulasikan


Salam dan hai

Afira, Atiey, Ezzazila dan Nizam~~ terima kasih sudi jadi pengikut blog ni yang seterusnya genapkan kepada 127 orang pembaca tegar~~ yeay.. !!

Kali ni saya nak pause dulu dengan aktiviti kawin saya. Saya nak tulis tentang perbezaan. Saya rasa mana-mana pasangan pun, walau serasi macam mana pun, mesti korang ada perbezaan kan? Hari ni nak tulis tentang pemerhatian saya pada D. Macam mana dia menerima perbezaan kami dengan cara dia sendiri.

Saya suka sangat minum air yogurt yang 0% lemak tu. Suka sangat-sangat. Kalau jalan-jalan, mesti akan minta D belikan. Tapi bila saya minta D belikan, mesti dia akan beli air kat bawah ni.



Selalu alasannya pasal tak jumpa air yogurt saya.

Banyak kali dah jadi cam tu.

Saya pun tak kisah pasal air twister tu pun memang sedap.

Sampai la baru-baru ni, saya perasan, yang saya sendiri pun bila ke kedai, akan cari air twister tu. Dah tak cari air yogurt tu lagi.

Bila saya fikir-fikir, saya rasa saya sudah dimanupulasikan oleh D dalam tak sedar. Saya tau, D tak suka makanan atau minuman yang masam. Pasal tu dia tak faham kenapa saya suka yogurt, kenapa saya suka makan buah kedondong, atau makan gula-gula nano-nano tu. Alasan saya bagitau, nak bakar lemak berlebihan dengan benda yang masam ni :P

Dia tak suka, tapi dia takmo ubah selera saya secara drastik. Jadi dia mulakan dengan air twister tu. Dia tukar selera saya. Benda ni amik masa berbulan-bulan jugak la.

Tadi saya tanya dia, "D memang sengaja kan dari dulu tak belikan air yogurt B pasal D tak suka B minum benda masam kan?" D gelak aje then angguk-angguk.

Saya simpulkan: cara D menerima perbezaan kami adalah dengan memanipulasikan selera saya tanpa saya sedar dan akhirnya buat saya sedar, selera dan penerimaan tu boleh berubah kalau kena dengan caranya.

Lagipun, air twister tu sedap juge :D

Tapi ni cuma perbezaan kecil aje dan melibatkan selera. Selera ni sentiasa boleh berubah-ubah. Perbezaan besar yang melibatkan perangai, pendirian dan sebagainya, saya dan D masih toleransi dalam hal ni. Rasanya, kita semua pun akan toleransi kan?

Korangnye pasangan lak camne? Camne dia menerima berbezaan korang? Biasanya tindakan adalah redha aje dan menerima seadanya, tapi mesti ada cerita yang korang boleh kongsi kan?



26 Februari 2010




24 February, 2010

Pelamin Kami Serba Simple



Salam dan hai

Isnin malam selasa hari tu, saya dan D gi jumpa Farid untuk selesaikan bayaran untuk lock tarikh kami nanti.

Seperti biasa, Farid sampai tepat pada waktunya dan kami terlewat. huhuh. Dia siap dah order air ha.. hahahah..

Sebenarnya, saya agak kaget pasal lukisan yang D lukis dalam entry yang ini, saya terlupa bawa. Saya dok tayang kat kawan-kawan rapat, nak tanya pendapat mereka. Tup2 kertas tu pun saya dah tak tau letak mana. Tapi saya masih ingat-ingat lupa juga la.

Jadi kena la Farid lukiskan yang baru nye :P Lepas D bincang-bincang dengan dia, alhamdulillah, dah dapat potongan harga sedikit. Tips 1: mungkin lebih mudah kalau lelaki sama lelaki bincang harga. Tips 2: Tunjukkan hasil kerja mereka yang terdahulu dan sila nyatakan siapa rujukan korang. Mungkin (saya kata mungkin aje) kalau bernasib baik, dapat potongan lagi

Ni pelamin yang Farid dah sketch.


Memang kami nak amik semua putih pelamin tu. Cuma pakai bunga ros warna putih dan champagne, tambah kristal-kristal aje. Hijau-hijauan pun amat sikit. Putih senang masuk dengan semua baju-baju famili dan kawan-kawan yang hadir, jadi tak perlu dah risau-risau kalau kot last minit nak tukar warna :P

Lepas settle hal pelamin dan masih pending tentang lantern (D panggil bebola aje) nak letak kat mane, kami bincang tentang tempat potong kek. Ingat nak gunakan arch macam kat bawah ni. Tapi Farid takde. Ikutkan, saya bukan la suka gila dengan design tu, tapi pasal tu aje yang saya jumpa sebelum gi jumpa dia, jadi ini aje la yang saya ada :P

Sumber: T.B.U

Jadi saya tanya Farid, dia ada tak kubah kecil, siap saya lukis sikit tapi takmo letak pasal sangat buruk lukisan saya. Bila dia kata ada, terus saya kata ok untuk jadikan tu tempat potong kek. Tips 3: Jangan pilih sesuatu yang vendor belum ada. Nanti akan bertambah kos kamu bila mereka kena cari barang untuk penuhi permintaan kita. Cuma dalam kes istimewa aje, vendor tak amik kira sebagai kos baru dan dapat percuma! (sungguh bertuah la kan). Atau kecuali poket korang memang kembung, sila la minta apa-apa yang terlintas di depan mata.

Jadi kat bawah ni la, Farid lukiskan sketch untuk ruang potong kek. Pun sama putih. Sekadar kain putih jadi backdrop belakang dan kain putih lilit kat atas dia. Pasal dah ada chandelier, takmo terlalu sarat sangat. Rancang nak lebihkan hiasan pada meja kek yang cinonet dua tingkat tu. Kena DIY ni, memandangkan tak perlu hiasan berlebihan dan rumit pun, dan pastinya untuk kami jimat kos. Eh salah.. Nity kena tolong DIY kan :P



Kat kiri gambar, tu arch kami. Pakai tema yang sama, panel empat segi, bunga cuma kat bahagian atas aje. then ada kristal-kristal jurujai ke bawah. Yang bulat cam lipas dari pandangan atas tu, tu bunga walkway kami. Pasal memang dah ada dalam pakej, cuma buat tambahan 2 bunga walkway lagi pasal ikut keluasan dewan.

Kami amik gambar cam ni aje, pasal takde kedai fotostet buka malam-malam kat area situ. Sebagai bahan rujukan untuk pihak kami. Iye la, majlis lama lagi, mana la tau kami sendiri pun dah lupa macam mana rupa pelamin tu nanti.


Saya tau, mesti ada mulut yang akan bising, ngapa la plain putih aje. huhu.. Entah, saya suka tengok warna suci tu. Tapi, tiada apa yang pasti lagi buat masa sekarang. Mesti saya akan ubah rancangan--tengok aje la nanti :P satu-satu perubahan saya akan buat last minit :P.

Sekarang, kena bersedia dari mental, fizikal, rohani dan material untuk segala drama-rama, tapi saya harapkan tiada drama tak berskrip pada waktu-waktu akhir menjelang majlis. Nauzubillah! Takmo jadi bridezella!


24 Februari 2010

22 February, 2010

Bila Kena Terjah


Salam dan hai

Iietamalek, hilminursyuhada dan Ieza!!! Berhenti!! Anda dikenal pasti sebagai pembaca tegar ke 121, 122 dan 123! .. hihih.. Terima kasih ye korang! sudi join pembaca tegar! :D

Baru-baru ni, saya ada lompat-lompat blog. Menjadi stalker kepada kehidupan B2B yang lain :P Seronok juga baca kisah mereka. Ada gak isu yang mereka alami, saya sudah alami. Ada gak yang sebaliknya.Tapi seronok baca masalah mereka.

Saya tertarik kat satu post ni tapi malangnya saya terlepas pandang url link blog tu jadi tak dapat nak tulis sumber nye disini. Perihal orang sekeliling yang suka terjah dan bertanya tentang harga itu dan ini. Bukan aja wang hantaran (yang bagaikan soalan wajib dan diturunkan turun temurun gamaknya!) yang jadi soalan wajib jawab di Section A, antara soalan pilihan kena jawab; harga baju nikah, jenama barang hantaran, destinasi bulan madu, dan tidak ketinggalan, tinggal kat mana lepas kahwin. Soalan-soalan yang boleh jadi ketiak peluh dan naikkan tekanan darah kita, kalau tak kena dengan caranya dan pihak yang bertanya.

Macam mana-mana B2B pun, saya pun pernah ditanya soalan-soalan wajib keluar 2010 ni. Cuma beza, tempias soalan itu pada saya boleh dikategorikan sebagai "jarang-jarang", cam cite Nujum Pak Belalang tu.

Walaupun tak de la kena tanya cam artis dalam cite Terjah tu, tapi kadang-kadang, memang kurang selesa bila orang bertanya tanpa ada tujuan. Saya senang aje, saya amik polisi untuk tidak memberitahu jawapan pada mereka. Orang nak buat spekulasi, biarla. Tapi mereka takkan dapat pengesahan dari mulut saya :)

Tapi kan, saya sendiri pun pernah tanya harga sekian-sekian pada kawan-kawan yang dah berkahwin atau akan berkahwin. Saya pun tak tau la kalau cara saya bertanya tu tak kena atau membuat saya kelihatan penyibuk, tapi saya harap, cara saya bertanya dapat menzahirkan yang saya bertanya bukan atas dasar sekadar nak nyibuk atau nak bandingkan, tapi saya mahu lebih kepastian tentang kelogikan harga sekian-sekian dipasaran. Saya tak leh bandingkan diri saya dengan anak-anak orang ada-ada. Kenala banding oren dengan oren juga. Kawan-kawan saya kebanyakkan adalah oren-oren juga. Jadi sesuai la kot.

Yang bagusnya, kawan-kawan paling rapat saya, mereka la orang yang langsung tidak bertanya pada saya berapa harga sekian-sekian, apa pakej saya bla bla, berapa saya bayar vendor saya oh oh!

.. Pelik juga. Mereka ni tak amik berat ke? Tapi baru-baru ni, saya dah jumpa jawapan kepada persoalan saya tu.

Chatting dengan Fieza, dia tulis sesuatu yang kadang-kadang, saya harap semua orang kat dunia ni boleh berfikir seperti dia. Dunia akan jadi kurang stress buat B2B macam kami.

Fieza: aku pun pelik nape aku tak tnye ko harge 2 tuh semua. cam tak interested. Yg interested hanyelah nak tolong ape yg ko nak wat, instead of comparing.. ahahha, is it?

Even Fieza suka cakap lepas dan tiada penapis berkesan cam tapisan air mineral rumah saya, tapi saya lebih selesa bercakap dengan orang yang jujur bagi pendapat, tanpa memperlekehkan saya dan tanpa bersulam sebarang keangkuhan dari kata-katanya.


22 Februari 2010



21 February, 2010

Pre-Wedding Photos: Back To School II




Salam dan hai.

Ingat lagi kah
post pre wedding saya yang ini? Sebulan yang lepas.



Ada sambungan lagi hari ini.

Lepas D tak layan surat amarah kami, kami conteng nama dia kat papan hitam.

Nota: saya tak pernah berdiri atas kerusi gaya camni :( Ni tindakan dibawah paras sedar

Signature!


Sorok-sorok beredar tanpa dikesan oleh pihak musuh!


The art work!


Balaci bernama Nity tengah melihat suspek dari jarak jauh


Memberi amaran pada kawan-kawan yang lain.


D masuk dan kami duduk sopan di tempat masing-masing. Pura-pura tiada apa yang berlaku.


D pandai pose cekak pinggang cam ni. Nanti, boleh marah anak cekak pinggang cam ni


Yup, D seorang kidal.


Sambung lagik~~~


Sipnosis cerita: Kami conteng kat papan hitam, kutuk-kutuk dia nak bagi D marah. Tapi D seorang penyabar. Seperti dirinya yang sebenar. Jadi dia boh layan dan padam aje tanpa ngomel.


Semua gambar adalah sumbangan dari
Peveyhack Photography Kalau B2B masih mencari OP untuk majlis korang, tak kisah la pre wedding atau hari besarnya, boleh klik url tersebut ya dan terus hubungi A.Rashdi untuk set appointment OK?! Cepat-cepat, nanti dia kena booking!

Sekian.



21 Februari 2010

20 February, 2010

Selesaikan Seberapa Pantas!



Salam dan hai.

Terima kasih buat
Yanie vs Manja, Ally Yana, Nina Mazda serta 3 lagi pengikut baru yang membaca secara invi dan tidak dapat dikesan :P Menggenapkan semuanya 120 orang.. terima kasih! :)

Mahu update ringkas saja hari ni. Terlalu penat ke KL naik komuter (naik LRT sebenarnya tapi saya tetap akan panggil semuanya komuter :P) pasal rasa beban sangat la kalau selalu turun ke KL naik kete. Dan-dan la duit parking aje dah tentu boleh buat belanja makan laksa 4 orang!

Destinasi pertama: Dah alang-alang ke Jalan TAR, terus ke kedai emas di Semua House. Tak berapa menerujakan saraf-saraf saya. Tapi boleh la bagi pengalaman kali pertama masuk ke kedai emas :P Tapi rasanya, nanti beli, nak minta ayah D ikut untuk dealkan harga.

Destinasi kedua: Ke vendor baju sanding. Bincang semula tentang warna baju dan rekaan. Ada perubahan sikit pada warna. Minta pendapat tentang pelamin. Amik ukuran dan bayar duit deposit. Fitting nun di bulan 9. Tapi boleh datang kedai tengok progress baju.

Destinasi ketiga: Beli telekung, tudung, brooch dan sejadah untuk hantaran dari pihak D pada saya. Maka dengan ini, sudah selesai tiga dulang. Cuma tinggal clutch aje. Sireh junjung, mas kawin+barang kemas, dan manisan boleh selesai di akhir-akhir nanti.



Destinasi keempat: Makan laksa kat pasar siang kat jalan TAR tu.

Destinasi lima: Salah station komuter, jadi kena lintas seberang jalan lagi sekali.

Destinasi enam: Kena pau (rasa cam bukan la kena pukau pun tapi masa tu malas nak fikir pasal tengah penat sangat, jadi bagi aje la pasal kesian) RM10 dengan seorang pakcik yang kononnya nak balik johor tapi perlukan RM8.80 (ni nombor ekor ke apa?). Konon takde tambang. Lantak ko lak pakcik, aku bagi aje. Bukan pasal aku takut, tapi aku malas nak layan ko pasal aku penat. Ko tipu, ko la yang kena jawab nanti.

Destinasi tujuh: Di depan komputer rumah, tengah update belanjawan kawin kami. Takut tersangkut kat mana-mana.

Sekian, terima kasih kawan-kawan yang masih sudi singgah baca update laju-laju dari saya :) Alhamdulillah, berjaya selesaikan beberapa perkara penting. Tunggu hari Isnin malam untuk jumpa dengan Farid untuk bincang pasal pelamin.

Rasanya semua urusan dah diselesaikan.

Erm.. tapi rasanya patutnya bulan ni, kena reka kad kawin kami, tapi rasanya mahu lanjutkan ke bulan depan. Pasal masih belum finalize tema keseluruhan majlis ni macam mana.

Oh ya, sudah amik keputusan, nak minta adik beradik dan kak ipar's' memakai baju warna pink untuk majlis saya nanti. Takmo sedondon dengan saya, nanti saya tak nampak :P Sebenarnya tak kisah pun, tapi abang saya Am yang berfikir cam, pada waktu yang sama saya berfikir :P K.Ana dan K.Rina rasanya memang sangat happy dengan pemilihan warna tu :P

Update: baru tadi beli Clutch! Alhamdulillah, dapat gak yang saya berkenan! Selesai sudah dulang barang persalinan dari D. Huuu.. Mesti akan rindu saat mencari barang-barang hantaran :)


20 Februari 2010

18 February, 2010

Hadiah Untuk Pengapit.. Atau Dayangs?



Salam dan hai.

Kawan opis saya bagi saya hadiah hari jadi yang belated. Sedikit surprise pasal saya sendiri pun belum sempat bagi hadiah hari jadi kat beberapa kawan rapat :( Sangat tak sempat-sempat, selain takde idea nak kasi apa.



Saya memang takmo hadiah dah sejak melepasi usia 25tahun. Tapi pasal orang bagi, saya amik juga la. Alhamdulillah dan terima kasih!

Bila buka, tadaaaa dapat 3 objek ni..


Ni mula-mula cam mushkil apakah!!?? Sedikit jakun!

Tapi rupanya sabun! kepingan sabun yang kena letak air sikit, kemudian boleh cuci tangan sikit.

Dua benda comel ni kalau makan pun tak kan gemok.. Tapi terus tercekik mati ada la kot??!


Tapi ni bukan objek comel semata, ni adalah lipgloss!



Terfikir, kalau selain sponsor kain untuk pengapit atau dayangs, kalau ada yang nak kasik hadiah comel camni pun best. Kalau ada budget lain, mungkin la hadiah lain. Tapi saya suka yang ni pasal sangat comel!



18 Februari 2010


17 February, 2010

Update Hanya Tentang Vendor



Salam dan hai

Selamat datang buat
Relyza! Yeah terima kasih sebab jadi pembaca tegar yang terbaru. Nampaknya, ikut pada ticker Lyza, dia bakal menjadi raja sehari InsyaAllah, awal sungguh dari saya :D wah, menyambut raya sebagai isteri orang nampaknya tahun ni :)

Saya tau dah lama saya tak menulis sesuatu yang tak berkenaan dengan rancangan kawin saya. Dah lama tak tulis topik bawah label Isu Padat. Tapi nak buat macam mana, buat masa sekarang, tengah ligat untuk cari vendor yang diperlukan. Mungkin nanti saya ada masa dan idea untuk menulis sesuatu isu penting, saya akan menulis :)

Petang tadi, selamat dah jumpa vendor untuk pelamin. Dulu, kawan rapat saya amik pelamin dari Farid, tapi melalui butik sebagai orang tengah. Tapi lepas tau direct contact dengan Farid, dia bagi contact number Farid kat saya, dapat murah sikit pasal terus direct pada orangnya. Baru-baru ni aje baru dapat cari masa untuk bincang dengan dia secara berdepan.

Jumpa kat kedai mamak aje. Sempoi aje budaknya. Muda sangat, jauh muda dari saya. Terus saya panggil diri kakak :P ahahahah.. Tu ada la reaksi spontan untuk orang dah lepasi umur 25 tahun :P

Dia tunjukkan portfolio pelamin yang dia ada. Sambil saya selak-selak, saya biarkan aje D borak dengan dia. Lama gak tengok-tengok, akhirnya saya dan D mahukan pelamin simple geometri macam ni. Teringat pesan ibu, mudah nak amik gambar :P Nak nye famili D famili besar. Mudah sikit nak susun.


Sambil-sambil tu, kami beri penerangan sikit camne visual dewan tu nanti. Tu lukisan cincai aje. Farid pun tak berapa nak dapat bayangan :P


Ingatkan nak diskusi dalam setengah jam aje, tapi tak sedar terlajak hampir sejam borak dan bertukar pendapat dengan Farid. Seronok berborak dengan dia, saje nak tau pengalaman orang muda dah ada business ni. Pahit manis berurusan dengan orang, handle clients takmo bayar lepas majlis, clients ngamok2.. Dia pun banyak share tips yang berguna pada kami.

InsyaAllah, buat masa sekarang, dia vendor pelamin paling dekat di hati kami. Harga pakej bunga hidup untuk pelamin 3 penal lengkap, 4 walkway dan 1 arch, pada harga yang kami mampu. Semestinya, lepas minta kurang la kan baru kami mampu :P Sekarang bukan masa nak berlagak poket gebu! Ngaku aje budget berapa, dan tengok macam mana vendor nak penuhi permintaan kami. D pun dah pandai menawar sekarang :)

Kami ada nak buat beberapa tambahan lain, tapi masih dalam peringkat pertimbangan dari segi kos dan keperluan.

Lepas dah bincang T&C dengan Farid, kami rancang hujung minggu ni untuk peringkat kedua perbincangan kami. Farid ada kata, kalau ada idea sendiri, boleh lakar dan boleh sama2 tengok bahan kat stor dia nanti kat Puchong.

Tapi D dan saya memang takde pelamin idaman. Maka, kena gunakan bahan rujukan ni sebagai idea kasar !


Jadi, selesai isu vendor pelamin ni InsyaAllah. Harap dapat booking weekend ni.

Selesai dengan Farid, kami terus jumpa vendor baju sanding. Terlewat 15 minit pasal seronok borak dengan Farid. hehehe.. Tapi vendor ada photoshoot mengejut, jadi dia pun terlewat sikit. Tapi takde masalah, pasal kami dah seronok borak2 dengan kawan sekolah yang kebetulan pun, ada kat kedai yang sama :P

Lepas vendor sampai, baru mulakan brain storming! Tapi memang semua idea di sana dan disini. Potongan baju dari majalah lain, warna manik dari majalah lain, corak manik belakang dari majalah lain, style tudung dan leher dari majalah lain. Berterabur meja tu kami buat. Sampai tak sempat nak amik gambar!

Lepas bincang-bincang, saya puas ati dengan sesi diskusi ni pasal dia tak lokek nak bagi pendapat. Banyak idea yang kami kongsi. Ada idea kami yang kena revise, ada idea dia yang kami tolak :p Lepas hampir sejam lebih bincang, dah tetapkan T&C, kami rancang weekend ni untuk selesaikan deposit InsyaAllah.

Tahap ni, sudah tawakal aje la dengan keputusan. Harap semuanya baik-baik sahaja InsyaAllah. Jauhkan kes terpencil Nauzubillah ngeri!

Selesai jumpa vendor baju sanding, kami terus balik dan ingat nak singgah mana-mana, nak bincang draft untuk pelamin.

Entah kenapa terjebak dengan McD!! Hai, entah bila saya nak kurang berat badan kalau camni! Makan tak ingat dunia, tapi tau lak bising bila berat naik :(


Dalam sejam perbincangan saya dan D, ni la lukisan yang D berjaya hasilkan.


Harap Farid boleh faham :P

Ni hasil dari idea D ni. Akhirnya, baru la dia bersuara apa yang dia nak dan tak nak :P Yang pelamin, saya serah bulat-bulat kat dia pasal saya memang tak pandai melukis. Menulis saya reti, melukis bukan bidang saya :P


Terima kasih D!


17 Februari 2010

16 February, 2010

Tangkapan Hujung Minggu IV


Salam dan hai

Terlebih dahulu, selamat datang buat Wirdah, geng pembaca tegar kita yang ke 113 :) Terima kasih!

Update tentang persiapan nikah. Ada 'tangkapan' baru dibuat. Tapi kali ni, tangkapan ni dibuat oleh abang saya. Tapi tajuk tetap sama :P Saje-saje aje. Tapi lepas ni dah takmo buat sambungan tajuk yang sama la kot :) Ubah angin sikit.

Ok, saya keluar bersama kawan-kawan dari pagi tadi. Masa balik petang tadi, saya tengok atas katil dah ada ni.


Am belikan sampin ni masa dia balik Terengganu dengan Kak Rina masa Raya Cina hari tu. Saya pesan kat dia sampin untuk D. Penat gak la Am SMS dan MMS gambar-gambar sampin. Tapi tengok MMS pakai handset zaman batu saya ni, memang tak puas.
Tapi saya yakin aje la dengan pilihan Am pasal dia nye taste sama macam saya.

Masa mula-mula Am SMS bagitau harga sampin, jauh dari budget saya. Saya minta dia tawar separuh harga pasal kawan saya pernah bagitau, kalau beli sampin di Terengganu, Tip 1: tawar sampai half price dari harga jualan sampin. Tu harga reasonable untuk kedua-dua pihak.

Rupanya, Am tak dibenarkan bercakap langsung sepanjang masa dia di kedai tu. Kakak Ipar Am dah bagitau awal-awal Am jangan kuar suara pun :p Tip 2: Strategi untuk menawar, sila la bawa orang Ghanu yang original. Kang kalau Am cakap, dapat agak Am ni Ghanu celup jadi Am cuma pilih yang mana, Kakak Ipar dan K.Rina bergabung tenaga untuk menawar.

..Akhirnya alhamdulillah dapat pada budget saya. Cukup syukur.

Lompat-lompat saya masa buka sampin ni!

Lebih daripada apa yang saya nak :D Ada benang pelangi macam aiskrim Paddlepop tu saling-saling benang warna emas, campur kombinasi lembut warna ungu dan pink untuk tanah sampin, ada warna kuning sikit-sikit pada jalurnya. Lembut aje warnanya.

Saya memilih mana yang mata saya berkenan dan tak lebih dari budget. Rasanya kebanyakkan kita pun buat pilihan macam tu kan? Jadi bagi saya, ini amat saya berkenan, pada mata dan budget :D



Mok, terima kasih!!! Terima kasih K.Rina!

P.s saya bagi sampin hantaran sebagai contoh kat Am, bawa ke Ghanu supaya dia ingat corak sampin. Org kedai tu cakap "Ni bukan sampin Ghanu ni" lepas dia ronyokkan sampin tu :p eheheheh.. Jangan main-main dengan orang Ghanu dalam hal songket ..! :P

16 Februari 2010



Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates