Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

31 October, 2011

Ringkas



Salam dan hai

Pengumuman: Pada mereka yang ada minta kertas kerja kahwin, tapi terima emel tanpa sebarang fail kepilan, tolong emel pada saya semula. Saya secara tak sengaja telah TERdelete kan sent item kat dalam trash. Jadi langsung tiada rekod penerima.

Maaf, ditarik ke kiri dan ke kanan. Tengah cuba seimbangkan kehidupan yang telah berubah 360 darjah ini.



Saya tak perlukan lebih 24 jam sehari.

Saya cuma perlu menguruskan 24 jam yang telah diberi dengan lebih teratur.


31 Oktober 2011

Tambahan: Genap setahun setelah D terima nikahnya :) InsyaAllah, mungkin bila saya berjaya menguruskan 24 jam sehari yang diberi ini, saya sempat selitkan kisah sambutan ulangtahun kami yang pertama

10 October, 2011

Hari ke 46-- Merdeka !!







Salam dan hai

Akhirnya, selepas 45 hari berpantang, hari ni saya sudah boleh makan ayam, telur, burger, (namakan semuanya!!). Suka sangat sudah habis berpantang. Memang betul la, tempoh berpantang ni, makanan biasa-biasa pun, nampak amat lazat. Yang terlarang itu godaan!

Memang pengalaman baru betul la berpantang ikut cara ibu. Walaupun tidak la seketat penjagaan seperti yang ibu kena dengan arwah Opah dulu, tapi masih, saya syukur tempoh berpantang sudah berlalu. Mungkin juga pasal ibu hatinya lembut, dia tak sampai hati kalau saya asyik kata "Sedap tak tart coklat ni?Kalau dapat rasa, mesti sedap kan??" setiap kali pergi dapur.*ayat saiko kan ibu hehe

Sempat juga saya selak album kahwin kami daripada a.Rashdi ni. Teringat, dulu ada pasang niat, konon pada 30 Oktober tahun ni, nak pakai baju nikah semula. Tapi sekarang ni, satu-satunya yang muat adalah -- veil itu sahaja kot.!! dan kasut. ye kasut tak pernah mengecewakan saya. Saya tambah berat atau kurang berat ke, kasut tetap tak berubah..


Berat sebelum mengandung: 61kg
Berat masa mengandung: 78kg (+17kg)
Selepas bersalin:70kg
Selepas 45 hari berpantang: 66 (kadang-kadang 65-- nak gak cakap haha)
Berat perlu dihapuskan: 5kg=sama dengan berat Dyzhwar sekarang


Ketika post ni dibaca, InsyaAllah saya dan D ke hulu hilir menyelesaikan urusan kami. Pagi-pagi lagi sudah kena ke pasar Sungai Besi untuk beli barang basah, kemudian ke kedai beli stroller untuk Dyzhwar, kemudian ke kedai beli barang kering. Lepas tu kena singgah JPN untuk ambil Mykid sebelum singgah ke Cosway sebelum balik ke Bangi. Bila fikir semula, terasa macam 'alahai, macam tak cukup hari aje nak buat semuanya hari ni gak!' tapi dah teruja dapat keluar rumah. Nasib hari Selasa ada checkup dengan Dr. Hamidah, kalau tak rasanya dah selamat saya pergi cari barang di Ikea..!

Memandangkan saya akan pulang ke Bangi insyaAllah, memulakan hidup bertiga, saya akan hibernasi selama 2 minggu daripada blog dan Internet. Nak cari semula rentak menguruskan rumahtangga dengan kehadiran si kecil ni. Tak tahu la macam mana pula rentaknya bila saya dah masuk kerja nanti!

Saya akhiri post ini dengan video yang saya tangkap curi-curi ni. Seronok tengok D melayan Dyzhwar.







Nota: kepada mereka yang ada emel bertanyakan pengalaman berpantang saya, beri saya masa untuk mengarangnya. InsyaAllah kalau diizinkan saya akan berkongsi ya?



10 Oktober 2011

Braille



Salam dan hai

Dah lama tak tulis idea untuk perkahwinan. Mungkin kerana saya sudah jarang masuk laman web perkahwinan yang selalu sahaja ada idea-idea baru yang boleh saya kongsi dalam blog ni.

Baru-baru ni, secara tak sengaja saya masuk
laman web deko rumah ni. Menariknya, salah satu idea yang dikongsinya adalah gambar di bawah ni





Ini adalah tulisan Braille.

Idea bilik pengantin moden?

Mungkin bukan kebiasaan, tapi meletakkan sesuatu yang hanya difahami oleh dua insan, bagi saya adalah sesuatu yang amat romantis.

Rahsia itu kan romantis :D


Nota: Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama buat semua pengantin yang telah berkahwin pada tarikh 10.10.10 tahun lepas. Tahun ni, 11.11.11, siapa ya agaknya?


10 Oktober 2011

06 October, 2011

Bahagian Kedua


Salam dan hai

Lega hati saya bila baca banyak komen yang turut merasai dan mengalami apa yang saya sendiri alami hehe. Kiranya, saya bukan lah kes terpencil rupanya.
Ok, tanpa membuang masa, jom kita sambung cerita daripada bahagian pertama {
post}
.
.
.
.
.
Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"

Tapi rasa macam tiada siapa kasi perhatian pada saya. Masing-masing sedang menyiapkan persiapan di katil bersalin tu.

Maka..


Saya TERbuang air besar kat atas katil tu.

Dalam hati kata "Ha, kan aku dah kata aku nak berak!"

Berlaku sekelip mata, memang tak dapat nak tahan. Malu kot, sudah la doktor lelaki, jururawat sampai 3 orang, di hadapan D lak tu.! Dulu, masa bercinta, nak kentut pun tak berani. Ni dah kahwin, siap buang air besar depan D pulak tu. Haha

Masa tu, saya terfikir, eh bayi dah keluar ke, tapi takde tangisan so saya tahu la yang keluar tu bukan bayi. Terus saya minta maaf, "Minta maaf sangat, tak sengaja", jururawat tenang kata, "takpe, dah biasa jadi macam ni". Kesian sangat jururawat kena bersihkan dulu katil tu.

Malu..

Tapi malu-malu pun sakit tak hilang. Doktor tengok bukaan dah ok, dia kata

Doktor: Ok Puan. Dah boleh push ye
Saya: Nak push macam mana? saya tak tahu, tak pernah beranak.
Jururawat: Buat macam puan nak berak tadi ye, tapi salurannya yang lain. Puan akan dapat rasa macam ada benda nak keluar, tapi kali ni benda tu baby ya.
Saya: *diam pasal malu
Doktor: Ok, Puan jangan push kalau tak rasa nak push ye.Nanti hilang tenaga, baby tak keluar-keluar lagi.
Saya: Ok.. push bila rasa nak push. Ok *macam mana lak rasanya 'nak push' tu?!
Jururawat: Puan tarik nafas dalam-dalam, kemudian push ye. Jangan menjerit, nanti penat.

Tiba-tiba, memang saya rasa macam nak terbuang air besar lagi sekali. Apa lagi saya terus tarik nafas dalam-dalam dan terus push. Jururawat yang nak masukkan air dalam badan saya pun tak dapat nak cucuk pasal saya terus nak push.

Saya tak ingat berapa kali push. Cuma yang saya ingat situasi dalam bilik tu memang bising sangat. Dengan jururawat ingatkan saya jangan angkat punggung, sorang lagi mengiringi bacaan doa saya, sorang lagi pesan push jangan menjerit, ketap mulut dan push. D pulak dok kata dia maafkan saya.

Saya??

Ok, tak cakap dah "Saya nak berak". Saya cuma cakap Allahuakbar aje masa meneran. Yang masa mula-mula nak keluarkan kepala bayi, itu bahagian paling sukar. D kata, sejurus dia nampak rambut baby, dia jadi bersemangat dan dia terus kasi sokongan pada saya untuk push.

Serius, kecoh gila bilik bersalin tu sedangkan yang ada cuma 5 orang sahaja.

alhamdulillah, tepat 11:52 malam, khamis malam Jumaat, saya dengar tangisan pertama baby. Jururawat yang angkat baby tu dan kata, "Puan, tengok. baby boy ke baby girl?"

Saya??

saya rabun dan tak bawa cermin mata ke wad bersalin!!! saya tak nampak lelaki ke perempuan! tapi saya kata aje "Baby boy" pasal masa pemeriksaan, doktor kata lelaki hehe. Masa tu memang badan penat sangat. Saya membayangkan lepas melahirkan bayi, saya akan nangis, macam dalam cerita petang-petang kat tv tu. Tapi saya tidak la menangis, Cuma terasa amat penat. Seterusnya apa yang berlaku dalam bilik tu saya tak ingat. Yang samar-samar saya ingat, jururawat bawa baby untuk dibersihkan dan diperiksa. D keluar ikut jururawat tu. Ada doktor lain datang untuk jahitkan saya. saya Tanya doctor, banyak ke kena jahit. Doktor tu Cuma kata “Eh takde la banyak. Biasa-biasa sahaja”. Tapi saya rasa banyak, saya sudah macam katak makmal terkangkang depan orang hampir sejam.

Kalau ditanya sakit tak kena jahit, saya akan kata tak sakit. Cuma dapat rasa jarum masuk tapi tak sakit. Sakit macam kena cucuk amik darah sahaja. Atau memang sepatutnya sakit tapi pasal badan dah penat, tak terasa sakitnya.

Uri keluar Alhamdulillah tiada masalah. Doktor yang jahitkan saya juga keluarkan darah beku. Hampir 1 pagi lebih, doktor lain pula masuk untuk periksa jahitan yang dibuat oleh doctor yang jahitkan saya tadi. Lepas tu, jururawat bawa baby masuk semula ke wad bersalin dan beri pada saya untuk saya susukan. Tapi dia nak tidur, tak mahu susu. Jadi jururawat letak semula baby.

Bila tinggal berdua sahaja dengan D, kami masing-masing berpandangan. Sebabnya? Kami tak tahu nak pegang baby ni macam mana.

Nasib doktor yang sambut baby tadi, muncul semula. Dia terpaksa tinggalkan saya sebab ada kecemasan di bilik OR. Dia datang semula untuk tengok keadaan saya. Kami terus terang sahaja pada dia, yang kami tak reti dan tak berani nak pegang baby kami. Doktor tu yang ajar D pegang, memandangkan D kena azankan baby.

Sempat berborak dengan doctor tu sekejap. Doktor kata, kata saya pandai push. Suka suka. Rupanya, masa sebelum D masuk wad bersalin, dia Tanya doctor, "bersalin ni, darahnya macam lembu kena sembelih masa hari raya korban ke?" Haih, tinggi betul imaginasi D.

Kira-kira pukul 2 pagi lebih, baru saya dibawa ke bilik saya semula. Baby pun diletakkan disebelah saya. Baby baik, tak menangis. Cuma tidur sahaja. Malam tu saya tak dapat tidur, badan terlalu letih. Saya cuma berbaring sahaja, sehingga la subuh.Berbaring sambil melihat nyawa yang 40 minggu 1 hari saya kandungkan. Macam tak percaya semuanya telah selamat. Terkebil-kebil saya pandang dia, macam tak percaya saya dah jadi Ibu. Saya pegang perut yang dulu buncit, sekarang --erm.. perut berlapis.. huaa~~!!

Saya terlalu letih untuk tidur. Mahunya tak letih, sampai hospital dalam 8 lebih, buat CTG habis dalam 9:45, dengan bukaan baru 2cm. Bayangkan, kurang 2 jam selepas itu, bukaan dah penuh. Bukaan terlalu cepat sampai Doktor Hamidah pun tak sempat nak patah balik ke Hospital.Mungkin pasal tu juga saya rasa, contraction amat sakit.

Alhamdulillah, baby sihat tiada tanda-tanda demam kuning. Saya keluar hospital esok harinya, dalam pukul 3 lebih. Dapat hadiah daripada pihak Hospital. Dalam tu ada set mandian baby.


Sempat juga ambil gambar pose macam Usop Wilcha sebelum keluar hospital.


Walaupun Doktor Hamidah tidak dapat menyambut kelahiran baby kami, tapi dia hadir juga ke bilik saya pagi hari Jumaat tu, sebelum beliau balik ke kampung. Berbual sikit tentang pengalaman saya, dia periksa jahitan dan keadaan saya, dan sempat juga dia ajar saya cara menyusu baby dengan betul.

Jadi, tu la kisah pengalaman saya melahirkan permata hati kami ke dunia ini. Penuh dengan drama. Apa yang saya rancang, semuanya tidak menjadi

Saya rancang mahu bersalin pada hari Merdeka, saya bersalin sehari selepas EDD saya.
Saya rancang nak doktor perempuan, saya dapat doktor lelaki
Saya rancang nak bilik satu katil, saya dapat bilik dua katil.
Saya tak rancang nak buang air besar atas katil di wad bersalin, tapi.. tahu aje la apa jadi kan?

Selepas mengharungi pengalaman ini, apa yang saya boleh kata, rezeki setiap orang memang berbeza. Mungkin rezeki saya, tidak menanggung sakit nak bersalin, tapi saya merasa sakit contraction yang amat.

Untuk orang yang tidak pernah pergi ke mana-mana kelas atau membaca bahan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi proses bersalin ni, bagi saya, selagi kita dengar cakap doktor dan jururawat, kita redha dan tawakal padaNya, semuanya InsyaAllah akan OK. Bersalin tak sakit, kalau kita dengar arahan mereka dengan betul dan memang teknik pernafasan amat penting.

Kita bercerita tentang baby tapi saya belum kongsi lagi nama anak kami kan?

Ada kisahnya, nak memberi nama ni. D beri idea untuk gunakan huruf pertama nama kami untuk namakan baby kami. Untuk D, dah tentu la huruf D untuk Dzulq. Saya pula huruf N untuk Nurul.

Saya pula ada impian nak guna satu nama yang sama untuk semua anak kami (kalau ada rezeki hehe), berkongsi satu nama yang sama. Jadi, kena pilih nama yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Maka saya pilih nama 'Iman'. I untuk nama saya 'Izza'

Maka kesudahannya, nama anak-anak kami mesti la bermula daripada DNI.

Perkenalkan:



Nama: Dyzhwar Naushad Iman
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2011
Tempat Lahir: Hospital Putrajaya
Waktu Kelahiran: 11:52 malam
Berat: 3.87kg
Tinggi: 56cm



Saya tahu, saya suka letak gambar sipi-sipi, tapi untuk kali ni, saya kongsi gambar baby kami beberapa jam selepas dilahirkan ke dunia. Masa ni, masih lebam lagi. Sekarang pipi tembam dah takde, hari-hari kena picit. Hehe

InsyaAllah, post akan datang saya akan tulis tentang check list barang-barang ke hospital yang praktikal dan pengalaman berpantang saya.

Harap masa mengizinkan, InsyaAllah.


6 Oktober 2011

04 October, 2011

Bahagian Pertama


Salam dan hai

Hari ni, tinggal kurang daripada seminggu sebelum saya habis berpantang.

Amat teruja nak habis pantang. Bukannya kerana sudah bosan dengan makanan berpantang


Jauh sekali tak tahan dengan rutin berpantang yang sudah ibu aturkan. Cuma rasa macam tak sanggup di layan bagai 'tuan puteri' oleh ibu sendiri. Makan dihidangkan, cuma bawa diri sahaja ke meja makan. Pinggan pun ibu yang akan ambil. Air mandi disediakan. Serba serbi memang tugas saya cuma kasi baby susu sahaja * dan nyelit tulis blog :P* Semua yang lain ibu yang buatkan.
Ye, ibu memang betul-betul pastikan saya berpantang mengikut cara-cara tradisionalnya. Semua kerja tak boleh dibuat. Angkat cawan ke dapur pun ibu tak kasi.

Erm.. tak apa. Mungkin InsyaAllah dalam kesempatan lain, saya akan menulis tentang rutin berpantang ketat yang ibu dah susun, dengan tagline ibu "Jangan jadi macam ibu".

Untuk post kali ini, saya nak berkongsi kronologi kisah kelahiran D junior seperti yang sudah saya maklumkan dalam {
Post} ini.

Tapi atas kekangan masa dan idea, saya bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian.

Bahagian Pertama: Kita hanya merancang. Allah tetap yang tentukan.

Selasa, 23 hb--Hari Terakhir minggu ke 39

Aktiviti saya tidak berubah. Saya masih mengemas rumah macam biasa, masak macam biasa. Saya sempat buat {
post} ni pada hari tersebut.

Saya tergerak nak minta D buatkan air selusuh. Siap buat sistem barter dengan D, saya tolong gantikan shif basuh pinggan malam tu, dia buatkan air selusuh.

Saya memang tak mahu amik air selusuh ketika nak bersalin, takut kena uterus hyper stimulation. Tapi untuk cukup syarat, saya tetap nak minum tapi bukan pada hari nak bersalin. Lepas D buatkan, saya rancang nak minum pagi dan sebelum tidur. Tapi terlupa--saya minum sampai habis tengah malam tu pasal haus. hehe.

Rabu 24hb --EDD saya

Masa ni dah sedikit risau bila la baby nak keluar. Sempat ambil gambar untuk emelkan pada
Reen dan Laling untuk sesi gosip kami.


Saya masih ke pejabat seperti biasa. Dialog kerap saya alami

Kawan: Bila due?
Saya: Esok.
Kawan: Ko buat apa datang pejabat lagi?!!!!
Saya: erm..


Masa ni, selalu dah cakap dengan baby, bila la nak keluar jumpa babah dan ummi. Jangan keluar masa babah takde kat sisi ummi.

Hari Kelahirannya, Khamis 25hb Ogos 2011

Pagi tu, saya pergi untuk checkup terakhir di Hospital Putrajaya dengan Doktor Hamidah. Saya amik
Skim FPP di Hospital Putrajaya dibawah Doktor Hamidah, atas nasihat pihak HR saya bekerja. Walau kami ada klinik panel, tapi disebabkan saya takmo terjadinya kos melebihi had yang dibayar oleh majikan, jadi saya pun amik skim tu. Lagipun, rata-rata tanya kawan pejabat yang ambil skim yang sama, semuanya syorkan.

Doktor dah tetapkan untuk temujanji lewat sehari selepas tarikh EDD saya. Pemeriksaan seperti biasa.Hari ni juga adalah pengalaman pertama kena seluk. Masa checkup sebelum ni, Doktor Hamidah ada kata nak seluk, tapi saya tak mahu hahah. Tapi kali ni tak dapat nak tolak pasal dah due dan doktor nak tahu bukaan. Saya dah baca banyak sangat pengalaman sakit diseluk, jadi automatik saya dah bina dalam otak ni, mesti sakit kena seluk..Dan ye memang sakit kena seluk--terutama kalau kita melawan/ halang/ kemut. Haha. Terus trauma. Doktor Hamidah dah kata "jangan lawan", tapi saya kemut juga pasal takut sakit. Bila fikir semula, kena seluk aje kot, bukan kena raba ke apa nak trauma sangat aku ni! Bukaan cuma 1 cm sahaja, jadi memang lambat lagi nak bersalin --- itu yang kami sangka.

Tips: Doktor Hamidah ada bagitau, untuk elakkan induce, bila dah dekat-dekat dengan tarikh EDD, bersama la dengan suami. Tu "induce" yang paling semulajadi.

Disebabkan dah melepasi tarikh EDD, doktor rancang tarikh induce 30 hb Ogos, jadi mungkin boleh bersalin pada 31hb, pada tarikh dia bertugas. Tarikh dah cantik. Bayi merdeka -- itu yang kami rancang.

Selepas pemeriksaan dengan Dr. Hamidah, saya diminta untuk CTG. Nurse baik sangat, siap ajar D cara nak tengok graf yang mana jantung baby, yang mana contraction.



D ada ajar saya juga, tapi saya tak bagi perhatian sangat sebab sibuk nak ambil gambar :p -- Sikit pun tak terfikir, malam tu juga, saya kena baca CTG sendiri.. Wiii!!



Sebenarnya, saya dah rancang untuk habiskan barang dapur pada tarikh EDD saya. tapi memandangkan saya belum bersalin, tapi barang dapur dah habis, jadi kami singgah ke Bilion beli sedikit barang basah selepas checkup dan saya sempat singgah McDonald beli Mc Chicken.

Balik rumah, saya layan McD sambil tengok TV. Masih lapar lagi, jadi saya panaskan bubur lambuk berbuka sehari sebelum. Rasa perut macam sakit sikit, saya ke tandas dan nampak macam ada kesan di seluar. Saya tanya D, ini darah ke. D kata tak. Saya fikir, 'Oh, mungkin pasal masa seluk tu saya melawan, so mungkin terluka kot" -- teori

Dalam 6:30 petang, D kasi hint minta saya masak untuk berbuka. Dah rancang nak buka Kuehteow sahaja petang tu. Saya masih rasa sakit perut, tapi saya tak kira kekerapan *sebenarnya tak pernah tahu macam mana nak kira* Dah siap masak, saya siap kritik lagi kata masakan saya kurang sedap malam tu dan saya salahkan sakit perut saya, jad kurang fokus. Elok lepas baca doa berbuka puasa, selepas sesudu dua kuehteow, tiba-tiba saya rasa ada bendalir mengalir. Hati tak sedap. Terus periksa di tandas. Memang jelas lagi terang, kali ni memang darah. Terus tunjuk kat D, sedikit panik pasal masa tu saya terfikir, kalau-kalau ada apa-apa jadi pada baby masa seluk-- Tak terfikir langsung itu tanda nak bersalin.

D ajak gi hospital. Saya minta D habiskan kueh teow dalam pinggan dia dan saya kemas sikit dapur dan bersiap. Sepanjang perjalanan, kami berdua senyap sahaja. Masing-masing layan perasaan sendiri. Saya risau keadaan baby, jadi saya masih kira pergerakan dia. Masih bergerak
*Sikit pun tak sangka akan bersalin malam tu. Patutnya kira contraction, bukan kira pergerakan baby*.

Sampai hospital Putrajaya, terus ke dewan bersalin. Terpinga-pinga masa sampai kat kaunter. Lepas bagitau jururawat bertugas yang saya amik skim FPP, mereka terus daftarkan saya nak bawa saya masuk untuk buat CTG, lagi sekali.

Masa tu dah mula rasa sakit. tak terfikir itu sakit contraction.Semakin kerap dan sangat sakit. Sakit macam period pain yang kita boleh dapat mc. Tapi pasal masa tu ada beberapa pesakit lain yang buat CTG juga, jadi takde la saya nak menjerit-jerit. Siap berbual-bual dengan pesakit katil sebelah. Tapi bila sakit semakin menjadi-jadi, saya semakin senyap sahaja. Memang sakit contraction amat sakit-- bagi saya. Lepas hampir 45 minit buat CTG dan doktor masuk untuk periksa bukaan, katanya sudah 2 cm dan perlu tahan saya di wad malam ni. Masa tu baru dapat agak "aku nak bersalin kot ni!!"

Nurse bawa 'wilcha' dan kali pertama naik wilcha memang best, cuma tak dapat menikmati moment tu pasal sakit contraction. Sampai sahaja dalam bilik, diminta salin baju hospital yang diberi. Bilik satu katil dah penuh, jadi saya ambil yang ada dua katil. Masa tu memang dah tak peduli bilik eklusif ke tak pasal nak bersalin sahaja, walaupun pada mulanya saya memang rancang nak yang satu bilik.



Saya rehat dulu atas katil, tapi sakit contraction memang tak tertanggung. D solat Isya' dulu di sebelah katil saya dan saya pula cuma mengerang-ngerang atas katil. Bila sakit contraction datang, saya pegang besi katil tu kuat-kuat. Tapi lama-lama tu terfikir, kalau macam ni, mahu nye masa bersalin nanti, saya takde tenaga dah. Jadi saya biarkan sahaja sakit contraction tu datang tanpa dilawan. Terfikir nak buat teknik pernafasan, tapi saya tak ada masuk mana-mana kelas haha. Jadi saya bernafas sahaja macam yang saya tengok kat tv bila ada adengan wanita nak bersalin. sambil tu baca surah Nabi Yunus masa keluar daripada perut ikan tu.

Walaupun saya pesakit FPP under Doktor Hamidah, tapi saya sudah dimaklumkan oleh pihak hospital daripada awal yang dalam kes tertentu kalau doktor yang saya pilih tak dapat nak sambut pada hari saya nak bersalin, pihak hospital tetap akan pastikan doktor pakar lain yang akan sambut bayi saya nanti. Jadi daripada segi itu, saya dah bersedia. Apatah lagi bila saya memang sedia maklum, doktor Hamidah akan mula bercuti pada 26 hb sehingga 30 hb *pasal tu kami rancang nak induce 30 jadi doktor yang dah mula bekerja pada 31hb dapat sambut bayi kami -- kami rancang, tapi Allah dah tetapkan yang lain. Hehe.



Sakit contraction memang nauzubillah amat sakit bagi saya. Walaupun siang tadi saya takut diseluk, tapi masa sakit contraction ni, saya sendiri minta tolong jururawat periksa bukaan saya. Bila dia periksa, sudah 4cm. Kurang daripada satu jam, bukaan dah buka banyak tu.

D sentiasa disebelah saya. Dia tak tahu nak buat apa. Saya cuma minta dia SMS keluarga kami dan beberapa kawan rapat saya untuk maklumkan mereka. Sempat lagi nak update haha. Masa tahan sakit contraction, macam-macam saya fikir dan rasa. Masa tu la terasa macam kepala baby dah nak keluar sangat kat bawah tu. Masa ni la fikir kenapa air ketuban tak keluar-keluar lagi. Masa ni la fikir, saya dah tutup dapur gas ke belum. haha

Mungkin dah ditakdirkan, sakit contraction bagi saya memang tak tertanggung. Nak kira berapa kekerapannya, saya tak pernah tahu pasal tak baca hal ni hehe. *Teori saya, kalau saya tahu terlalu banyak, saya takut saya akan lebih panik. Jadi mungkin ada baik tak tahu. Tapi memang amat sakit. Apatah lagi untuk orang yang jarang kena period pain, jadi saya tak tahu nak samakan sakitnya bagaimana. D disebelah cuma usap kepala saya sahaja pasal dia pun tak tahu nak buat apa.

Walaupun sebelum ni, saya dah tanamkan azam dalam hati tak mahu ambil epidural selepas bermacam-macam pendapat yang saya dengar, tapi bila dah rasa sakit contraction tu, memang saya lemah semangat. Saya minta D panggilkan nurse, saya nak amik epidural. Tapi bila nampak muka jururawat terus lupa nak minta apa. Sebaliknya, saya tanya dia

Saya: Nurse, sakit bersalin tu macam mana?
Jururawat: Sakit macam nak buang air besar
Saya: Saya nk buang air besar sangat-sangat sekarang ni.


Terus dia periksa bukaan saya dan bukaan sudah 6cm. Jadi tak boleh amik epidural. Bukan itu sahaja, ubat buang air besar atau bahasa biasanya, ubat berak pun tak sempat diberi pasal bukaan saya terlalu cepat dalam tempoh sejam. Jururawat terus bergegas minta saya naik wilcha untuk dibawa ke bilik bersalin.

Atas wilcha pun, sakit contraction makin kerap dan amat sakit. setiap kali sakit, saya cuma genggam erat-erat tangan saya. Masa tu rasa, kalau beranak dalam lif tu pun tak apa, asal hilang sakit nak bersalin. D pun turun ke wad bersalin cuma tak mengikut laluan yang sama dengan saya. Masa atas wilcha tu, saya rasa dewan bersalin amatlah jauh sangat. Kenapa la jururawat bawa saya lambat sangat. Saya nak bersalin sangat, dah tak tahan tanggung sakit masa tu.

Saya terus dimasukkan ke wad bersalin kira-kira pukul 11.30 malam. Jururawat minta izin untuk seluk *siap dia minta kebenaran lagi dan saya cuma kata, seluk je seluk je. D sampai beberapa minit kemudian, siap dia angkut handbag saya semua. alahai.. kenapa la tak ditinggalkan sahaja dalam bilik tadi haha. Masa jururawat seluk, bukaan sudah 9cm dan dah boleh sangat nak bersalin.Doktor yang ditugaskan untuk menyambut bayi pun dah sampai dan perkenalkan dirinya. Ye doktor lelaki, tapi masa tu saya dah tak peduli lelaki ke perempuan, saya cuma nak kasi baby keluar dan hentikan contraction.

Jururawat ada tiga orang masa tu. Masing-masing ada tugas sendiri. Saya diajar berbaring dengan kedudukan yang betul. Tangan saya pegang buku lali kaki untuk elakkan saya ternaikkan punggung yang boleh menyebabkan terkoyak. D ada disebelah untuk kasi dorongan.

Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata
"SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"

...

..

..


Episod seterusnya akan bersambung-- berak di atas katil bersalin-- nice~~~ ahaha * takmo dah bersalin kat Putrajaya pasal segan dengan jururawat dan doktor masa tu






Nota: Ada ke ibu mengandung yang terjerit-jerit kata nak berak selain saya? Harap ada, tak de la saya rasa keseorangan sangat aahahah




4 Oktober 2011

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates